Khamis, 27 Mac 2014

~ASAS: Bagaimana Kapal Terbang Berlepas Ke Awan~

Penerangan dibawah ini bukan dikhususkan untuk Boeing-777, tetapi lebih kepada asas penerbangan oleh semua pesawat yang wujud di dunia ini.




Kapal Terbang mampu berlepas ke awan kerana telah direka dengan mengambil kira 4 jenis daya (Force) utama iaitu Tujah (Thrust), Tarikan (Drag), Berat (Weight) dan juga Angkat (Lift). Dalam kes ini udara dan air dianggap sebagai bendalir (Fluid) kerana mempunyai sifat “mengalir”.




THRUST FORCE (Daya Tujah)

Daya ini akan menyebabkan sesuatu objek yang berada didalam bendalir untuk bergerak kehadapan. Di Kapal Terbang, ia hasilkan oleh putaran “Blade” atau kipas besar yang biasanya berada di sayap dan berpusing pada kelajuan tertentu (rpm). Tetapi apabila kehadapan, wujud pula Daya Geseran atau Daya Tarikan.

DRAG FORCE (Daya Tarikan)

Apabila anda meletakkan tangan keluar ketika memandu kereta, pasti anda merasakan ada angin yang menolak tangan anda kebelakang. Inilah yang perlu diambil kira ketika penerbangan berlaku. Kuasa Daya Tarikan dikira berdasarkan faktor ketumpatan, suhu dan tekanan udara sekeliling. Jadi untuk Kapal Terbang bergerak kehadapan, Daya Tujah mestilah lebih kuat daripada Daya Tarikan.

WEIGHT FORCE (Daya Berat)

Semua objek dan hidupan di muka bumi ini mempunyai berat. Sudah tentulah Kapal Terbang sangat berat. Perkara yang “mendorong” kepada berat ialah tarikan GRAVITI. Jadi bagaimana ia terbang jika terlalu berat? Ini adalah sangat berkait rapat dengan Daya Angkat.

LIFT FORCE (Daya Angkat)

Menuruti Prinsip Bernoulli, sayap kapal terbang dicipta dengan bentuk Aerodynamic seperti gambar dibawah. Apabila bergerak kehadapan, angin yang berada dibahagian bawah sayap akan mempunyai tekanan (Pressure) yang paling kuat. Manakala dibahagian atas tekanan yang paling lemah. Logiknya yang kuat pasti akan menolak yang lemah. Jadi sebab itulah "fenomena" yang berlaku di sayap akan membuatkan Kapal Terbang bergerak keatas!




Sekarang kita sudah memahami bahawa kaitan antara Thrust-Drag Force yang menyebabkan Kapal Terbang bergerak kehadapan manakala kaitan antara Weight-Lift Force pula menyebabkan Kapal Terbang bergerak keatas.

Jadi begitulah caranya semua Kapal Terbang berlepas! Kontra kepada ini, untuk mendarat, Weight Force mesti lebih kuat daripada Lift Force.

Bagaimana ini dihasilkan?
Caranya ialah dengan menambahkan fungsi SLATS and FLATS pada sayap dan ekor pesawat. Disebabkan penerangannya sangat PANJANG, silalah rujuk kepada laman web How Stuff Works ini. Diharap sedikit sebanyak anda telah mempelajari teknik bagaimana Kapal Terbang berlepas!

credit: yellowcatch
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...