Isnin, 21 Mac 2016

8 penyebab anda lupa

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.


Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.


2. Kurang berehat

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

3. Berdengkur

Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.


4. Metabolisme menurun

Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.


5. Usia lebih dari 65 tahun

Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.


6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.


Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.


7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur


Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.


8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

Ahad, 20 Mac 2016

Kelebihan & Faedah Payudara Kecil

Kepada wanita di luar sana, anda tidak perlu risau atau bimbang dengan wanita yang mempunyai payudara lebih besar daripada anda. Jangan sesekali berasa rendah diri dengan saiz payudara anda yang kecil. Setiap kejadian pasti ada kebaikan. Begitu juga dengan payudara yang kecil. Berikut merupakan beberapa faedah payudara kecil:

1. Elak gangguan seksual
Kepada wanita berpayudara kecil, anda dapat mengelakkan diri daripada sekumpulan lelaki yang selalu memandang payudara dan suka membuat gangguan seksual terhadap wanita.

2. Penyayang dan setia
Kebiasaannya wanita yang mempunyai payudara kecil lebih penyayang dan setia terhadap kekasih atau suami dan jarang berlaku curang.

3. kepuasan seks lebih cepat
Kepada kaum lelaki, anda tidak perlu bimbang jika tidak dapat memuaskan isteri pada detik malam pertama. Wanita payudara kecil lebih cepat teransang dan mempunyai waktu klimaks dengan cepat berbanding wanita payudara besar.

4. Berpakaian lebih sopan
Wanita payudara kecil berpakaian lebih bersopan dan tidak terlalu mendedahkan payudara seperti wanita berpayudara besar.

5. Bebas melakukan aktiviti sukan
Melakukan aktiviti sukan seperti olahraga dengan tenang kerana tidak perlu risau kerana payudara kecil lebih ringan dan senang dibawa kemana-mana.

6. Tidur pelbagai posisi
Payudara yang kecil lebih memudahkan seseorang untuk tidur dengan pelbagai posisi sekalipun.Contohnya tidur meniarap dan menyiring.

7. Selesa tanpa coli
Payudara kecil lebih selesa walaupun tanpa memakai coli dan bentuk payudara tidak begitu ketara di sebalik pakaian.

Sabtu, 19 Mac 2016

Petua Rasulullah SAW buat yang menghidap penyakit kronik.

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Jumaat, 18 Mac 2016

Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.


2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas


3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat


4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak


5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.


6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.


7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.


8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.


9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.


10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Sumber : Halaqah.net

Khamis, 17 Mac 2016

Petua Islam Untuk Mengurangkan Stress

1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk -
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2. Perbanyakkan membaca Al-Qur’an -
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3. Banyakkan Solat Sunat -
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4. Selalu berdoa kepada Allah -
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Tuhan akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5. Bersangka baik dengan Allah -
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Sumber : Halaqah.net

Rabu, 16 Mac 2016

Anak Luar Nikah

Malam tu Mila baru sahaja pulang dari pasar malam. Setelah sampai Mila terus pergi kepada ibu dan abangnya yang sedang berehat. Lalu terjadi la perbualan antara tiga beranak itu.

Mila : Mak, Mila nak tanya sikit boleh tak..? (Sambil memandang tepat ke arah mata ibunya itu)

Mak : Hmm boleh...

Mila : Mak.. Boleh tak cerita pasal ayah kami? Mila nak tahu jugak siapa ayah kami.?

Abang : Ha ah, abang pun nak tahu jugak. Mak cerita la siapa ayah kami...

Mak : Eh.. apa yang korang cakap ni? Mak tak faham la.. Kamu berdua pergi tidur.. dah lewat ni..

Mila : Mak boleh tak jangan ubah topik? Kami serius ni...

Abang : Ya mak tolong la cerita betul-betul kat kami ni...

Mak : Ok baik lah..Sebenarnya kamu berdua bukan adik beradik sebapa.. Mila ayah lain, abang pulak ayah yang lain..

Abang : Ok kami tak kisah pasal tu... tapi mana diorang pergi mak?

Mak : Mak sebenarnya telah berzina dengan bapa-bapa kamu tu.. dan keluar lah kamu berdua. Hahaha (sambil ketawa)

Mila & Abang : Apa!? Jadi kami ni anak luar nikah la ya? Sampai hati mak buat kami macam ni. Mak ni ahli neraka!... Kami benci mak!Benci, benci!...

