Selasa, 18 Ogos 2015

Isnin, 17 Ogos 2015

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

Baca untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua...hidup sebagai seorang bernama Islam jangan berterusan dalam kejahilan.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan  seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan  ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 :      Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 :  Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 :     Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 :     Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 :     Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 :     Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!
Soalan 6 :     Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 :     Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 :     Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 :     Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat....
Katakanlah:   'Sesungguhnya solat dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.
Wallahu’alam.

Ahad, 16 Ogos 2015

Loyar Buruk

Loya Buruk 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia 
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya 
membaca macam orang lain?"
 
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, 
akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
 
 
Loya Buruk 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, 
saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak 
pernah mengganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. 
Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari 
perempuan tua itu...,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya 
sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor.  Mungkin 
doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap." Sambil 
menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang 
ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." 
 
Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor," 
panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor 
beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...
tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah 
mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa 
telinga makcik." 
 
Moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu..
walaupun kita tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak 
dengar gak ! hehehehe..
 
 
Loya Buruk 3
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua 
di depan kampus UITM.
 
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak .
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat 
berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di 
Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti 
Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia 
di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan 
juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..

Sabtu, 15 Ogos 2015

~*Jantung*~

Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.


Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

WASSALAM...

Jumaat, 14 Ogos 2015

Ambillah Pengajaran Bukan Dipersoalkan Kebenarannya Untuk Diri Sendiri

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik 
dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki 
berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai 
maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency 
Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja 
sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
 
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke 
tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung 
dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain 
di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
 
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 
hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat 
panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya 
selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
 
 
Sewaktu beliau koma
 
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau 
hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau 
bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang 
mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika 
itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas 
sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan 
sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang 
bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua 
anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
 
 
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu 
kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin 
untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan 
sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi 
tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa 
mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
 
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang 
begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya 
kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian 
menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk 
mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. 
Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya 
gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.
 
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa 
mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas 
yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat 
menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja 
menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi 
ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah 
menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian 
berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk 
anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan 
tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
 
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya 
tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa 
beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
 
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk 
tatapan anda sekelian.
 
Apa yang disesalkan:
 
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana 
mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat 
sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
 
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat 
sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun 
saya mati
 
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga 
kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan 
saya.
 
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah 
masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
 
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah 
anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
 
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. 
Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
 
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam 
wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
 
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak 
menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja 
beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
 
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau 
adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
 
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
 
Sahabat:
 
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran 
pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat 
saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh 
kemalangan dan kecederaannya.
 
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama 
keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana 
Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran 
dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! 
kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi. 
 
Wallahu a’lam. 
Wasalamualaikum wbr. 

Khamis, 13 Ogos 2015

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
 
Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
?
         1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
?
         2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
?
         3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
?
         1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
?
         2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
?
         4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

Rabu, 25 Mac 2015

Misi jangka pendek

Misi jangka pendek: "Jadi ahli Founder 3000".

Kelayakan:
1. Sendiri mesti jadi associate.
2. Mesti taja sekurang-kurangnya 3 associate.

Faedah:
1.Komisen daripada Leafit eComerce Sale dari level 1 hingga 9 menjadi 2 kali ganda drpd biasa.
2. 3000 org founder berkongsi sama rata peratus keuntungan daripada semua pengguna Leafit yg tiada referrer. (Bayangkan kalau ada 500 juta pengguna Leafit!!)

Produk: leafit
Nama Syarikat: iGrow Network (USA) (http://igrownet.com/Registered)
Nama Produk: LEAFIT (aplikasi Network Sosial)

Apa itu LEAFIT?

LEAFIT merupakan sejenis aplikasi network sosial (Social Network Application) yang serupa dengan INSTAGRAM tetapi mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri yang menjadikan aplikasi ini sangat luar biasa dan mungkin akan digunakan oleh jutaan pengguna di seluruh dunia. Aplikasi Leafit bakal muncul di telefon-telefon pintar pada bulan Mac 2015.

Kelebihan LEAFIT:

- Leafit berkerjasama dengan beribu-ribu jenama dan syarikat terkenal di seluruh dunia yang ingin memasarkan produk mereka di dalam aplikasi Leafit. - Setiap pengguna Leafit berpeluang menjana pendapatan sehingga berjuta-juta dollar hanya dengan menjual produk orang lain yang sudah dihubungkan dengan sistem affiliate Leafit. -Menjual produk orang lain di Leafit adalah semudah tiga langlah iaitu “Ambil gambar, tag jenama dan kongsi gambar ke Leafit atau ke Facebook atau ke Twitter”. -Apabila sesuatu produk yang dikongsi itu terjual, syarikat pengeluar/penjual produk tersebut akan membayar komisen kepada pengguna Leafit dan pemilik Leafit iaitu iGrow Network.

