Sperma Yang Sihat.Sperma yang sihat sangat penting untuk mendapatkan baka keturunan keluarga dalam mendirikan alam rumahtangga.
Seorang lelaki yang mempunyai volume sperma yang cukup banyak
ternyata tidak menjamin ia mampu membuahkan sel telur wanita jika
kualiti sperma yang sihat tidak dimiliki oleh lelaki tersebut, sekalipun
hubungan intim dilakukan pada waktu subur.Untuk mendapatkan sperma yang
sihat anda perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan sperma lemah.
Tujuannya anda boleh mengatasi situasi ini pada masa akan datang.
Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat
Kuantiti
Sperma yang sihat biasanya akan menghasilkan lebih daripada 15
juta/milliliter.Setiap daripada seorang lelaki berejakulasi paling
kurang dalam 4 juta sperma yang ada di dalam air mani yang keluar. Jadi,
semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan, bermakna semakin besar
pula peluang untuk seorang wanita itu mengandung.
Kualiti
Kualiti sperma yang sihat pada seorang lelaki adalah yang mempunyai
kepala berbentuk oval dan berekor panjang. Semakin banyak sperma yang
berbentuk normal seperti ini, semakin besar kemungkinan anda untuk
dikategorikan sebagai seorang lelaki yang subur.
Gerakan
Untuk mencapai dan menembusi sel telur, sperma seharusnya mampu berenang
dan bergerak dengan cepat melalui leher rahim wanita dan saluran
tuba.Bagi lelaki yang subur, terdapat 40 peratus atau lebih sperma yang
akan bergerak masuk ke rahim untuk membuahkan sel telur. Kepantasan sel
sperma ketika berenang sangat penting, kerana perjalanan sperma mencapai
sel telur mengambil masa yang agak panjang.
10 Punca Sperma Lemah
Pada zaman teknologi ini maka secara tidak sedar, lelaki banyak terdedah
kepada punca penyebab sperma lemah. Kaum wanita perlu mengambil
perhatian berkaitan perkara ini supaya anda boleh menasihati suami anda
atau rakan tentang permasalahan ini.
Antara penyebab sperma lemah adalah kerana:
1. Berkeadaan Panas
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada
dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam
tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau
berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.
2. Kerap Berendam Air Panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis.
Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas
sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda
memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.
3. Suhu Badan Yang Meningkat Tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan
yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian,
didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa
akibat suhu badan yang tinggi.
4. Radiasi Komputer Riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan
laptop akan meningkatkan suhu sehingga mampu mencapai 35°c. Ia akan
memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas
paha terlalu lama.
5. Memakai Seluar Yang Tidak Sesuai
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan
kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang
terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka
akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.
6. Pembesaran Pembuluh Darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi
pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis
kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma
yang rendah.
7. Radiasi Telefon Bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar
juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan
produktiviti alat kelamin lelaki.
8. Kegemukan
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran
hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki.
Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan
ketidaksuburan sistem reproduksi.
9. Perokok Tegar
Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana
kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi
seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya
juga elakkan mengambil alkohol.
10. Masalah Lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan
dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi
seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!
Follow us: Gempak.org on Facebook