Sabtu, 16 Julai 2016

Mengenali Simptom Keputihan & Penyebabnya

Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :

1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.

Sumber : Klinik keputihan Dr salwa

Anda boleh bertanyakan soalan secara percuma tentang kesihatan dan keputihan diblog Klinik keputihan Dr Salwa http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

Jumaat, 15 Julai 2016

Tips Atasi Cepat Pancut

Cepat pancut sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan hubungan seks. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.

Cepat pancut akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat pancut.

Tips pertama: Perlahan– lahan.

Hubungan seks yang baik adalah hubungan yang di lakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Jika anda gelojoh atau terlalu pantas, tiada perasaan kasih sayang akan terhasil ketika hubungan seks di lakukan. Akibatnya, anda akan cepat pancut kerana terlalu ingin cepat menghabiskan hubungan seks tersebut.

Tips kedua: Tenang

Tidak perlu tergesa–gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa–gesa anda pasti akan cepat pancut. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.

Tip ketiga : Kawal pernafasan.

Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami cepat pancut.

Ketiga–tiga tips di atas pasti boleh membantu anda untuk lebih menikmati hubungan seks tanpa mengalami ejakulasi pramatang. Betulkan mindset anda bahawa seks untuk di nikmati dengan tenang.

Khamis, 14 Julai 2016

15 Perkara Yang Bakal Mengundang Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama .

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Rabu, 13 Julai 2016

Pejam Mata Dalam Solat

Imam Nawawi mengatakan, “Adapun memejamkan mata di dalam solat. Maka menurut pendapat yang terbaik adalah dibolehkan dan tidak makruh jika tiada bahayanya. Kerana boleh jadi perbuatan memejamkan kedua mata itu mampu membantu melahirkan kekhusyukan, menkosenterasikan hati. Disamping mencegah pandangan liar dan menjaga kekacauan fikiran.”



Ibn al Qayyim al Jawziyyah mengatakan, “Sebenarnya membuka mata itu tidak mengurangkan khusyuk, maka itu lebih utama. Tetapi jika membuka mata itu terus menjadi penghalang kekhusyukan kerana adanya gambar-gambar yang mengganggu kekhusyukan di depannya, atau yang lainnya, maka dalam keadaan demikian dibolehkan dan tidak makruh memejamkan kedua mata. Menetapkan mustahab (sunat) dalam keadaan seperti itu lebih tepat dan lebih dekat dengan sendi-sendi syariat Islam dan tujuan pembentukannya daripada mengatakan makruh.”

Jika dilihat petikan di atas, jelaslah matlamat utama solat itu adalah menghadirkan hati. Atau dengan kata lain khusyuk.

Antara cara yang dapat membantu khusyuk adalah memejamkan mata ketika solat, sekiranya ia membantu.

Rujukan: Sifat Solat Nabi Yang Sahih, Dr Hassan Ali al Saqqaf al Qurasyi al Hasyimi, terjemahan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain

Selasa, 12 Julai 2016

10 Amalan Menjadi Sia-Sia

1. Tiada solat tanpa khusyuk.

a. Solat perlu dilakukan dengan khusyuk, hadir jasad dan hadir hati.

b. Dalam surah al Mu’minun, ayat 1-2 yang bermaksud: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya.

c. Pernahkah kita bersalaman dengan rakan-rakan, dan mereka memalingkan muka semasa bersalaman dengan kita, apakah perasaan ketika itu? Seorang yang mengaku kawan kepada kita telah bersalaman dengan sambil lewa. Memalingkan muka ke arah lain. Tentu sekali hati kita tersentuh dengan ‘kebiadapan’ rakan kita tadi.

d. Samalah perumpamaan dengan solat yang tidak khusyuk.

2. Tiada puasa tanpa puasa anggota badan yang lain.

a. Ramai yang berpuasa tidak mendapat apa jua kebaikan (pahala) melainkan lapar dan dahaga sahaja. Ia berlaku apabila mereka masih melakukan maksiat walaupun dalam masa yang sama mereka berpuasa.

b. Puasa sebegini tidak mencapai matlamat sebenarnya.

3. Tiada kebaikan dalam membaca quran tanpa mentadabbur maknanya. Yakni menghayatinya.

a. Apabila kita ingin berbicara dengan Allah, maka berdoalah kepadaNya, dan apabila kita ingin mendengar Allah berbicara kepada kita, maka bacalah al Quran.

b. Bagaimana kita dikatakan mendengar Allah berbicara dengan kita sedangkan ia tidak memahami apa yang dibicarakan?

c. Maka perlu sekali kita memahami setiap patah al Quran yang dibicarakan. Dengan ini, barulah sampai makna dan maksud al Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada jalan yang benar.

4. Tiada kebaikan dalam ilmu yang dimiliki tanpa sifat wara’. Wara’ ialah berhati-hati dalam setiap tindakan.

a. Insya Allah, mereka yang sering datang ke majlis ilmu akan mendapat sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan.

b. Kebaikan ilmu yang dimiliki adalah pada sifat wara’ dengan berhati-hati terhadap segala tindakan, kerana bimbang terjebak kepada dosa dan perkara makruh.

5. Tiada kebaikan terhadap harta yang dimiliki jika tidak disertai dengan sifat pemurah.

a. Harta yang sebenar-benar milik kita adalah apa yang digunakan semasa hidup ini. Ini kerana segala harta yang ditinggalkan setelah mati akan bertukar milik menjadi harta pusaka, milik waris yang masih hidup. Oleh itu, tidak perlu kedekut dan bakhil untuk menggunakannya, untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.

b. Kaum kerabat terdekat yang memerlukan adalah lebih utama untuk dibantu.

c. Bagaimana nak ‘pos’ duit ke akhirat? Sedekah dengan ikhlas.

6. Tiada kebaikan dalam ibadah jika tidak bersifat tawaddhu’ (rendah diri dll)


a. Setiap ibadah perlu dilakukan dengan ikhlas. Tidak mengungkit-ungkit perkara ibadah yang telah dilakukan, kecuali untuk motivasi kepada rakan-rakan sekitar. Itupun perlu berhati-hati bagi mengelakkan daripada tergelincir kepada riya’ dan ujub.

b. Tidak perlu membangga-banggakan amal perbuatan kita yang lampau.

7. Tiada kebaikan dalam nikmat yang diperoleh tanpa sifat bersyukur.

a. Perlu ada sifat berterima kasih atau bersyukur dalam diri.

b. Bersyukur tidak hanya pada lidah, malah syukur dengan mentaati segala arahan Allah taala dan menghindari segala larangan Allah.

c. Semua perlu faham, tiada berkurang kuasa Allah tanpa ibadah daripada manusia. Segala larangan dan suruhan tersebut adalah untuk kebaikan diri manusia sebenarnya.

