Tuhan menjadikan sesuatu benda itu penuh dengan keistimewaan, bentuk,
rupa dan hikmahnya tersendiri. Seperti sejenis buah unik bernama loofah
ini, mempunyai bentuk yang sangat mirip sekali dengan payudara wanita.
Buah unik yang berwarna merah muda ini mempunyai ukuran yang panjang
dengan bahagian bawahnya yang agak besar. Yang unik dari buah loofah ini
adalah memiliki puting seperti puting wanita, jika diperhatikan, bentuk
buah ini sangat mirip sekali dengan bentuk payudara wanita. Buah ini
dapat ditemui di negara Vietnam.
Nama botani : Loofah silinder Keluarga : Cucurbitaceae Namaumum : Lufa Habitat : Loofah tanaman di kawasan yang beriklim tropika, Dipercayai berasal daripada kawasan selatan Asia.
‘C Student’ Lebih Berjaya Cipta Kejayaan Luar Biasa?
Kenapa agaknya mereka yang belajar ‘biasa-biasa’ saja di universiti, tapi lepas graduate ‘gempak’ sangat?
Memandu kereta mewah, tinggal di rumah banglo dan dah bina empayar satu Malaysia.
Bukan di Malaysia saja, malah begitu juga trend nya di luar negara.
Contohnya, kita sedia maklum 3 genius IT dan jutawan ini – Bill Gates,
Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg, bukanlah lepasan ijazah yang cemerlang.
Malah, ada yang tidak menghabiskan pengajian di universiti.
10 Petua Kejayaan ‘C Student’ Yang Ramai Tak Tahu
1. Lebih Fleksibel
Tahukah anda, petua kejayaan ‘C student’ paling ketara adalah cara mereka membawa diri. Dalam hal ini, mereka sangat flexsibel.
Mereka faham sistem akademik yang menentukan kejayaan di universiti,
tetapi mereka tidak dapat berfungsi dalam keadaan sedemikian.
Mungkin ada yang menganggap mereka lembab, tetapi sebenarnya mereka cuba mencari logik di sebalik sistem pendidikan tersebut.
2. Berani Melawan Arus Semasa
Oleh kerana ‘C student’ jarang menjadi rujukan kawan-kawan, mereka
selalunya terpaksa membuat keputusan sendiri. Jadi, mereka sudah biasa
mempunyai agenda yang berbeza berbanding orang lain.
Hasilnya, mereka selalu dianggap ‘pelik’ di mata orang lain.
3. Tidak Mengharapkan Pujian Cikgu / Pensyarah
Walaupun menghormati guru atau pensyarah, mereka tidak termakan
dengan pujian. (Mana tidaknya, dah asyik dapat C, siapa nak puji?)
Inilah salah satu petua kejayaan ‘C student’ yang menjadikan prinsip hidup mereka lebih tinggi.
Lebih awal lagi mereka sudah memahami bahawa setiap apa yang mereka
lakukan akan dinilai berdasarkan perbuatan, bukannya percakapan.
4. Tidak Obses Dengan Markah Ujian
Ironiknya, ada yang mendakwa kalau kita terlalu obses dengan markah, kita tidak punya masa untuk memikirkan masa depan kita.
Sebab itulah ‘C student’ lebih strategik dalam meluangkan masa
mereka.Mereka pandai menghargai detik-detik indah yang sebenarnya memacu
mereka dalam menggapai matlamat hidup sebenar. Bukannya menunggu lepas
‘graduate’, baru fikir nak buat apa.
5. Nampak Kejayaan Dari Sudut Yang Berbeza
Kebanyakan pelajar A dan B akan mudah berasa lega jika berjaya
mendapat markah yang selamat.Tetapi, ‘C student’ pula lebih berasa
‘perlu’ untuk memikirkan sesuatu sebagai alternatif penyelamat hidup
mereka.
Pemikiran inilah yang menjadikan mereka lebih bermotivasi ,
berwawasan dan berusaha mengenal minat serta kebolehan sebenar yang
mereka miliki. Perlahan-lahan, mereka sebenarnya sedang mengukir
perjalanan hidup yang unik, jauh daripada ‘jalan biasa’ yang ditempuhi
orang ramai.
6. Pandai Memanfaatkan Peluang
Kalau anda perasan, pelajar berjaya biasanya pandai mengendalikan
semuanya sendiri. Mereka bergerak sendiri untuk memajukan diri mereka.
Mereka tidak malu mengakui kelemahan diri, dan tidak pula berasa
‘bodoh’ apabila terpaksa bertanya orang lain.Sebaliknya, mereka cuba
bertanya dan cuba mendampingi mereka yang lebih bijak daripada mereka.
Menariknya, ini adalah satu strategi sebagai seorang pemimpin untuk
mengoptimakan sesebuah pasukan.
7. Cuba Mencari Sesuatu Yang Disukai Dalam Pelajaran
Dalam mempelajari sesuatu, mereka tidak cuba untuk
menghafal.Kebanyakan ‘C student’ lebih suka belajar secara meneroka dan
memahami. Perlahan-lahan, minda mereka akan terlatih untuk mengekstrak
perkara yang penting dan diminati sahaja dalam sesebuah topik. Ini
menjadikan mereka lebih selektif dan efisyen.
8. Kebanyakannya Bukan ‘Perfectionist’
Bagi mereka, ‘siap’ kerja lebih baik daripada menunggu ia ‘sempurna’.
Mereka fokus terhadap proses berbanding keputusan. Sikap ini yang
menjadikan mereka mahir kerana mereka belajar melalui kesilapan.
Tidak kekok dinilai, atau diberi komen negatif. Ramai tokoh-tokoh yang berjaya mengamalkan petua kejayaan seperti ini.
9. Hidup Seimbang, Bijak Bersosial
Dalam sebuah teori The 4-Hour Body, Tim Ferriss ada menyebutkan,
‘Minimum Efecctive Dos’ (MED) – dos paling kecil yang diperlukan untuk
keputusan tertentu. Dos yang melebihi tidak akan menampakkan kesan
ketara. Kebanyakan ‘C student’ mengaplikasikan cara ini tanpa mereka
sedari.
Mereka percaya tidak banyak bezanya antara gred A dan A- berbanding
ilmu itu sendiri. Mereka pandai mencari keseimbangan dan memfokuskan
terhadap benda yang penting sahaja.
Jadi, tak hairanlah mereka banyak bersosial dan aktif dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan akademik semata-mata.
10. Angan-Angan Yang Tinggi
Oh, mereka ini banyak berangan berbanding pelajar yang mempunyai matlamat‘cliche’.
Selain berangan-angan, mereka juga tidak rasa kelakar untuk mengimpikan sebuah kejayaan yang besar.
Mereka lebih praktikal dan cuba memikirkan cara terbaik untuk
memanfaatkan hidup mereka dengan tidak berantung kepada formula dan
silibus matapelajaran.
Jangan Salah Anggap
Melalui perkongsian ini, bukanlah kami berniat untuk membanggakan ‘C
student’. Jauh sekali untuk mengatakan bahawa gred lemah dalam pelajaran
adalah laluan terbaik untuk mencapai kejayaan.
Namun, ia adalah petua kejayaan yang berbaloi untuk kita fikirkan
dalam meneliti semula pelan tindakan yang harus kita lakukan dalam
kehidupan.
Lelaki dengan kereta
tidak dapat dipisahkan. Jadi, apalah gunanya minat dengan kereta jika
tidak mengetahui cara untuk mengendalikannya apabila rosak.
Topik dengan tajuk di atas adalah sebenarnya ingin merungkai
persoalan yang selalu bermain diminda pengguna kereta terutamanya
tentang bagaimana air boleh bercampur dengan minyak dalam enjin.
Untuk mengetahuinya amat mudah iaitu dengan
membuka penutup minyak hitam atas silinder dan perhatikan didalamnya
,jika terdapat tompokan-tompokan keputihan bermakna enjin tersebut
telah dimasuki air.
Fungsi air sebenarnya untuk menyejukan enjin
tetapi apabila terdapat komponen-komponen tertentu telah rosak maka
kejadian ini akan terus berlaku.
Pada keseluruhan enjin yang normal air
sebenarnya tidak mudah untuk bercampur dengan minyak dalam enjin
melainkan terdapat faktor-faktor tertentu yang membolehkan kejadian ini
berlaku.
Bagaimanakah pula kita dapat mempastikan bahawa enjin kita terhindar dari keadaan ini?
Apakah yang perlu kita periksa?
Pada hakikatnya untuk menghindarkan enjin dari mengalami keadaan ini
ialah agak sukar melainkan pengguna dapat memastikan enjin sentiasa di
tukar minyak hitam ,oil filter,air filter dan plug pada waktu dan
kilometer sepatutnya.
Selain dari itu radiator juga perlu diflush atau diganti air dan gunakan coolant setiap 2 kali servis kereta.
Jika ini dapat diamalkan air yang berada dalam enjin tidak
menghasilkan karat dan semua gasket terjaga dengan baik terutamanya
manifold gasket.
Jadi, punca yang menyebabkan kenderaan kita mengalami kerosakan sedemikian.
Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan air bercampur dengan minyak dalam enjin diantaranya:-
1.Gasket Cylinder Head yang pecah akibat enjin panas
2.Gasket Intake manifold yang pecah dan terbakar juga akibat enjin panas
3.Cylinder Head yang tidak dikunci ketat selepas head dibuka
4.Cylinder head yang retak
5.Air yang berlebihan masuk dari ekzos dalam keadaan banjir dan sebagainya.
Cara penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan melalui
proses Top Overhaul atau Overhaul untuk menggantikan satu set gasket Top
Overhaul yang terdiri dari Cylinder Head Gasket,Valve Seal,Manifold
Gasket,Head Cover Gasket dan Oil Seal serta Oil Sump Gasket,Engine
Bearing,Engine Oil dan Piston Ring bagi proses Overhaul.
Akan tetapi, cara ini hanya boleh digunakanpakai jika air telah
benar-benar bercampur dengan minyak hitam dan memenuhi Oil Sump atau
tangki minyak hitam.
Kedua cara di atas adalah satu-satunya cara yang terbaik yang mampu
dilakukan untuk mengembalikan semula enjin ke prestasi asal.
Di Malaysia, kes-kes
penipuan yang melibatkan wang ringgit sering berlaku. Antara penipuan
yang sering berlaku adalah kes seperti jual beli tanah, pakej jual beli
kereta dan sebagainya.
Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang
sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi
kepada golongan kurang berkemampuan.
Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah
yang murah. Siapa tidak mahu jika ditawarkan dengan harga yang murah
bukan?
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah
penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
ini.
Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan
oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya
kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan
canggih.
1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau
wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta
umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran,
pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu
selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.
2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah
yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian.
Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai
terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta
membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila
mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa
dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.
3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib
malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani
upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil
masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya
sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan
diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi
belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran
dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta
mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari
ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima
saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya
mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan
menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi
seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk
didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang
RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka
akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta
mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai
pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.
Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak
berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket,
termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang
banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka
warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta
bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia
dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya
RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang
kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu
apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket
menggunakan jarum dan gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun
pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai,
manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu
apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat
dimaksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon
bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana
ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan
mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit
sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan
anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya
mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun
mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih
dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan
tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan
mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan
sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,
kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores
diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk
kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis
yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta
membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah
barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal
dengan wang dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya
orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa
dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah
pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam
bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya
deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke
pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun
bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota
sindiket menghilangkan diri.
12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan
bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.
Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam
akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak
di peroleh.
Amalan mengkhatan
kanak-kanak perempuan di kalangan umat Islam negara ini tidak ada kaitan
dengan ajaran Islam, kata beberapa doktor perubatan dan aktivis Islam
yang ditemui FMT.
“Tiada satu pun ayat Al-Quran atau hadis yang mewajibkan khatan
kepada perempuan,” kata pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan jurusan
perubatan di Universiti Monash, Dr Farouk Musa.
Beliau yang juga pengarah Islamic Renaissance Front menjelaskan,
hadis yang menyatakan amalan berkhatan, atau apa yang dikenali sebagai
“female genital mutilation” (pemotongan genitalia wanita, FGM) sebagai
“memuliakan perempuan”, bukan merupakan hadis sahih.
Pandangan ini berbeza daripada amalan di Malaysia, di mana orang
Melayu Islam yang rata-rata bermazhab Shafie, mengamalkannya secara
berleluasa. Malah, ia dianggap tuntutan agama.
FGM melibatkan pemotongan sebahagian daripada alat kemaluan wanita,
dan menimbulkan kontroversi yang berkait rapat dengan perdebatan
mengenai kesaksamaan gender.
Pada 2009, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan hukum khatan
bagi perempuan adalah wajib, namun boleh dielakkan jika membawa
kemudaratan.
Ia bercanggah dengan pendirian ulama tersohor yang menjadi rujukan
penting fekah aliran Sunnah zaman ini, Dr Yusuf al-Qaradawi. Menurut
fatwa Qaradawi, FGM bukan tuntutan agama, malah berbahaya dan perlu
dihentikan.
Satu alasan yang kerap diutarakan oleh mereka yang mengamalkan FGM
ialah ia boleh membataskan nafsu seksual wanita apabila dewasa kelak,
yang menurut mereka sesuatu yang baik.
Bagaimanapun, Dr Harlina Siraj, pakar sakit puan yang mengetuai
Jabatan Pendidikan Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia,
menyifatkan pandangan tersebut sebagai “penghinaan” terhadap wanita.
“Ini sangat menghina. Padahal tiada dalam sirah (sejarah kehidupan Nabi Muhammad) yang menyatakan nabi mengkhatankan anaknya.
“Sebagai pengamal perubatan, kami hanya lakukan sesuatu yang
mempunyai asas dan ada data saintifik. Berbeza bagi lelaki, tiada kajian
menunjukkan khatan perempuan memberikan manfaat, malah ada risiko
berlakunya kesilapan ketika dilakukan,” kata Dr Harlina kepada FMT.
Dr Farouk memetik ilmuwan Islam terkenal dari Mesir, Dr Mohammad
Salim Al-Awa, yang berkata amalan FGM hanyalah budaya sebahagian
masyarakat Arab.
“Seperti yang dikatakannya, Nabi Muhammad tidak pernah mengkhatankan
walau seorang bayi perempuan. Tindakan itu untuk menunjukkan ia bukan
ajaran Islam,” katanya.
Dr Farouk menyalahkan penafsiran agama dan budaya yang bersifat
patriarki (pro lelaki) dalam masyarakat. Beberapa negara Islam termasuk
Mesir dan Indonesia baru-baru ini melancarkan kempen membanteras amalan
khatan perempuan.
