Khamis, 2 Julai 2015

Pantun Budi Siri 3

21.    Kalu ada menanam tebu
Boleh dijual di pasar desa
Kalau kita jadi tetamu
Biar pandai berbudi bahasa

22.    Kalau ada peria pahit
Belanga baru jerang udang
Kalau ada jasa baik
Jadi abu dikenang orang

23.    Kalau udang dibuat gulai
Daging rusa dimasak kari
Kalau wang menjadi pemapai
Budi bahasa pengiring diri

24.    Kuala Deli airnya jernih
Tempat bermain ikan gelama
Pokok mati meninggalkan benih
Manusia mati meninggalkan nama

25.    Limau manis batang berduri
Batang selasih dalam dulang
Mulut manis kerana budi
Hati kasih kerana sayang

26.    Marilah kita menanam padi
Padi ditanam tanah bendang
Marilah kita menabur budi
Supaya kita dikenang orang

27.    Masak udang dalam perahu
Ubi rebus terletak di padang
Zaman sekarang kalau nak tahu
Budi hangus menjadi arang

28.    Nanas dijual di pasar niaga
Ramai orang datang membeli
Emas perak perhiasan dunia
Budi bahasa perhiasan diri

29.    Orang  Aceh menanam padi
Padi tumbuh nampak jarang
Antara kasih dengan budi
Budi juga dikenang orang

30.    Orang hulu menebang jati
Orang darat memetik palas
Kalau nak tahu budi sejati
Tidak berhajat minta dibalas
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...