8. Tiada kebaikan dalam persaudaraan jika tidak mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri.

a. Selalunya perkara yang berlaku pada persaudaraan, yang menyebabkan rosaknya hubungan tersebut adalah sifat dengki.

b. Sifat ini perlu dihilangkan dengan cara mensyukuri nikmat kita dan nikmat saudara sekitar kita.

c. Kemudian, kita cuba untuk mengutamakan orang lain (saudara) daripada diri sendiri, tanpa memudharatkan diri sendiri.

9. Tiada kebaikan dalam doa yang dipohon jika tidak disertai dengan keikhlasan.


a. Berdoa adalah satu tanda kita sebagai hamba yang memerlukan Allah taala pada setiap ketika. Setiap permohonan ataupun doa perlu dipohon dengan hati yang ikhlas.

b. Biar setiap doa yang dipanjatkan itu difahami dan dipinta dengan penuh adab serta ikhlas.

10. Tiada kebaikan dalam amal soleh yang dilakukan jika tidak memelihara solat 5 waktu.

a. Tiang agama iaitu solat.

b. Walau sebaik mana juga manusia, namun tanpa solat yang dipelihara maka runtuh juga agama tadi.

c. Solat merupakan satu tanda kita mengesakan Allah dengan mengakui Dia lah yang layak disembah.

d. Tidak cukup dengan menunaikan solat tanpa memelihara segala adab dan tertibnya.

e. Dilakukan dengan khusyuk dan tawaddhu’.

Isnin, 11 Julai 2016

AWAS! 5 Penyakit Utama Wanita Patut Tahu dan Berhati-hati

Fibroid

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.

Endometriosis

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Anorexia Nervosa

Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut ‘trend’ dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

Menopaus

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.

Ahad, 10 Julai 2016

Doa-Doa Peperiksaan

- Doa memulakan ulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Sabtu, 9 Julai 2016

Adab Menyikat Rambut

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.


Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.سبحان الله...


Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Jumaat, 8 Julai 2016

Hukum Menghisap Zakar Suami

Isu ini agak sensitif sedikit tetapi setiap pasangan suami isteri harus tahu mengenai perkara ini. Ia adalah mengenai hubungan suami isteri iaitu tentang masalah hubungan batin. Bukan semua isteri ingin atau sanggup mengisap zakar suami. Ini kerana adakalanya si isteri amat geli bila melihat zakar apalagi untuk menghisapnya ada juga para isteri tidak mengetahui bahawa ianya boleh dilakukan.Hukum mengisap zakar suami adalah harus. Jika ia tidak memudaratkan isteri dan mendapat persetujuan daripada isteri. Tetapi jangan sampai tertelan air mazi kerana air mazi itu adalah najis.

Isteri diumpamakan tempat untuk kita bercucuk tanam. Datangilah si isteri dari mana arah yang anda suka asalkan bukan ditempat yang haram.

Memang seronok jika “pemanasan” dilakukan dengan isteri mengisap zakar suami. Tetapi ia harus disetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Si suami perlu bijak bermain psikologi dengan isteri. Wanita tidak suka apabila dirinya dipaksa. Oleh itu anda boleh memujuknya dengan mengatakan jika si isteri mengisap zakar ia akan memberikan kepuasan yang ekstra untuk anda.
Ada juga bagi sesetengah wanita, zakar itu amat mengelikan buat mereka. lebih-lebih lagi jika zakar tersebut berwarna hitam dan ada kupasan kulit mati. Oleh itu sediakan zakar anda sebersih-bersihnya sebelum menyuruh isteri anda mengisapnya. Basuh zakar dengan sabun agar baunya harum.

Suami tidak boleh tiba-tiba sahaja datang dan menyuruh isteri anda mengisap zakar anda, tetapi perlu ada kata-kata “pembuka”. Bergurau senda terlebih dahulu dengan isteri kemudian bagi rangsangan luar seperti payudara dan klitorisnya. Apabila isteri sudah agak leka dan ‘hanyut’ barulah menyuruhnya mengisap zakar anda.

Khamis, 7 Julai 2016

Jangan begitu mudah Share berita yang belum tentu kebenarannya

Jika anda mendapat sebarang nasihat/sharing/artikel daripada internet/Facebook/email/etc, jangan pernah anda terima bulat-bulat. Lakukan terlebih dahulu hal ini:


1. Tanya dari mana sumber/reference dia mendapatkannya. Misalnya gambar-gambar, tulisan, dan kisah-kisah.

2. Kalau dia menyatakan sebarang ayat Quran yang sekian-sekian, tanya dari mana tafsir atau ulasan ulama’/ustaz/syeikh yang dia gunakan, atau dia tafsir ikut sesuka hati?

3. Kalau dia menyatakan hadith, tanya dia status hadith yang digunakan. Mana dia matan (teks asal arab) dan sanad (sumber perawi) hadith itu. Juga, tanya dia mana dia dapat syarah (explanation) hadith itu, sama ada ulasan ulama’/ustaz/syeikh dalam mana-mana kitab atau kuliah. Atau, dia tafsir dengan sesuka hati?

4. Jika dia nyatakan dia ambil dari kitab/buku bernama sekian-sekian, tanya dia apa nama buku itu. Siapa penulisnya, juga dari mana asal sumber dia menulis. Atau, dia reka benda itu sendiri?

Jika anda gagal mendapatkan informasi di atas, tidak perlu diterima nasihat/sharing/artikel itu. Abaikan saja ia. Takutlah pada Allah, jika apa yang kita terima itu sebenarnya benda palsu rekaan mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya mempermainkan Islam, lalu kita pun percaya benda palsu.

Pesan Rasulullah SAW yang agak menakutkan diri ini dalam satu hadith sahih:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

"Siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka."
(Hadith mutawatir yang dicatat oleh lebih dari 20 (dua puluh) Ahli Hadits, di antaranya: Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, ad-Darimy, dan lainnya)

Tidak kira siapa pun anda, walaupun anda kurang pengetahuan agama sekalipun, apabila berdepan dengan orang yang memberi nasihat “agama” kepada anda, berpeganglah pada prinsip ini: “SAYA TIDAK SANGGUP TERIMA APA-APA NASIHAT AWAK SELAGI AWAK TIDAK MENYATAKAN BUKTI YANG BENDA INI SAH DI SISI SYARAK. SAYA TAKUT JIKA BENDA INI PALSU, SAYA AKAN TERHERET KE DALAM NERAKA BERSAMA AWAK.”

Silakan dan banyakkan bertanya pada mana-mana orang yang berilmu agama/ustaz/guru yang anda kenal untuk memastikan kesahihan benda yang anda jumpa.

Terdapat segolongan individu tidak bertanggungjawab yang dikenal pasti menyebarkan apa yang mereka namakan sebagai “dakwah” yang “Islamik” menurut mereka. Kebanyakannya mereka adalah dari golongan jahil/sesat. Antara yang popular adalah kesesatan yang direka orang Syiah, yang sangat banyak mereka-reka cerita yang kononnya sebahagian daripada Islam.