Pada 2006, tindakan kerajaan Indonesia melarang amalan itu dibantah beberapa agamawan termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Jakarta kini melancarkan kempen mengakhiri amalan itu, termasuk
bekerjasama dengan badan-badan agama dan pertubuhan wanita bagi
meningkatkan kesedaran masyarakat.
Bulan lalu, Mesir meluluskan undang-undang mengenakan hukuman lebih
berat ke atas mereka yang mengamalkan FGM. Amalan itu diharamkan di
Mesir walaupun 9 daripada 10 wanita dan kanak-kanak berumur antara 15
dan 49 pernah menjalani FGM.
Amalan itu juga berleluasa di kalangan penduduk Kristian, dan
dianggap normal di Eritrea, Ethiopia dan Somalia.Dr Farouk bagaimanapun
mengakui prosedur FGM di Malaysia tidak membuang terlalu banyak lebihan
kulit pada kemaluan perempuan, seperti amalan budaya dan tempat lain.
“Tetapi sebaik-baiknya, ia tidak perlu dibuat,” katanya. “Apa hak
kita? Tiada kebaikan melainkan kemudaratan, kerana risiko fizikal
seperti jangkitan serta psikologi kepada perempuan. “Saya gesa mufti
agar menilai semula fatwa dengan merujuk pandangan Qaradawi dan Al-Awa
yang melarangnya,” tambahnya.
Siapa tak kenal
dengan Adolf Hitler? Baik anda buka buku balik dan baca siapa beliau ni.
Dikenali dengan seorang yang diktator dan bijak, impiannya untuk
membina empayar agung dunia di bawah pemerintahannya amatlah dikagumi.
Namun sebelum langkah perluasan kuasa dilakukan, persiapan terperinci
perlu dilakukan sebaiknya bagi memastikan segalanya berjalan
lancar. Tak ketinggalan juga teknologi ketenteraan yang penting sekali
dalam misi penaklukan.
Di zaman Nazi memang banyak makmal-makmal militari yang ditubuhkan
bagi menjalankan proses R&D bagi menaik taraf teknologi ketenteraan.
Kadangkala ekperimen yang dilakukan memang tak masuk akal.
Banyak juga sebenarnya sebenarnya kemajuan teknologi pada zaman ini
yang membantu dalam misi perluasan kuasa. Namun saya cuma ambil satu
untuk saya buat artikel (kalau ada likers minta yang lain baru saya akan
buat).
Saya sebenarnya tertarik dengan salah satu teknologi era Nazi iaitu
meriam landasan Dora dan Gustav. Meriam ini bukanlah sembarangan, ianya
boleh dikatakan meriam moden terbesar di dunia pada waktu itu hingga
sekarang.
Tentera Jerman pernah memiliki meriam Gustav atau Schwerer Gustav
pada tahun 1941, tepatnya setelah negara Perancis jatuh dikalahkan
Jerman. Panjang meriam ini sahaja 50 meter dengan berat keseluruhan 1350
tan.
Laras meriam yang digunakan sebesar 31.5 inci kaliber. Namun hanya 2
laras sahaja bejaya dibuat. Kadar tembakan “firing rate” meriam ini
adalah 1 tembakan per 30-45 minit. Meriam ini walaupun bersaiz besar
namun tidak tahu di mana keberadaanya.
Kali terakhir ditemukan pada bulan April 1945. Meriam ini banyak
digunakan dalam pertempuran melawan Soviet Union seperti dalm
pertempuran di bandar Sevastopol.
Jarak yang boleh dicapai meriam ini adalah sejauh 15km hingga sejauh
40km dan mampu menghancurkan apa sahaja yang menjadi target.
Dikatakan terdapat perancangan untuk meletakkan pelancar roket pada
peluru meriam tersebut yang mampu mencapai jarak hingga 145km jauhnya.
Dengan berat peluru meriam seberat 300kg hingga 4,800 kg , hentaman
dari meriam ini mampu memberikan impak yang besar kepada musuh. Namun
untuk mengoperasiakan meriam Gustav dan Dora ini bukanlah tugas yang
mudah.
Untuk mengoperasikannya memerlukan sekurang-kurangnya 4000 orang
tentera bagi mempersiapkan meriam ini. Itu belum lagi tambahan masa yang
diperlukan untuk membawa meriam ini ke tempat operasi.
Para tentera harus menyiapkan landasan khas bagi membawa dan
mengalihkan meriam ini dari tempatnya. Oleh sebab itulah ramai yang
berfikir bahawa meriam ini mudah menjadi sasaran pesawat pengebom paksi
bersekutu.
Di akhir era Nazi meriam ini dimusnahkan atau diceraikan bahagiannya
sendiri oleh tentera Nazi. Hal ini bagi mengelakkannya daripada jatuh ke
tangan musuh.
Apa yang penting meriam ini pernah diiktiraf sebagai senjata yang menakutkan pada zaman perang dunia kedua.
Sekian.
~ST~
Banyak lagi teknologi Nazi ni yang cukup “advance”
Sumber : FB Pena Kalam
Masalah
seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra
matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak
kunjung datang hingga mengecewakan isteri.
