Selasa, 22 Julai 2014

Pelbagai Barang Dari Emas Di Seluruh Dunia

Emas dari dulu sehingga kini adalah simbol kemewahan, simbol taraf sosial, simbol kekayaan seseorang.. jika dahulu firaun membina menara emas, Abu Jahal menjual patung emas, Qarun mempunyai Gudang Emas, kegilaan mereka tidak terkubur bersama fizikal mereka didalam tanah, kegilaan itu tetap diwariskan anak cucu moyang mereka di zaman serba canggih ini. Berikut adalah barang2 mewah yang dihasilkan dari kegilaan manusia pada emas sebagai lambang kemewahan dan taraf sosial.


1. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, bodinya dihasilkan dari 40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya dihasilkan menggunakan emas 22 karat, bodi, stering, rims, aci pintu juga dihasilkan menggunakan emas. Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal bank.


2. Nintendo wii ini dihasilkan dari emas 22karat dan berharga sekitar usd490k, sebelum ini ps3 dari emas pun turut dihasilkan dan dijual pada harga usd320k di amerika.


3. Basikal emas bersalut emas 22karat ini digunakan oleh James Bond dan dikenali sebagai Goldfixie


4. Gold Desert bertahtahkan emas ini dihasilkan oleh Stephen Bruce di Restoran miliknya Serendipity 3 atau lebih dikenali sebagai “Restaurant I Won’t Be Taking My Girlfriend to For Her Birthday” berharga sekitar usd25k, ia dihasilkan menggunakan emas 23karat, aiskrim dicelup emas 20karat, diamond dan truffle. (mengikut kajian, isotop emas boleh meningkatkan kesan kanser dalam darah)


5. Tandas termahal di dunia terletak di Hong Kong. Dibina pada tahun 2001, seluruh tandas ini dibina menggunakan sebanyak 380kg emas 24karat dan 6200 gemstones. semua bahagian tandas dari mangkuk, pam, baldi pun dihasilkan dari emas, ia berharga HK $ 38 juta ketika dibina dan sekarang bernilai HK $ 80 juta.


6. Kotak PC dihasilkan dari emas dan platinum ini dihasilkan oleh Zeus Computer berpangkalan di Tokyo. Kotak PC platinum (jupiter) berharga sekitar 80 juta yen (RM2.45m), manakala untuk kotak PC emas (Mars) berharga 60 juta yen (RM1.84m). Ia dilengkapi dengan 3Ghz Processor Core2 duo, GeForce 7200 dan 2G RAM.


7. Sstroller bayi bersalut emas ini dijual di Harrods dengan harga UK6000 (RM30k) ia dilengkapi dengan sistem bunyi dan kain baldu. Semua bahagian stroller termasuk roda, badan dan bumbung juga dihasilkan dari emas 24karat


8. Tobias Wong, seorang designer yang mesra dipanggil “man who turn everything into object” telah mencipta item emas berbentuk kapsul dari emas 24karat, Menurut beliau, kapsul ini digunakan untuk menaikkan harga diri kita, dengan menelan kapsul ini anda baru saja menaikkan harga diri anda sebanyak RM1400.00. Kapsul ini boleh dibeli di internet.

9. Jika anda penulis ebook terkaya, pakar forex, dan seorang yang mementingkan kemewahan, anda boleh order dari Sakura Kazo di Jepun sebuah keyboard bersalut emas pada harga USD275 (RM900), keyboard ini disadur dengan emas 24karat dan tidak memerlukan driver untuk diinstall pada komputer dan menggunakan ruang USB untuk disambungkan ke komputer peribadi anda.

Banyak lagi barang dari emas telah dihasilkan, bila berkemampuan semua boleh jadi kenyataan (Mision Impolsible). Pelbagai lagi cerita menarik Emas
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...