Mak : Kamu berdua jangan cakap banyak pulak! Kang mak hempuk kepala kamu berdua baru tau.! Kita ni kan KUCING!... Esok kamu berdua dah besar, kamu buat jugak benda ni....B0doh!

Mila & Abang : Owhh yeke?Miawwwwww.....

Selasa, 15 Mac 2016

Fakta tentang tidur

1.Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

2.Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

3.Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

4.Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.

5.Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

6.Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

7.Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

8.Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

Isnin, 14 Mac 2016

Nikah untuk selamatkan iman tingkatkan ibadah

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, al-Ihya’ Ulumuddin, ada menyenaraikan beberapa tujuan berkahwin yang antaranya menghilangkan tekanan perasaan terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadat. Dengan perkahwinan juga, seseorang itu dapat memelihara diri daripada godaan syaitan yang akan membawa ke arah perkara yang haram.

Berdasarkan itu amat wajar setiap manusia berkahwin bagi menyelamatkan iman. Apatah lagi pasangan yang sedang bercinta, segeralah berkahwin kerana mereka berdua terdedah kepada tekanan tersebut. Pada masa yang sana ibu bapa yang mempunyai anak baik lelaki mahupun perempuan, perhatikan keinginan mereka. Jika mereka sudah ada rasa keinginan untuk berkahwin, lihatlah dengan serius apakah dia sudah benar-benar layak atau tidak.

Jika mereka layak iaitu, ilmu agamanya sudah matang, ada kemampuan yang boleh menjamin kehidupan mereka, maka segerakanlah perkahwinan mereka sebelum terjadinya perzinaan. Sebaliknya jika tidak layak atau belum layak bimbinglah mereka ke jalan yang betul dan pantaulah pergerakan agar tidak melakukan perkara yang haram.
Sebenarnya hubungan lelaki dengan perempuan perlu ada batas, bukan dilepas bebas sesuka hati mereka. Namun begitu pemantauan ibu bapa janganlah sampai anak kita itu rasa takut ketika di hadapannya, tetapi akan liar dengan gejala sihat di belakang kita. Inilah yang kita bimbangkan.

Segera berkahwin
Setiap manusia perlukan pasangan hidup. Adam yang diciptakan dan ditempatkan di dalam syurga setelah dimasukkan nafsu, telah melahirkan rasa jemu hidup seorang diri, lalu meminta diadakan pasangan untuknya. Itulah realiti lelaki dan wanita di muka bumi ini. Malah setelah lelaki berusia baligh rasa inginkan wanita sudah mula berputik. Di sinilah perlunya bantuan ibu bapa dalam memahami kehendak mereka.
Kalau mereka dilihat sudah layak berkahwin, carilah calon yang sesuai dengan anak masing-masing. Mungkin ramai yang dah lupa, dalam budaya masyarakat Melayu tahun sebelum 60-an urusan mencari jodoh diserahkan kepada ibu bapa. Anak-anak ketika itu boleh menerima cadangan dan rancangan ibu bapa mereka. Hal ini kerana peluang untuk mereka mencari sendiri agak terhalang.
Kenapa tak percaya? Sebenarnya dahulu, wanita banyak berada di rumah dan kalau mereka keluar rumah pun dalam keadaan malu. Dalam keadaan itu tentulah sukar bagi lelaki untuk berkenalan dengan wanita tersebut. Oleh sebab tidak tahu status sebenar wanita tersebut maka ibu bapa perlu keluar merisik kalau-kalau anak perempuan itu masih belum berpunya.
Keadaan ini mungkin tidak jauh berbeza dengan masyarakat lain. Khadijah sendiri yang dikatakan merisik Muhammad tetapi hakikatnya masih melalui pembantunya Maisarah. Bagitu juga masyarakat India, terdapat wakil pihak wanita yang merisik pihak lelaki.

