Ahad, 20 November 2016

Ganti Puasa dan Fidyah

Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :

“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya.






Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............
 
Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
 
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63
 
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :


  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90
 
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)


Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa



Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Sabtu, 19 November 2016

Apa Hukum Solat Jemaah Berdua Lelaki Perempuan Sahaja Yang Bukan Mahram?


solat
Assalamualaikum, mohon pencerahan ustaz, haramkah solat jemaah berdua dengan bukan mahram/ajnabi? Betul ke apa yang kawan saya cakap ni, iaitu solat berdua dengan bukan mahram tu adalah makruh tahrim hukumnya.

Iaitu makruh tahrim tu sama saja maknanya dengan haram. Sebab hadith Nabi ada nyatakan “jika lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua maka yang ketiga adalah syaitan”.

Selain dari itu yang jadikan hukum solat jemaah dengan bukan mahram ini haram adalah kerana perbuatan ini boleh mendatangkan fitnah syahwat. Ingat ye semua, manusia ni bernafsu. Time solat pon boleh jadi macam macam bila berdua.
Boleh jadi fitnah, boleh jadi macam-macam. Boleh je nak solat dengan bukan mahram tetapi perempuan tu kena ada abang, adik atau mahramnya sendiri (ahli keluarga).

Jadi hukumnya haram ye kalau perempuan itu tiada mahram. Kalau betul-betul nak jemaah buat jemaah ramai ramai, banyak pahala buat kat masjid. Kalau nak jemaah, perempuan kene ade imam (perempuan jugak la). Kalau tinggal berdua je, solatlah bergilir-gilir.

Jawapan: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Benar. Haramnya berdua-duaan dengan bukan mahram hatta untuk solat jemaah.
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahram. Lalu seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, isteri aku akan keluar menunaikan haji sedangkan aku diwajibkan untuk berperang. Baginda menjawab: Pulanglah, dan kerjakan haji bersama isteri engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4935].

‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah, apa pandangan engkau tentang Al Hamwu?

Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934] Pengharaman berdua-duaan dengan ajnabiy merupakan kesepakatan ulama.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam Fathul Bari: Pada hadis ini terdapat larangan berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Ini merupakan ijma’/kesepakatan para ulama. Ulama berbeza pendapat adakah (keperluan adanya mahram ini) boleh digantikan dengan bukan mahram yang lain contohnya dengan adanya sekumpulan wanita-wanita yang dipercayai? Yang benar, ia boleh kerana kurangnya fitnah dalam hal tersebut.

Al-Qaffal berkata: Mesti ada juga mahram. Begitu juga dengan keadaan sekumpulan wanita yang dipercayai dalam permusafiran menunaikan haji, mestilah ada mahram salah seorang daripada mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan perkataan Al-Imam Al-Syafie bahawa tidak boleh seorang lelaki mendirikan solat bersama kaum wanita melainkan bersama-sama salah seorang wanita itu mahramnya. [Fathul Bari, jilid 4, m/s 77].

Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim: Apabila seorang lelaki ajnabi berdua-duaan dengan seorang wanita ajnabiyyah tanpa orang yang ketiga bersama mereka, maka ia haram menurut kesepakatan ulama. Begitu juga hukumnya haram apabila (orang ketiga) yang ada bersama-samanya ialah orang yang dia tidak segan atau malu kepadanya kerana dia kanak-kanak seperti anak berumur dua hingga tiga tahun dan sebagainya.

Sesungguhnya wujudnya (orang ketiga seperti kanak-kanak itu) sama sahaja seperti tiada. Begitu juga jika berkumpul ramai lelaki dengan seorang wanita ajnabiyyah maka hukumnya tetap haram. Ini berbeza apabila jika berkumpulnya seorang lelaki dengan ramai wanita, maka pendapat yang tepat ialah hal itu dibenarkan.

Kata beliau lagi: Ulama-ulama kami (iaitu ulama-ulama mazhab Syafie) berpendapat: Tiada beza dalam pengharaman khulwah sama ada khulwah itu berlaku ketika solat atau selainnya. Dikecualikan daripada pengharaman ini apabila keadaan darurat.

Apabila seorang lelaki menemui seorang wanita ajnabiyyah yang tersesat di tengah jalan atau selainnya, maka dibolehkan untuk si lelaki itu menemaninya. Bahkan hendaklah dia menemani wanita itu apabila dia takutkan keselamatan wanita itu jika dia meninggalkannya bersendirian di jalanan. Hal ini tiada perbezaan pendapat dalamnya. Ini ditunjukkan oleh hadis ‘Aisyah radiallahu ‘anha dalam kisah hadis al-Ifk. [Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 109].

Ingatlah hadis di bawah: Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu berkhutbah dan menyatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiga adalah syaitan. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2091, hasan sahih gharib].

Shaikh al-Mubarakfuri menyatakan: Ia bermaksud syaitan akan bersama-sama mereka berdua. Ia akan menggoda nafsu syahwat mereka berdua sehingga menjerumuskan mereka berdua ke dalam penzinaan. [Tuhfatul Ahwazi, jilid 5, m/s 456].

Jumaat, 18 November 2016

Misteri Harta Rampasan Sultan Melaka

harta-karun

Untuk Siapakah Harta Rampasan Sultan Melaka?

Berapa nilai harta kekayaan Kesultanan Melaka yang terakhir? Di mana harta karun itu?
Ramai ahli sejarah Portugis kata tidak banyak dapat diambil, banyak harta kekayaan itu ‘hilang’ dalam ertikata lain dibawa lari oleh Sultan dan pembesar-pembesar serta dibantu oleh rakyat. Di mana harta karun itu? Di Melaka, di Pulau Nangka, Di Johor, Di Pahang, Di Gunung Tahan, Di Riau?
Selepas lebih 500 tahun harta kekayaan itu mahu ditimbulkan. Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan? Kerajaan Melaka moden, Kerajaan Johor, Kerajaan Pahang, Kerajaan Perak, Kerajaan Sumatera Indonesia? Dari Eredia, Royal Portuguese cosmographer dan Gohindo Da Eveda orang kanan Alfonso d’ Albuquerque.
Kapal Flor De La Mar belayar dari Melaka mahu balik menuju ke Portugal pada November 1511 membawa harta rampasan perang Kesultanan Melaka yang sempat dijarah telah karam di Selat Melaka Utara Sumatera pada malam hari ribut.
route
Kedudukan log route kapal Flor De La Mar yang karam.

Apa harta karun Sultan Melaka yang dibawa?
1. Perempuan-perempuan Melaka penenun kain
2. Anak-anak Gadis Bangsawan Melaka
3. Tiang-tiang Seri Istana yang dihias dan di lepa dengan Emas dan Perak
4. Tandu Gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 60 Tan Emas barang kemas dari Gunung Ledang
6. Meja Besar Berkaki emas
7. Gelang Sakti Nakhoda Bego
8. 6 Singa Tembaga Besar Pemberian Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Peta dan Plan Blue Print Jambatan Emas dan Perak ke Gunung Ledang
11. Surat Rahsia dari Puteri Gunung Ledang
12. Sebuah Chariot “Limousin” 30 Roda yang diperbuat Dari Emas
13. Emas dari Jambatan yang dileburkan
14. 6 Batu Mistik

Nilai harta-harta rampasan ini sekarang ini bernilai USD3 bilion.

Semua harta-harta ini karam bersama kapal Flor De La Mar tenggelam ke dasar laut Selat Melaka, akibat Ribut yang berlaku secara tiba-tiba.

Selain Harta yang dirampas, terdapat suku lagi harta yang tersimpan Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud menurut Sejarah Portugis, bagaimanapun ia dijaga oleh entiti yang sukar dirungkai oleh Tentera2 Portugis.

Ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan dalam bilik-bilik bawah tanah dari struktur batuan keras oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud bernilai USD berbilion-bilion lagi.

Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan.
Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.

Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.

Apa yang mereka cari selain emas ialah Lokasi Bilik Emas atau lebih tempat Sumber Emas itu sendiri yang tersimpan rahsia jauh di Selatan Melaka iaitu Gunung Ledang…namun usaha itu gagal hingga sekarang

Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).

“Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.

Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat kerana istana itu sudah hangus terbakar.”

Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan?
Bolehkan harta peninggalan Kesultanan Melaka ini dapat dirungkai dan diserahkan?
Sumber : Arkib

Khamis, 17 November 2016

Jawapan Kepada Kemusykilan Adakah Haram Melihat Alat Kelamin Pasangan Sewaktu Berjimak?

o-husband-wife-sleep-facebook
Jika ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta.

Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?

Bertenang. Usah gusar. Jangan panik. Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan kesahihan sumbernya.
Jadi, disiplinkan diri untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah dalil yang menjadi sandaran kepada sesuatu suruhan atau larangan berkaitan agama.

Walaupun orang yang menyebutnya bergelar ustaz, tuan guru, habib, mufti atau sesiapa sahaja. Ini kerana agama ini adalah milik ALLAH SWT yang mempunyai disiplin dan metode tersendiri.

Tidak boleh mengaitkan sesuatu dengan agama melainkan ia bersandarkan kepada ALLAH dan juga Rasulullah SAW. Jadi, berbalik kepada larangan melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh kerana ia boleh mengakibatkan buta.

Dari mana larangan sebegini boleh muncul? Sebenarnya ia diambil daripada hadis palsu: “Apabila salah seorang antara kamu semua sedang berjimak (bersetubuh), maka janganlah dia melihat kepada faraj (kemaluan isteri) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta, dan janganlah memperbanyakkan bercakap, kerana hal itu akan mengakibatkan bisu.” 

Ibn Al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam bukunya Al-Maudhuat. (Rujuk: Ibn Al-Jauzi, Al-Maughu’at (Madinah: Maktabah Al-Salafiyah, 1966) 2/272).

Hadis ini dihukum sebagai palsu kerana dalam sanadnya terdapat penyampai hadis bernama Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi. Menurut Imam Al-Zahabi, Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi ini adalah seorang yang tidak dipercayai.

Imam Al-Azdi dan Al-Daruqutni pula mengatakan beliau adalah seorang pendusta yang perlu ditinggalkan hadis yang disampaikan olehnya.

Melihat kepada maksud hadis ini sendiri kita sudah boleh mengagak ia adalah palsu dan tidak mungkin Rasulullah SAW mengucapkannya. Mustahil syariat Islam yang telah menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri, dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya, daripada Sulaiman Al-Taimi bahawa dia pernah ditanya mengenai apakah hukumnya seseorang itu melihat faraj isterinya?

Maka dia pun menjawab: “Aku pernah bertanya soalan ini kepada ‘Atha’, lalu dia menjawab: “Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, dan ‘Aisyah menjawab: “Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bekas, hingga aku mengatakan: Biarkan air itu untukku, biarkan untukku.” (Hadis Hasan, no 5577)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani dalam Fath Al-Bari mengatakan: “Hadis ini adalah hujah perihal bolehnya seseorang untuk melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya”. Maka, tidak ada bezanya melihat ketika mandi dan ketika berjimak.

Kalaulah perkara ini dilarang, kemungkinan ia akan menjejaskan kenikmatan ketika hubungan suami dan isteri. Sedangkan syariat mengizinkan pasangan suami isteri untuk masing-masing merasai nikmat tersebut. ALLAH menggambarkan dalam al-Quran bahawa si isteri itu umpama ladang bagi si suami.

Jadi, si suami boleh mendatangi isterinya menurut cara yang disukai pada tempat menanam benih. Firman-Nya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai…” (Surah Al-Baqarah: 223).

Kenapa syariat membolehkan perkara ini? Sudah tentu salah satu sebabnya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan suami isteri saling merasai kenikmatan tersebut dengan cara yang halal lagi diredai.

Cumanya, syariat juga menetapkan garis panduan yang memang tidak boleh dilakukan semasa hubungan suami isteri. Antaranya ialah, syariat mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang (dubur) isterinya berdasarkan beberapa hadis yang diterima.

Antaranya ialah hadis berikut: “Apabila golongan Muhajirin datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita Ansar. Golongan Muhajirin biasa menelungkupkan isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukannya.

Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya daripada kaum Ansar dengan cara seperti itu (melalui dubur), tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya daripada Rasulullah SAW.

Lalu dia pun berjumpa Rasulullah SAW. Tetapi dia berasa malu untuk bertanya terus kepada Rasulullah SAW. Maka dia bertanya kepada Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) supaya ditanya kepada Baginda SAW. Lalu, turunlah ayat 223 daripada Surah Al-Baqarah.

Rasulullah SAW lalu menjawab: “Tidak boleh (melalui dubur) melainkan pada satu jalan sahaja (faraj).” (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan beliau menyatakan ia sahih).

Berkenaan larangan memperbanyakkan bercakap ketika bersetubuh suami isteri seperti yang disebutkan dalam hadis palsu ini, memang ia suatu tindakan yang tidak sesuai.

Banyak bercakap dan berbincang perkara-perkara lain ketika melakukan hubungan intim memang tidak munasabah, sedangkan perkara tersebut boleh dibualkan pada masa lain.

Tetapi, jika si suami atau isteri mengungkapkan sesuatu yang manis dan indah yang boleh meningkatkan perasaan kasih sayang ketika itu, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Justeru, kepada pasangan suami isteri, syariat telah mengikat hubungan anda dengan cara yang halal dan sah. Isteri adalah hadiah buat suami. Suami adalah anugerah buat isteri.

Raikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran. Nikmati ia dengan cara yang halal. Pelihara, pagari, sirami dan bajai ladang masing-masing agar ia terus subur dan mekar.

Percayalah, kenikmatan dan keseronokan yang dirasai oleh suami isteri sedikit pun tidak akan disia-siakan di sisi Tuhan kerana pada hubungan intim juga adalah ladang menuai pahala.

Tulisan Abd Razak Muthalib
Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi Magnet Sukses
Graduan Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM

Rabu, 16 November 2016

Ketahui Kedudukan Golongan Khunsa Di Dalam Islam

FADAH1
KHUNSA, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut.

Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin.
Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.
Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.

Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.
imam
Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.

“Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya.
Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan.

Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.

“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain,” tambahnya.

Selasa, 15 November 2016

Kenali dan Faham Makna Kod Pada Rim Kereta Anda

spotrim
Anda pastinya pernah menukar rim kereta bukan? Samada rim anda sudah rosak ataupun ingin kelihatan lebih menarik, pastinya setiap insan yang memiliki kereta perlu menukar rim mereka.

Biasanya, kita hanya menyerahkan bulat-bulat kepada kedai tayar atau rim ketika membeli rim tanpa mengetahui apa spesifikasi rim yang digunakan oleh kereta kita. Disini saya ingin kongsikan tips bagaimana anda mengenal dan faham kod spesifikasi rim kereta anda.
rim
Kod rim biasanya di’punch’ pada bahagian dalam rim. Ini digunakan sebagai rujukan ketika memasang rim pada kereta. Setiap huruf dan nombor mempunyai maksud tersendiri. Untuk rim seperti gambar di atas, kod rim adalah 8.5Jx20H2 ET52.

Kod ditulis berbeza-beza mengikut pengeluar namun kebiasaanya menggunakan kod yang standard. Nampak seperti sebuah rim yang besar. Mari kita fahami apakah maksud kod yang biasa digunakan pada rim kereta kita.
rim 1
Ambil kod 15×6.5-JJ 114.3-4-ET33 sebagai contoh. Angka 15 adalah diameter rim dalam unit inci. 6.5 adalah lebar rim dalam unit inci. JJ adalah bentuk bibir rim. 114.3 adalah pitch circle diamater (PCD) rim dalam unit mm. Angka 4 pada nombor 5 adalah jumlah lubang pada rim dan ET33 adalah jarak offset rim dari garisan tengah rim.

1. Diameter rim
Diameter rim adalah jarak antara hujung ke hujung rim atau lebih biasa dipanggil saiz rim. 15 inci, 16 inci dan sebagainya. Penukaran saiz rim perlulah merujuk kepada peraturan 3 peratus supaya tidak menjejaskan sistem odometer dan speedometer kereta anda.

2. Lebar rim
Kelebaran rim adalah jarak bahagian rim yang dipasangkan dengan bahagian tayar yang bersentuh dengan jalan. Rim yang lebih lebar biasanya menggunakan tayar yang lebih nipis. Lebar rim dikira dalam inci namun lebar tayr dikira dalam mm seperti 205, 215 dan sebagainya.

3. Bentuk bibir rim
Bentuk bibir rim biasanya dinyatakan dalam bentuk huruf sepeti J, JJ, JK dan sebagainya. Anda perlu mengetahui kod ini untuk memilih tayar yang sesuai dengan kereta anda.

4. Pitch Circle Diameter (PCD)
PCD adalah jarak antara 2 titik tengah lubang skru pengikat rim anda. Jarak PCD berbeza mengikut bilangan lubang skru pada sesebuah rim. PCD setiap pengeluar adalah berbeza dan anda perlu mengetahui PCD kereta anda sebelum membeli rim. Bagi Proton dan Perodua, PCD mereka adalah 100.

5. Jumlah lubang skru
Jumlah lubang skru bergantung kepada jenis dan saiz kereta. Jika kereta dari saiz yang besar dan mempunyai enjin berkuasa tinggi, biasanya mempunyai bilangan lubang skru yang lebih banyak pada hub tayar.

6. Rim Offset (ET)
Rim offset perlu anda ketahui ketika memilih rim. ET33 bermaksud offset 33mm kehadapan. lebih kecil offset bermaknya rim akan terkeluar dari ruang tayar seperti rim Rota. Offset penting kerana jika anda salah memilih offset, tayar anda mungkin sangkut pada fender ataupun pada komponen suspensi sebelah dalam.
Type_ C
Seperti tayar, rim juga amat penting untuk anda mengetahui spesfikasinya kerana jika salah memilih rim, anda mungkin menanggung kerugian yang besar. Diharap post kali ini dapat menambah pengetahuan kita mengenai rim kereta. Jika post ini bermanfaat, sharekan dengan rakan-rakan anda yang lain.

@via sembang-auto.com

Isnin, 14 November 2016

Tanda Anda Lelaki Dayus

parole
Ramai  lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?
Disini dikongsikan 10 ciri-ciri lelaki dayus:
  1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti bersalaman dgn bukan mahram.

Ahad, 13 November 2016

Kesan Berpuasa Kepada Otak Manusia

Iftar-Meal-4
Mark Mattson merupakan Chief of the Laboratory of Neuroscience di National Institute on Aging.
Beliau juga adalah seorang professor neurosains di The Johns Hopkins University, serta merupakan salah seorang daripada penyelidik utama di bahagian mekanisma molekul dan sel  di bawah neurodegenerative disorder seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer.

Mark dan pasukan penyelidik beliau telah menerbitkan beberapa kertas kajian yang membincangkan bagaimana puasa 2 kali seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit Parkinson’s dan Alzheimer.
kebaikan-berpuasa-dari-kajian-neurosains-1-768x530
Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan kawalan terhadap pengambilan kalori memberi kesan ke atas badan dari segi jangka hayat serta kebolehupayaan melawan penyakit kronik meningkat.

Apa yang menarik adalah puasa dan kawalan ke atas kalori menunjukkan peningkatan sel stem baru, memperbaiki DNA, meningkatkan jangka hayat dan memperlahankan penyakit berkaitan usia.
Dan yang lebih mengujakan ia menunjukkan keberkesanan terhadap rawatan kanser bersama ubat-ubatan kemoterapi.

Dalam TEDx talk yang diberikan oleh Mark, beliau memberikan penjelasan lanjut tentang impak puasa kepada otak. Berikut merupakan sebahagian daripada intipati dan hasil penemuan daripada kajian ini:

1. Perubahan diet telah diketahui sejak sekian lama mampu memberi kesan kepada otak. Kawalan dan pengurangan kalori atau berpuasa mampu mengurangkan serangan epilepsi ke atas kanak-kanak yang menderita penyakit ini.

2. Dipercayai puasa dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dalam melawan signal yang terbentuk oleh epileptik di bahagian otak. Sesetengah kanak-kanak yang mengidap epilepsi juga mendapat kebaikan daripada  diet berlemak tinggi dan karbohidrat rendah – lapor Mattson dan pengkaji lain di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience

3. Secara asasnya bila dilihat kepada kajian pengawalan kalori, kebanyakkannya menunjukkan jangka hayat yang lebih lama serta peningkatan ke atas keupayaan melawan penyakit.

5. Kawalan kalori berjaya memanjangkan jangka hayat dan menghalang pertumbuhan penyakit kronik berkaitan umur dalam berbagai spesis haiwan antaranya tikus, ikan, serangga dan cacing. Meskipun begitu mekanisma yang muncul masih tidak jelas.

6. Puasa memberi kesan yang baik kepada otak dan ini dibuktikan melalui perubahan neurokimia yang berlaku kepada otak sewaktu kita berpuasa. Ia juga membantu fungsi kognitif, meningkatkan faktor neurotropik, meningkatkan daya tahan terhadap tekanan dan mengurangkan inflamasi.

7. Berpuasa memberi cabaran kepada otak. Dan otak kita memberi tindakbalas terhadap cabaran tersebut dengan cara mengadaptasi tindakbalas terhadap tekanan (stress) dan seterusnya membantu otak menangani stress dan risiko penyakit.

8. Perubahan yang berlaku ke atas otak sewaktu berpuasa sama seperti perubahan yang berlaku sewaktu melakukan senaman. Kedua-duanya meningkatkan pengeluaran protein di dalam otak (faktor neurotrophic), yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan neuron, juga hubungan antara neuron dan kekuatansynapses.

9. Puasa dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf baru daripada sel stem dihippocampus. Puasa juga boleh menggalakan pertumbuhan ketone dan jumlah mitochondria di dalam neuron.

10. Berpuasa turut meningkatkan jumlah mitochondria di dalam sel-sel saraf. Ini disebabkan oleh neuron beradaptasi kepada tekanan berpuasa dengan cara mengeluarkan lebih banyak mitocondria.


11. Dengan menambah jumlah mitochondria di neuron, kupayaan neuron untuk membina dan mengekalkan hubungan antara satu sama lain meningkat, seterusnya memperbaiki keupayaan belajar dan mengingat.

12. Puasa meningkatkan keupayaan sel-sel saraf memperbaiki DNA. Para pengkaji turut mengaitkan aspek teori evolusi bagaimana datuk nenek kita dahulu mampu beradaptasi dengan situasi tanpa makanan mencukupi dalam tempoh yang lama.

13. Kajian yang disiarkan pada 5 Jun di dalam jurnal Cell Stem Cell oleh para pengkaji daripada University of Southern California menunjukkan kitaran berpuasa dalam tempoh yang lama mampu melindungi kerosakan sistem imuniti badan serta mendorong penghasilan semula sistem imunisasi.

14. Mereka menyimpulkan bahawa berpuasa mampu mengubah sel stem daripada tidak aktif kepada pembaharuan sendiri sel stem (state of self-renewal). Ia mencetuskan pertumbuhan semula sel baru berasaskan sel organ atau sistem stem.

15. Ujian klinikal ke atas pesakit yang menerima kemoterapi di mana pesakit tidak dibenarkan makan pada satu tempoh yang lama menunjukkan perubahan yang ketara ke atas bilangan sel darah putih.

16. Ini bermakna puasa mampu membunuh dan menghapuskan sel imunisasi yang telah lama dan rosak. Dan apabila badan mula bertindakbalas untuk menghasilkan sel stem yang baru, ia adalah sel-sel yang sihat.

17. Bila anda lapar, sistem badan akan cuba menjimatkan penggunaan tenaga. Salah satu daripada cara untuk menjimatkan tenaga adalah dengan mengguna semula (recycle) sebanyaknya sistem imuniti yang tidak diperlukan terutama sel-sel yang telah rosak.

18. Para pengkaji mula mengesan perkara ini daripada hasil kajian ke atas manusia dan haiwan di mana kadar sel darah putih berkurangan melalui puasa. Dan bila anda makan, sel darah yang baru akan kembali dihasilkan

19. Satu reviu saintifik tentang kajian multi saintifik (multiple scientific studies) berkenaan puasa telah disiarkan di The American Journal of Clinical Nutritionpada tahun 2007. Ia menganalisa kajian ke atas manusia dan haiwan, dan diputuskan bahawa puasa adalah cara berkesan untuk menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. Ia juga menunjukkan potensi yang signifikan dalam merawat diabetes.

Sabtu, 12 November 2016

Alami Dengkuran Teruk Semasa Tidur? Anda Atau Pasangan Anda Mungkin Berisiko Mengidap Penyakit Ini

snor
Anda mungkin berfikir berdengkur ketika tidur hanyalah satu perkara biasa yang kebanyakan orang hadapi, dan tidak memberi kesan sampingan. Tetapi sebelum anda merasakan dengkuran anda sebagai sesuatu yang biasa, pertimbangkan ini:

“Orang yang berdengkur adalah disebabkan oleh apnea tidur yang teruk dan mempunyai peluang 40 peratus lebih besar untuk mati lebih awal daripada orang biasa. Ini kerana gangguan tidur ini adalah berkaitan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung hingga kemurungan” – Pakar Perubatan Karl Doghramji, MD, pengarah perubatan pusat tidur Thomas Jefferson University dan Hospital di Philadelphia.

Masalah Kesihatan Yang Mungkin Anda Hadapi Akibat Dengkuran Yang Teruk

Strok

Analisa data kesihatan dari satu kajian tidur mendapati bahawa berdengkur adalah berkaitan dengan risiko karotid aterosklerosis – penyempitan arteri di leher disebabkan oleh deposit lemak yang dikenali sebagai plak – dan hasilnya, strok
Ringkasnya, lebih kuat dan lebih lama anda berdengkur setiap malam, risiko jangka panjang anda yang lebih besar untuk strok.
Dapatkan bantuan ketika tidur, terutamanya jika anda mengalami rasa mengantuk siang hari. Tanya pasangan anda sama ada pernafasan anda berhenti ketika tidur atau tidak, jika ya, kedua-duanya adalah tanda-tanda apnea tidur.

Penyakit jantung

Menurut Dr Doghramji Pengarah Perubatan Pusat Tidur Thomas Jefferson University dan Hospital di Philadelphia, apnea tidur dikaitkan dengan masalah kardiovaskular, seperti tekanan darah tinggi dan penyakit arteri koronari, yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.
Malah, data menunjukkan bahawa orang-orang yang menghidap apnea tidur adalah dua kali lebih berkemungkinan diserang serangan maut seperti penyakit jantung dan serangan jantung secara tiba-tiba.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa merawat apnea tidur dengan tekanan saluran udara positif secara berterusan (CPAP) mengurangkan risiko penyakit jantung. Rawatan untuk gangguan tidur ini dikatakan berkesan.

Kesihatan Mental

Dengkuran tidur boleh menjejaskan kesejahteraan mental anda, yang membawa kepada isu-isu seperti mudah tersinggung dan kemurungan yang serius akibat kekurangan tidur.
Satu kajian menunjukkan 74 orang yang pengdengkur mendapat peluang lebih besar untuk mengantuk pada waktu siang dan mereka juga mempunyai kebarangkalian mengalami kemurungan atau gejala keresahan.

Sakit kepala

Adakah anda sering bangun dengan rasa sakit kepala? Penyelidik mendapati, 268 orang yang berada pada tahap dengkuran biasa sering mengidap sakit kepala yang kerap pada waktu pagi dan gangguan tidur termasuk insomnia dan apnea tidur.

Kurang Kepuasan Seksual

Satu kajian ke atas 827 lelaki yang lebih tua mendapati bahawa lebih banyak dan lebih kuat mereka berdengkur, semakin kurang kepuasan seksual mereka. Ramai orang yang begitu terjejas dengan dengkuran mereka dan mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan mereka.

Komplikasi janin

Berdengkur semasa hamil biasanya disebabkan oleh pertambahan berat badan. Yang lebih membimbangkan adalah dengkuran ini juga disertai dengan peningkatan risiko untuk komplikasi janin.
Lakukan pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik berdekatan jika anda atau pasangan anda mengalami denngkuran yang teruk ketika tidur.

Jumaat, 11 November 2016

7 Jalan Raya Ini Paling Bahaya Di Dunia

jalan-bahaya
Berikut adalah 7 jalan raya paling berbahaya di dunia yang mesti anda tengok dan tahu:
1. Zoji La, India
jalan-bahaya
Ladakh dan Kashmir berhubung dengan jalan raya yang panjang iaitu 9 kilometer. Jalan ini adalah sempit dan haiwan ternakan sentiasa melalui jalan ini.

2. Yungas Road, Bolivia
jalan-bahaya-1
Lebuh raya ini adalah salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia dan telah mengambil 200 – 300 nyawa setahun. Gunung yang curam dan tebing memang menakutkan!

3. Atlantic Ocean Road, Norway
jalan-bahaya-2
Jalan Lautan Atlantik menghubungkan perkampungan kecil di sekitar pantai. Ramai pelancong yang sukakan jalan ini. Tetapi anda lihat sendiri bagaimana jalan raya ini yang perlu melintasi Jalan Lautan Atlantik.

4. Guoliang Tunnel, China
jalan-bahaya-3
Guoliang Tunnel di bina oleh penduduk tempatan. Ini adalah satu-satunya jalan keluar yang mudah dari gunung. Selain dari itu penduduk kampung boleh berkomunikasi dengan dunia luar.

5. Le Passage duGois, France
jalan-bahaya-4
Jalan ini hanya terbuka untuk beberapa jam setiap hari. Jalan-jalan yang tersembunyi di bawah air untuk sepanjang hari. Sebelum memasuki lebuh raya, anda perlu membaca jadual air pasang surut. Jika tidak, kereta anda akan tenggelam.

6. Caucasus’ Road, Rusia
jalan-bahaya-5
Jalan sempit  ini menghubungkan Sochi dan Ritsa melalui gunung. Ia adalah menakutkan tetapi pada masa yang sama menarik juga.

7. Jambatan Eshima Ohashi, Jepun
jalan-bahaya-6
Jambatan ini menghubungkan Sakaiminato dan Matsue. Kira-kira 1.7 km panjang dan 11.3 meter lebar. Dari jauh, jambatan itu seolah-olah mustahil untuk mendaki. Ketinggian ini membolehkan kapal-kapal besar melalui di bawahnya.

Khamis, 10 November 2016

13 Perbezaan Ketara Tingkah Laku Individu Yang Berjaya & