Selasa, 21 April 2015

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 10

91. Sekali merengkuh dayung dua tiga pulau terlampau
Sekali mebuka peti dua tiga hutang langsai

Gunakan masa dengan bijak. Beberapa kerja boleh dibuat serentak.


92. Sakit ditawar
Deman diseka
Luka dibalut

Sesiapa yang melakukan kesalahan/kejahatan hendaklah memperbaiki/meperbetulkannya.


93. Salah ditimbang
Hutang dibayar
Pinjam dikembalikan
Diberi mendapat sahaja

Sesorang harus menerima padahnya jika ia membuat kesalahan


94. Salah rupa salah tampan
Salah duduk salah tegak
Salah lihat salah pandang

Perbuatan yang menyalahi adat buat apa pun tidak akan diterima oleh masyarakat


95. Semut dipijak tak mati
Alu tertarung patah tiga

Sesorang ketua hendaklah berhemah dan berlemah lembut dengan pengikutnya namun hendaklah tegas bila perlu


96. Sempit lalu
Longgar ditokok

Seseorang yang bersifat luwes tidak mudah diperdayakan


97. Seruas tebu yang berulat
Seruas yang dibuang

Tindakan yang berpatutan dengan kesalahan, lakukan dalam kesederhanaan dan tidak melampaui tahap kesalahan yang dilakukan


98. Sumbing-sumbing dititik
Patah-patah dikimpal
Rimbun-rimbun ditutuh
Buruk-buruk dibaharui
Robek-robek ditumpang

Tiap-tiap yang rosak diperbaiki begitu juga peraturan atau keadaan hendaklah mengikut zaman.


99. Sambil menyerodok bergalas lalu
Sambil menyelam minum air
Sambil berdiang nasi masak
Sambil duduk meraut ranjau
Sambil berjalan meninjau jarah

Elok buat dua tiga pekerjaan sekali lalu, walaupun dalam keadaan lapang (jarah ialah penyamun atau perompak)


100. Tembaga menunjukkan senam
Besi menunjukkan karat
Keris menunjukkan pamur
Manikam menunjukkan cahaya

Baik orang mahu pun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya.
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...