Selama ini kita hanya tahu kegunaan ubat gigi ini hanya mampu untuk
membersihkan bahagian gigi kita. Rupa-rupanya, ubat gigi mampu
menghilangkan calar pada telefon bimbit dan mengilatkan besi pada
seterika.
Banyak lagi kelebihan ubat gigi yang kita tidak ketahui. Kalau tak percaya, sila teruskan pembacaan anda.
KELEBIHAN UBAT GIGI
1) Membuang calar yang kecil pada skrin telefon bimbit.
2) Membaiki permukaan CD atau DVD yang telah bercalar.
3) Memutihkan semula bahagian kasut yang sudah kerap kali kena kotoran.
4) Menghakiskan water wings pada perabut kayu.
5) Mengilatkan kuku jari dan kaki serta membersihkan kuku.
6) Menghilangkan marker permenant pada perabot kayu.
7) Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada jari dan tapak tangan.
8) Membersihkan piano keys yang sudah kekuningan.
9) Membuang gam yang tersekat pada rambut.
10) Membuang kekotoran terutama darah pada pakaian.
11) Mengilatkan besi pada seterika.
Tak disangka kan bahawa ini adalah kelebihan ubat gigi.
Apalagi, lepas ni senanglah. Ambil je ubat gigi dan segala masalah dapat
diselesaikan. Selamat mencuba.
Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah
berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi
jerawat.Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik.
Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif. 1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk
kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk
kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan
sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini
juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita. 2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah
untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan
menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun
supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut.
Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang. 3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air.
Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang
berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu
malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai
pudar. 4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak
sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan
sekurang-kurangnya 2 hari sekali. 5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. 6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras.
Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu. 7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada
bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga
kali seminggu. Alternatif lain
Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah
moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk
direalisasikan. Kaedah moden dapatmenghilangkan bekas jerawat dengan
cepat dan mudah.
Saya percaya pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti
ini saat kamu perlu melakukan ‘presentation’ di hadapan khayalak ramai
samada di dalam kelas atau meeting room.
Disini saya ingin kongsikan tips untuk menghilangkan rasa gementar semasa melakukan ‘presentation’
1) Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak
keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan
dan percakapan kamu jelas dan lancar.
2) Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.
3) Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah
untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala
maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.
4) Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum
mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan
berada dalam keadaan yang terkawal.
5) Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam
keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut,
kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa
dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu
membuatkan penonton memberi feedback yang positif.
6) Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk
‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada
masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.
7) Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat
presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh
membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya
jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.
8) Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika
banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan
lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal
dan teratur.
9) Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali
elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan
dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.
10) Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat
presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa
sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di
ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam
sesuatu ya.
Rumah apartment atau pangsapuri mungkin sering mengalami masalah ini.
Oleh kerana ruang agak terhad di mana dapur berhampiran ruang makan dan mungkin juga ruang tamu.
Bau sampah dari tong sampah yang diletakkan di dapur membuatkan
keseluruhan ruang menjadi kurang menyenangkan dengan bau yang
dikeluarkan.
Jadi apa yang boleh anda buat untuk pastikan masalah ini dapat di selesaikan?
1. LEMON ATAU LIMAU
Letakkan beberapa lemon atau limau yang telah dipotong ke dalam tong
sampah (letak di bawah plastik sampah ). Lakukan antara 2-3 kali
seminggu.
Lemon atau limau akan mengeluarkan bau yang menyegarkan.
2. SODA BIKARBONAT
Taburkan beberapa sudu baking soda ke dalam tong sampah. Ambil air
panas dan bersihkannya seketika. Bau yang busuk akan hilang serta merta.
Soda Bikarbonat akan menyerap semua bau busuk, malah ia juga boleh mengilangkan kotoran degil yang melekat di tong sampah. Selamat mencuba..!
Zaman sekarang boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penyaman udara atau dalam bahasa inggerisnya aircond. Bukan sebab kaya, tetapi ia sudah menjadi suatu keperluan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.
Walaupun penyaman udara boleh menyejukkan udara di dalam rumah anda,
perlu diingat ia juga boleh mengeringkan poket anda dengan bil elektrik
yang melambung! Menurut statistik SuruhanJaya Tenaga ia menyumbang
kepada 50%-60% penggunaan tenaga elektrik bulanan. Jadi, cuba ikuti tips-tips di bawah untuk anda menjadi pengguna penyaman udara yang bijak: 1. Gunakan penyaman udara ketika cuaca benar-benar panas sahaja,
seboleh-bolehnya gunakanlah kipas di rumah kerana kipas lebih
menjimatkan. Tetapi kalau dah cuaca panas sangat di luar, barulah
gunakan aircond. 2. Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah,
iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25
darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius
penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
3. Matikan penyaman udara jika tidak digunakan,
jika anda rasa nak keluar ke mana-mana dalam tempoh yang lama, matikan
penyaman udara anda untuk mengelakkan pembaziran. Lagipun, membazir
itukan amalan syaitan. 4. Setkan timer atau sleep mode,
biasanya kalau anda hanya gunakan penyaman udara sekitar sejam ke dua
jam sahaja ketika hendak tidur. Selebihnya, suhu pada waktu malam akan
menurun dan anda dah tak perlukannya lagi. Jadi, setkan timer sekitar waktu yang anda perlukan sahaja dan gunakan kipas selepas itu. 5. Tutup semua pintu dan tingkap ketika menggunakan penyaman udara,
pastikan tiada lubang udara yang terbuka ketika menggunakan penyaman
udara untuk mengelakkan ruang lambat sejuk dan menggunakan tenaga
elektrik yang banyak. 6. Bersihkan penapis penyaman udara,
ini adalah perkara yang sangat mudah tetapi ramai yang malas nak buat.
Anda hanya perlu keluarkan penapis penyaman udara anda, kemudian cuci
habuk yang tersekat. Kalau dah nampak lama, tukar sahaja yang baru dan
anda boleh dapatkannya di kedai elektrik. 7. Selalu servis penyaman udara,
ramai yang anggap servis penyaman udara ini mahal dan tidak perlu,
padahal servis ini perlu untuk nak kekalkan operasi penyaman udara di
tahap optima. Servis bukannya sebulan sekali. Setahun sekali dah memadai
sebenarnya. 8. Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun,
kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan
elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun! 9. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star,
logo Energy Star ini menunjukkan barang elektronik tersebut adalah
lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik. Jadilah pengguna yang bijak!
Lipas seringkali dianggap binatang pengotor dan tidak disukai
ramai, Jika anda mengalami masalah lipas dalam kenderaan, pasti sahaja
menimbulkan rasa tidak selesa.
Sebelum sahabat handai mengatakan anda penternak lipas dalam kereta,
berikut merupakan tips berkesan yang tela dikongsikan oleh Sharifah di
laman sosial Facebook.
Disebabkan si kiddos ini suka makan dalam kereta, maka lipas pun
turut bersuka ria. Kita makan KFC, dia pun kelip-kelip tunggu masa. Bila
kita matikan kereta, di malam hari mereka mula beroperasi seperti
biasa.
Bila dah geram, buatlah macam-macam caranya, maka terjumpalah cara yang berkesan secara tidak sengaja.
Cara mudah dan murah nak perangkap lipas dalam kereta:
Beli ‘Ice Lemon Tea’ jenama Seasons ini. Minum sampai habis dan tinggalkan baki 2 3 titis je sebagai umpan pada lipas.
Buka penutup botol dan letak dalam kereta sama ada di bawah kerusi depan atau belakang.
Biarkan semalam atau 3 hari, akan dapatlah hasilnya kelak.
Pada asalnya, terlupa nak buang botol ini dalam kereta sebab tersorok
dalam seat. Sekali nak buang, penuh tetamu masuk dalam perangkap.
Selamat mencuba bagi kereta yang menternak lipas!
Kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan
kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak
disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan.
Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret kita.
Jadi hari ini admin kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun.
1. Hilangkan kesan kuning pada ketiak baju
Untuk menghilangkan kuning ketiak di baju, anda boleh gunakan
campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor.
gosok dan bilas. Atau boleh juga perahkan limau nipis di bahagian ketiak
baju dengan biarkan seketika.
Kemudian letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa. Ulangi jika kesan belum hilang.
2. Hilangkan kesan tahi lalat pada baju putih dan warna cerah
Campur cuka ke dalam setengah liter air.Kemudian rendam pakaian anda
yang terkena tahi lalat dalam campuran air cuka tadi. Rendam semalaman.
Keesokan hari cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
Atau gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan
garam. Seterusnya jemur di bawah matahari terik. Selepas kering, ulang
perkara yang sama sehingga tahi lalat atau kulat tadi hilang.
3. Bersihkan Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih
selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti
biasa.
4. Hilangkan Pakaian Terkena Karat
Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil
garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian
pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh
dengan sabun dan bilas seperti biasa.
5. Bersihkan pakaian terkena minyak
Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada
bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit,
kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
6. Bersihkan kesan air coklat pada pakaian
Ini biasa pada pakaian anak-anak. Jangan simpan pakaian terkena
kotoran ini sebaliknya terus basuh menggunakan cara ini. Ambil sabun
mandi dan sental pada bahagian yang terkena tumpahan air tersebut.