Namun mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit
tuan, nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap
isteri sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan
seks gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan. Apa yang lebih
penting adalah sikap atau perangai si isteri di dalam kehidupan
seharian. Cuba bertanya kepada mereka yang lebih makan garam dan yang
sudah berusia melalui pengalaman mereka, apakah penyebab lelaki atau
suami hilang nafsu seks bersama isteri sedangkan zakar mereka adalah
normal. Jika mereka diberi “kesempatan” untuk diuji bersama perempuan
lain sudah pasti merekalah lelaki dan suami yang perkasa sebenarnya.
Ini adalah kerana kehidupan seharian mereka bersama isteri tidak tenang.
Suami memerlukan keadaan yang agak aman dan damai untuk merangsang
nafsu seks mereka bukan keadaan hiruk pikuk dengan suara anak-anak dan
juga “kebisingan” suara isteri membebel tak tentu hala. Isteri perlu
berfikiran terbuka dan sentiasa beringat bahawa tubuh badan mereka telah
pun dijelajahi oleh suami. Suami telah pun tahu akan selok belok
keadaan tubuh badan isteri. Berlainan dengan keadaan tubuh badan
perempuan yang baru dikenalinya dimana perasaan untuk mengeksplorasi itu
adalah lebih berbanding dengan tubuh badan isteri yang sering
diterokai.
Disini terdapat kekurangan yang perlu diambilkira oleh pihak isteri.
Yang memainkan peranan yang penting bagi menjamin hubungan seksual suami
isteri adalah sifat dan sikap isteri itu sendiri dan bukan lagi keadaan
tubuh badan. Sifat lemah lembut dan penyayang kepada suami berserta
dengan teknik merangsang suami dengan betul merupakan kunci kejayaan
isteri untuk menaikkan nafsu seks suami yang hilang. Antara peringatan orang lama ialah isteri yang suka membebel dan suka mengeluh adalah punca utama nafsu seksual suami hilang.
Berikut adalah merupakan antara kajian pakar-pakar seksologi dan
psikologi berkaitan dengan soalan Kenapa Nafsu Seks Suami Hilang….. 1) Membuat Tuntutan Kepada Suami
Menjadi kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam
hubungan kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi
kepuasan batin buat isterinya.
Namun perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak
akan tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti
seks berlangsung.
“Abang boleh tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”.
Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang
tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.
Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur. 2) Memperlihatkan Kebosanan
Keinginan seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami
kadang kala terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan beekrja
seharian di pejabat.
Bagaimanapun sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak
dipamerkan di hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh
ghairahnya untuk bermesra dnegan anda.
Cubalah menegtepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan
emngatakan paa diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk
kembali untuk kebahagiaan rumahtangga anda. jangan biarkan rasa bosan
menguasai jiwa anda. 3) Berbicara Masalah Wang Di Kamar
Perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap isteri. jangan sesekali
emmbawa masalah kewangan seperti hutang yang belum dibayar, perbelanjaan
dapur yang tidak mencukupi dan masalah kewangan lain ke kamar tidur.
Ia akan memberi tekanan kepada suami. seterusnya akan membuatkan dirinya
hilang rasa ghairah untuk melakukan hubungan seksual. Ia bukan sekadar
menghilangkan ghairah suami tapi juga menimbulkan perasaan malu dan
marah dalam diri suami. 4) Melemparkan Kritikan
Kata-kata berunsur kritikan akan memeberi kesan pada perasaan suami
walaupun anda menganggapnay sebagai suatu gurauan. Contohnya, mencela
suami, kaki suami kotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rkok, ia
boleh melunturkan smenagatnya untuk meneruskan hubungan kelamin. 5) Berlakon atau Bersandiwara
Sebagai isteri, tidak perlu berlakon ketika bersama suami di ranjang.
Percakapan secara jujur dan berterus terang dengan suami. Jika mahukan
layanan yang boleh memberikanb kepuasan kepada anda, katakan saja pada
suami. apa yang nak dimalukan, suami isteri berkongsi
segala-galanya,bukan. 6) Bersikap Terburu-buru
Melakukan hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah
sangat tidak baik. usahakan untuk melakukan aktivit yang meneynangkan
ini dalam suasana yang tenang dan relaks. 7) Terlalu Banyak Peraturan
Aktiviti seks adalah masa paling peribadi dan paling intim buat pasangan
suami isteri. Ia juga waktu yang paling banyak beharga buat suami
isteri. Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana
intim, gelak tawa, gurau senda dan kehangatan anda berdua. jadilah diri
anda sendiri, biarkan segalanya berlalu dengan selesa. 8 ) Ragu-ragu
Jangan cuba bertanya dengan suami perkara-perkara seperti kualiti cinta
suami ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, “Adakah
abang sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan
mendatangkan keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang
senang. Ia juga boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.