Sesetengah perkara kelihatan sama/similar/exactly seperti dakwah Islam. Namun, ternyata dia menyebarkan dakwah “syaitan” yang menyamar sebagai ajaran Islam sebenarnya. Apa yang disebarkan itu tidak lebih daripada benda palsu.

Antara yang sering dijadikan bahan sebaran:

1. statement yang kononnya hadith daripada Rasulullah SAW, tapi rupanya hadith palsu. Tiada sumber dicatatkan. Tiada matan(teks asal arab) dan sanad (sumber periwayat) kerana ia memang berasal daripada sumber palsu (direka oleh pihak tertentu).

2. statement yang kononnya daripada tokoh bernama xxxx tapi rupanya bukan, tiada sumber yang pernah menyatakan ia wujud, malah nama tokoh pun palsu.

3. artikel nasihat/tips yang kononnya ajaran Islam tapi tidak lebih daripada dongeng karut. Tiada nas Quran dan hadith yang pernah menyatakannya. Kalau ada pun, ia adalah hadith palsu. Pastikan dulu kesahihannya terlebih dahulu.

4. Gambar-gambar ajaib yang kononnya menggambarkan keajaiban kuasa Allah, tapi rupanya gambar edit dari Photoshop/ photo editor. Kalau zaman dulu, mungkin orang mudah percaya, tapi zaman sekarang siapa yang tak kenal Photoshop?

5. kisah-kisah nabi/sejarah tokoh silam yang kelihatan menarik, tapi rupanya bercampur dengan cerita rekaan untuk menyedapkan cerita supaya ramai yang tertarik, padahal ia Cuma rekaan orang yang tidak bertanggungjawab. Ada juga yang bercampur riwayat israiliyyat (riwayat daripada orang Yahudi dan Nasrani dalam kitab Taurat dan Bible).

Mungkin mereka berniat baik atas alasan sabda Nabi SAW "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat".

Tetapi mereka lupa lafaz penuh hadith berkenaan berbunyi:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ -

sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".

Jangan baca hadith sekerat saja, tetapi bacalah keseluruhannya.

Ketahuilah bahawa hadith yang sama ini padanya galakan dan ancaman, bahagian pertama hadith berbunyi "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat" adalah galakan manakala ia diringi dengan ancaman pada bahagian akhir hadith berbunyi:

"وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ -

"dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".

Wallahu a’lam. Sama-samalah kita bertaqwa supaya tidak dimurkai Allah.


أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

"Bahwa ia mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sungguh ada seorang hamba yang mengucapkan satu kata (buruk) sehingga ia terjerumus ke dalam neraka lebih dalam dari jarak antara timur dan barat"
(Riwayat Imam Muslim, Kitab Zuhud Dan Kelembutan Hati, Bab 4: Berucap satu kata buruk akan jatuh ke dalam neraka, Hadith marfu' No. 5303)


P/S: kalau tak leh view tulisan bahasa arab boleh tekan sumber utk tengok tulisan bahasa arab.

Sumber: http://hakimpenyu.blogspot.com/2012/01/jangan-share-cerita-sesuka-hati.html

Rabu, 6 Julai 2016

Solat cara Nabi Muhammad SAW

Berdiri untuk solat

Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.

Takbiratul ihram

Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tangan dalam solat.

Apabila hendak bertakbiratul ihram, angkatlah kedua belah tangan ke daun telinga sejajar dengan bahu dengan mengarahkan anak-anak kedua tanagn ke kiblat serta mengembangkannya. Sesudah itu ucapkanlah takbiratul ihram: Allaahu Akbar”Allah adalah terbesar dari segala yang besar”.

Setelah selesai ucapan takbir, turunkan tangan dengan perlahan-lahan dan letakkan di atas dada dengan menggenggamkan pergelangan tangan kiri dengan kelingking, jari manis, jari tengah dan ibu jari tangan kanan, serta mengulurkan telunjuk tangan kanan atas tangan kiri itu.

Cara mengangkat tangan ini ada tiga:

1. Mengangkatnya beserta permulaan takbir.

2. Mengangkatnya dengan tidak bertakbir. Sesudah kedua-dua tangan tetap, barulah bertakbir. Sesudah selesai bertakbir barulah tangan diturunkan.

3. Mengangkat tangan beserta permulaan takbir dan selesai mengangkat tangan beserta selesai takbir. Sesudah selesai takbir, barulah tangan diturunkan.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya:

“adalah Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir.” [Shahih Muslim]

Rasulullah apabila berdiri untuk solat, beliau mengucapkan Allahu Akbar, beliau tidak mengucapkan apa-apa sebelumnya dan tidak pula melafalkan niat. Beliau tidak mengucapkan: usalli-lillahi-kadza-mustaqbilal qiblati-arba’a raka’atin-imama/makmuma-ada’an-qadhaan-fardhal waqti. Kata-kata ini bidaah. Tidak ada seorangpun menukilkan dari Rasulullah s.a.w. baik dengan sanad sahih, daif, musnad atau mursal. Demikian juga tidak dinukilkan dari seorang sahabat. Hal itu juga tidak dipandang baik oleh seseorang Tabi’in dan tidak pula oleh imam empat. Hanya sebahagian ulama mutaakhirin salah memahamkan pendapat As-Syafie yang mengatakan bahawa:

Solat tidak sama dengan puasa. Tiap-tiap orang yang masuk ke dalam solat dengan ucapan zikir.”

Mereka menyangka bahwa yang dimaksudkan dengan zikir ialah melafalkan niat oleh mereka yang hendak bersolat itu. Sebenarnya As-Syafie bermaksud dengan zikir ialah ucapan takbiratul ihram. Beliau juga tidak menyukai susuatu yang tidak pernah dilaksanakan Rasulullah s.a.w. walupun dalam satu solat saja tidak pula dilakukan oleh seorang Khilafa ataupun oleh salah seorang sahabat.

Yang lebih buruk lagi ialah mengulang-ulangi lafal niat hingga terkadang memakan masa satu rakaat solat dan mengganggu orang di sekelilingnya.

Iftitah dalam solat

Raulullah s.a.w.setelah takbiratul ihram, berdiam agak lama tidak terus membaca Al-Fatihah. Di dalam diam itu baginda membaca iftitah.

Tasbih iftitah

Sub-haanakallahumma wa bihamdika wa tabaa rakasmuka wa ta’aala jadduka wa laa ilaaha ghairuka.
“Maha suci Engkau wahai Tuhanku, serta aku memuji-Mu. Sungguh Maha Berbahagia nama Engkau, Maha Tinggi Kebesaran Engkau dan mengaku benar-benar bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.”

[HR Muslim]

Doa iftitah

Allaahumma baa’id baini wa baina kha-thaayaa ya kamaa baa-atta bainal masy-riqi wal maghribi. Allaahumma naqqinii min kha-thaayaa ya kamm yunaqqats tsaubul abya-dhu minaddanasi. Allaahummaghsil nii min kah-thaayaa ya bil wats tsalji wal baradi.

