Khamis, 25 Jun 2015

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang

#1 - Solat Ikut-Ikutan
Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli, solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.

Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh
Allah SWT di Akhirat kelak.

#2 - Solat Ikut Mood
Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas
menunaikan solat.

#3 - Solat Orang Lalai
Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa
Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan
Bahasa Arab.

#4 - Solat Awam
Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab, tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan
berkaitan dengan solat.

Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya.

#5 - Solat Orang Yang Kurang Khusyuk
Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk.

Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia di luar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya
tidak putus dengan urusan dunia.

#6 - Solat Orang Soleh

Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz -lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. Urusan dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT.

#7 - Solat Golongan Al-Muqarrabin
Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah.

Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri
hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar solat.

#8 - Solat Golongan As-Siddiq
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka.

Sekian.

Semoga kita dapat menilai level solat kita berada pada tahap mana untuk sama-sama mendapat iktibar.
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...