Rabu, 17 Ogos 2016

Seks Selepas Bersalin, Suami Kena Pandai Pancing Ghairah Isteri



Seks Selepas Bersalin.Bersalin atau melahirkan anak merupakan proses yang cukup trauma bagi seorang wanita.
Apatah lagi, apabila seorang ibu itu melahirkan melalui vagina, maka jaringan vagina yang halus akan menjadi tegang sehingga memerlukan waktu beberapa minggu untuk menyembuhkan kecederaan tersebut.
Pada trimester ketiga kehamilan, keinginan untuk melakukan hubungan seks begitu membuak-buak. Namun, selepas bersalin atau melahirkan hasrat untuk melakukan hubungan seks adalah perkara yang terakhir ada di fikiran.Enam minggu pertama setelah melahirkan disebut ‘periode postpartum’. Melakukan hubungan seks sepanjang tempoh tersebut biasanya jarang terjadi.
Keinginan untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin menurun terjadi kerana:
  1. Penyembuhan dari episiotomi (koyakan ketika melahirkan secara normal)
  2. Penyembuhan luka di perut setelah melahirkan anak secara pembedahan
  3. Perdarahan normal setelah melahirkan. Perdarahan inibiasanya terjadi selama empat sampai enam minggu.
  4. Kepenatan setelah kehamilan dan proses melahirkan.
  5. Tuntutan bayi anda (tuntutan meningkat jika anda memiliki anak kembar atau kembar tiga).
  6. Perubahan kadar hormone.
  7. Payudara sakit akibat proses menyusukan bayi.
  8. Masalah emosional, seperti sindrom setelah melahirkan, penat kerana merawat anak, atau permasalahan berkaitan hubungan dengan ayah si bayi.



Melakukan hubungan seks selepas bersalin ok, setelah semua luka atau koyakan dan anda merasakan jaringan halus di vagina telah sembuh. Penyembuhan tersebut biasanya memakan waktu selama beberapa minggu. Anda boleh meminta pandangan doktor sakit puan untuk mencadangkan waktu yang tepat untuk anda dan suami kembali melakukan hubungan intim.
Bagi wanita yang baru melahirkan biasanya akan muncul ketakutan dengan rasa sakit pada vaginanya. Para suami diisarankan tidak terburu-buru melakukan hubungan seksual dan cuba fahami keadaan isteri anda.

Jika isteri mengalami penurunan gairah seksual setelah melahirkan, ada baiknya suami mengerti dan memahami keadaan tersebut. Jika para suami terus memaksa ia boleh menimbulkan stress pada si isteri.

1. Pastikan Anda Benar-Benar Bersedia
Para suami juga digalakan melakukan urutan lembut agar si isteri berasa relaks dan secara perlahan-lahan ghairah seksnya akan kembali normal. Melakukan hubungan seks sebelum empat minggu selepas bersalin, bukan hanya boleh merosakan jahitan vagina yang belum pulih sepenuhnya setelah melahirkan, tetapi juga boleh membuatkan anda berhadapan dengan infeksi vagina. Melakukan hubungan seks ketika tubuh belum bersedia untuk seks juga hanya akan membuatkan anda berasa sakit, dan bukannya puas!

2. Lakukan Pemanasan
Anda dan suami mungkin akan terlalu bersemangat untuk melakukan hubungan seks setelah sekian lama tidak menikmatinya. Jangan abaikan untuk melakukan teknik pemanasan atau foreplay bagi meningkatkan keintiman dan menambahkan cecair vagina supaya seks yang anda nikmati tidak menyakitkan.


3. Gunakan Cecair Pelincir
Setelah keadaan anda pulih dari proses melahirkan, anda memerlukan cecair pelincir untuk memulakan seks. Cecair pelincir ini dapat membantu melicinkan vagina dan mengurangi rasa sakit, serta meningkatkan kenikmatan.

4. Pilih Posisi Yang Tepat
Carilah posisi seks yang tepat, sehingga hanya memberikan sedikit tekanan pada setiap jahitan vagina. Posisi wanita di atas atau ‘women on top’ boleh dijadikan pilihan dan pastikan melakukan seks dengan relaks dan tidak terburu-buru

5. Senaman Kegel
Setelah bersalin atau melahirkan anak, anda perlu membuat senaman kegel dengan menegangkan dan melepaskan vagina seperti ketika menahan kencing. Tujuannya adalah untuk mengepam aliran darah ke vagina dan mengembalikan kekencangan otot vagina agar kembali kuat seperti sebelum melahirkan.