“Wahai Tuhan-ku! Jauhkanlahantaraku dan antara kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Masyriq (tempat terbit matahari) dan dari kesalahan-kesalahanku, sebagaimana orang membersihkan kain putih dari pencemaran.Wahai Tuhan-ku! Basuhkanlah kesalahan-kesalahanku dengan air, dengan salji dan dengan air batu dengan sebersih-bersihnya.”

[HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.]

Allaahumma rabba jib-riila wa miikaa-iila wa is-raafiila faa-thiras samaawaati wal ar-dhi ‘aalimal ghaibi wasy syahaa dati anta tahkumu baina ‘baadika fiima kaanuu fiihi yakhtalifuuna ihdinii limakh tulifa fiihi minal haqqi bi-idznika fa innaka tahdii man ta-syaa-u ilaa shiraatim mustaqiim.

“Wahai Tuhan-ku! Tuhan dari Jibril, Mikail, dan Israfil, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui alam yang tiada didapati pancaindera dan alam yang nyata, Engkau yang memberi putusan antara hamba-hamba Engkau, dalam segala rupa hal yang mereka perselisihkan, dengan izin-Mu, kerana sesungguhnya Engkau-lah sendiri yang menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus.”

[HR Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abdur Rahman ibn Auf ra.]

Doa tawajjuh

Wajjahtu waj-hiya lillazii fa-tharas samaawaati wal ar-dha haniifam muslimaw wamaa ana minal musy-rikiin. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariika lahuu wa bi-dzaalika umirtu wa ana minal mus-limiin. Allahumma antal maliku laa ilaaha illa anta anta rabbii wa ana ‘abduka zhalamtu nafsii wa’taraftu bi-dzambii faghfir lii dzunuubii jamii’aa. Fa innahuu laa yahdii li ahsanihaa illaa anta wash-rif ‘annii sayyi-ahaa laa yash-rifu ‘annii sayyi-ahaa illa anta, labaika wa sa’daika wal khairu kulluhu fii yadaika, wasy syarru laisa ilaika, ana bika wa ilaika tabaarakta wa ta’aalaita, astaghfiruka wa atuubu ilaika.

“Saya hadapkan diriku kepada Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, hal keadaanku seorang yang condong benar kepada kebenaran lagi seorang yang menyerahkan diri, tunduk dan patuh, dan sekali-kali aku bukan orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Bahwasanya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah , Tuhan yang memelihara alam, tidak ada sekutu bagi-Nya, demikianlah aku diperintahkan Allah, dan adalah aku salah seorang dari orang-orang, yang mula-mula menyerahkan diri, jiwa dan raga untuk Allah (untuk berjihad di jalan-Nya). Wahai Tuhan-ku! Engkaulah Raja yang memerintah! berkuasa! Tidak ada tuahn selain Engkau, Engkau Tuhan-ku dan aku hamba-Mu. Aku telah menzalimkan diriku, aku mengakui dosaku, maka ampunilah segala dosa-dosaku, sesungguhnya tidak ada yang dapat (sanggup) mengampuni dosa-dosaku selain Engkau. Dan tunjukanlah daku kepada sebaik-baik perangai, tidak ada yang dapat (sanggup) menunjukankan daku kepada sebaik-baik perangai, selain Engkau sendiri.Palingkanlah (jauhkanlah) daripadaku pekerti-pekerti yang buruk, tidak ada yang dapat (sanggup) memalingkan daku dari pekerti-pekerti yang buruk itu, selain Engkau sendiri.Aku penuhi seruan Engkau, aku tunduk patuh di bawah perintah Engkau segala rupa kebajikan di tangan Engkau, segala rupa kejahatan tidak ada pada Engkau, Aku dengan Engkau dan kepada Engkau.(saya memperoleh taufiq dengan limpah kurnia Engkau dan memohon perlindungan kepada Engkau.)Maha Berbahagia Engkau dan Maha Tinggi. Aku memohonkan ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.”

[HR Ahmad, Muslim, Ar-Tirmidzi, Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w. (dalam satu lafal: wa ana awwalul muslimin= “dan akulah orang yang mula-mula menyerahkan diri kepada Allah“]

Takbir ifitah

1. Allahu Akbar. Kabiiraw wal hamdu lillaahi ka-tsiiraw wa subhaanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.

“Allah adalah yang paling besar dari segala yang besar, sedang Dia Tuhan yang senantisa besar, segala puji hanya kepunyaan Allah, pujian yang banyak, dan Maha Suci Allah (aku akui kesucian) pada tiap-tiap pagi dan petang.”

[HR Muslim dari Ibnu Umar]

2. Allahu Akbar. Allahu Akbar..Laa ilaaha illaa anta. Sub-haanallaahi wa bihamdihi Sub-haanallaahi wa bihamdihi.

“Allah adalah yang teramat besar, bagi Allah yang teramat besar, tidak ada Tuhan selain Engkau, tidak ada Tuhan selain Engkau!Saya akui kesucian Allah serta dengan memuji-Nya Saya akui kesucian Allah serta dengan memuji-Nya”

[Takbir ini disebutkan dalam Ibnul Qayyim dalam kitab Ash Shalah wa Ahkamu Tarikiha.]

3. Allahu Akbar kabiiraa. Allahu Akbar kabiiraa. Allahu Akbar kabiiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliimi minasy syai-thaanir rajiimi wa naf-khihi wa nafa-tsihi.

“Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang. Wahai Tuhan-ku, saya berlindung kepada Engkau dari setan yang terkutuk, dan gurisan-gurisannya dan tiupan-tiupannya dan hembsan-hembusannya.”

[HR Ahmad, Abu Daud dari ibn Jubair ibn Muth’im dari Nabi s.a.w.]

4. Allaahu akbar, sub-haanallaah, al hamdulilaah, laa ilaaha illaallaah, astaghfirullaah, allaahummaghfir lii war hamnii war zuqnii, alaahumma innii a’uu-dzubika min dhiiqil maqaami yaumal qiyaamah.

“Allah adalah yang terbesar dari segala yang Besar-Aku mengakui kesucian alla. Segala puji kepunyaan Allah. Tidak ada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah selain Allah.Wahai Tuhan, ampunilah daku, rahmatilah daku dan rezekikanlah daku. Wahai Tuhan-ku sesungguhnya akau berlindung kepada Engkau dari kesempitan tempat berdiri pada hari kiamat.”
(masing-masing dari takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan dua rangkaian doa ini dibaca 10 kali)

[HR Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dari Ashim ibn Humaid dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]

Ta’awwudz dalam solat

1. Asta’ii-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiim.

“Saya memohon pertolongan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”

2. A’uu-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa nafa-tsihi.

“Saya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari goresannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”

3. A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliim minasy syai-thaanir rajiim.

“Saya berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang kena rejam”

4. Alaahumma innii a’uu-dzubika minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa nafa-tsihi”

“Wahai Tuhan-ku! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari syaitan yang terkutuk, dari gurisannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”

* Adalah Rasulullah membacanya pada rakaat pertama sahaja

Membaca basmalah dalam solat

Baca dengan merendahkan suara, jangan mengeraskannya.

