Pensyari’atan janggut dalam Islam adalah
khusus bagi laki-laki (bukan pada wanita) dan bagi mereka yang memang
Allah dikurniakan janggut yang tumbuh di pipi dan dagunya. Jika memang
seseorang yang “dari sananya” tidak tumbuh janggut, tentu tidak
dikenakan kewajiban (memelihara) janggut. Allah telah berfirman: “Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” [QS.
Al-Baqarah: 286].
Ada begitu banyak hadis Nabi yang menyuruh lelaki untuk memelihara janggut.
“Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” (HR. Muslim no. 623)
“Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut. “(HR. Muslim no. 625)
“Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam
memerintahkan untuk memotong pendek misai dan membiarkan (memelihara)
janggut.” (HR. Muslim no. 624)
“Pendekkanlah misai dan biarkanlah (perihalah) janggut dan selisilah Majusi.” (HR. Muslim no. 626)
Selain dalil-dalil di atas, Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam juga sangat tidak suka melihat orang yang
janggutnya dalam keadaan tercukur.
Ketika Kisro (penguasa Persia) mengutus
dua orang untuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka
menemui beliau dalam keadaan janggut yang tercukur dan misai yang lebat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka melihat
kedua-duanya. Beliau bertanya, “Celaka kalian! Siapa yang memerintahkan
kamu seperti ini? “Keduanya berkata,” Tuan kami (iaitu Kisra)
memerintahkan kami seperti ini. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,” Akan tetapi, Rabb-ku memerintahkanku untuk memelihara
janggutku dan menggunting kumisku. “(HR . Thabrani, Hasan. Dinukil dari
Minal Hadin Nabawi I’faul Liha)
Lihatlah saudaraku, dalam hadis yang
telah kami bawakan di atas menunjukkan bahawa memelihara janggut adalah
suatu perintah. Memangkasnya dicela oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Menurut kaedah dalam Ilmu Ushul Fiqh, “Al Amru lil wujub” iaitu
setiap perintah menunjukkan suatu kewajipan. Sehingga memelihara janggut
yang tepat bukan hanya sekadar anjuran, namun suatu kewajipan. Di
samping itu, maksud memelihara janggut adalah untuk menyelisihi
orang-orang musyrik dan Majusi serta perbuatan ini adalah fithrah
manusia yang dilarang untuk diubah.
Melalui hadis-hadis di atas, memelihara
janggut tidak selalu Nabi kaitkan dengan menyelisihi orang kafir. Hanya
dalam beberapa hadits namun tidak semua, Nabi kaitkan dengan menyelisihi
Musyrikin dan Majusi. Sehingga tidaklah benar anggapan bahawa perintah
memelihara janggut dikaitkan dengan menyelisihi Yahudi.
Maka sudah sewajarnya setiap muslim
memperhatikan perintah Nabi dan celaan beliau terhadap orang-orang yang
menggunting janggutnya. Jadi yang lebih tepat dilakukan adalah
memelihara janggut dan memendekkan misai.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com