Khamis, 19 Mei 2016

Bawang, Teh Hijau dan Daun Zaitun mengurangkan lemak dan berat badan.

Seorang profesor perubatan bio telah mendapati bawang,teh hijau dan pati daun zaitun boleh melawan obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan seperti penyakit jantung, kencing manis dan lemak dalam hati, walaupun melibatkan diet yang tinggi lemak dan karbohidrat.

Prof Lindsay Brown,dari University of Southern Queensland,menguji pelbagai makanan pada tikus yang diberi makan diet yang tidak sihat yang tinggi dari segi gula dan lemak.

Beliau mendapati makanan tertentu yang membantu menghalang pertumbuhan sel-sel radang dalam pad lemak haiwan, (terletak di dalam abdomen, yang mengambil lemak dari aliran darah dan menyimpannya), laporan Daily Telegraph.
Tikus yang diberi makan makanan seperti bawangteh hijau, ekstrak daun zaitun, lobak ungu dan benih chia telah mengurangkan jumlah sel-sel lemak dan menurunkan berat badan menjelang akhir kajian, walaupun mengekalkan pemakanan yang tidak sihat secara keseluruhan.
Tikus itu juga didapati meningkatkan fungsi hati dan jantung yang lebih baik.

Brown berkata bahawa mesej utama kajian beliau adalah bahawa ‘people should eat better rather than eat less‘.

Bawang dan pati daun zaitun mengandungi flavonoid yang dipanggil rutin (juga dijumpai dalam epalteh dan wain merah) yang Brown dapati mampu terbalikkan atau menghalang perubahan metabolik pada tikus yang diberi makan yang tinggi gula dan diet tinggi lemak.

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Nutrition and the Current Pharmaceutical Biotechnology.

Rabu, 18 Mei 2016

Ketahui Tanda-Tanda Seorang Manusia Lelaki Dicintai Oleh Jin Betina

Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:



1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

3. Anda suka bersendirian berjalan malam.

4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.

Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.

Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.

Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.

Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya…

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala

Wallahua’lam

Selasa, 17 Mei 2016

CIUM

Daripada Ibn Umar R.A. menceritakan satu kisah, “ketika kami semua datang berjumpa Nabi SAW, kami mencium tangan baginda”. (HR Abu Daud).

Hadis yang cukup ringkas menunjukkan sunat mencium tangan Nabi SAW ketika berjabat tangan dan Islam mengharuskan mencium tangan orang yang lebih tua atau lebih alim dari kita, mudah-mudahan dapat mendidik jiwa kita kea rah kebaikan.
Daripada huraian lanjut semasa kulian Ust Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian, beliau menjelaskan lagi bahawa mencium tangan orang-orang yang solleh dibolehkan tetapi haram mencium tangan kerana pangkat, dan jangan jadikan cium tangan sebagai adat.
Dan 3 syarat untuk mencium tangan ketika berjabat tangan (diingatkan bersalam antara bukan muhrim jelas haram);

1) Jangan jadikannya sebagai adat
2) Jangan menjadikan orang takbur bila tangan dicium
3) Jangan cium tangan kerana dunia



Bagaimana pula dengan budaya memeluk dan mencium tetamu ketika mengunjungi rumah? Islam menyarankan agar menghormati tetamu dan menyambutnya dengan cara yang baik. Daripada perbincangan, seseorang itu disunatkan memeluk dan mencium tetamu yang baru datang
(yang muhrim sahaja)

Sekiranya tetamu itu terdiri daripada orang yang baik, dikenali dan perlakuan itu tidak mendatangkan fitnah. Boleh peluk/cium jika bukan jadi adat kerana lama tak jumpa, tetapi bukannya cium di mulut. Ini jelas daripada hadis ke7 yang bermaksud;

Daripada ‘Aisyah R.A. katanya, "Zaid bin Harisah datang ke Madinah al-Munawarah sedangkan Rasulullah SAW ketika itu berada dirumahku. Zaid pun datang lalu mengetuk pintu. Kemudian Nabi SAW segera berdiri sambil menyambar jubah kemudian Baginda memeluk dan mencium Zaid" (HR At-Tirmizi).

Ust Dr Abdul Basit melanjutkan perbincangan Hadis ke 9 dalam kitab Riyadhu Solehin jilid 5 yang bermaksud;

Daripada abu Hurairah R.A. katanya, bahawa Nabi SAW telah mencium Hasan bin Ali R.A. Maka Akra' berkata "sesungguhnya aku mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka". Kemudian Nabi SAW pun bersabda "sesiapa yang tidak berbelas kasihan kepada orang lain, nescaya ia tidak dibelas kasihani oleh Allah". (HR al-Bukhari & Muslim).