6. Elakkan Merangsang Payudara
Jumlah air susu badan yang keluar dari payudara cukup banyak setelah melahirkan. Keadaan ini tentunya membuatkan si suami berasa kurang selesa ketika melakukan hubungan seks. Apatah lagi, ketika merangsang payudara. Namun, keluarnya air susu badan tersebut tidak boleh dihindari.
Jalan terbaik, elakkan daripada merangsang payudara. Masih banyak bahagian ataupun kawasan yang boleh membangkitkan ghairah si isteri. Misalnya, di leher, bibir, paha, telinga dan sebagainya.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel yang cukup bermanfaat ini.
Follow us: Gempak.org on Facebook

Selasa, 16 Ogos 2016

Tips Mencegah Rambut Beruban



Rambut anda mula ditumbuhi uban? Baca Tips Mencegah Rambut Beruban Di Sini…

Uban rambut tidak tumbuh dengan sendirinya. Ia tumbuh disebabkan adanya perubahan warna daripada pigmen rambut yang dikenali sebagai melanin. Penyebab rambut beruban adalah kerana sel-sel di folikel rambut yang dikenali sebagai ‘melanosit’ berhenti mengeluarkan pigmen. Folikel kehilangan semua pigmen akhirnya akan membuatkan rambut menjadi putih secara keseluruhannya.

Berikut beberapa tips mencegah rambut beruban yang boleh anda cuba.
1.Gunakan Produk Rambut Yang Ringan
Jangan menggunakan minyak rambut, wax rambut serta serum rambut yang terlalu “berat”. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk tersebut boleh menutupi kemilau rambut perang ada sehingga membuatnya kelihatan seperti berdebu.

2.Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Salah satu faktor timbulnya uban di kepala ialah kerana anda kekurangan vitamin B12 dan Omega-3.Untuk mengatasi masalah uban, perbanyaklah makan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti telur, keju, daging lembu, pisang dan ikan.

3.Yogurt
Campurkan satu gram lada hitam atau serbuk kopi dengan 100 gram yogurt tanpa gula. Setelah itu, lumur secara lembut ke kulit kepala dan rambut. Kemudian, biarkan seketika selama satu jam, setelah itu cuci dengan air suam dan syampu.Lakukanya secara rutin pada setiap minggu dan anda akan mendapat hasil yang baik.
4.Lumur Kepala Dengan Jus Labu
Campuran jus labu dan minyak bijan atau minyak zaitun boleh membantu rambut menjadi lebih sihat, berkilau dan tebal. Selain itu anda boleh mencegah rambut beruban dengan menggunakan daun teh. Saring teh, dan campur daun teh dengan satu senduk teh garam. Letakkan pada kepala dan rambut selama satu jam dan kemudian cuci dengan air. Lakukan setiap hari selama 10 hari maka rambut anda akan bebas daripada masalah uban!

5.Makan Makanan Berprotein
Tambah pengambilan protein anda melalui gandum,kacang, daging, ikan dan ayam. Vitamin A dan B serta mineral besi dan zinc sangat berguna untuk melawan uban. Sementara itu, kubis bunga, kubis, yogurt, hati, daging lembu dan almond memberikan zat yang diperlukan rambut. Pengambilan protein membuatkan tekstur rambut kembali bersinar,semulajadi dengan baik dan dapat mengembalikan pigmen dan menghilangkan uban.

Take Note!
Hindari Cabut Uban
Mencabut uban bukanlah jalan terbaik untuk mengurangkan uban. Semua itu hanya sementara sahaja,kerana mencabutnya seolah-olah anda sengaja memancing uban untuk tumbuh dengan lebih banyak lagi. Mencabut uban juga boleh menganggu saraf yang mengeluarkan warna rambut.

