Ahad, 14 Ogos 2016

Vitamin Untuk Suburkan Rambut Agar Lebat & Sihat




Merawat dan menjaga rambut bukan setakat anda telah bersyampu atau membilasnya dengan perapi secara teratur. Adakalanya rambut juga memerlukan vitamin untuk khas untuk rambut agar pertumbuhannya lebih baik dan sihat.


Ada berbagai-bagai masalah rambut yang boleh menganggu kesihatan rambut seperti kelemumur, kulit kepala kering, rambut leper dan sebagainya.Bahan semulajadi adalah alternatif lain yang boleh membantu anda untuk menjaga dan merawat rambut. Ini adalah kerana bahan semulajadi tidak mengandungi bahan berbahaya yang akan mendatangkan efek buruk buat kesihatan rambut mahupun tubuh. Untuk mendapatkan rambut yang sihat,subur, lebat dan cantik, anda perlu mengambil beberapa vitamin yang boleh merawat rambut dari dalam.
  • Vitamin B
Vitamin B boleh membantu menyuburkan rambut dan menguatkan setiap batang rambut. Jenis vitamin B yang sangat penting untuk kesuburan rambut adalah vitamin B5 dan B12. Selain itu, vitamin tersebut juga akan membantu mencegah kerosakan rambut serta uban. Vitamin B5 dan B12 boleh diperoleh dalam produk telur, daging, susu serta gandum.
  • Vitamin C
Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang lebih banyak memainkan peranan sebagai antioksidan. Selain itu, ia juga membantu menutrisi rambut sehingga rambut tetap terjaga kesegarannya dan dapat menyeimbangkan kadar minyak di setiap helaian batang rambut.Kekurangan vitamin C oleh membuatkan rambut anda menjadi kering dan mudah patah.Vitamin C boleh ditemui pada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, oren dan kemerahan.Pengambilan buah-buahan segar atau membuat ramuan masker boleh membantu anda mengatasi masalah rambut.
  • Vitamin D
Vitamin D juga adalah vitamin untuk rambut yang memainkan peranan penting untuk menguatkan setiap batang rambut. Apabila anda kekurangan vitamin D, maka rambut anda akan menjadi rapuh, mudah patah dan juga bercabang. Sumber vitamin D boleh anda peroleh daripada sinaran matahari pagi serta produk susu.
  • Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin untuk rambut yang paling diperlukan bagi kesihatan rambut. Fungsinya bukan sekadar membantu melembabkan, tetapi juga meregenerasi rambut baru serta melancarkan peredaran darah di kulit kepala. Jadi, tidak hairanlah jika vitamin E memainkan peranan yang sangat besar untuk pertumbuhan dan menyuburkan rambut.Dengan pengambilan vitamin E secara rutin, bukan hanya kulit anda sahaja yang kelihatan muda, bahkan masalah rambut beruban sebelum waktunya juga boleh anda atasi.Bagi memenuhi keperluan vitamin E, anda boleh mendapatkannya dengan pengambilan sayuran hijau dan juga buah-buahan.
Follow us: Gempak.org on Facebook

Sabtu, 13 Ogos 2016

Ketahui Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Sperma Yang Sihat.Sperma yang sihat sangat penting untuk mendapatkan baka keturunan keluarga dalam mendirikan alam rumahtangga.
Seorang lelaki yang mempunyai volume sperma yang cukup banyak ternyata tidak menjamin ia mampu membuahkan sel telur wanita jika kualiti sperma yang sihat tidak dimiliki oleh lelaki tersebut, sekalipun hubungan intim dilakukan pada waktu subur.Untuk mendapatkan sperma yang sihat anda perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan sperma lemah. Tujuannya anda boleh mengatasi situasi ini pada masa akan datang.

Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Kuantiti
Sperma yang sihat biasanya akan menghasilkan lebih daripada 15 juta/milliliter.Setiap daripada seorang lelaki berejakulasi paling kurang dalam 4 juta sperma yang ada di dalam air mani yang keluar. Jadi, semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan, bermakna semakin besar pula peluang untuk seorang wanita itu mengandung.