Daripada hadis jelas menunjukkan bahawa
1) Islam menggalakkan umatnya mencurahkan kasih sayang kepada kanak2.
2) Sunat mencium kanak2 sebagai tanda kasih kepada mereka.
3) Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa seseorang yang tidak mengasihi orang lain, tidak akan dikasihi Allah.

Menurut Ust Dr Abdul Basit dibolehkan mencium budak kecil atas dasar syafaqah, kesian belas & rahmat (sunnah).

Terdapat 5 jenis ciuman yang dibolehkan;
1) CIum sayang (antara ayah-anak)
2) Cium rahmat (antara anak-ayah)
3) Cium syafaqah (sesama saudara seMuslim) kerana agama.
4) Cium syawat (antara suami isteri)
5) Cium tamam (selamat dating-biasanya di tangan).

Diingatkan sekali lagi bahawa ciuman yang HARAM ialah lelaki & wanita yang tidak muhrim dan ciuman sesama jenis kerana nafsu/syawat.

Menurut Ust Abdul Basit lagi, hukum ciuman ini berbeza mengikut mazhab iaitu;
1) Mazhab Hanafi; makruh mencium mulut antara sesama lelaki & harus mencium tangan orang alim / pemimpin yang alim
2) Mazhab Maliki; Makruh cium tangan/ berpelukan sesama lelaki
3) Mazhab Syafi'e; sunat cium kerana agama, sunat cium tangan kerana dia alim
4) Mazhab Hambali; dibolehkan jika cium kepala

Sumber : http://dehewaraspak.blogspot.com

Isnin, 16 Mei 2016

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi


  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan


  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok


  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Ahad, 15 Mei 2016

Tatacara makan Epal

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.Saidina Ali berkata ;

“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.Apa yang perlu anda buat ialah;

1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.*
Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Sabtu, 14 Mei 2016

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Jumaat, 13 Mei 2016

Ini Sebab Mengapa Anda Ditahan Jika Membunuh Perompak

stab
Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Bunyi macam pelikkan, tapi hakikatnya adalah realiti apa yang berlaku di Malaysia sekarang yang menjadi viral berkaitan kes En Zulkifli tempoh hari. Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!”
Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.
Situasi : Pencuri masuk ke rumah anda, lepas tu anda tersedar ada pencuri, anda pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.
Soalan : Tuan rumah akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?
Jawapan : Anda akan didakwa. Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil anda bagi keterangan sebab anda dah mengambil nyawa seorang manusia.
Semasa anda sedang dibicarakan, anda berhujah bahawa tindakan anda membunuh pencuri tersebut hanya untuk mempertahankan diri. Anda cakap anda pertahankan diri, sebab anda nak yakinkan pihak mahkamah bahawa, yang anda tak bersalah bunuh pencuri tu.
Tetapi mahkamah akan persoalkan beberapa situasi semasa kejadian, sebagai contoh:
  1. Adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?
  2. Sebab apa anda tikam?
  3. Kenapa tak pengsankan?
  4. Kenapa tak tikam bahagian lain yang boleh mencederakan sahaja?
  5. Adakah anda bunuh dia dengan niat yang baik?
  6. Adakah tindakan anda membunuh tu adil?
Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi.
Situasi : Jadi kalau pencuri masuk ke rumah anda tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi anda, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah anda semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi anda yang bunuh dia.
Kalau pencuri tu mati, anda perlu buktikan tindakan anda bunuh pencuri tu semata-mata untuk pertahankan diri sahaja.
Kalau anda dapat buktikan yang anda membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untuk anda didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.
Jika anda bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan anda hadapi:
i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan anda tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru anda akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.
ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, anda akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untuk pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.
Kalau anda dah bunuh orang, anda wajib dihukum. Kalau anda ambil nyawa orang, anda akan dihukum. Tapi hukuman tu berbeza-beza seperti situasi di atas.
Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan.
Situasi : Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga anda dan anda YAKIN dia memang akan bunuh mereka, anda tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family anda
Jawapan : Dalam situasi ini, mahkamah akan pertimbangkan untuk lepaskan anda. Tapi ingat, anda kena buktikan yang perompak tu betul-betul mengancam nyawa. Kalau tak terbukti, nanti akan membawa padah pada diri anda.
Untuk saranan saya, pilih lah lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan bahawa anda betul-betul tak bersalah.
Situasi : Kalau pencuri masuk, lepas tu anda pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman anda. Boleh tak?
Jawapan : Boleh. Memang boleh. Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara pihak mahkamah.
Dan anda berhujah bahawa tindakan anda pukul pencuri hanya sebab nak pertahankan diri. Mahkamah juga akan menilai sama ada tindakan anda pukul dia ni sesuai ke tidak mengikut situasi kejadian.
Tindakan anda tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.
Soalan : Kenapa hukumannya jadi macam ni?
Jawapan : i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.
ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya nya, anda benci dengan kawan anda. Satu hari dia datang rumah, lepas tu anda bunuh dia. Then kat mahkamah, anda cakap yang anda bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.