Follow us: Gempak.org on Facebook

Isnin, 15 Ogos 2016

Hancurkan Lemak Di Perut Dengan Basikal Senaman



Basikal Senaman. Ia adalah alat senaman yang sesuai untuk kecergasan anda. Tidak kisahlah samada waktu pagi atau waktu malam,kini anda boleh melakukan senaman dengan mudah sambil menonton televisyen.
Menariknya mengenai basikal senaman ini ialah badan anda akan berasa ringan dan peluh akan keluar dengan banyak menandakan ia sangat efektif untuk menyingkir lemak degil dari tubuh anda.
Berikut adalah manfaat menggunakan sebuah basikal senaman sebagai rutin kecergasan anda.
Manfaat Basikal Senaman


  1. Menjimatkan Masa Dan Perbelanjaan
Sekiranya anda memiliki basikal senaman di rumah,ia dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan anda. Kadangkala anda tidak mempunyai masa untuk bersenam di gimnasium,maka dengan menggunakan basikal senaman di rumah,ia dapat mengekalkan tahap kecergasan anda.
Anda pasti tahu bayaran untuk menggunakan kemudahan di gimnasium bukannya murah,maka sekiranya anda memiliki basikal senaman,anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk menjaga kecergasan tubuh badan anda. Tidak salah sekiranya anda berbelanja wang yang lebih untuk tubuh badan anda,kerana pulangannya pasti berbaloi.

  1. Membakar Lemak Dan Menurunkan Berat Badan
Semua orang ingin memiliki badan yang langsing dan sihat. Oleh itu,dengan penggunaan basikal senaman,ia dapat membakar kalori dan menurunkan berat badan. Selain itu, basikal senaman dapat meningkatkan kecergasan jantung dan paru-paru anda. Anda cuma memerlukan kira-kira 12-15 minit dengan mengayuh bersungguh-sungguh untuk membakar lemak pada tubuh anda.

  1. Boleh Digabungkan Dengan Alat Senaman Yang Lain
Anda boleh menggabungkan beberapa jenis alat senaman sebagai rutin kecergasan anda. Sebagai contoh,anda boleh bersenam dengan menggunakan basikal senaman selama beberapa minit dan kemudiannya gunakan alat senaman yang lain seperti dumbbell selama beberapa minit. Pastinya anda akan memiliki tubuh idaman dan tahap kecergasan anda dapat dijaga dengan baik.

Senaman Menghancurkan Lemak Di Perut Menggunakan Basikal Senaman
Senaman dengan menggunakan basikal senaman merupakan senaman yang cukup praktikal bagi sesiapa yang mahu hancurkan lemak di perut. Siapa saja yang tidak mahukannya bukan? Jom ketahui cara menghancurkan lemak di perut menggunakan basikal senaman.

Sebelum itu,pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan ‘warm-up’ terlebih dahulu sebelum melakukan senaman ini. Caranya ialah:
Terdapat 2 cara yang anda boleh anda lakukan iaitu:
  • Setkan 10 saat anda untuk anda pecut, dan 10 saat anda untuk anda rehat. Ulang langkah ini sebanyak 60 kali.
  • Setkan 20 minit dan buat 10 saat untuk pecut dan 10 saat untuk rehat berulang-ulang kali.

Ahad, 14 Ogos 2016

Vitamin Untuk Suburkan Rambut Agar Lebat & Sihat




Merawat dan menjaga rambut bukan setakat anda telah bersyampu atau membilasnya dengan perapi secara teratur. Adakalanya rambut juga memerlukan vitamin untuk khas untuk rambut agar pertumbuhannya lebih baik dan sihat.


