Isnin, 8 September 2014

Khasiat Bangun Pagi

Pukul berapakah kita biasanya bangkit daripada tidur? Jika hari bekerja atau sekolah, mungkin kita mampu untuk bangun dengan lebih awal. Namun jika hari cuti umum, adakah kita mampu untuk bangun seperti hari-hari yang lain? Amat rugi jika kita menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat itu untuk tidur. Sabda Rasulullah SAW, “Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi)

Sebagai orang islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat subuh. Paling baik ialah jika kita dapat menunaikannya secara berjemaah di masjid. Namun manfaat bangun di awal pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Maka sebab itulah islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan juga tidak menggalakkan kita tidur selepas waktu subuh.

Berikut merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:

1. Fikiran Menjadi Lebih Segar
Bangun seawal 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2. Dapat Mengambil Sarapan
Bagun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan diawal pagi. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukkan pengambila sarapan di awal pagi tidak akan menymbang kepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolism yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

3. Dapat Melakukan Aktiviti Senaman Pagi
Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada badan kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikmamati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali untuk menjana vitamin D untuk kebaikan tulang dalam badan kita.

4. Tidak tergesa-gesa dan terburu-buru.
Jika kita bagun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu untuk aktiviti. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal banyak barang-barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana tergesa-gesa bergegas ke tempat kerja atau ke sekolah. Bangun di awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.


Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...