Selasa, 20 Mei 2014

Diagnosis Masalah Sistem Break

Diagnosis sistem breakSistem brek merupakan sistem yang sangat penting dalam sesebuah kenderaan. Kerosakan pada sistem ini boleh menyebabkan anda terlibat dengan kemalangan. Namun ada banyak komponen di dalam sistem ini dan setiap kerosakan pada ko mponen tersebut memberikan masalah yang berbeza antara satu sama lain.



1.  BREAK BERFUNGSI TETAPI PEDAL PERLU DITEKAN JAUH
     Kebarangkalian:
  • Cecair brek berada di paras rendah
  • Air di dalam saluran paip brek
  • Pad brek yang hampir habis
2. PEDAL BREK TERLALU KERAS
      Pedal brek untuk kereta moden dibantu oleh brek booster yang mengambil tekanan vakum daripada enjin. Jadi jika anda terasa pedal brek  anda menjadi keras, kebarangkalian:
  • Masalah vakum Servo
  • Brek rosak
  • Saluran brek tersumbaT
3.TIADA TEKANAN PADA BREK,PEDAL TERUS RAPAT KE LANTAI KETIKA DITEKAN DAN BREAK TIDAK BERFUNGSI
Kebarangkalian:
  • Pam utama rosak/bocor.
  • Kebocoran pada saluran brek
  • Kebocoran pada pam brek dram belakang
  • Angin di dalam saluran paip brek
4. BREAK TERASA ‘SPONGY’,PERLU DIPAM BEBERAPA KALI BARU BERFUNGSI
Kebarangkalian:
  •  Angin di dalam saluran paip brek
5.KERETA ‘MENARIK’ KE SATU ARAH(KE KIRI @ KE KANAN) KETIKA MEMBREK
Kebarangkalian:
  • Angkup brek (brake calliper) pada salah satu bahagian telah rosak atau tersangkut

6. PEDAL BREK BERGEGAR KETIKA MEMBREK
Kebarangkalian:
  • Permukaan cakera brek tidak rata. Perlu di ‘skim’ semula (jika masih tebal) atau ditukar terus.

7. BREK BERBUNYI
Kebarangkalian:
  •  Pad brek sudah habis Pad brek sudah terlalu lama dan material sudah menjadi keras Menggunakan pad brek tiruan
automaskulin.karangkraf.com
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...