Ada berbagai-bagai masalah rambut yang boleh menganggu kesihatan rambut seperti kelemumur, kulit kepala kering, rambut leper dan sebagainya.Bahan semulajadi adalah alternatif lain yang boleh membantu anda untuk menjaga dan merawat rambut. Ini adalah kerana bahan semulajadi tidak mengandungi bahan berbahaya yang akan mendatangkan efek buruk buat kesihatan rambut mahupun tubuh. Untuk mendapatkan rambut yang sihat,subur, lebat dan cantik, anda perlu mengambil beberapa vitamin yang boleh merawat rambut dari dalam.
  • Vitamin B
Vitamin B boleh membantu menyuburkan rambut dan menguatkan setiap batang rambut. Jenis vitamin B yang sangat penting untuk kesuburan rambut adalah vitamin B5 dan B12. Selain itu, vitamin tersebut juga akan membantu mencegah kerosakan rambut serta uban. Vitamin B5 dan B12 boleh diperoleh dalam produk telur, daging, susu serta gandum.
  • Vitamin C
Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang lebih banyak memainkan peranan sebagai antioksidan. Selain itu, ia juga membantu menutrisi rambut sehingga rambut tetap terjaga kesegarannya dan dapat menyeimbangkan kadar minyak di setiap helaian batang rambut.Kekurangan vitamin C oleh membuatkan rambut anda menjadi kering dan mudah patah.Vitamin C boleh ditemui pada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, oren dan kemerahan.Pengambilan buah-buahan segar atau membuat ramuan masker boleh membantu anda mengatasi masalah rambut.
  • Vitamin D
Vitamin D juga adalah vitamin untuk rambut yang memainkan peranan penting untuk menguatkan setiap batang rambut. Apabila anda kekurangan vitamin D, maka rambut anda akan menjadi rapuh, mudah patah dan juga bercabang. Sumber vitamin D boleh anda peroleh daripada sinaran matahari pagi serta produk susu.
  • Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin untuk rambut yang paling diperlukan bagi kesihatan rambut. Fungsinya bukan sekadar membantu melembabkan, tetapi juga meregenerasi rambut baru serta melancarkan peredaran darah di kulit kepala. Jadi, tidak hairanlah jika vitamin E memainkan peranan yang sangat besar untuk pertumbuhan dan menyuburkan rambut.Dengan pengambilan vitamin E secara rutin, bukan hanya kulit anda sahaja yang kelihatan muda, bahkan masalah rambut beruban sebelum waktunya juga boleh anda atasi.Bagi memenuhi keperluan vitamin E, anda boleh mendapatkannya dengan pengambilan sayuran hijau dan juga buah-buahan.
Follow us: Gempak.org on Facebook

Sabtu, 13 Ogos 2016

Ketahui Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Sperma Yang Sihat.Sperma yang sihat sangat penting untuk mendapatkan baka keturunan keluarga dalam mendirikan alam rumahtangga.
Seorang lelaki yang mempunyai volume sperma yang cukup banyak ternyata tidak menjamin ia mampu membuahkan sel telur wanita jika kualiti sperma yang sihat tidak dimiliki oleh lelaki tersebut, sekalipun hubungan intim dilakukan pada waktu subur.Untuk mendapatkan sperma yang sihat anda perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan sperma lemah. Tujuannya anda boleh mengatasi situasi ini pada masa akan datang.

Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Kuantiti
Sperma yang sihat biasanya akan menghasilkan lebih daripada 15 juta/milliliter.Setiap daripada seorang lelaki berejakulasi paling kurang dalam 4 juta sperma yang ada di dalam air mani yang keluar. Jadi, semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan, bermakna semakin besar pula peluang untuk seorang wanita itu mengandung.

Kualiti
Kualiti sperma yang sihat pada seorang lelaki adalah yang mempunyai kepala berbentuk oval dan berekor panjang. Semakin banyak sperma yang berbentuk normal seperti ini, semakin besar kemungkinan anda untuk dikategorikan sebagai seorang lelaki yang subur.

Gerakan
Untuk mencapai dan menembusi sel telur, sperma seharusnya mampu berenang dan bergerak dengan cepat melalui leher rahim wanita dan saluran tuba.Bagi lelaki yang subur, terdapat 40 peratus atau lebih sperma yang akan bergerak masuk ke rahim untuk membuahkan sel telur. Kepantasan sel sperma ketika berenang sangat penting, kerana perjalanan sperma mencapai sel telur mengambil masa yang agak panjang.

10 Punca Sperma Lemah
Pada zaman teknologi ini maka secara tidak sedar, lelaki banyak terdedah kepada punca penyebab sperma lemah. Kaum wanita perlu mengambil perhatian berkaitan perkara ini supaya anda boleh menasihati suami anda atau rakan tentang permasalahan ini.

Antara penyebab sperma lemah adalah kerana:
1. Berkeadaan Panas
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2. Kerap Berendam Air Panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.