Khamis, 12 Mei 2016

Rufaidah binti Sa’ad : Tokoh Jururawat Islam

Kenapa tarikh 12hb Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia?Florence Nightingale – 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British)

Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersempena dengan tarikh lahir Florance Nightingale.

Florance Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor dan dikenali di mana-mana. Beliau telah dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England. 

Anak warga British kelas atasan ini lebih dikenali sebagai ‘The Lady with the Lamp’ kerana telah bekerja gigih termasuk di sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Beliau juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital, London pada 1860 sebelum meninggal dunia pada 1910.
Adakan anda pernah dengar nama Rufaidah binti Sa’ad?




Nama Rufaidah Binti Sa’ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh-tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abul Qassim Az`Zahrawi tetapi Rufaidah sebenarnya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam.
Rufaidah Binti Sa’ad adalah merupakan jururawat pertama di dalam dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya. 
Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun  lebih awal sebelum Florence Nightingale.
Nama penuhnya ialah Rufaidah binti Sa’ad al Aslami, daripada suku Khazraj di Madinah. Beliau telah dilahirkan di Yathrib (Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.
Apakah keistimewaan Rufaidah?
Beliau merupakan seorang  jururawat cemerlang yang  telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.
Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.

Di antaranya ialah :
1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi.
2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya  untuk menghasilkan tugas yang terbaik.
3-Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar  jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya.
4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.
5-Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat ‘peduli ummah’ yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. 
Beliau juga bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ‘ambil peduli’ dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat.
6-Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.
Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya?
Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah saw. 
Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan, Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit. Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman.

Manakala ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera Islam yang tercedera. 
Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.
Semasa Perang Khandaq, Panglima Sa’ad bin Mu’adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah. 
Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa’ad Bin Mu’adz.

Rufaidah juga telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. 
Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.
Rasulullah s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. 
Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan depan di medan perang. 
Adakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa’ad ini?
Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang ’Ikon Peduli Ummah’ yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif sabdaan Rasulullah yang bermaksud, ““Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari)

Rabu, 11 Mei 2016

10 jenis ubat dari limau kasturi

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Selasa, 10 Mei 2016

Aku sedang diperhatikan oleh Allah

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.

Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Isnin, 9 Mei 2016

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, “Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?”Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, “Susah mencari kereta palsu.”

Ahad, 8 Mei 2016

Ujian Air Kencing

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak.
Dia segera mendekati Amin.


Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.


(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)


Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

Sabtu, 7 Mei 2016

Ucapan kepada seseorang yang berkahwin

Musim cuti sudah bermula dan musim perkahwinan pun semakin banyak, apakah ucapan yang terbaik kepada mereka? Mari kita contohi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Untuk mudah ingat boleh menghafal lagu Maher Zain "Baraka Allahu LaKUMA"

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadis ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adab al-Zifaz)

Doa ketika Rasulullah menikahkan ‘Ali dengan Fatimah:

اَلَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارَكَ لَهُمَا فِيْهِمَا فِيْ بِنَائِهِمَا

“Ya Allah, berkahilah mereka berdua dan berkahilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 160, Media Hidayah)

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

Jumaat, 6 Mei 2016

HUKUM BERCUMBUAN TANPA ZINA

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua? Saya kurang jelas tentang hal ini.

Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). 

Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. 

Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

* Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
* Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
* Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). 

Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a’lam.

Khamis, 5 Mei 2016

12 Jenis Penipuan Yang Sering Berlaku Di Malaysia

ghnfg
Di Malaysia, kes-kes penipuan yang melibatkan wang ringgit sering berlaku. Antara penipuan yang sering berlaku adalah kes seperti jual beli tanah, pakej jual beli kereta dan sebagainya.
Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang berkemampuan.
Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika ditawarkan dengan harga yang murah bukan?
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.

1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...