Memilih calon yang syari’i
Dalam Islam perkahwinan mestilah mengikut proses yang dibenarkan syariat. Walaupun zaman telah berubah, pendekatan merisik orang orang tua masih releven. Oleh sebab itu tidak wajarlah lelaki atau perempuan mencari calon sendiri. Selepas pikat seorang, pikat yang lain pula kononya tidak sesuai. Akhirnya semuanya tidak jadi.
Islam menyediakan panduan yang tidak rugi mereka yang mengikutnya. Dalam soal memilih calon Islam meletakkan keutamaan kepada lelaki, namun tidak salah kalau perempuan yang meminati seseorang lelaki menentukan calonnya. Walau apapun pilihan calon isteri atau suami hendaklah yang menepati kehendak Allah dan Rasul.
Pemilihan ini penting kerana hubungan yang serasi atau sekufu sahaja yang boleh menjadi rumah tangga yang dibina itu sempurna sifat. Cuma persoalan sekarang bagaimana proses mencari? Ya, kalau zaman dahulu ibu bapa yang mencari tetapi pada zaman ini, semuanya sudah berubah, lelaki atau perempuan mencari sendiri pasangan mereka. Peranan ibu bapa hanya pada pusingan terakhir. Jadi, hilanglah keberkatan.
Dalam hal ini Rasulullah memberi panduan dalam memilih isteri. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dikahwini wanita itu (untukdijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannyadan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama,nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelas di sini lelaki boleh membuat pilihan malah itulah yang biasanya menjadi pilihan lelaki iaitu, wanita ada duit, wanita yang berketurunan yang baik-baik, wanita yang ada rupa dan wanita yang beragama. Cuma dalam hadis ini Rasulullah mencadangkan agar lelaki itu lebih memilih yang bergama. Hal ini kerana dengan memilih isteri yang beragama banyak urusan rumah tangga dapat dibantu oleh isteri tersebut.
Tetapi apa yang sering berlaku pada hari ini, walaupun berkawan dan bercinta bertahun-tahun belum boleh buat keputusan. Apabila dirasakan agak serasi barulah dia menghantar wakil merisik. Agaknya apa yang hendak dirisikkan lagi sebab kenalan mereka sudah lebih daripada merisik. Tegasnya soal agama tidak diberikan perhatian langsung. Kesannya apabila berkahwin terbungkar segala rahsia yang selama ini tidak dedahkan.

Sifat suami dan isteri
Sebenarnya perkahwinan yang mengikut panduan Islam akan menserlahkan keindahan sesebuah kehidupan. Suami dan isteri sudah tahu hak dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dalam rumah tangga. Masing-masing sudah tahu kekuatan dan kelemahan pasangan untuk saling bekerjasama dalam membina rumah tangga bahagia.
Dalam hal ini isteri perlu tahu apakah hak suami yang mesti dipatuhi oleh isteri. Sabda Rasulullah SAW:
حَقُّ الزَوْجِ عَلَى الْمَرْأَةِ أن لا تَهْجُرْ فِرَاسَهُ وأن تَبِرَّ قِسْمَهُ وَأَن تُطِيعَ أمْرَهُ وَأَن لا تَخْرُجَ الا بإذنه وان لا تُدخِلَ اليه من يَكْرَهُ.
Maksudnya: Hak suami yang mesti dipatuhi isteri ialah; tidak meninggalkan tempat tidur suami, menerima seadanya pemberian suami, mentaati perintah suami, meminta izin suami ketika hendak keluar rumah, dan tidak membawa masuk orang lain yang dibenci suami ke dalam rumah. (Riwayat al-Tabrani)
Pada masa yang sama suami perlu tahu apakah hak isteri yang perlu diberi perhatian olehnya. Sabda Rasulullah SAW:
حَقُّ الْمَرْأَةِ عَلَى زَوْجِ أن يُطْعِمَهَا اِذَا اَطْعَمَ وَيَكْسُوهَا إِذَا اكْتَسَى وَلا يَضْرِبْ الوَجْهَ وَلا يُقَبِّحْ ولا يَهْجُرْ اِلاَّ فِى البَيتِ.
Maksudnya: Hak isteri yang wajib dijaga oleh suami ialah memberi makan kepada isteri apabila dia makan, memberi pakaian kepadanya apabila dia memakai pakaian, jangan memukul muka isteri, tidak menghina isteri, dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah.
Jika suami isteri tahu peranan masing-masing tidak akan berlaku pelanggaran peranan atau salah menyalah antara satu sama lain. Pada masa yang sama ada rasa bersama dan bekerjasa dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Iman dan ibadah
Sebenarnya untuk menjadi pasangan ini dapat menjaga semua kehendak Allah dan Rasul, perkahwinan itu mesti diasaskan atas rasa keimanan yang mantap. Maknanya suami dan isteri benar-benar takut kepada Allah dan mengharapkan reda-Nya. Suami yang beriman akan mendorong dirinya untuk melakukan yang terbaik terhadap isterinya. Selain kuat ibadah kepada Allah mereka tidak akan menganiayai isterinya sebaliknya terus membimbing isteri ke arah kebaikan.
Suami yang beriman akan mendorong isterinya untuk melakukan ibadah bersama apatah lagi solat fardu. Dengan hubungan baik itulah syaitan rasa kecewa kerana peluang untuk menggoda pasangan itu agak tipis. Ruang untuk mengajak mereka melakukan maksiat sudah semakin sukar. Oleh sebab itu kalau mereka boleh istiqamah dengan cara ini hidup mereka akan bahagia selama-lamanya.
Selain itu, isteri yang boleh reda dengan didikan suami dan sanggup mengikut kehendak suami itulah hakikat bahawa isteri tahu peranan dan tanggungjawabnya. Tetapi kedudukan isteri ini harus selalu dikawal kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk merosakkan rumah tangga yang bahagia.
Sebenarnya, pasangan yang bahagia pada awal perkahwinan ada jaminan untuk bahagia hingga ke akhir hayat nanti. Demikian jika hubungan suami dan isteri itu dapat dikukuhkan dan dapat ditingkatkan iman dan taqwa. Walau bagaimanapun hasil pengalaman yang lampau banyak menyedarkan saya bahawa kebahagiaan rumah tangga tidak terhasil dengan lakonan.
Jadi, binalah perkahwinan di atas asas iman dan taqwa agar nanti setiap perjalanan hidup dalam bantuan Allah.