3. Suhu Badan Yang Meningkat Tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.

4. Radiasi Komputer Riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu sehingga mampu mencapai 35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

5. Memakai Seluar Yang Tidak Sesuai
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.

6. Pembesaran Pembuluh Darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7. Radiasi Telefon Bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

8. Kegemukan
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

9. Perokok Tegar
Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

10. Masalah Lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

Follow us: Gempak.org on Facebook

Jumaat, 12 Ogos 2016

3 Petua Menghilangkan Bau Badan


Bau badan yang kurang menyenangkan terutamanya di bahagian ketiak, akan mengundang rasa kurang selesa kepada orang sekeliling kita.
Punca bau badan boleh disebabkan oleh bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.
Walaupun banyak produk untuk menghilangkan bau ada di pasaran, tidak salah untuk kita mencuba rawatan secara tradisional, yang telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN SECARA TRADISIONAL

PETUA 1 – LIMAU KASTURI

Amalkan gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan seterusnya jangan dibuang. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air tersebut. Bau badan anda pasti akan hilang.

PETUA 2 – DAUN SIRIH

Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi di pagi hari. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.
Daun sirih bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif. Daun sirih diakui dapat menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria

PETUA 3 – TIMUN

Hiriskan timun kepada beberapa potongan kecil, kemudian gosokkan di ketiak anda ketika mandi. Selepas itu, barulah dibilas bersih.
Amalkan setiap kali ketika mandi. Anda akan nampak kesannya nanti.

Pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba.
Ingat, tiada siapa suka jika badan anda berbau!

Khamis, 11 Ogos 2016

11 Kelebihan Ubat Gigi


Selama ini kita hanya tahu kegunaan ubat gigi ini hanya mampu untuk membersihkan bahagian gigi kita. Rupa-rupanya, ubat gigi mampu menghilangkan calar pada telefon bimbit dan mengilatkan besi pada seterika.
Banyak lagi kelebihan ubat gigi yang kita tidak ketahui. Kalau tak percaya, sila teruskan pembacaan anda.

KELEBIHAN UBAT GIGI 
1) Membuang calar yang kecil pada skrin telefon bimbit.


2) Membaiki permukaan CD atau DVD yang telah bercalar.


3) Memutihkan semula bahagian kasut yang sudah kerap kali kena kotoran.


4) Menghakiskan water wings pada perabut kayu.


5) Mengilatkan kuku jari dan kaki serta membersihkan kuku.


6) Menghilangkan marker permenant pada perabot kayu.


7) Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada jari dan tapak tangan.


8) Membersihkan piano keys yang sudah kekuningan.


9) Membuang gam yang tersekat pada rambut.


10) Membuang kekotoran terutama darah pada pakaian.


11) Mengilatkan besi pada seterika.


Tak disangka kan bahawa ini adalah kelebihan ubat gigi. Apalagi, lepas ni senanglah. Ambil je ubat gigi dan segala masalah dapat diselesaikan.
Selamat mencuba.

Rabu, 10 Ogos 2016

7 Petua Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Secara Traditional


Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik.

Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.
1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
5. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. Guna daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Alternatif lain
Jika guna rawatan tradisional juga tidak menjadi, boleh juga cuba kaedah moden. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya agak lama untuk direalisasikan. Kaedah moden dapatmenghilangkan bekas jerawat dengan cepat dan mudah.

Selasa, 9 Ogos 2016

10 Tip Buang Rasa Nervous Ketika Presentation



Saya percaya pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kamu perlu melakukan ‘presentation’ di hadapan khayalak ramai samada di dalam kelas atau meeting room.

Disini saya ingin kongsikan tips untuk menghilangkan rasa gementar semasa melakukan ‘presentation’
1)    Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.
2)    Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.
3)    Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.
4)    Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.
5)    Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.
6)    Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.
7)    Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.
8)    Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.
9)    Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.
10)  Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.

Isnin, 8 Ogos 2016

2 Petua Hilangkan Bau Sampah Dalam Rumah


Rumah apartment atau pangsapuri mungkin sering mengalami masalah ini.
Oleh kerana ruang agak terhad di mana dapur berhampiran ruang makan dan mungkin juga ruang tamu.
Bau sampah dari tong sampah yang diletakkan di dapur membuatkan keseluruhan ruang menjadi kurang menyenangkan dengan bau yang dikeluarkan.

Jadi apa yang boleh anda buat untuk pastikan masalah ini dapat di selesaikan?