Lakukan sehingga kotoran hilang .
7. Hilangkan kesan darah pada pakaian
Biasa terjadi bila terkena luka atau period. Untuk hilangkannya
basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun
mandi di bahagian luar dan dalam. Rendam dalam air dan basuhlah seperti
biasa.
Ada macam-macam petua untuk hilangkan pelbagai kotoran sudah
dikongsi. Lepas ni tak payah pening-pening lagi, boleh rujuk di sini.
Selamat membasuh!
Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan
masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda
kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang
kali.
Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti
kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker
lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.
Selepas setahun, “road tax” berkenaan perlu ditanggalkan semula.
Masalahnya mula tibul, “Road Tax” dah tanggal, gam pula melekat di
cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara
mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila
“Road Tax” ditanggalkan.
Berikut adalah perkongsian beliau.
Rendam kain dengan air panas
Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan
Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair
Selepas 5-10 minit, tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan
Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang
itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau
duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota
badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam
Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak
mengetahui perkara ini.
“AKIBATNYA, MANDI MAJIBNYA MENJADI TIDAK SAH KERANA TIDAK
MEMENUHI SALAH SATU RUKUN MANDI WAJIB IAITU MERATAKAN AIR KESELURUH
ANGGOTA BADAN YANG ZAHIR. APABILA MANDI WAJIB TIDAK SAH, IBADAT YANG
DILAKUKAN OLEH SESEORANG ITU JUGA TURUT TIDAK SAH. ITULAH AKIBATNYA JIKA
TIDAK MELAKUKAN MANDI WAJIB DENGAN BETUL,”
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Niat.
Menghilangkan najis di badan.
Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
“SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA.” ATAU ” SAHAJA AKU MANDI WAJIB KERANA ALLAH TAALA.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat
mandi wajib ialah:
” SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS HAID KERANA ALLAH TAALA.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS NIFAS KERANA ALLAH TAALA”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan
mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak
sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang
ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika
kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran
itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh
dilakukan ketika sedang mandi.
Rambut Yang Diwarna :
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain
inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada
rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai
sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut
rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam
hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Masalah anak muda sekarang ialah suka sangat berhutang semata-mata untuk memenuhi keinginan yang tak penting.
Bila hutang banyak, mula la pening kepala. Hidup makan pagi kias pagi hanya untuk bayar hutang je. Takut-takut muflis nanti..
Anda ni jenis yang suka berhutang ke? Cuba tengok ciri-ciri ni, ada tak pada diri anda?
1. Tak boleh tengok orang lain lebih
Pernah tak anda beli sesuatu sebab orang lain pun ada? Jangan! Ini
namanya hasad dengki. Jika tak mampu beli dan tak gunakannya, tak perlu
la nak beli.
2. Cara hidup lebih dari gaji
Katakanlah gaji RM2,000, takkan la nak hidup macam gaji RM4,000. Nak
pergi melancong ke luar negeri la, apa la. Mana nak dapat duit?
BERHUTANG!
3. Suka beli barang yang tak perlu
Mungkin anda mampu bayar semua bil kad kredit setiap bulan. Tetapi,
kalau ada hobi membeli barang yang tak diperlukan, itu namanya membazir.
Dah la berhutang, tapi beli barang tak guna. Motif!
4. Tak ada duit simpanan
Bila sampai satu masa nak pakai duit, tapi tak ada simpanan, jalan yang
tinggal ialah berhutang. Tak kira gaji kecil mana pun, belajar untuk
menyimpan.
5. Tak buat catatan kewangan
Mereka yang suka berhutang ni memang tak pandai uruskan kewangan, sebab
tu duit habis macam tu je. Lepas tu mula la berhutang. Catat setiap
perbelanjaan supaya anda tahu ke mana duit anda pergi.
Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian
seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans
yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk
kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo ,
malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau
janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun
begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar
kondisinya kekal cantik dan terjaga?
Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan
kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta
beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama. 1. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada
suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu
sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga
sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin
basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian. 2. Cuci berasingan
Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya
cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan
juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya
menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik
untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama. 3. Guna wap air panas
Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena
air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans,
pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa.
Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja
bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10
minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan
mudah. 4. Kering secara alami
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering
atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di
basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda.
Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut. 5. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama.
Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan
mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput.
Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi,
bagaimana baunya? 6. Elak jemur di bawah terik mentari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar,
pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik
matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat
perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda. 7. Awasi penggunaan pencuci
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan
kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat
seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan
pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan
mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika
seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita
berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa
panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik
dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.