Mana-mana suami yang bermasalah bukan disebabkan oleh sikap isteri anda
bolehlah dapatkan nasihat dari pakar. Ini mungkin disebabkan gangguan
hormon ataupun penyakit-penyakit lain yang melibatkan kelancaran
pengaliran darah dan juga buah pinggang serta penyakit-penyakit lain
yang berkaitan dengan organ seksual seperti masalah pembengkakan
kelenjar prostat ataupun batu karang.
Pengambilan herba juga dapat membantu menyeimbangkan dan meningkatkan
hormon lelaki yang merupakan faktor utama di dalam meningkatkan libido
atau nafsu lelaki untuk melakukan hubungan intim.Untuk suami yang
mengalami masalah mati pucuk bolehlah menggunakan alatan bantuan seperti
pam vakum bagi memudahkan ereksi.
Bagi suami yang malu untuk berasmara kerana sering tewas di ranjang
ataupun dengan kata lain mengalami masalah cepat pancut bolehlah
menggunakan gel herba bebas bahan kimia bagi melambatkan pancutan. Diharapkan maklumat di atas
sedikit sebanyak dapat membantu anda di dalam mengharungi bahtera
rumahtangga. Yang paling penting ialah sikap keterbukaan suami isteri di
dalam proses untuk membaikpulih hubungan intim anda.
antaranya adalah...
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang
berada jauh darinya. 2.
Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan
menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5.
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.
6.
Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.
7.
Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan membenci anda.
8.
Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.
9.
Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah
dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan
bakal pasangan anda.
10.
Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.
11.
Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.
13.
Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14.
Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.
16.
Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.
17.
Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.
18.
Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19.
Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.
20.
Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21.
Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.
22.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian
lelaki tersebut.
23.
Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki
janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24.
Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25.
Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada
pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28.
Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat
yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29.
Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.
30.
Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32.
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33.
Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.
34.
Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat,
benci, simpati dan sebagainya.
35.
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai
hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.
36.
Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
37.
Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan
tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38.
Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39.
Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan.
Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40.
Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik
anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41.
Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan
anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.
42.
Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.
43.
Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang
original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44.
Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan
bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45.
Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46.
Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan
yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.
47.
Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu
handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan
kita.
48.
Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci
dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49.
Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun,
suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50.
Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa
bersangka baik.
51.
Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52.
Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat
lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53.
Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.
54.
Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.
55.
Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau ke****han lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56.
Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah,
meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57.
Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta
dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58.
Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa
dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar
dan sensitif kepada perasaannya.
59.
Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan
kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa
untuk dia merawat dirinya sendiri.
60.
Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan
objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci
dan banyak yang tersirat.
Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu
berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang
terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan
segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan
larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu
yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba
Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu
diberi perhatian adalah seperti berikut :
Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada
awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin
penerimaannya).
Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja
boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan
perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah,
memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca
al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w,
sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur
wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan
buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama,
perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi
kemurkaan Allah dan sebagainya.
Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan
banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran
dengan tetap dan cekal terhadapnya.
Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian
memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai
Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan
memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk
sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor
unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor
lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban
dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat
maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk
waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka
apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan
diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar
mendengar khutbah.”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama
dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan
melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang
sembahyang.
Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat
fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat
pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.
Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari
sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia
yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia
pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka
sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.
Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk
mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT
aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka
dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang
bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang
berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca
dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam,
Al-Kahfi atau Yasin.
Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif
Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca
surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa
kelebihan.
Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan
selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang
sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah
seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.
Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali
sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah
Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin
Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan
hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu
sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat
adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan
sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih
manis pada hari-hari yang lain.
Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak
beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari
kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke
gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti
dan berehat bersama keluarga.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.
1-Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang
tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal
lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and
Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam
Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika
Syarikat.
2-Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam
Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu
sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12
kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada
keempat-empat permukaannya.
3- setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib
dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang
boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan
peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).
4-cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut
dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan
putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.
5-Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek
keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan
mengambil motif atau corak flora dan fauna.
6-Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah
balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah
kedudukan jam
7-Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion)
Di sini saya akan memberikan 20 cara praktikal secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara satu sama lain.
Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.
CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja.
Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.
CARA #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
CARA #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..
CARA #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
CARA #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.
CARA #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan
masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...
CARA #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.
CARA #13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
CARA #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan
berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks
dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit...
CARA #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.
CARA #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.
CARA #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.
CARA #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
CARA #19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.
Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.
Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.
Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh dipercayai di forum AutoWorld.
CARA #20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda...
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi.
Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan. Sepatutnya kita praktikkan sunnah ini yang mana hikmahnya besar.
Mungkin masih ramai yang tidak menyedari bahawa tong gas yang digunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai tarikh luput!
Jangan ingat ubat, makanan kesihatan, bahan makanan dan minuman sahaja
yang ada tarikh luput! Tong Gas pun ade! (hutang je yang tak ada tarikh
luput! Makin lewat anda jelaskannya, maka makin berbunga-bungalah
interestnya ! )
Tong Gas yang dah luput a.k.a ‘expired’ adalah tidak selamat digunakan
dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka!
So, berhati-hatilah ketika menerima atau membeli tong gas daripada penjual.