Bismillaahir rahmaanir rahiim.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”

Membaca Al-Fatihah dalam solat

Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-thal la-dziina an’amta ‘alaihim ghairil magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.

“Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”

Berta’min dalam solat

Abu Hurairah ra. menerangkan: “bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila imam membaca amin, hendaklah kamu membacanya, kerana seseorang yang bersamaan aminnya dengan amin malaikat, diampunilah dosanya yang telah lalu.” [HR Al-Jamaah]

Panjangkan bacaan aamiin.

[HR Ahmad, Abu Daud, dan At-Tirmidzi]

Membaca surah dalam solat

1. Rasulullah s.a.w. terkadang-kadang membaca surah yang panjang, terkadang yang sederhana, terkadang yang pendek apabila dikehendaki oleh keadaan.

2. Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca surah pada awalnya, tidak memulai dari pertengahan atau akhirnya.

3. Rasullulah s.a.w. pernah membaca surah Al A’raf di solat maghrib, sebahagian di rakaat pertama dan sebahagian di rakaat kedua.

4. Rasullulah s.a.w. pernah membaca Surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh.

5. Rasullulah s.a.w. pernah membaca dua-dua surat dari surah Al Mufashshal di satu-satu rakaat.

6. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan surat di solat Subuh.

7. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan di solat Subuh pada tiap-tiap hari, lebih panjang daripada segala solat fardhu yang lain pada hari itu.

8. Rasullulah s.a.w.pernah membaca dalam solat sir surah yang ada di dalamnya sujud tilawah. Baginda bersujud dan para makmum ikut bersujud.

9. Surah terpendek yang dibaca baginda dalam solat Subuh ialah surah Qaf dan surah-surah yang sepertinya. Lazimnya bacaan baginda 60 hingga 100 ayat pada tiap-tiap rakaat. Pada hari Jumaat Subuh, baginda tetap membaca surah As Sajadah pada rakaat pertama dan surah Ad Dahri/Al Insan.

10. Bacaan pada solat Zohor ialah surah Sajdah atau kira-kira 30 ayat pada tiap-tiap rakaat. Baginda pernah membaca surah Al-A’la dan Al-Lail atau Al-Buruj dan At-Tariq dan surah-surah yang sepertinya. Baginda juga pernah membaca surah Luqman dan Az-Zariyat. Pada suatu masa baginda pernah memanjangkan rakaat solat Zohor yang pertama hingga tidak terdengar suara telapak kaki pun.

11. Rasulullah membaca di solat Jumaat surah Al Jumuah dan Al Munafiqun, ada kala surah Al A’la dan Al Ghasiyah.

12. Rasulullah s.a.w. membaca di solat hari raya ialah Surah Qaaf dan Iqtarabat (Al Qamar) secara lengkap dan ada kala membaca surah Al A’la dan Al Ghasiyah.

13. Rasulullah s.a.w. membaca di solat Asar sekadar 15 ayat pada tiap-tiap rakaat. Tegasnya, sama dengan separuh Zohor jika dipendekkan dan sama dengan Zohor jika dipanjangkan.

14. Rasulullah s.a.w. pernah membaca di solat Maghrib surah Al A’raf, surah Ath Thur, surah Al Mursalat dan surah Ad Dukhan. Riwayat sahih menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Kafirun dan Al Ikhlas dalam sunat Maghrib.

15. Rasulullah s.a.w. pernah membaca dalam solat Isya surah Wat tini dan surah Wasy syamsi wa dhuhaaha dan surah-surah sepertinya.

Sesudah membaca surah berhenti sebentar.

Rukuk dalam solat

Angkat tangan seperti takbiratul ihram lalu tunduk untuk rukuk. Letakkan kedua-dua tangan ke atas kedua lutut, dengan merenggangkan anak jari-jari serta renggangkan kedua-dua siku dari rusuk. Datarkan belakang (punggung) atau menyamakan tinggi kepala dengan dataran belakang itu, jangan ditundukkan dan jangan ditinggikan. Pandangan tidak ditujukan ke kaki, tidak ke muka, namun lurus dengan letak kepala.

Bacaan dalam rukuk

1. Sub-haana rabiyal ‘a-zhiimi.

“Maha suci Tuhan-ku yang Maha Besar”

[H.R. Muslim dan Ashhabus Sunan dari Khudzaifah dari Nabi s.a.w.]

Rasulullah s.a.w. membaca 10 kali tasbih ini dan terkadang lebih dari itu. Paling singkat jika ada keperluan sekadar 3 kali.

2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikati war ruuh.

”Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan Yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara Malaikat dan ruh”

[H.R. Muslim dari Aisyah ra.]

3. Sub-haana dzil jabaruuti wal malakuuti wal kib-riyaa-i wal ‘a-zhamati.

” Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan.”

[H.R. Ahmad, At-Tirmidzi, An Nasa’i dari Auf ibn Malik ra.]

4. Sub-haanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfir lii.

”Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, Ya Allah, ampunilah segala dosaku.”

[H.R. Ahmad dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]

5. Allaahumma laka raka’tu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu, wa ‘alaika tawakkaltu, anta rabbii kha-sya’a qalbii wa sam’ii wa ba-sharii wa damii wa lahmii wa azhmii wa ‘a-shabii lillaahi rabbil ‘aalamiin.
” Wahai Tuhan-ku! Untuk Engkau aku rukuk, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diri dan kepada Engkau aku bertawakal, Engkaulah Tuhan-ku. Telah tunduk jiwaku, pendengaranku, penglihatanku, darahku, dagingku, tulangku dan urat nadiku kepada Allah yang memelihara segala alam.”

[H.R. Ahmad, Muslim, Abu Daud dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]

Beriktidal dalam solat

Tegak berdiri lalu mengangkat tangan seperti takbiratul ihram seraya membaca tasmi’:

Sami’allaahu liman hamidah.

“Mudah-mudahan Allah mendengar pujian orang yang memuji-muji-Nya.”

Turunkan tangan dan tegak berdiri membaca puji (tahmid) dan syukur:

1. Rabbanaa lakal hamdu.

“Wahai Tuhan kami, Engkau sendirilah yang memiliki segala rupa puji.”

[H.R. Ahmad,Al Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w.]

2. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu ka-tsiiran thayyiban mubaarakan fiihi.

“Wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami, kepunyaan Engkaulah segala puji-pujian yang banyak, yang baik, lagi yang diberikan berkat kepadanya.”

