Sabtu, 23 Januari 2016

Stupidity

Stupidity #1

Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.


Stupidity #3

Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !



Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5

Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jumaat, 22 Januari 2016

Alamak!!!!!!

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kawen lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kawen lagi kot, kerana anak2 kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang sediakan.

Isteri : Habis kalau abang kawen lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?

Suami : Yelah, sebab rumah ni mahal, takkan nak biarkan kosong macam tu je..

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ye yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia, nanti bilik ni membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksa la yang, sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kat kakak & adik awak lak, jadi drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aje.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh sebab dia suka handbag kale maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal....

Isteri : @#$%???????!!!!!!!!!!!

Suami : (dalam hati) Alamak!!!!!!

Khamis, 21 Januari 2016

Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat

APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA
1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Rabu, 20 Januari 2016

Antara Azab Wanita di Neraka

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

http://lamanilmu2u.blogspot.com/2008/05/wanita-yang-dimurkai-allah_19.html

Selasa, 19 Januari 2016

Hukum Kahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina

Assalamualaikum wr.wb.

Saya terus terang saje Ustaz.

Saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita & insyaAllah siap utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu.

Dia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan sudah menyesal. Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari bekas kekasihnya. Tapi menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan bekas kekasihnya itu juga masih teman saya. Yang ingin saya tanyakan:

1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan menikahi wanita tersebut ? Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?

2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin balik lagi kepada dia. Saya tahu dia masih mencintainya, kerana mereka berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita itu. Apakah saya harus merelakan wanita ini untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia mencintai saya.

3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah, apakah saya termasuk orang tidak baik? Kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik, dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.Terima kasih atas jawapannya

-Arie-



Jawapan

Semoga Allah merahmati kita semua

1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat, sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan saudara mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak boleh pilih yg lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)

2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah dia bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.

3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.

Wallahualam.

Isnin, 18 Januari 2016

Bertahanlah Sayang......

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk ke dalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita.

Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan s**s denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya di mana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi.

Saya rasa dia ingin melakukan hubungan s**s dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Ahad, 17 Januari 2016

Teacher Vs Wonder kids

TEACHER: SeraiWangi, go to the map and find Malaysia ..
SERAIWANGI: Here it is.
TEACHER: Correct..! Now class, who discovered Malaysia ?
CLASS: SeraiWangi.....teacher!.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Gooku, why are you doing your math multiplication on the floor?
GOOKU: You told me to do it without using tables.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Mardhiah, how do you spell 'crocodile?'
MARDHIAH: K-R-O-K-O-D-I-A-L'
TEACHER: No, that's wrong
MARDHIAH: Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.
__________________________________________________ _________

TEACHER: puaker, what is the chemical formula for water?
PUAKER: H I J K L M N O.
TEACHER: What are you talking about?
PUAKER: Yesterday you said it's H to O.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Laila, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.
LAILA: Me!
__________________________________________________ _________

TEACHER: Muthiah, why do you always get so dirty?
MUTHIAH: Well, I'm a lot closer to the ground than you are.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Amyzza, give me a sentence starting with ' I. '
AMYZZA: I is..
TEACHER: No, Tijah..... Always say, 'I am.'
AMYZZA: All right..... 'I am the ninth letter of the alphabet.'

__________________________________________________ _________

TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry
tree, but also admitted it. Now, akuumno, do you know why his father didn't punish him?
AKUUMNO: Because George still had the axe in his hand.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Now, PenMerah, tell me frankly, do you say prayers before eating?
PENMERAH: No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Quratul , your composition on 'My Cat' is exactly the same as
your brother's. Did you copy his?
QURATUL : No, sir. It's the same cat.
__________________________________________________ _________

TEACHER: Waris, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
WARIS: A Teacher...