Semak dahulu tarikh luputnya.
Jadi bagaimana untuk menyemak dan mengenalpastikannya?
Berikut saya berikan sedikit panduan untuk rujukan kita bersama….
Di salah satu sisi tong gas, Tarikh Luput akan dikodkan secara alpha numerical seperti berikut:-
A , B , C atau D diikuti dua digit..
Contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun –
A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.
Baiklah jika anda telah faham, apa lagi!
Jangan buang masa, semak tong gas sedia ada anda sekarang juga!
Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini
Dan
ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti
(yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi.
Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat
gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat
Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.
Surah al-A’raaf ayat 74
Kaum Tsamud
adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt
kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah
swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan
istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr
iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan
jalan antaraMadinah dan Syria.
Lokasi kota tsamud (Mada'in Salih)
Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr ayat 81
Mukjizat Nabi Saleh
Seorang nabi
telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan
oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi
Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai
tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta
ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah
dalam surah al-Israa ayat 59,
Cerita lebih
terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh
Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.
Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As
Miskipun
demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan
tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah
engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia
diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,
Pemuka-pemuka yang menyombongkan
diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah
yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus
(menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami
beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya.
Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah
orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian
mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap
perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang
kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang
yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah
mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka
Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi
nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi
nasihat.”
(surah al-A’raaf: 75-79)
Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur
Keengkaran dan
kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan
mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud
adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka
sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang
cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,
Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka
telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan)
daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan
disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.
Surah as-Fushsilat ayat 17
Berikut adalah
bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar
daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah
dilaknat Allah swt.
Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada
Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang
beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu
Surah at-Thalaq ayat 10
Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.
Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan
Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.
Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.
Sebuah bangunan yang dipahat daripada gunung.
Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.
Sebuah pintu diukir pada gunung.
Lihatlah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.
Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.
Kebolehan dan kemampuan manusia adalah sangat terbatas walaupun
seseorang itu berilmu pengetahuan, kekuasaan , kekuatan, kelebihan dan
lain-lain lagi, tetapi semua keistimewaan itu tidak dapat menolong untuk
mengambil satu-satu keputusan yang dirasa baik untuk dirinya. Ini
semua disebabkan oleh rasa Bimbang dan ragu-ragu yang timbul dalam jiwa
bagi mengambil keputusan terakhir. Apalagi kalau satu-satu hal atau
pekerjaan itu selalunya menimbulkan risiko yang mendatangkan kegagalan,
di sinilah letaknya kelemahan dan keterbatasan itu.
Dalam keadaan begini seseorang muslim mustahak mencari pertolongan yang
dapat memberi kata pemutusnya dan boleh menolong menentukan pilihan.
Oleh itu barangsiapa yang tidak tahu tentang buruk baik perkara yang
akan dilakukannya, atau apakah ia akan melakukannya atau tidak, maka
apakah tindakan yang pasti dilakukan, Nabi Muhammad SAW bersabda :
Ertinya : Dari Jabir ibn Abdullah. Adalah Rasulullah SAW ,
mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat
pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda
apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan,
pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang
fardhu dan kemudian berdoa.
Berdasarkan hadis ini adalah seseorang dikehendaki melakukan sembahyang
istikharah itu dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat biasa, apabila
ada satu cita-cita untuk satu-satu urusan atau pekerjaan semoga Allah
menetapkan hati untuk menghadapainya. Dalam hadis itu juga disebutkan
sembahyang istikharah itu dapat dilakukan pada semua urusan pekerjaan.
فِيْ الأُمُوْرِ كُلِّهَاpada semua urusan atau pekerjaan.
As-Syaukani perpendapat hadis ini sebagai dalil bahawa sembahyang
istikharah itu boleh dikerjakan mengenai semua urusan pekerjaan samada
pekerjaan itu berat atau tidak. Ulamak feqah pula berpendapat sembahyang
sunat istikahrah hanya boleh dilakukan terhadap satu-satu urusan atau
pekerjaan yang diharuskan oleh agama sahaja. Urusan atau persoalan yang
hukumnya wajib atau sunat tidaklah boleh diistikharahkan , demikian
juga pekerjaan-pekerjaan yang tetap haramnya ditegah melakukan
istikahrah, contohnya seorang kaya raya, semua cukup , wang banyak,
kesihatan baik tiba-tiba hendak istikharah bagi menyempurnaka rukun
Islam yang kelima (haji) pada hal semua syarat cukup, begitu juga tidak
boleh diistikharahkan untuk perkara yang haram, contohnya seperti
riba, rasuah, merompak dan lain-lain kerana semua itu nyata haram
dikerjakan di sisi syarak. Sebaliknya pula seseorang itu ditawar dua
jawatan di mana-mana jabatan atau perusahaan yang sama kedudukannya.
Ketika itu boleh dilakukan istikharah, mudah-mudahan diberi Allah
petunjuk bagi mendapatkan mana-mana satu pilihan yang tepat.
CARA SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Sembahyang sunat Istikharah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja samada waktu siang atau malam.
