Jumaat, 29 Ogos 2014

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Herba

Umum mengetahui jerawat disebakan oleh penghasilan sebum yang berlebihan dari kalenjar sebum yang menyebabkan liang roma/pori tersumbat dengan sel kulit mati dan kotoran. Ini akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang biasanya hadir pada permukaan kulit.
Apabila bakteria ini dibiarkan membiak,keradangan akan berlaku dan seterusnya pembentukan jerawat. Bagi yang sedang mengalami masalah jerawat,saya nasihatkan agar tidak memecahkan atau memicit jerawat kerana dikhuatirikan akan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
Salah satu faktor penyumbang jerawat ialah faktor ketidakseimbangan hormon dalam badan semasa proses pertumbuhan manusia, selain itu stress/tekanan dan hormon seks yang tidak stabil juga adalah faktor Makanan ringan juga dikaitkan dengan jerawat.,terutamanya makanan ringan yang mengandungi kadar gula yang tinggi,lemak tepu dan garam beriodin. Selain produk menghilangkan jerawat yang boleh didapati di kedai,anda boleh menggunakan cara herba untuk merwat jerawat terutamanya 11 herba ini:
(a) bawang putih
(b) aloe vera
(c) Amarath
(d) Neem
(e) Lemon
(f) Coriander
(g) Basil
(h) Timun
(i) Anggur
(j) Beet
Cara menghilangkan jerawat dengan lemon

Bagi anda yang sudah bosan menggunakan produk jerawat yang di beli di kedai..apa kata guna cara tradisional pula..jadi,untuk kali ini,saya nak kongsikan cara menghilangkan jerawat dengan menggunakan lemon sebagai pengganti..
Adakah jus lemon dapat membersihan jerawat..jawapan tepat ialah Ya…jus lemon mampu menghilangkan jerawat di wajah..
saya tahu anda mahu lebih maklumat dari sekadar jawapan “Ya”, Jus lemon dapat mengeringkan lebihan minyak pada permukaan kulit dan mengelakkan pembentukan sel kulit mati.
Selain itu, jus lemon juga mempunyai “Alpha hydroxyl acids” ataupun dikkenali dengan nama Asid Sitrik. Apabila asid sitrik ditekapkan pada permukaan kulit dengan kapas, lapisan kulit yang rosak disebabkan jerawat dapat disingkirkan.
Jus lemon juga bertindak sebagai “astringent” yang mana lebihan minyak dalam kulit dapat dibuang, dan ciri jus lemon inilah yang membuatkan jus lemon berkesan melawan jerawat.
Ada juga yang mengatakan meminum jus lemon dapat mengelakkan jerawat…sebenar tidak..meminum jus lemon tidak akan membantu anda menghilangkan jerawat. Kita mengetahui yang jus lemon mengandungi vitamin C dan Kalium yang tinggi, yang mana dapat meningkatkan tahap keimunanan badan terhadap penyakit. Jadi secara tidak langsung dapat melawan jangkitan kuman dalam badan. Sistem imun yang baik juga penting untuk kulit yang cantik.

Bahan-bahan yang anda perlukan:

1. buah lemon segar
2.air suling…air paip pun boleh
3. sudu penyukat
4.pisau dan papan pemotong
5. Bekas menyimpan(container)
Cara penggunaan:

1.basuh lemon dan potong separuh
2. Perahkan dan dapatkan sesudu teh jus lemon dan letakkan kedalam bekas(container) 
3.cairkan jus lemon tadi dengan air suling..anda boleh cairkan dengan sesudu teh air ataupun lebih…tetapi perlu diingatkan semakin cair larutan lemon semakin kurang kesan lemon untuk rawatan jerawat
4. Sebelum gunakan larutan lemon tadi…bersihkan dahulu muka anda dengan pembersih muka.
5. Kemudian gunakan putik kapas dan basahkan dengan jus lemon tadi..dan tekapkan pada permukaan kulit yang bermasalah jerawat…jangan lap tetapi tekapkan.
6. Lebihan larutan tadi and bolehlah simpankan dalam bekas tadi..jika semasa rawatan tadi, kulit anda mengalami keradangan ,tambahkan air suling.
7. Ulang sehingga jerawat berkurangan
Tips

1.Simpankan larutan lemon dalam peti sejuk
2. Simpankan jus lemon tadi, jika berlebihan untuk tempoh seminggu..mana la tau,anda terpaksa berkursus.
3. Jangan tekapkan putik kapas tadi pada jerawat yang luka ataupun sudah pecah
4. Jangan gunakan kapas dua kali..cukup dengan sekali celupan sahaja.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih

Tidak ada bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan bawang putih dapat membantu melawan jerawat, tetapi banyak testimoni peribadi yang anda boleh baca terhadap kefektifan bawang putih ini. Dalam dunia perubatan herba, bawang dipercayai mempunyai ciri sebagai antiseptik dan smtioksida
Anda perlukan:

(a) bawang Putih
(b) Cuka
Langkah Penyediaan:

1. Dapatkan seulas bawang putih dan buang kulit
2. Hancurkan bawang tadi,…gunakanlah cara apa pun yang penting anda dapat jus bawang tadi,jumlah jus bawang tadi agak sedikit
3. Ambil jus bawang putih tadi dan tekapkan pada permukaan kulit yang berjerawat
4. Biarkan selama 5 minit, kemudian basuh denaga air suam
5. jangan biarkan kulit yang semalaman tanpa dibasuh, kandungan dalam bawang tadi cukup kuat untuk menyebabkn radang kulit
6. Ulang cara diatas sehingga anda mula melihat kesannya

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Ekstrak Teh Hijau

Teh hijau mengandungi catechin(antioksida) yang berfungsi untuk melawan keradangan kulit dan antibakteria.
Bahan yang diperlukan


Bahan yang anda perlukan:

(a) periuk
(b) cawan penyukat
(c) Termometer dapur
(d) Air suling
(e) 1 cawan teh hijau
(f) penapis
(g) Balang
(h) putik kapas
Cara penggunaan:

1. Isikan cawan penyukat dengan air suling dan tuangkan kedalam periuk
2. Panaskan sehingga 90,gunakan temometer dapur untuk mengawal suhu….jangan sampai air tadi mendidih
3. Matikan api dan masukkan satu cawan penuh teh hijau kedalam periuk, kemudian sejukkan
4. Asingkan daun teh dan larutan tadi menggunakan penapis dan simpan di dalam

Walaupun terdapat banyak cara tradisional yang berkesan untuk menghilangkan jerawat. namun,saya nasihat agar berjumpa dengan pakar kulit jika masalah anda berlarutan. Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan cara tradiosional, adalah lebih elok untuk anda mengerhui jenis kulit anda, ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada kulit anda nanti.
Apa-apa pun selamat mencuba…

dan jangan lupa untuk berkunjung ke
infocaramenghilangkanjerawat.com untuk tips menghilangkan jerawat.....
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...