1. LEMON ATAU LIMAU
lemon
Letakkan beberapa lemon atau limau yang telah dipotong  ke dalam tong sampah (letak di bawah plastik sampah ).  Lakukan antara 2-3 kali seminggu.
Lemon atau limau akan mengeluarkan bau yang menyegarkan.

2. SODA BIKARBONAT
soda
Taburkan beberapa sudu baking soda ke dalam tong sampah.  Ambil air panas dan bersihkannya seketika. Bau yang busuk akan hilang serta merta.
Soda Bikarbonat akan menyerap semua bau busuk, malah ia juga boleh mengilangkan kotoran degil yang melekat di tong sampah.
Selamat mencuba..!

Ahad, 7 Ogos 2016

9 Tips Menggunakan “Aircond” Dengan Bijak Serta Menjimatkan!


Zaman sekarang boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penyaman udara atau dalam bahasa inggerisnya aircond. Bukan sebab kaya, tetapi ia sudah menjadi suatu keperluan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.
Walaupun penyaman udara boleh menyejukkan udara di dalam rumah anda, perlu diingat ia juga boleh mengeringkan poket anda dengan bil elektrik yang melambung! Menurut statistik SuruhanJaya Tenaga ia menyumbang kepada  50%-60% penggunaan tenaga elektrik bulanan.
Jadi, cuba ikuti tips-tips di bawah untuk anda menjadi pengguna penyaman udara yang bijak:
1. Gunakan penyaman udara ketika cuaca benar-benar panas sahaja, seboleh-bolehnya gunakanlah kipas di rumah kerana kipas lebih menjimatkan. Tetapi kalau dah cuaca panas sangat di luar, barulah gunakan aircond.
2. Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
shutterstock_75785626

3. Matikan penyaman udara jika tidak digunakan, jika anda rasa nak keluar ke mana-mana dalam tempoh yang lama, matikan penyaman udara anda untuk mengelakkan pembaziran. Lagipun, membazir itukan amalan syaitan.
4. Setkan timer atau sleep mode, biasanya kalau anda hanya gunakan penyaman udara sekitar sejam ke dua jam sahaja ketika hendak tidur. Selebihnya, suhu pada waktu malam akan menurun dan anda dah tak perlukannya lagi. Jadi, setkan timer sekitar waktu yang anda perlukan sahaja dan gunakan kipas selepas itu.
Sleep_Mode
5. Tutup semua pintu dan tingkap ketika menggunakan penyaman udara, pastikan tiada lubang udara yang terbuka ketika menggunakan penyaman udara untuk mengelakkan ruang lambat sejuk dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
6. Bersihkan penapis penyaman udara, ini adalah perkara yang sangat mudah tetapi ramai yang malas nak buat. Anda hanya perlu keluarkan penapis penyaman udara anda, kemudian cuci habuk yang tersekat. Kalau dah nampak lama, tukar sahaja yang baru dan anda boleh dapatkannya di kedai elektrik.
DIY cara servis membersih buka aircond sendiri murah (1)
7. Selalu servis penyaman udara, ramai yang anggap servis penyaman udara ini mahal dan tidak perlu, padahal servis ini perlu untuk nak kekalkan operasi penyaman udara di tahap optima. Servis bukannya sebulan sekali. Setahun sekali dah memadai sebenarnya.
8. Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
9. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star, logo Energy Star ini menunjukkan barang elektronik tersebut adalah lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
logoenergystarjimatelektrik6
Jadilah pengguna yang bijak!

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tips Untuk Menghalau Lipas Yang Bersarang Dalam Kereta