- Leafit direka khas agar gambar-gambar yang dikongsi di dalamnya menjadi viral. Leafit juga mempunya penampilan yang menarik dan mempunyai banyak ciri yang lebih hebat daripada Facebook dan Instagram.

- Berdasarkan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada Leafit, dijangkakan bahawa akan terdapat berjuta-juta pengguna laman sosial akan mula menggunakannya apabila ia dilancarkan nanti.

- Senarai syarikat dan jenama yang akan berhubung dengan sistem affiliate Leafit akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini akan membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui aplikasi laman sosial dengan hanya melakukan apa yang mereka suka lakukan dan sedang lakukan iaitu berkongsi gambar.

Terima kasih di atas minat anda terhadap peluang yang ingin saya kongsikan.

Nama Syarikat: iGrow Network (USA) (http://igrownet.com/Registered)

Nama Produk: LEAFIT (aplikasi Network Sosial)

Anda pernah mendengar Leafit?

Media sosial terbaru seperti Facebook yang akan dilancarkan pada bulan April 2015 dari US. Anda boleh mendaftar secara PERCUMA dalam sistem ini

Sebagai Free Affiliate, anda boleh menjana dua jenis pendapatan iaitu:

Anda akan dapat 17 USD untuk setiap Free Affiliate tajaan anda yang upgrade kepada Associate. Anda akan dapat 10% daripada komisen jualan yang yang diperoleh oleh iGrow melalui network level 1 anda.

Untuk memperolehi pendapatan seperti di atas, anda hanya perlu sebarkan Affiliate Link anda kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mendaftar dan menjadi pengguna LEAFIT, anda berpeluang untuk dapat komisen. Jika ada di antara mereka yang upgrade menjadi Associate, anda akan mendapat 17 USD setiap seorang.

Untuk meningkatkan potensi pendapatan anda di iGrow ini, anda boleh pertimbangkan untuk upgrade diri anda kepada ASSOCIATE. Sebagai Associate, anda berpeluang untuk menjana pendapatan seperti berikut:

Anda akan dapat komisen jualan sehingga 9 peringkat.

1. Anda akan dapat komisen mingguan dan bulanan daripada keahlian

2. Associate tajaan anda sehingga 9 peringkat.

3. Anda layak masuk ke dalam matriks komisen 3 X 9 dan berpotensi mendapat sehingga ribuan USD sebulan.

4. Evergreen Check Match (Komisen bulanan berdasarkan jualan pasukan)

5. Anda akan layak masuk ke dalam “iGrow University” yang akan mengajar anda segala ilmu.

Untuk info lebih lanjut, sila layari http://igrownet.com/Registered

Apa itu iGrow Network?

iGrow Network ialah sebuah syarikat dari USA yang merupakan pemilik kepada aplikasi Leafit ini. iGrow Network sedang mempelawa orang ramai untuk menyebarkan aplikasi Leafit ini ke seluruh dunia agar orang ramai menggunakan aplikasi ini dan memanfaatkan kelebihannya apabila ia dilancarkan nanti. Orang yang menyebarkan aplikasi ini kepada orang lain akan menerima komisen daripada syarikat melalui beberapa pelan ganjaran yang hebat.

Terdapat dua pilihan untuk menjadi pengedar aplikasi Leafit ini iaitu sama ada menjadi Free Affiliate atau menjadi Associate iGrow Network.

Menjadi ahli Free Affiliate adalah percuma. Sebagai ahli Free Affiliate, anda akan mendapat 10% daripada keuntungan yang dijana oleh iGrow Network apabila rakan-rakan anda menggunakan Leafit untuk menjual produk orang lain yang ada hubungan dengan Leafit. Ahli Free Affiliate juga akan menerima komisen sebanyak 17USD apabila ada rakannya yang mendaftarkan diri sebagai Associate.

Menjadi ahli Associate pula memerlukan yuran bulanan sebanyak 49USD. Jika anda menjadi ahli associate, maka anda akan layak menerima ganjaran-ganjaran yang lumayan seperti berikut (ringkasan)*:

1. Layak masuk ke dalam iGrow Universiti yang menawarkan satu kursus atas talian yang melayakkan anda mendapat sijil "Certified Online Marketing Associate" iaitu satu sijil pemasaran yang diiktiraf di US. (Yuran pengajian untuk mendapatkan sijil ini di mana-mana universiti di USA ialah lebih kurang 12,000USD).

2. Layak mendapat komisen keuntungan yang dijana oleh Grow Network apabila rakan-rakan anda menggunakan Leafit dan rakan kepada rakan anda sehingga generasi kesembilan menggunakan Leafit.

3. Layak mendapat komisen uni-level sehingga generasi kesembilan

4. Layak mendapat komisen mingguan dan bulanan melalui sistem matrix iGrow Network.

Peluang ini datang dari US ke Asia melalui Sabah kerana founder iGrownet ada kawan org Sabah.

