Selasa, 15 Julai 2014

Bagaimana Merangsang Anak Untuk Membaca?

1. Sebelum anak didedahkan kepada bahan-bahan bacaan, anak-anak didedahkan dahulu dengan proses perkembangan bahasanya. Di rumah kita bercakap dengan jelas kepada mereka dan menggunakan banyak perbendahaaraan kata. Ini akan membantu mereka di dalam proses membaca kerana mereka akan mudah menyebut perkataan-perkataan yang mereka pernah dengar dan praktikkan.

2. Dedahkan minat membaca ini sejak dari awal lagi iaitu ketika anak masih bayi. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengajar anak membaca ketika bayi. Bercakap dengan kerap kepada bayi anda adalah satu proses awal sebelum mendedahkan mereka kepada buku bacaa. Jadi mulakannya dari sekarang!

3. Galakkan anak-anak untuk bercakap seperti memberikan pandangan dan pendapat. Ini membantu mereka untuk mempraktikkan perkataan-perkataan yang mereka dengar.

4. Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar. Kita ceritakan tentang gambar tersebut dan kemudian galakkan pula anak untuk bercerita tentang gambar tersebut.

5. Lakukan aktiviti pembacaan dalam susasana yang gembira dan jauh dari tekanan. Ramai ibubapa yang ingin anak cepat membaca, namun lakukannya dalam cara yang tidak memaksa. Berilah anak kebebasan dan berikan dia sedikit ruang untuk belajar dalam keadaan yang menggembirakannya.

6. Jadikanlah amalan membaca itu satu budaya di dalam keluarga. Jika kita adalah ibubapa yang suka membaca, maka anak-anak juga akan rasa terangsang dengan membaca. Tiada paksaan dan mereka akan dengan sendirinya memilih buku dan mula melihat gambar-gambar yang menarik.


7. Adakan ruang khas seperti perpustakaan mini untuk anak. Beri mereka ruang untuk memilih sendiri buku kegemaran mereka. Tidak mengapa jika hanya memilih buku yang sama kerana ia juga bagus untuk langkah awal membaca.

Rangsangan berterusan amat perlu bagi memastikan anak dapat membaca seawal mungkin. Semoga dengan kemahiran membaca ini, anak akan lebih bijak, menjadi anak yang soleh dan solehah demi kepentingan Islam.

Selamat membaca bersama anak!

http://siraplimau.com/7-cara-rangsang-anak-membaca/
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...