Khamis, 13 Jun 2013

Kenapa selalu berlaku kejadian lemas di pantai?





Istilahnya dalam bahasa melayunya arus karau atau ekor naga
. Fenomena ekor naga biasanya berlaku menjelang berakhirnya musim tengkujuh iaitu pertengahan Februari atau selewat-lewatnya awal Mac.

Mereka yang tahu berenang pun kadang-kadang boleh menjadi mangsa ombak karau kerana mereka panik atau dihanyutkan oleh arus kuat yang datang secara tiba-tiba itu.

Arus ombak karau kerap berlaku di perairan Pantai Timur hingga selatan Johor pada penghujung musim tengkujuh

Lebih terjadi kepada di tanjung berbanding di teluk. Contoh kawasan bahaya: Tanjung Tuan, Tanjung Rhu. Contoh kawasan tidak bahaya: Teluk Kemang, Teluk Batik.Permukaan pantai di tanjung lebih curam. Pukulan ombak lebih besar. Permukaan pantai di teluk lebih landai. Pukulan ombak lebih tenang.

Tanda2 Rip Current ialah bila seseorang tu ditarik ke tengah laut dengan cepat sekali. Daripada main2 di air cetek di tepi pantai, tau2 ditarik 50m-200m ke tengah lautan.

Apa penyebabnya?



Antaranya ialah bila ombak bergerak dari air dalam ke air cetek, ia akan berpecah dekat dengan pantai. Bila ada perbezaan kekuatan antara pecahan2 ombak ni, akan terjadi arus yang dipanggil rip current. Arus ni selalu mencari jurang di dasar laut untuk kembali ke tengah laut....

Macamana nak kenalpasti rip current?









  • Sering berlaku ketika ombak kuat dan kerap
  • Kelihatan saluran air yang bergelora
  • Kawasan air yang berwarna lain dari air sekeliling
  • Garisan buih2, rumpai atau sampah menghala ke laut

Jauhkan anak2 dari air yang ada ciri2 camni

Apa nak buat kalau terperangkap dalam rip current?



Kalau anda tahu berenang atau boleh berapung, tenangkan diri. Rip current tak akan tarik anda ke dasar laut. Kekuatannya hanya di permukaan air. Dia akan menarik antara 50m hingga 200m di permukaan dan tinggalkan anda di situ. Bertenang, jangan lawan arus atau meronta ketika ditarik.

Kalau berupaya, cuba keluar dengan berenang selari dengan pantai. Kalau tak, tunggu sehingga tarikannya habis, baru berenang ke pantai (jangan masuk kembali ke arus rip current!) dan minta bantuan.

Kalau nak selamatkan anak2 atau mereka yang tak leh berenang yang ditarik rip current, nampaknya cara paling cepat untuk sampai ke mereka ialah dengan mengharapkan rip current yang sama.
Tapi saya tak jamin teknik ni berkesan, cuma kalau takde pilihan.


TIPS penting untuk mengatasi arus ni:

1. jangan panik

2. bagi yg pandai berenang... jangan cuba nak lawan arus... hanya maintain terapung dan cuba berenang ke tepi selari dengan pantai sehingga keluar dari arus

3. bagi yg tak pandai berenang... pastikan anda turun ke pantai dengan pelampung..

4. jangan mandi pantai berseorangan..



Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...