Ahad, 5 Julai 2015

Pantun Budi Siri 6

51.    Dari mana hendak ke mana
Sayang Cik Mamat menjual padi
Kasih tidak sejauh mana
Hati terkenang kerana budi

52.    Dari mana hendak ke mana
Dari sawah turun ke padi
Duduk jauh di mana-mana
Budi tak lupa di dalam hati

53.    Dewa Sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

54.    Jurumudi mana haluannya
Barat daya angin kencang
Baik budi apa balasnya
Doa minta umur panjang
      
55.    Layang-layang terbang melayang
Putus tali sambong benang
Siang malam terbayang-bayang
Budi bahasa terkenang-kenang

56.    Kemas rumah di waktu senja
Anak buaya naik mencuri
Emas intan ada harga
Budi bahasa sukar dicari

57.    Sungguh banyak duri mengkuang
Baik-baik terkena tangan
Banyak sungguh budimu tuan
Tidak ku lupa sepanjang zaman

58.    Bukan saya pergi ke Daik
Sudah ke Daik menali benang
Orang baik dibalas baik
Sudah baik selalu dikenang

59.    Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bangsa kerana emas
Hilang budi kerana miskin

60.    Angkat sauh kembangkan layar
Kapal berlayar pulang ke Langkat
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi hati terikat
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...