Sabtu, 4 Oktober 2014

5 Jenis Ikan Termahal Di Malaysia

Malaysia – sebuah negara yang sinonim dengan pelbagai jenis makanan yang lazat daripada pelbagai kaum yg hidup dengan aman damai & harmoni. Jika seseorang mahu menulis tentang kepelbagaian jenis makanan yg diperolehi dlm negara ini, pasti tidak akan habis. Makanan lazat yg terdapat di Malaysia kebanyakannya terdiri daripada ikan. Ikan telah wujud sejak 530 juta tahun dahulu & evolusi hidupan ini telah membawa kepada sumber makanan yg divariasikan. Bacalah tentang 5 jenis ikan termahal yg boleh didapati di Malaysia

1. Ikan Empurau
Ini adalah ikan yg paling mahal. Sekilogram boleh mencecah sehingga RM550. Dan ini adalah harga yg termurah yg boleh anda dapat! Namun tiada yg mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama Empurau. Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tortambroides atau dikenali juga sebagai “Wong Bu Liau” dalam bahasa Cina. (abaikan bagaimana ia disebut). Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak & harganya mahal kerana rasanya yg sangat mani, serta isi & teksturnya yg lembut.Apa yg membuatkan isinya begitu lembut & harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis “Engkabang”.

 2. Ikan Jelawat
Sejenis lagi ikan yg mempunyai rasa yg manis & isi yg lembut sama seperti ikan Empurau tetapi tanda harga yg melampau mahal adalah ikan jelawat. Ikan ini terdiri daripada spesies  Leptobarbus hoevenii & berasal daripada keluarga Barb. Isi ikan jelawat yg tergolong dlm jenis omnivor ini sgt lembut dan rasanya agak manis & mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yg mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yg gugur di sepanjang pinggir sungai.

3. Ikan Semah
Ikan Semah berasal daripada spesies Tor Labeobarbus, hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya. Ikan Semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan & penangkapan ikan secara berleluasa. Oleh kerana teksturnya yg berbeza dgn ikan air tawar yg lain & juga kerana ia sgt ekslusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.

4. Ikan Tengadak
 Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yg boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250. Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk “Y” tetapi rasanya sangat manis & sedapserta isinya yg amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yg menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yg berpatutan.
 
5. Ikan Ketutu
“Marble Goby Fish” atau “Soon Hock” yg juga dikenali dengan nama ikan ketutu dalam bahasa melayu merupakan antara spesies terbesar dalam keluarga ikan gobi. Ia berasal daripada spesies Oxyeleotris Marmoratus dan habitat semulajadinya adalah di perairan air paya, terusan & tasik. Seperti biasa, ikan yg mahal memiliki tekstur halus & lembut serta rasanya yg amat manis. Ikan ketutu boleh didapati dengan harga RM100 sekilogram & ianya terdiri di tangga yg ke-5 ikan termahal di Malaysia.
 Jenis Ikan & harga sekilogram:
  • Ikan Empurau – RM550
  • Ikan Jelawat – RM320
  • Ikan Semah – RM250
  • Ikan Tengadak – RM250
  • Ikan Ketutu – RM100
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...