Produk: leafit
Nama Syarikat: iGrow Network (USA) (http://igrownet.com/Registered)
Nama Produk: LEAFIT (aplikasi Network Sosial)

Sabtu, 21 Februari 2015

iGrow Network

iGrow Network is a Social Media Marketing company that provides the best tools, knowledge, compensation and products to grow any business online!

Just want to share with you the opportunity at http://invited.igrownet.com/
 





Selasa, 9 Disember 2014

Top 28 Pasport Paling “Berkuasa” Didunia. Agak-Agak Malaysia No. Berapa?

o 28 : LIECHTENSTEIN – 159 negara tanpa visa
10

No 27 & 26 : MALAYSIA & MALTA – 163 negara tanpa visa
9
No 25 : ICELAND – 165 negara tanpa visa
Screen shot 2014-11-24 at 10.03.27 PM
No 24 : KOREA SELATAN – 166 negara tanpa visa
7
No 23-21 : AUSTRALIA, GREECE & SINGAPURA – 167 negara tanpa visa
6
No 20-18 : AUSTRIA, NEW ZEALAND & SWITZERLAND – 168 negara tanpa visa
5
No 17-11 : CANADA, PERANCIS, IRELAND, JEPUN, NORWAY, PORTUGAL & SEPANYOL – 170 negara tanpa visa
4
No 10-8 : BELGIUM, ITALY & BELANDA – 171 negara tanpa visa
3
No 7-4 : DENMARK, JERMAN, LUXEMBOURG & USA – 172 negara tanpa visa
2
No 3-1 : FINLAND, SWEDEN & UK – 173 negara tanpa visa
1
Sumber: http://thevocket.com

Rabu, 12 November 2014

Kos Sara Hidup Atau Gaya Hidup?

 
Barangkali ramai masih bercerita mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober lalu. Apatah lagi pengisian bajet kali ini menyentuh hampir semua golongan masyarakat. Daripada petani, nelayan, peniaga kecil, pesara sehinggalah pelajar, belia, kakitangan awam dan swasta serta pelbagai kalangan lagi.

Jadi ramailah yang mendapat manfaat daripada Bajet 2015. Kalau pun tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat juga merasa sedikit. Seperti diramalkan banyak pihak, bajet diumumkan Perdana Menteri itu, banyak menjurus untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Berpaksikan 'ekonomi keperluan rakyat', Bajet 2015 menyenaraikan pelbagai insentif termasuk penambahan bantuan kewangan dan pengurangan cukai.

Kebimbangan rakyat berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut diambil kira dengan memperluaskan lagi skop barang yang tidak dikenakan GST. Berikutan itu, 532 barang atau 56 peratus daripada 944 barang dan perkhidmatan dalam kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus.

Kini, terpulang kepada kita bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan bagi memenuhi tuntutan hidup. Memanglah kalau ikutkan hati, macam-macam kita hendak untuk menjalani kehidupan yang selesa seiring dengan aliran gaya hidup sekarang. Kita kenalah beringat dan bersederhana dalam berbelanja.

Apa yang berlaku, kadang-kadang kita sendiri melakukan pembaziran kerana terikut-ikut dengan perubahan gaya hidup, sedangkan kita juga merungut kos sara hidup tinggi. Contoh mudah, kita langgan saluran berbayar, tetapi sekerap mana pula kita menontonnya? Kalau dulu kita lihat aerial televisyen menjalar di rumah pangsa dan kampung, kini kebanyakannya diganti dengan piring saluran berbayar selaras dengan perubahan teknologi penyiaran televisyen.

Mungkin penggunaan aerial tidak sesuai lagi, tetapi apakah perlu kita mempunyai lebih satu decoder atau melanggan banyak saluran? Sekarang pun semakin ramai memasang pendingin udara, tetapi selimut tebal pun diguna kerana terlalu sejuk. Telefon bimbit pula seolah-olah sudah menjadi satu kemestian sampaikan anak yang masih bersekolah turut memilikinya.

Begitu juga dengan pengambilan pelbagai vitamin dan makanan tambahan kesihatan, kini tidak lagi dikaitkan dengan gaya hidup mewah. Ada yang sanggup berhutang membeli alat senaman berharga beribu ringgit, tetapi banyak juga cerita kita dengar ia lebih kerap menjadi tempat menggantung tuala atau pakaian.

Persoalannya, apakah kita memerlukannya, sedangkan kita boleh menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, bersukan atau berjoging. Kita akui gaya hidup sekarang lain, tetapi janganlah kita bersikap seperti 'besar suap daripada mulut' dan apabila perbelanjaan kita melebihi pendapatan, kita salahkan pula kerajaan. Wallahualam.


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...