Sabtu, 10 Oktober 2015

Arak Menjadi Madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,

" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

Jumaat, 9 Oktober 2015

10 perintah tetap amalan pesakit sihir dan saka

Laporan ringkas 10 perintah tetap pesakit sihir dan saka kali ini menerangkan benda yang harus diambil berat oleh pesakit yang terkena sihir sama ada santau, saka, sihir pengasih, buatan orang, gangguan toyol, pelesit, anak kerak, hantu raya, langsuir, pontianak dan apa sahaja jenis bentuk gangguan makhluk halus. Semoga bermanfaat dan boleh menjadi seorang islam yang baik hingga menjadi seorang islam(muslim) yang beriman (mukminin).

1. Kebersihan
Firman Allah bermaksud: “...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. Riwayat Muslim).
Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.

2. Mandi Hadas
Melewatkan mandi hadas juga tandanya tidak bersolat.
Dalam suatu riwayat lain disebutkan juga bahawa malaikat lari daripada orang yang tidak mandi hadas besar. Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Sesungguhnya malaikat tidak menghampiri orang yang tidak mandi hadas besar... sehingga dia mandi”. (Riwayat At Tabrani).

3. Pakaian Bersih
Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.

4. Sampah
Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “...bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).
Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah-sarap dan najis binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.
Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah- sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata sehingga mengganggu orang lain.

5. Rumah Besar
Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman. Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka. Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.
"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu"* [Al Quran At Takaatsur:1]
Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: *"Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya"* [HR Muslim]

6. Tandas
Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)
Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

7. Kencing Berdiri
Kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)

8. Mencarut
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebab itu apabila ingin bercakap elok berhati-hati agar tidak terlajak kata sehingga sukar untuk ditarik balik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa suka selamat, maka hendaklah dia membiasakan diam.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Dari Abi Darda' ra, bahawasanya telah bersabda Nabi saw Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".

9. Membazir
Dewasa ini, terdapat banyak bentuk pembaziran dari kenduri perkahwinan, majlis makan malam beradab (kononnya), hi-tea, valentine day, hari raya sakan, dan lain-lain. Tak kurang pula dengan membazir waktu dengan melepak, menonton wayang, berjudi, menonton bola sepak, akademi fantasia, jangan lupa lirik, astro, kartun, HBO dan lain-lain.
Allah s.w.t. menegah perbuatan boros (al-Isra’ 26) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah kamu membazir dengan boros.

Boros atau membazir menurut imam as- Syafii ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.
Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Salah satu kesempurnaan islam pada seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara2 yang tidak perlu baginya.” (Hadith hassan riwayat At-Tirmizi)

10. Memaki masa
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di tanganKu" (Hadith Sahih Muslim)

Inilah hakikatnya, antara ayat yang sering kita mengeluh ialah:
sial punya hari, hari paling sial. hari yang malang, tahun yang malang, tahun malapetaka, hari yang celaka, tak guna punya hari dan lain-lain.

Kesimpulan
Semoga apa yang dihuraikan ini sudah cukup menjadi benteng keimanan melawan jin dan sihir tuan puan sekalian “Insya Allah”. Ameen

Khamis, 8 Oktober 2015

Penawar Keletihan / Kepenatan

Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan penawar ringkas bagi meringankan keletihan/kepenatan dan kesusahan hidup kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah dan menantunya Saidina Ali bin Abu Talib.
 
Baginda s.a.w. bersabda :
 
Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,  bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan/kepenatan dan kesusahan hidup mereka berdua.


Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Rabu, 7 Oktober 2015

Kerutup Udang‏

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar


CARA MEMBUATNYA :-)


1.       Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2.       Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3.       Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4.       Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!

Selasa, 6 Oktober 2015

Sesetengah Nikmat Itu Hanya Datang Sekali

Suatu hari aku mendengar seseorang bercerita di radio IKIM

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,  mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini: Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.  "Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan  mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak  melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah  terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah  merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam  raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi." Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu  yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..." Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan  setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor."Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."

Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah."Anak puan ... Telah meninggal dunia. "Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat  selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..." Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,  dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibukeluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini."

”Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.



Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Isnin, 5 Oktober 2015

Ayat-Ayat Allah

Daripada kelas pengajian tafsir al-Quran Dr. Fatma

AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

 AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam  air dan  minum serta buat air  mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman.

AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental.

AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.

AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)  kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK  KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. 

Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.

(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).
AWET MUDA (dalaman dan luaran)

Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah - 3 kali

Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
 Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)

Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.

KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA
Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

MENGELAKKAN SAKIT KEPALA
Bawa ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

Ahad, 4 Oktober 2015

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut


Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat

Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

Sabtu, 3 Oktober 2015

10 SEBAB CUCI MOTOR ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERKHALWAT

1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas,hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Jumaat, 2 Oktober 2015

5 kegunaan menyimpan janggut yang perlu anda tahu

Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama-ulama muslim.

Hasil dari kajian mereka adalah :

1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka di sekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.



Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.”

(HR. Muslim)

Khamis, 1 Oktober 2015

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).”
(al-Bukhari)

Huraian:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur.

Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Rabu, 30 September 2015

Persediaan Sebelum Tidur

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)

Huraian:
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan:
“Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Selasa, 29 September 2015

Awal..pertengahan..penghujung PERKAHWINAN

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

Isnin, 28 September 2015

CERITA MALAM PERTAMA YANG SYAHDU

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - faham-faham jak lah..pengantin baru!)


Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Di celah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Ndapalah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak faham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru jak!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih Ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih tiada jawapan... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saja banjir...!"

Moral: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

Ahad, 27 September 2015

Kisah Juha Dengan Seorang Penipu

Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.

Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.

Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.

Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.

Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.

Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :

"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".

Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha :
"Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".

Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".

Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.

Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.

Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula rantai emas peninggalan orang tuanya.

Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam : "Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam : "Waalaikumussalam !!".

Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.

Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".

Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata : "Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".

Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha : "Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".

Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata :
"Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".

Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.

Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".

Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".

Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata : "Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".

Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".

Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.

Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.

Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".

Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".

Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".

Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.

Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.

Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.

Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :
"Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".

Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam istana....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.

Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :

"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi : "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".

Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !".

p/s: jangan pernah sesekali kita mensia-siakan amanah orang & jangan menipu. RENUNG-RENUNGKAN

Sabtu, 26 September 2015

Doa Untuk Suami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...