RAKAAT SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Bilangan rakaatnya dua rakaat
RUKUN SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Rukunnya serupa dengan rukun sembahyang yang lain dan lafaz niatnya :
Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, rakaat pertama-baca fatihah-kemudian
surah Qulya Ayyuhal Kafiruun atau mana-mana surah dan pada rakaat yang
kedua Al-fatihah kemudian baca Qulhuallahu Ahad atau mana-mana surah,
selepas salam hendaklah dibacakan doa istikaharah ini dan bawa tidur
dengannya.
Ertinya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk baik
(pilihan) dengan pengetahuanMu, aku meminta diberi kekuatan dengan
kekuatanMu. Aku memohon kemurahanMu yang luas, sesungguhnya Engkau
berkuasa dan aku tidak mempunyai kekuasaan, Engkau mengetahui, sedang
aku tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui semua hal yang
ghaib.
Ya Allah kalaulah Engkau mengetahui pekerjaan ini baik bagiku untuk
ugamaku, duniaku, kehidupanku dan untuk hari kemudiaku, maka berikanlah
kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan itu buruk bagiku,
untuk ugamaku, duniaku, untuk penghidupanku dan untuk hari kemudianku,
maka jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya,
berikanlah kepadaku kebaikan di mana sahaja berada kemudian jadikanlah
aku orang yang redha dengan kurniaanMu itu- (sesudah itu sebutkan
perkara yang dimaksudkan dengan istikharah).
TIGA MASALAH YANG TERKANDUNG DALAM DOA INI.
1. Pengakuan tentang kesempurnaan Allah.
Manusia menyatakan tentang kekuarang ilmu sebab ilmu yang Allah
kurniakan kepada manusia sangat sedikit : وَمَا أُوْتِيْتُم مِنَ
الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيْلاً - Al-Isra:85
Ertinya : Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
Di dalam ini juga dinyatakan tentang pemurahnya Allah SWT itu laksana
lautan yang tidak dapat dipandang tepinya. Sifat inilah sahaja yang
dapat memberi kebahagiaan, kenikmatan , kemenangan, dan sebagainya
terhadap mereka yang dikehendaki, sekalipun manusia sealam jagat ini
cuba menghalanginya.
Pengakuan dan iqrar ini boleh menyedar atau menambahkan kesedaran hati
manusia tentang kelemahan, kekurangan diri sendiri, kesedarang itu
mempertebalkan keimanan terhadap Allah juga mendorong manusia mengenali
dirinya sendiri untuk mengabdikan diri terhadap Allah.
1. Memohon Hidayah, Inayah dan Berkat
Bila manusia menyedari dirinya lemah maka dengan sendiri mereka
menyedari bahawa tidak ada kuasa lain yang dapat memberi petunjuk
kecuali Allah jua yang dapat menunjukkan jalan yang lurus, tidak ada
tangan yang lain boleh memberi pertolongan (inayah) kecuali Tuhan yang
pemurah lagi pengasih kepadaNyalah sahaja wajib dipinta untuk mendapat
sesuatu, semoga hidup kita dilimpahi nikmat kebahagian dan jauh dari
sebarang kejahatan dan bencana.
1. Sikap Redha
Bila sudah dikurniakan pilihan apakah sudah sesuai dengan apa yang
diharap atau diidam-idamkan, semua itu hendaklah diterima dengan penuh
redha dengan perasaan tulus ikhlas dan bersyukur jangan menyesal kalau
dirasanya belum memuaskan, hendaklah diterima apa yang dapat itu.
ISTIKHARAH DAN REDHA
Kedua-dua ini ada kaitan, istikharah mengandung unsur berusaha, sedang
redha menerima hasil usaha itu dengan ikhlas. Kedua-dua sikap ini adalah
satu cara hidup yang membawa kebahagian.
Ertinya : Tanda-tanda kebahagian seseorang manusia itu ialah selalu
bermohon kepada tuhannya bagi mendapatkan satu-satu pilihan dan redha
terhadap sesuatu yang ditakdirkan. Tanda-tanda manusia yang tidak
bahagia ialah mereka yang meninggalkan istikharah dan tidak redha
menerima sesuatu takdir.
DUA CARA MENGHADAPI TAKDIR
1. Istikharah (membuat permohonan bagi mendapatkan pilihan yang tepat) sebelum berlaku.
2. Bersikap redha apabila takdir menjadi kenyataan. Inilah pegangan
seseorang mukmin. Di dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah SAW. ada
bersabda :
Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak
akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang
yang selalu bersederhana.
Oleh itu apabila anda ingin kemantapan jiwa menghadapi sesuatu urusan
atau pekerjaan atau ragu-ragu dalam menentukan satu-satu pilihan maka
lakukanlah sembahyang istikharah , mudah-mudahan Tuhan akan mengurniakan
kebulatan hati dan kecenderungan menentukan pilihan di kala menghadapi
sesuatu hal dengan harapan memberi guna kepada kaum muslimin dan
muslimat serta mendapat hidayah dan inayah dari Allah SWT- Amin