Kualiti
Kualiti sperma yang sihat pada seorang lelaki adalah yang mempunyai kepala berbentuk oval dan berekor panjang. Semakin banyak sperma yang berbentuk normal seperti ini, semakin besar kemungkinan anda untuk dikategorikan sebagai seorang lelaki yang subur.

Gerakan
Untuk mencapai dan menembusi sel telur, sperma seharusnya mampu berenang dan bergerak dengan cepat melalui leher rahim wanita dan saluran tuba.Bagi lelaki yang subur, terdapat 40 peratus atau lebih sperma yang akan bergerak masuk ke rahim untuk membuahkan sel telur. Kepantasan sel sperma ketika berenang sangat penting, kerana perjalanan sperma mencapai sel telur mengambil masa yang agak panjang.

10 Punca Sperma Lemah
Pada zaman teknologi ini maka secara tidak sedar, lelaki banyak terdedah kepada punca penyebab sperma lemah. Kaum wanita perlu mengambil perhatian berkaitan perkara ini supaya anda boleh menasihati suami anda atau rakan tentang permasalahan ini.

Antara penyebab sperma lemah adalah kerana:
1. Berkeadaan Panas
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2. Kerap Berendam Air Panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.

3. Suhu Badan Yang Meningkat Tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.

4. Radiasi Komputer Riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu sehingga mampu mencapai 35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

5. Memakai Seluar Yang Tidak Sesuai
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.

6. Pembesaran Pembuluh Darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7. Radiasi Telefon Bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

8. Kegemukan
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

9. Perokok Tegar
Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

10. Masalah Lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

Follow us: Gempak.org on Facebook

Jumaat, 12 Ogos 2016

3 Petua Menghilangkan Bau Badan


Bau badan yang kurang menyenangkan terutamanya di bahagian ketiak, akan mengundang rasa kurang selesa kepada orang sekeliling kita.
Punca bau badan boleh disebabkan oleh bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.
Walaupun banyak produk untuk menghilangkan bau ada di pasaran, tidak salah untuk kita mencuba rawatan secara tradisional, yang telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN SECARA TRADISIONAL

PETUA 1 – LIMAU KASTURI

Amalkan gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan seterusnya jangan dibuang. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air tersebut. Bau badan anda pasti akan hilang.

PETUA 2 – DAUN SIRIH

Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi di pagi hari. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.
Daun sirih bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif. Daun sirih diakui dapat menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria

PETUA 3 – TIMUN

Hiriskan timun kepada beberapa potongan kecil, kemudian gosokkan di ketiak anda ketika mandi. Selepas itu, barulah dibilas bersih.
Amalkan setiap kali ketika mandi. Anda akan nampak kesannya nanti.

Pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba.
Ingat, tiada siapa suka jika badan anda berbau!

Khamis, 11 Ogos 2016

11 Kelebihan Ubat Gigi


Selama ini kita hanya tahu kegunaan ubat gigi ini hanya mampu untuk membersihkan bahagian gigi kita. Rupa-rupanya, ubat gigi mampu menghilangkan calar pada telefon bimbit dan mengilatkan besi pada seterika.
Banyak lagi kelebihan ubat gigi yang kita tidak ketahui. Kalau tak percaya, sila teruskan pembacaan anda.

KELEBIHAN UBAT GIGI 
1) Membuang calar yang kecil pada skrin telefon bimbit.


2) Membaiki permukaan CD atau DVD yang telah bercalar.


3) Memutihkan semula bahagian kasut yang sudah kerap kali kena kotoran.


4) Menghakiskan water wings pada perabut kayu.


5) Mengilatkan kuku jari dan kaki serta membersihkan kuku.


6) Menghilangkan marker permenant pada perabot kayu.


7) Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada jari dan tapak tangan.


8) Membersihkan piano keys yang sudah kekuningan.


9) Membuang gam yang tersekat pada rambut.


10) Membuang kekotoran terutama darah pada pakaian.


11) Mengilatkan besi pada seterika.


