Sabtu, 20 Februari 2010

Hukum memotong kuku semasa Haid

Jawapan Untuk Soalan Agama Majalah I   
 
Dari apa yang saya dengar, ada yang mengatakan bahwa seorang perempuan yang sedang 
haid, tidak boleh memotong rambut dan potong kuku. Mengapa demikian? Apakah ada 
akibat buruknya? Apakah memang ada dalilnya? 
  
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.
 
Jawapan : Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut 
Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang 
berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan 
dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub (tidak bersih) . 
  
Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati 
sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian 
menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor 
Shari`ah di Univ. Kaherah.  
  
 
Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ 
al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang 
rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya 
seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi 
memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) 
dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan 
sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar 
menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat 
ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan 
sebenarnya tiada asalnya.”  
  
  
Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang
dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan 
seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan 
tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari) 
  
Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan 
sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan 
disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. 
 
Wallahu a’lam  
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
ss_blog_claim=dc2528763f2a82dfab1dcf2c3c1a543b