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Ahad, 13 Mac 2016

Sejukkan Dengan Wuduk

"Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk. 



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.
Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.

Oleh  Zulhafidz

Sabtu, 12 Mac 2016

Bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Farid berdiri dan berkata, “Saya Farid bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Jumaat, 11 Mac 2016

Tidak mahu masuk Syurga @ Neraka

Cikgu : murid2.. Siapa yang nak masuk syurga..?
Serentak murid2 menjawab sayaaa..! , AJOI yang duduk di belakang diam saja...
Cikgu : siapa yang nak masuk neraka..?
murid2 : tiddk mau....!!! AJOI tetap diam saja.
Cikgu terus ke belakang dan bercakap dengan AJOI...
Cikgu : AJOI kamu nak masuk syurga atau neraka?
AJoi :dua2 tak nak cikgu...
Cikgu : kenapa..?
Ajoi : habis waktu ayah saya meninggal, dia berpesan..
AJOI.... Apapun yang terjadi kamu harus masuk TENTERA..
Cikgu : !#$%

Khamis, 10 Mac 2016

3 kali curang

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang.

Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.

Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Rabu, 9 Mac 2016

Siapa pernah tengok burung?

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?”
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
“bukan itu maksud saya”
Lalu di ajukan soalan yang lain..
“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”
Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung “maaf, bukan itu maksud saya”
Sekali lagi dia cuba bertanya
“maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”
Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
“maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?”
Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya.

Selasa, 8 Mac 2016

Hati Rosak dan Ubatnya


Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?


Antara tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3) Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.

10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Penyakit hati

1) Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).

2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.

3) Hasad dan dendam kesumat.

4) Sombong, bangga diri dan ego.

5) Bohong dan berputus asa.

6) Cinta mendalam kepada selain Allah.

7) Ikut hawa nafsu.

8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).

9) Takut kepada selain Allah.

10) Belot dan khianat.

11) Suka memaki hamun orang lain.

12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.

13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.
sumber

Isnin, 7 Mac 2016

Cara Mengekalkan Keperawanan Wanita

Sekadar berkongsi ilmu yang baik utk diamalkan bersama.
Ustazah Fatima Az Zahrah menurunkan petua untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat dalam Surah al-Waqiah. “Abqaro” ini bermaksud perawan (yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:


Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 

Semoga mendapat manfaat…

Sumber: http//halaqah.net

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...