Isnin, 29 Oktober 2012

Bukti Cintakan Allah S.W.T

1) Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaan dan situasi.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah."

Imam Ahmad Taqiyuddin berkata:

"Hakikat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." (Tibb al-Qulub, hlmn. 183)

2) Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Ini adalah prasyarat utama mencintai Allah. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah s.a.w) nescaya kamu akan dicintai Allah."

3) Sentiasa memperbanyakkan amalan sunat.


Dalam sebuah hadis kudsi, Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:

"Sentiasalah hambaKu berada dalam keadaan mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat (nawafil) sehinggalah Aku mencintainya. (Riwayat al-Bukhari)

4) Menjaga solat witir.


Ia adalah bukti kejujuran cinta kepada Allah.

Fudhail bin Iyadh berkata, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Seorang hamba yang mengaku mencintaiKu tidaklah jujur kalau dia tidur lantas melupakanKu tatkala malam."

5) Menjaga hubungan dengan ibu bapa.


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Begitu juga dengan kemurkaanNya, terletak pada kemurkaan ibu bapa.

6) Bersahabat dengan al-Quran.

Sentiasa membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran umpama warkah ayat-ayat cinta Allah buat kita.

7) Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solat fardhu.


Umpama menunggu panggilan daripada seorang kekasih, sudah tentu panggilan azan akan membuatkan kita seolah-olah 'ketagih' untuk mendengarkannya semula, itulah panggilan Allah buat kita.

8) Doa.

Sepertimana diamalkan Rasulullah s.a.w :

"Ya Allah. Aku memohon cintaMu, dan cinta mereka yang mencintaiMu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cintaMu." (Riwayat al-Tirmizi)

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...