Sabtu, 16 Januari 2016

Pantun Aurat Wanita

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Jumaat, 15 Januari 2016

Kerana Selipar Milah Hilang Dara

Ada dua baranak tinggal di hujung kg ni, Pak Abu dan Milah.. Milah ni taklah cantik sgt tapi selera jugak lah mato yg mandang dia ni.. Seluruh jejaka di kg tu mmg syok abih kat Milah ni lebih2 lagi.. satu mamat namanya..Ali.. Ali ni mmg dah target..kalau dapat Milah ni.. mmg dia nak ‘overhaul’ habis2 … Pada satu ari… Ali ni tergerak ati nak ajak Pak Abu bersaing ke surau..alasan je tuh

Ali : Assalammualaikum Pak Abu……
P Abu: Waalaikumussalam… ooo… Ali .. apa ka halnya..
Ali : Tak ada apa Pak Bu.. igt nak ajak Pak Abu bersaing ke surau..
P Abu: Oiih.. baguslah.. tunggulah kejap.. pakcik nak salin seluar dlm…ekau masuklah dulu..duduk sini diam2 ya..

Sambil berlalu masuk ke bilik. dan tiba2.. Milah keluar dari biliknya..berkemban aja membawa.. sebakul pakaian yg nak di basuh…. di perigi luar rumahnya..

Ali : Hi.. Milah.. jom main
Milah: Ishh.. apa ko ni Ali.. tak baik ckp cam tu tau..
Ali : Alah sikit ja..
Milah: Tak buleh..tak buleh ( sambil terus keluar )
Ali : (dlm hati) Jaga ko.. kan ku buleh..bulehkan…
Milah : (menjeling dan menjerit). Bapak.. milah kek perigi ya..nak cuci kain2 ni hah… tak yah kunci pintu ni.. Bye Ali.

Tetiba……

Pak Abu: Hah.. apa di tenung tu Ali.. dah jom kita pi..
Ali : Jom……………………alamak Pak Ali.. mana selipa aku ni..tadi ada di sini..
Pak Abu: Ooo..ni mesti si Milah salah pakai selipa ekau.. gilah ekau mintak dgn dia selipa ko tu.. dia ada kat perigi sana tu hah..pak cik tunggu sini..nak sedut rokok ni sebatang..
Ali : Yalah Pak Abu.. Ali pi mintak..

dan………………Ali pun merempuh masuk.. dan sekonyong2 nya nampaklah Milah yg tengah telanjang bulat..comel..aja segala2..

Milah : Ishh.. Ali.. apa ni.. aku jerit ni..
Ali : Jangan jerit.. bapak kau yg suruh aku dtg sini main..dia kata kalau tak main nanti aku mati tengah jln..
Milah : Tipu kau ni li…
Ali : Aku tak tipu la.. ko dengar ni.. aku buktikan (menjerit dengan kuat)……Pak Abuuuuuu..Milah tak beri..
Pak Abu: (dari jauh melaung)… Milah.. tak baik… Ali nak cepat tu…
Ali : Hah..kau dengar tak

Dan.. maka terjadilah perkara yg sesedap rasa adanye… tp kalau dah dasar buaya.. mmg dia tak puas..

Ali : Sedapnya Milah… eh.. aku lupa plak.. bapak kau kata tadi kalau dah rasa yg di depan.. kena rasa yg belakng jugak..
Milah : Aku tak caya cakap ko ni li..
Ali : Laaaaaaaaa… tak caya lagi.. kau dengar aku jerit ni.. Pak Abu………. Milah kasi sebelah jaaaaaaa…
Pak Abu : Patutlah lama betul.. Milah main kan Ali rupanya…(jerit)…………. BAGI DUA-DUA BELAH MILAHHHHHHHHHH…..

Dan.. nda payah di crita apa yg terjadi….

Moral of the story..
jgn pakai selipar org………!!!

Khamis, 14 Januari 2016

Antara bentuk ziarah kubur yang bid'ah

[1] Ziarah bid'ah yang dihukumi bid'ah sahaja

Artinya tidak sampai kepada kesyirikan, seperti ziarah kubur untuk berdoa kepada Allah di sana dengan menyakini adanya keberkahan kubur tersebut. Atau untuk mengelilinginya dan meminta kepada Allah di sana. Atau untuk membaca al-Quran yang pahalanya disampaikan kepada mayat. Ini termasuk bid'ah yang terkadang menjadi dosa besar. Pelakunya dikhawatirkan akan terjerumus kepada kesyirikan. [Kerana syaitan sangat ingin dan selalu berusaha untuk menyesatkan manusia].