Tak disangka kan bahawa ini adalah kelebihan ubat gigi. Apalagi, lepas ni senanglah. Ambil je ubat gigi dan segala masalah dapat diselesaikan.
Selamat mencuba.

Rabu, 10 Ogos 2016

7 Petua Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Secara Traditional


Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik.

Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.
1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Alternatif lain
Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapatmenghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.

Selasa, 9 Ogos 2016

10 Tip Buang Rasa Nervous Ketika Presentation



Saya percaya pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kamu perlu melakukan ‘presentation’ di hadapan khayalak ramai samada di dalam kelas atau meeting room.

Disini saya ingin kongsikan tips untuk menghilangkan rasa gementar semasa melakukan ‘presentation’
1)    Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.
2)    Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.
3)    Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.
4)    Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.
5)    Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.
6)    Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.
7)    Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.
8)    Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.
9)    Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.
10)  Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.

Isnin, 8 Ogos 2016

2 Petua Hilangkan Bau Sampah Dalam Rumah


Rumah apartment atau pangsapuri mungkin sering mengalami masalah ini.
Oleh kerana ruang agak terhad di mana dapur berhampiran ruang makan dan mungkin juga ruang tamu.
Bau sampah dari tong sampah yang diletakkan di dapur membuatkan keseluruhan ruang menjadi kurang menyenangkan dengan bau yang dikeluarkan.

Jadi apa yang boleh anda buat untuk pastikan masalah ini dapat di selesaikan?

1. LEMON ATAU LIMAU
lemon
Letakkan beberapa lemon atau limau yang telah dipotong  ke dalam tong sampah (letak di bawah plastik sampah ).  Lakukan antara 2-3 kali seminggu.
Lemon atau limau akan mengeluarkan bau yang menyegarkan.

2. SODA BIKARBONAT
soda
Taburkan beberapa sudu baking soda ke dalam tong sampah.  Ambil air panas dan bersihkannya seketika. Bau yang busuk akan hilang serta merta.
Soda Bikarbonat akan menyerap semua bau busuk, malah ia juga boleh mengilangkan kotoran degil yang melekat di tong sampah.
Selamat mencuba..!

Ahad, 7 Ogos 2016

9 Tips Menggunakan “Aircond” Dengan Bijak Serta Menjimatkan!


Zaman sekarang boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penyaman udara atau dalam bahasa inggerisnya aircond. Bukan sebab kaya, tetapi ia sudah menjadi suatu keperluan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.
Walaupun penyaman udara boleh menyejukkan udara di dalam rumah anda, perlu diingat ia juga boleh mengeringkan poket anda dengan bil elektrik yang melambung! Menurut statistik SuruhanJaya Tenaga ia menyumbang kepada  50%-60% penggunaan tenaga elektrik bulanan.
Jadi, cuba ikuti tips-tips di bawah untuk anda menjadi pengguna penyaman udara yang bijak:
1. Gunakan penyaman udara ketika cuaca benar-benar panas sahaja, seboleh-bolehnya gunakanlah kipas di rumah kerana kipas lebih menjimatkan. Tetapi kalau dah cuaca panas sangat di luar, barulah gunakan aircond.
2. Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
shutterstock_75785626

3. Matikan penyaman udara jika tidak digunakan, jika anda rasa nak keluar ke mana-mana dalam tempoh yang lama, matikan penyaman udara anda untuk mengelakkan pembaziran. Lagipun, membazir itukan amalan syaitan.
4. Setkan timer atau sleep mode, biasanya kalau anda hanya gunakan penyaman udara sekitar sejam ke dua jam sahaja ketika hendak tidur. Selebihnya, suhu pada waktu malam akan menurun dan anda dah tak perlukannya lagi. Jadi, setkan timer sekitar waktu yang anda perlukan sahaja dan gunakan kipas selepas itu.
Sleep_Mode
5. Tutup semua pintu dan tingkap ketika menggunakan penyaman udara, pastikan tiada lubang udara yang terbuka ketika menggunakan penyaman udara untuk mengelakkan ruang lambat sejuk dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
6. Bersihkan penapis penyaman udara, ini adalah perkara yang sangat mudah tetapi ramai yang malas nak buat. Anda hanya perlu keluarkan penapis penyaman udara anda, kemudian cuci habuk yang tersekat. Kalau dah nampak lama, tukar sahaja yang baru dan anda boleh dapatkannya di kedai elektrik.
DIY cara servis membersih buka aircond sendiri murah (1)
7. Selalu servis penyaman udara, ramai yang anggap servis penyaman udara ini mahal dan tidak perlu, padahal servis ini perlu untuk nak kekalkan operasi penyaman udara di tahap optima. Servis bukannya sebulan sekali. Setahun sekali dah memadai sebenarnya.
8. Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
9. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star, logo Energy Star ini menunjukkan barang elektronik tersebut adalah lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
logoenergystarjimatelektrik6
Jadilah pengguna yang bijak!

