Isnin, 12 November 2012

Tingkahlaku Semulajadi Manusia | Rahsia Sifat



Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai hikmahnya. Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, setiap kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup sempurna dan seimbang sekali. Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku semulajadi manusia.


Paling Lemah Sewaktu Dilahirkan

Manusia adalah antara makhluk yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai sikap dan Tingkahlaku Genetik dari Induk (Genetically Imprinted). Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri atau berdikari sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat ini, melalui proses pembelajaran dan perlu bergantung kepada manusia lain.

Perbezaan Individu
Manusia menunjukkan Perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang dengan seorang yang lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang mengandakan lagi potensi seseorang manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat. Persaingan ini merupakan peransang kemajuan peradaban.

Perkembangan Potensi
Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa saiz otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda,begitu juga dari segi kapasitinya.

Merakam Memori dan Masa
Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang mampu menangkap dan merakam memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lalu dan bertindak di masa kini serta merancang untuk masa hadapan.

Komunikasi dan Perincian
Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, mengklasifikasi, menghantar dan menerima perkataan.

Memanipulasi dan Dimanipulasi
Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini memnyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti, persekitaran mempengaruhi tingkahlaku manusia.

Pena'akulan dan Akal
Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang rasional berasaskan alternatif yang ada untuk perubahan yang lebih baik.


Sumber: ♌¹³ Pseudosupra | aLive Blog
Merujuk: Koleksi Petua

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...