Lipas seringkali dianggap binatang pengotor dan tidak disukai ramai, Jika anda mengalami masalah lipas dalam kenderaan, pasti sahaja menimbulkan rasa tidak selesa.
Sebelum sahabat handai mengatakan anda penternak lipas dalam kereta, berikut merupakan tips berkesan yang tela dikongsikan oleh Sharifah di laman sosial Facebook.
lipas
Disebabkan si kiddos ini suka makan dalam kereta, maka lipas pun turut bersuka ria. Kita makan KFC, dia pun kelip-kelip tunggu masa. Bila kita matikan kereta, di malam hari mereka mula beroperasi seperti biasa.
Bila dah geram, buatlah macam-macam caranya, maka terjumpalah cara yang berkesan secara tidak sengaja.
Cara mudah dan murah nak perangkap lipas dalam kereta:
  1. Beli ‘Ice Lemon Tea’ jenama Seasons ini. Minum sampai habis dan tinggalkan baki 2 3 titis je sebagai umpan pada lipas.
  1. Buka penutup botol dan letak dalam kereta sama ada di bawah kerusi depan atau belakang.
  1. Biarkan semalam atau 3 hari, akan dapatlah hasilnya kelak.
lipas-kereta-2
Pada asalnya, terlupa nak buang botol ini dalam kereta sebab tersorok dalam seat. Sekali nak buang, penuh tetamu masuk dalam perangkap.
Selamat mencuba bagi kereta yang menternak lipas!

Jumaat, 5 Ogos 2016

Tips Hilangkan Kesan Deodarant Pada Baju dan Pelbagai Lagi Kotoran Degil


Kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret kita.
Jadi hari ini admin kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun.

1. Hilangkan kesan kuning pada ketiak baju

baking soda
Untuk menghilangkan kuning ketiak di baju, anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor. gosok dan bilas. Atau boleh juga perahkan limau nipis di bahagian ketiak baju dengan biarkan seketika.
Kemudian letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa. Ulangi jika kesan belum hilang.

2. Hilangkan kesan tahi lalat pada baju putih dan warna cerah

Campur cuka ke dalam setengah liter air.Kemudian rendam pakaian anda yang terkena tahi lalat dalam campuran air cuka tadi. Rendam semalaman. Keesokan hari cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
Atau gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan garam. Seterusnya jemur di bawah matahari terik. Selepas kering, ulang perkara yang sama sehingga tahi lalat atau kulat tadi hilang.

3. Bersihkan Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

4. Hilangkan Pakaian Terkena Karat

newline
Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

5. Bersihkan pakaian terkena minyak

Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

6. Bersihkan kesan air coklat pada pakaian

3af26411d9b53ab3d93235260e85cc2286d0d0c9
Ini biasa pada pakaian anak-anak. Jangan simpan pakaian terkena kotoran ini sebaliknya terus basuh menggunakan cara ini. Ambil sabun mandi dan sental pada bahagian yang terkena tumpahan air tersebut. Lakukan sehingga kotoran hilang .

7. Hilangkan kesan darah pada pakaian

Biasa terjadi bila terkena luka atau period. Untuk hilangkannya basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun mandi di bahagian luar dan dalam. Rendam dalam air dan basuhlah seperti biasa.

Ada macam-macam petua untuk hilangkan pelbagai kotoran sudah dikongsi. Lepas ni tak payah pening-pening lagi, boleh rujuk di sini. Selamat membasuh!

@via vanillakismis.my

Khamis, 4 Ogos 2016

Cara Elakkan Gam Melekat di Cermin Semasa Mencabut Sticker Road Tax


Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.
Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.
Selepas setahun, “road tax” berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, “Road Tax” dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila “Road Tax” ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.
ro2


Rendam kain dengan air panas
ro3

Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan
ro4

Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair
ro5

Selepas 5-10 minit, tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan
ro6

Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan
ro7

SELAMAT MENCUBA!!

Sumber

Rabu, 3 Ogos 2016

Rupanya Ramai Yang Salah Mandi Wajib! Ini Cara Mandi Wajib Yang Betul!


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“AKIBATNYA, MANDI MAJIBNYA MENJADI TIDAK SAH KERANA TIDAK MEMENUHI SALAH SATU RUKUN MANDI WAJIB IAITU MERATAKAN AIR KESELURUH ANGGOTA BADAN YANG ZAHIR. APABILA MANDI WAJIB TIDAK SAH, IBADAT YANG DILAKUKAN OLEH SESEORANG ITU JUGA TURUT TIDAK SAH. ITULAH AKIBATNYA JIKA TIDAK MELAKUKAN MANDI WAJIB DENGAN BETUL,”
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis di badan.
  3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA.” ATAU ” SAHAJA AKU MANDI WAJIB KERANA ALLAH TAALA.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS HAID KERANA ALLAH TAALA.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS NIFAS KERANA ALLAH TAALA”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Rambut Yang Diwarna :

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...