[2] Ziarah bid'ah yang mengandungi kesyirikan

Yakni ziarah kubur untuk berdoa kepada penghuni kubur tersebut (berdoa kepada selain Allah). Atau untuk istighasah (memohon pertolongan), meminta bantuan, keselamatan, kesembuhan dari penyakit, dilapangkan dari penderitaan, dan lain-lain. Ini tidak disyariatkan berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin. Ziarah seperti ini diadopsi dari penyembahan kepada berhala, [kerana mereka mempertuhankan penghuni kubur].

Sebahagian bentuk ziarah yang bid'ah:

[a] Menentukan waktu tertentu untuk ziarah kubur. Sama sahaja, apakah tiap tahun, seperti di setiap dua hari raya. Atau di setiap bulan dan setiap minggu, seperti mereka yang berziarah di setiap hari Jumaat sahaja. Dan mereka menetukan waktu-waktu itu sahaja, tanpa melakukannya di waktu-waktu yang lain.

[b] Berdiri di depan kuburan sambil meletakkan tangannya seperti orang yang sedang solat.

[c] Membawa msuhaf ke kuburan dengan niat mengambil berkah atau untuk membacanya atas mayat.

[d] Membaca surah al-Fatihah atau surah Yaasiin untuk arwah para penghuni kubur.

[e] Bermaksud untuk berdoa di kuburan dengan mengharapkan dikabulkannya doa tersebut.

[f] Meletakkan bunga atau pepohonan di atas kuburan.


[3] Ziarah Syirik

Mengadakan sekutu bagi Allah. Sekutu ertinya yang masuk dan bercampur dengan yang lain dalam urusan apa pun. Termasuk ke dalam makna ini adalah syirkah (persekutuan) antara dia orang atau lebih dalam segala perkara.

Sedangkan syirik menurut istilah adalah menjadikan sekutu bagi Allah Ta'ala dalam rububiyyah atau uluhiyyah-Nya. Pada umumnya kesyirikan terjadi pada tauhid uluhiyyah, yakni dalam berbagai peribadatan, seperti menyembelih, bernadzar, takut dan mengharap kepada selain Allah, dan lain-lain.

Sebahagian bentuk ziarah yang syirik

[a] Menziarahi kuburan para Nabi, wali atau orang yang soleh dengan sangkaan bahawa dengan keberkahannya para penziarah akan mendapatkan rezeki atau pertolongan.

[b] Berziarah kepada kuburan para Nabi, wali atau orang yang soleh, lalu mereka meminta pertolongan anak dan lain-lain.

*Tuntutan praktis Ta'ziyah & Ziarah Kubur, oleh: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah.

SANGAT DISARANKAN MENDENGAR KULIAH INI. LEBIH TERPERINCI!:

URD - Ta'ziyah & Ziarah Kubur - 10/04/2011 - 1/7 = http://www.youtube.com/watch?v=67xLjVIOY2I [boleh lihat sambungannya di dalam]

Rabu, 13 Januari 2016

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Selasa, 12 Januari 2016

Bunuh Syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Isnin, 11 Januari 2016

Hukum Jilat Kemaluan

Dlm satu program soal jawab bersama Ustaz..
Seorang hadirin mengajukan satu soalan kepada ustaz tersebut..

Hadirin : Ustaz.. saya ada satu soalan ..!

Ustaz : Silakan... saudara...

Hadirin : Dalam perhubungan suami isteri.. boleh kah jika suami menjilat kemaluan isterinya..?

Ustaz : Boleh tu boleh.... tapi.... Masin lah sikit....

Hadirin : Emm... Memang masin pun... jadi apa hukumnya ustaz ?

Ustaz : Hukumnya tak berbau Syurga Jika sesiapa menjilat kemaluan isteri..

Hadirin : Sampai macam tu sekali ye ustaz.. kenapa ustaz..?

Ustaz : Dah yg kamu jilat tu kemaluannya mestilah berbau kemaluan.. takkan berbau syurga pulak.....!

Hadirin : Ape lah ustaz ni.... suspen je.....

Ahad, 10 Januari 2016

Pramugari VS Ulama

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya..

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Sabtu, 9 Januari 2016

Period i dah lewat sebulan ...............

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikanlagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" "Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"
Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat?!"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab: "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.
Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?
Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang.
"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ......... ......... "
Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."



janda-duda.blogspot.com

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...