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tips Untuk Menghalau Lipas Yang Bersarang Dalam Kereta


Lipas seringkali dianggap binatang pengotor dan tidak disukai ramai, Jika anda mengalami masalah lipas dalam kenderaan, pasti sahaja menimbulkan rasa tidak selesa.
Sebelum sahabat handai mengatakan anda penternak lipas dalam kereta, berikut merupakan tips berkesan yang tela dikongsikan oleh Sharifah di laman sosial Facebook.
lipas
Disebabkan si kiddos ini suka makan dalam kereta, maka lipas pun turut bersuka ria. Kita makan KFC, dia pun kelip-kelip tunggu masa. Bila kita matikan kereta, di malam hari mereka mula beroperasi seperti biasa.
Bila dah geram, buatlah macam-macam caranya, maka terjumpalah cara yang berkesan secara tidak sengaja.
Cara mudah dan murah nak perangkap lipas dalam kereta:
  1. Beli ‘Ice Lemon Tea’ jenama Seasons ini. Minum sampai habis dan tinggalkan baki 2 3 titis je sebagai umpan pada lipas.
  1. Buka penutup botol dan letak dalam kereta sama ada di bawah kerusi depan atau belakang.
  1. Biarkan semalam atau 3 hari, akan dapatlah hasilnya kelak.
lipas-kereta-2
Pada asalnya, terlupa nak buang botol ini dalam kereta sebab tersorok dalam seat. Sekali nak buang, penuh tetamu masuk dalam perangkap.
Selamat mencuba bagi kereta yang menternak lipas!

Jumaat, 5 Ogos 2016

Tips Hilangkan Kesan Deodarant Pada Baju dan Pelbagai Lagi Kotoran Degil


Kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret kita.
Jadi hari ini admin kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun.

1. Hilangkan kesan kuning pada ketiak baju

baking soda
Untuk menghilangkan kuning ketiak di baju, anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor. gosok dan bilas. Atau boleh juga perahkan limau nipis di bahagian ketiak baju dengan biarkan seketika.
Kemudian letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa. Ulangi jika kesan belum hilang.

2. Hilangkan kesan tahi lalat pada baju putih dan warna cerah

Campur cuka ke dalam setengah liter air.Kemudian rendam pakaian anda yang terkena tahi lalat dalam campuran air cuka tadi. Rendam semalaman. Keesokan hari cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
Atau gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan garam. Seterusnya jemur di bawah matahari terik. Selepas kering, ulang perkara yang sama sehingga tahi lalat atau kulat tadi hilang.

3. Bersihkan Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

4. Hilangkan Pakaian Terkena Karat

newline
Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

5. Bersihkan pakaian terkena minyak

Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

6. Bersihkan kesan air coklat pada pakaian

3af26411d9b53ab3d93235260e85cc2286d0d0c9
Ini biasa pada pakaian anak-anak. Jangan simpan pakaian terkena kotoran ini sebaliknya terus basuh menggunakan cara ini. Ambil sabun mandi dan sental pada bahagian yang terkena tumpahan air tersebut. Lakukan sehingga kotoran hilang .

7. Hilangkan kesan darah pada pakaian

Biasa terjadi bila terkena luka atau period. Untuk hilangkannya basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun mandi di bahagian luar dan dalam. Rendam dalam air dan basuhlah seperti biasa.

Ada macam-macam petua untuk hilangkan pelbagai kotoran sudah dikongsi. Lepas ni tak payah pening-pening lagi, boleh rujuk di sini. Selamat membasuh!

@via vanillakismis.my

Khamis, 4 Ogos 2016

Cara Elakkan Gam Melekat di Cermin Semasa Mencabut Sticker Road Tax


Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.
Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.
Selepas setahun, “road tax” berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, “Road Tax” dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila “Road Tax” ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.
ro2


Rendam kain dengan air panas
ro3

Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan
ro4

Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair
ro5

Selepas 5-10 minit, tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan
ro6

Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan
ro7

SELAMAT MENCUBA!!

Sumber

Rabu, 3 Ogos 2016

Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib! Ini Cara Mandi Wajib Yang Betul!


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“AKIBATNYA, MANDI MAJIBNYA MENJADI TIDAK SAH KERANA TIDAK MEMENUHI SALAH SATU RUKUN MANDI WAJIB IAITU MERATAKAN AIR KESELURUH ANGGOTA BADAN YANG ZAHIR. APABILA MANDI WAJIB TIDAK SAH, IBADAT YANG DILAKUKAN OLEH SESEORANG ITU JUGA TURUT TIDAK SAH. ITULAH AKIBATNYA JIKA TIDAK MELAKUKAN MANDI WAJIB DENGAN BETUL,”
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis di badan.
  3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA.” ATAU ” SAHAJA AKU MANDI WAJIB KERANA ALLAH TAALA.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS HAID KERANA ALLAH TAALA.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS NIFAS KERANA ALLAH TAALA”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Rambut Yang Diwarna :

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Selasa, 2 Ogos 2016

5 Ciri Orang Yang Suka Berhutang


Masalah anak muda sekarang ialah suka sangat berhutang semata-mata untuk memenuhi keinginan yang tak penting.
Bila hutang banyak, mula la pening kepala. Hidup makan pagi kias pagi hanya untuk bayar hutang je. Takut-takut muflis nanti..

Anda ni jenis yang suka berhutang ke? Cuba tengok ciri-ciri ni, ada tak pada diri anda?

1. Tak boleh tengok orang lain lebih

Pernah tak anda beli sesuatu sebab orang lain pun ada? Jangan! Ini namanya hasad dengki. Jika tak mampu beli dan tak gunakannya, tak perlu la nak beli.

2. Cara hidup lebih dari gaji

Katakanlah gaji RM2,000, takkan la nak hidup macam gaji RM4,000. Nak pergi melancong ke luar negeri la, apa la. Mana nak dapat duit? BERHUTANG!

3. Suka beli barang yang tak perlu

Mungkin anda mampu bayar semua bil kad kredit setiap bulan. Tetapi, kalau ada hobi membeli barang yang tak diperlukan, itu namanya membazir. Dah la berhutang, tapi beli barang tak guna. Motif!

4. Tak ada duit simpanan

Bila sampai satu masa nak pakai duit, tapi tak ada simpanan, jalan yang tinggal ialah berhutang. Tak kira gaji kecil mana pun, belajar untuk menyimpan.

5. Tak buat catatan kewangan

Mereka yang suka berhutang ni memang tak pandai uruskan kewangan, sebab tu duit habis macam tu je. Lepas tu mula la berhutang. Catat setiap perbelanjaan supaya anda tahu ke mana duit anda pergi.

Isnin, 1 Ogos 2016

7 Tips Penjagaan Jeans Agar Tidak Mudah Rosak




Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo , malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar kondisinya kekal cantik dan terjaga?
Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama.

1. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.

2. Cuci berasingan
Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.

3. Guna wap air panas 
Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.

4. Kering secara alami
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.

5. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?
6. Elak jemur di bawah terik mentari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.

7. Awasi penggunaan pencuci
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.

Ahad, 31 Julai 2016

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Wallahu’alam….

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...