Rabu, 22 April 2015

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 11

101. Mencencang berlandasan
Melompat bersetumpu
Menjunjung bersenggulung

Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya terlebih dahulu.


102. Kuat ikan kerana sirip
Kuat burung kerana sayap
Kuat ketam kerana sepit

Tiap-tiap seseorang sedikit sebanyak ada kuasanya atau kelebihannya


103. Jika menebang menuju pangkal
Jika melanting menuju tangkai

Berbuat sesuatu hendaklah dengan maksud dan tujuannya


104. Belayar bernakhoda
Berjalan dengan yang tua
Berkata dengan yang pandai

Segala pekerjaan baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.


105. Hulu mujur pandai bertengkar
Hulu baik pandai memakai

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan selalu selamat dan disukai ramai (hulu mujur ialah ahli nujum atau pandai untung; hulu baik ialah penghias atau pandai dandan)


106. Dek lama lupa
Dek tua mamai
Dek ramai cacau
Dek banyak ganggu

Perilaku manusia berubah-ubah disebabkan keadaan.


107. Dukun sehembus
Bidan seurut
Mualim sekitab

Ilmu pada sesuatu peringkat atau taraf itu adalah satu tujuannya. Kalau hendak berubat, bersalin atau berilmu, janganlah terlalu memilih guru atau pakar sebab semuanya adalah diiktiraf.


108. Elok bahasa bagi bekal hidup
Elok budi bagi bekal mati
Elok bangsa bagi bekal merantau

Kehalusan bahasa dan tingkahlaku seseorang itu dipuji semasa hidup, tetapi budi pekerti dan amal soleh akan dikenang manusia setelah mati.


109. Kerja beragak tak menjadi
Kerja beransur tak bertahan

Kerja yang dibuat secara beransur-ansur lebih cepat daripada yang ditunda


110. Kerja orang muda bergegas
Kerja orang tua berjudai

Kerja orang muda dilakukan secara tergesa-gesa, manakala orang tua membuat kerja lambat tetapi tak berhenti-henti
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...