[H.R. Ahmad, Al Bukhari dari Rifa’ah ra. dari Nabi s.a.w.]

3. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu, mil-as samaawati wa mil-al ardhi wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du ahluts tsanaa-i wal majdi, ahaqqu maa qaalal ‘abdu wa kullunaa laka ‘abdun, Allaahumma laa maani’a limaa a’thaita wa laa mu’thiya limaa mana’ta wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu.

“Wahai yuhan-ku!wahai Tuhan kami! Dan bagi Engkaulah segala puji, sepenuh langit, sepenuh bumi dan sepenuh yang Engkau kehendaki sesudah itu.Engkaulah yang mempunyai puji dan kebesaran.Itulah yang paling patut menjadi ucapan hamba, semua kai adalah hamba-Mu.Ya Tuhan-ku, tidak ada yang menghalangi pemberian-Mu dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau tahankan dan tidak dapat kesungguhan manfaat kepada orang yang bersungguh-sungguh kerana dari Engkaulah segala keberuntungan dan segala kebahagiaan.”

[H.R. Muslim, Ahmad, Abu Daud dari Said Al Khudri dari Nabi s.a.w.]

4. Allaahumma thahhirnii bits tsalji wal baradi wal maa-il baaridi.alaahumma thahhirnii minadz dzunuubi wal khathaayaa kamaa yunaqqats tsaubul ab-ya-dhu minal wasa-khi.

“Ya Allah, sucikanlah daku dengan air beku, air batu, dan air dingin.Ya Tuhan-ku, sucikanlah daku dari segala dosa dan kesalahan, sebagaimana dibersihkan kain putih dari kotoran.”

[H.R. Ahmad, Muslim dari Abdullah ibn Abi Aura ra. dari Nabi s.a.w.]

5. Lirabbiyal hamdu lirabbiyal hamdu.

“Untuk Tuhan-ku segala puji untuk Tuhan-ku segala macam puji”

[H.R. Abu Daud dari Hudzaifah -baginda mengulangnya sekadar lama rukuk]

Sujud dalam solat

Bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Boleh juga kepala bersetentang dengan bahu atau daun telinga. Dahi,hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung jari-jari kaki. Muka (dahi dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kaki dihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah kedua-dua paha direnggangkan dari betis.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi- dan nabi s.a.w. mengisyaratkan juga hidungnya- dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua telapak kaki.

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Bacaan dalam sujud

1. Sub-haana rabbiyal a’la
“Aku mengakui kesucian Tuhan-ku, Tuhan Yang Maha Tinggi”

[H.R. Ahmad dan Ashabus Sunan dari Hudzaifah]

Baca sekadar 10 kali atu 3 kali jika dikehendaki oleh keadaan.

2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikatiwaw ruuh.
“Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara malaikat dan ruh”

[H.R. Muslim, Uqbah bin Amir, Abu Daud dan Aisyah]

3. Sub-haana dzil jabaruuti wal kibriyaai wal ‘a-zhamati.
“Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan”

[H.R. Abu Daud dari Auf ibn Malik Al Asja’i

4. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allaahummaghfir lii.

“Maha Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku.”

[H.R. Ahmad, Muslim dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]

5. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Laa ilaaha illa anta.

” Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, tidak ada Tuhan yang disembah selain Engkau.”

[H.R. Muslim dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]

Nabi s.a.w. bersabda:

” Banyakkanlah doa di dalam sujud, kerana doa di dalam sujud itu sangat lebih layak diperkenankan.”

[H.R. Ahmad,Muslim dari Abu Hurairah]

Doa dalam sujud semasa solat

1. Allaahummaghfir lii dzambii kulluhu diqqahu wa jallahu wa awwalahu wa aa-khirahu wa ‘alaaniyyatahu wa sirrahu.

“Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku,kecilnya, besarnya, awalnya, akhirnya yang tampak dan yang tersembunyi.”

2. Allaahumma laka ajattu wa bika aamantu wa laka aslamtu sajada wajhiya lilla-dzii khalaqahu wa shawwarahu wa syaqqa sam’ahu wa ba-sharahu tabaarakallaahu ahsanul khaaliqiin.

“Ya Tuhan-ku! Kepada Engkau aku sujud, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diriku.Telah bersujud mukaku-diriku-kepada Tuhan yang menjadikannya yang membentuknya, yang membelah pendengarannya dan penglihatannya, Maha Berbahagialah Allah, Tuhan yang paling baik dari segala yang mentaqdirkan(membuat rancangan pekerjaan)”

[H.R. Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w.]

3. Allaahumma innii a’uudzu bi ri-dhaaka min sa-kha-thika wa bi mu’aafaatika min ‘uquubatika wa a’uu-dzu bika minka laa uh-shii tsanaa-an ‘alaika anta kamaa ats-naita ‘alaa nafsika.

“Ya Tuhan-ku bahwasanya aku berlindung dengan keridhaan Engkau dari segala kemarahan Engkau dan dengan kesukaan Engkau memberi maaf dari siksa Engkau dan aku berlindung dengan engkau-dari Engkau. Aku tidak dapat menghinggakan puji dan sanjung untuk Engkau, sebagaimana Engkau telah memuji dan menyanjung diri Engkau.”

[H.R. Ahmad dan Muslim dari ali ra dari Nabi s.a.w.]

4. Allaahummaghfir lii kha-thii-athii wa jahlii wa is-raafii fii amrii wa maa anta a’lamu bihi minnii.

”Ya Allah! Ampunilah aku dari segala kesalahanku, kebodohanku, ketelanjuranku d keterlaluan dalam segala urusan pekerjaanku, segala apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.”

[H.R. Muslim dan Ashabus Sunan dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]

5. Allaahummaghfir lii jiddii wa hazalii wa kha-tha-ii wa ‘amdii wa kullu dzaalika ‘indii.
“Wahai Tuhan-ku, ampunilah aku terhadap segala pekerjaanku(kesalahanku) yang aku kerjakan sungguh-sungguh, dan segala pekerjaanku(kesalahanku) yang aku kerjakan dengan main-main, dan lagi segala kesalahanku yang aku kerjakan kerana khilaf dan dengan sengaja, semua itu ada padaku.”

[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]

6. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa as-rartu wa maa a’lantu anta ilaahii laailaaha illaa anta.

”Ya Allah, ampunilah akan daku tentang segala kesalahanku yang aku telah dahulukan, dan yang aku kemudiankan dan yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan (perlihatkan). Engkaulah Tuhan-ku, tidak ada Tuhan selain dari Engkau.”

[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]

Duduk antara dua sujud dalam solat

Angkat kepala seraya bertakbir tanpa mengangkat tangan. Bentangkan kaki kiri serta duduk di atasnya. Tegakkan telapak kaki kanan dan mengarahkan anak-anak jarinya ke kiblat. Letakkan tangan kanan atas paha kanan dan tangan kiri atas paha kiri, sedang anak-anak jari diletakkan dengan mengadapkan ke kiblat.

Istighfar dalam duduk antara dua sujud

1. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii wah dinii war zuqni

“Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku dan tunjukilah aku-ke jalan yang lurus-dan berilah aku rezeki.”

[H.R. At-Tirmidzi dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi s.a.w.]

2. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii war fa’nii war zuqnii wah dinii wa ‘aafinii.

“Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku dan angkatlah akan kedudukanku, cukupkanlah rezekiku d tunjukilah aku ke jalan yang lurus-dan afiatkanlah aku.”

[H.R. Abu Daud dari Ibnu Abbas ra. ]

3. Rabbighfir lii Rabbighfir lii.

“Tuhan-ku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!”

[H.R. An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Hudzaifah ra dari Nabi s.a.w.]

Sujud kedua dalam solat

Setelah duduk sempurna, sujud sekali lagi seperti sujud pertama.

Bangkit ke rakaat kedua dalam solat

Setelah sujud sempurna, bangkit seraya bertakbir dan duduk sejenak(istirahat). Kemudian berdiri dengan bertekan pada lutut (kedua-dua paha) dengan tidak mengangkat tangan.

Setelah tegak berdiri, buatlah seperti rakaat pertama dengan membaca al-Fatihah dan surah yang pendek dari rakaat pertama.

Kemudian rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.

Duduk tasyahud pertama

Selepas sujud kedua duduk seperti duduk antara dua sujud(iftirash). Pandangan mata ditujukan kepada hujung telunjuk (isyarat telunjuk).

Bacaan tasyahud (tahiyat)

1. Attahiyyaatu lillaahi wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu alla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

“Segala kehormatan itu kepunyaan Allah, juga segala ibadat dan segala yang baik-baik. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan kepada engkau wahai Nabi, demikian pula rahmat Allah dan berkat-Nya. Mudah-mudahan kesejahteraan itu dicurahkan pula atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh-soleh. Aku mengakui bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku akui bahawa Muhammad itu pesuruh-Nya.”

[H.R. Al Bukhari, Muslim dari Ibnu Mas’ud ra. dari Nabi s.a.w.]

Selawat dalam tasyahud

Alaahumma shalli ‘alaa Muhammadin ‘abdika wa rasuulika, kamaa shallaita ‘alaa Ibrahiim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa aali Muhammad, kamaa baarakta ‘alaa Ibraahiima wa ‘alaa aali Ibraahiim.

“Ya Allah! Sanjungkanlah akan Muhammad, hamba-Mu dan pesuruh-Mu sebagaimana Engkau telah menyanjung Ibrahim. Dan beri berkatlah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.”

[H.R. Muslim,Ahmad dari Abu Mas’ud Al Badri ra.]

Sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila kamu duduk di tiap-tiap dua rakaat maka bacalah: Attahiyyaatu lillaahi wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa baarakaatuh. Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu alla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh. Kemudian hendaklah ia memilih suatu doa yang paling menarik hatinya, lalu ia berdoa memohon kepada Allah (menyeru Allah) dengan doanya itu.”

[H.R. Ahmad]

Allaahumma innii a’uu-dzu bika rabbi min jahdil balaa-i wa darkisy syaqaa-i wa suu-il qadhaa-i wa syamaa-tatil a’daa-i

“Ya Tuhan-ku!Bahwasanya aku berlindung diri kepada Engkau Tuhan-ku dari tekanan bala yang berat menderita nasib celaka, dari nasib buruk dan dari musuh dapat bersenang hati.”

[H.R. Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah ra.]

Bangkit ke rakaat ketiga dan keempat dalam solat

Selesai duduk tasyahud pertama, bangun ke rakaat ketiga sambil bertakbir dan bertekan pada lutut atau paha. Sesudah berdiri tegak angkat tangan hingga bahu atau telinga. Baca Al Fatihah saja. Boleh juga baca surah yang pendek.

Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud lagi. Jika solat Maghrib, bangun dan duduk tasyahud akhir. Jika rakaat keempat, bangun duduk istirahat (sejenak) dan berdiri tanpa mengangkat tangan dan meletakkan tangan di atas dada. Baca Al Fatihah, kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud lagi.

Duduk tasyahud akhir dalam solat

Duduk ini untuk Subuh (dua rakaat), Maghrib (tiga rakaat) dan untuk solat empat rakaat setelah bangun dari sujud kedua. Duduk dengan meletakkan punggung atas tempat solat dan masukan kaki kiri ke bawah kaki kanan yang ditegakkan anak-anak jari ke kiblat. Letakkan tangan seperti tasyahud pertama. Jari telunjuk digerakkan terus menerus dalam solat atau berisyarat tanpa menggerakkannya. Setelah membaca tahiyat seperti tasyahud pertama, baca selawat.

Berdoa sebelum salam

1. Allaahumma innii a’uu-dzu bika min ‘a-dzaabil qabri wamin ‘a-dzaa bin naari wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

“Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari azab neraka, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah perosak yang menghabiskan segala kebajikan.”

[H.R. Muslim dari Abu Hurairah ra dari Nabi s.a.w.]

2. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a’lantu wa maa as-raftu wa maa anta a’lamu bihii minnii antal muqaddimu wa antal muakhkhiru laa ilaa ha illaa anta.

“Ya Allah! Ampunilah aku terhadap apa yang telah aku dahulukan dan apa yang telah aku akhirkan dan apa yang telah aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan dan apa yang aku boroskan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku,Engkaulah yang mendahulukan, Engkaulah yang menemudiankan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”

[H.R. Muslim dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]

3. Allaahumma innii as-aluka minal khairi kullihi maa ‘alimtu minhu wa maa lam a’alam wa a’uu-dzu bika min syarri kullihi maa ‘alimtu minhu wa maa lama’lam. Allaahumma innii as-aluka minal khairi maa sa-alaka bihi ‘ibaadukash shaalihuun. Wa a’uu-dzu bika min syarri masta’aa-dzaka minhu ‘ibaadukash shaalihuun. Rabbanaa aa-tinaa fid dun-ya hasanataw wa qinaa ‘a-dzaaban naar.

“Ya Tuhan-ku, bahwasanya aku memohon kepada Engkau dari semua kebajikan apa yang telah aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau dari sebaik-baik apa yang telah dimohonkan oleh hamba-hamba-Mu yang soleh-solah, dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan yang telah diminta perlindungan daripadanya kepada Engkau oleh hamba-hamba Engkau yang soleh-soleh. Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.”

[H.R. Ibnu Abi Syaibah dan Said ibn Manshur dari Umar ibn Said ra. dari Nabi s.a.w.]

4. Allaahumma innii a’uu-dzu bika minal ma’tsami wal maghrami
“Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari dosa dan dari yang memberatkan.”

[H.R. Muslim dari kitab Al Adzkar: 170]

5. Allaahumma innii ‘alaa dzik-rika wa syuk-rika wa husni ‘ibaadatika.
“Ya Allah, tolonglah aku untuk menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan elok peribadatanku kepada-Mu.”

[H.R. Ahmad,Abu Daud dari Mu’adz ibn Jabal ra. dari Nabi s.a.w.]

Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Abu Bakar ra. membaca:

6. Allaahumma innii zhalamtu nafsii zhulman ka-ysiran kabiiran, wa laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta faghfir lii maghfiratan ‘indika war hamnii innaka antal ghafuurur rahiim.
“Wahai Tuhan-ku, bahwasanya aku telah menganiaya diriku, aniaya yang banyak lagi besar.Tidak ada yang sanggup mengampunkan dosa melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah(kasihanilah) aku, bahwasanya Engkau-lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Doa ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra. dari Abu Bakar ra. dari Nabi s.a.w.:

7. Allaahumma inni as-alukats tsabaa-ta fil amri. Wal ‘azii-mata ‘alar rusydi . Wa as-aluka syukra ni’mataka, wa husna ‘ibaadatika, wa as-aluka qalban saliiman wa lisaanan shaadiqan wa as-aluka min khairi maa ta’lam. Wa a’uu-dzu bika min syarri maa ta’lam. Wa astaghfiruka mimmaa ta’lam.
“Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau kemantapan dalam segala urusan dan kekuatan hati atas jalan yang benar.Aku memohon kepada-Mu; mensyukuri nikmat-Mu dan kebagusan ibadat kepada-Mu. Aku memohon kepada-Mu jiwa yang sejahtera dan lidah yang benar dan aku memohon kepada-Mu sebaik-baik apa yang Engkau ketahui, dan aku berlindung dengan Engkau dari segala kejahatan yang Engkau ketahui dan aku memohon kepada-Mu, ampunan bagi segala dosa yang Engkau ketahui.”

[sunting] Bersalam sesudah solat

Palingkan muka ke kanan dan ke kiri dan menyebut lafal salam:

1. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaah.
“Mudah-mudahan Allah mencurahkan kesejahteraan atas diriu demikian pula rahmat-Nya.”

[H.R. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, At-Tirmidzi]

2. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi wabarakatuh

[H.R. Abu Daud]

Selasa, 5 Julai 2016

NABI MEMAKAI CINCIN

Nabi kita Muhammad S.A.W juga ada memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk cincin sahaja. Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di jari tangan kanan dan ada kalanya di jari tangan kiri.

Sangat berlainan pula dengan orang di zaman sekarang, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?

Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.

Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:

Ertinya:
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.

Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.

KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W


Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu,
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.

Maka semenjak dari masa hilangnya cincin Nabi saw itu, keadaan menjadi huru hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat. Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya.

Wallahu Alam…

Isnin, 4 Julai 2016

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas’ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

AWAL PENCIPTAAN JIN


Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)

KERAJAAN IBLIS

* Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.”

Ahad, 3 Julai 2016

Hukum tertidur semasa solat

Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wudhuk) tanpa ada khilaf di kalangan ulamak sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut;

  1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di atas lantai, tidaklah batal solat.
  2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”; “Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tibak batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wudhuknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wudhuknya” (al-Majmu’, 2/16. Dinaqalkan secara mafhum).

Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).
Mengenai perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulamak seperti berikut;

  • Tidur menguasai akal dan deria (yakni akal dan deria tidak berfungsi lagi kerana dikuasai oleh tidur), sedang mengantuk hanya melemahkan akal dan deria sahaja (yakni akal dan deria masih berfungsi, cuma ia lemah sahaja kerana dipengaruhi persaan mengantuk).
  • Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; tanda tidur ialah hati tidak merasai apa-apa lagi dan sendi-sendi badan akan jatuh/longlai.
  • Menurut ulamak juga; di antara tanda mengantuk ialah kita masih mendengar ucapan orang yang hampir dengan kita sekalipun kita tidak memahami apa yang dikatakanya. Adapun mimpi ia adalah dari tanda tidur (maknanya, jika terlelap hingga sampai bermimpi, itu tandanya kita telah tertidur).
Wallahu a’lam.


Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’).
2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).
3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.

Sabtu, 2 Julai 2016

TIPS MELATIH ANAK BERANI

1. Jangan cepat membantu anak dalam pelbagai perkara. Setiap ibu bapa sayangkan anak-anaknya tetapi jangan jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat membantu mereka.

Biarkan anak anda cuba dahulu, jika gagal juga tunjukan caranya 50%, bukan seluruhnya. anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan. Contoh latih anak pakai seluar dan baju, beri pada anak 1 tahun, suruh dia pakai. Mulanya salah dan tak masuk, tapi katakan masuk tangan kanan dahulu, lama kelamaan anak akan berusaha dan boleh pakai baju.

Daripada kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga. biar anak berani dengan dirinya.

2. Bila guru marah anak, biarkan.

Biar saja anak di marah cikgu kerana kesalahan membuat kerja sekolah, biar anak tahu kesalahan mereka dan tahu bagaimana nak selesai masalah itu. Oleh itu, biarkan anak dimarahi dan didenda gurunya. Dari situ, dia belajar dan menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risiko. Ibu bapa usah campur tangan. Biar anak berani ambil risiko atas kesalahannya

3. Berikan anak-anak peluang bergaul.

Namun, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang daripada keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asalkan kita tahu siapa rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya. Biar anak berani bergaul dengan perbagai orang. Pada masa sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terbabit dengan aktiviti tidak sihat.

4. Biasakan anak-anak dengan aktiviti lasak.

Aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak. Kalau dia selamat ke sekolah dengan basikal, latih dia akan kesusahan itu.

Bayangkan di negara Barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan. Tetapi, apabila selesai mencuba, pastilah keberanian diri meningkat. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilakukan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.

Latih mereka tebas dan cuci lalang, rumput, mengcangkul tanah dan membuat kerja berat di kawasan rumah. Jangan manja anak, sehingga anak tak tahu erti hidup.

5. Bawa anak ke majlis orang dewasa.

Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa daripada usianya. Bawa anak makan kenduri, bawa anak kenal saudara mara, dengan ini melatih mereka berani berdepan orang ramai. Berikan dia ruang bertanya dan bercerita. Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang anak berani berdepan dengan orang ramai nanti.

6. Latih anak mengambil risiko.

Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Ini bukan bermakna mereka melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli. Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko. Memanjat pokok itu kerja berisiko tetapi jika bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan, itu kerja berbahaya.

Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu kerja berisiko tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.

7. Bercakap secara positif.


Bagi menanamkan keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya. Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan belajar sesuatu dari pengalaman itu.

Bina diri anda dan anak anda dengan minda positif dan cemerlang. Cerita pengalaman anda dan susah payah anda semasa muda. Tingkat motovasi anak anak. Jadikan anak anda manusia yang takwa, berani, tanggungjawap dan minda positif.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...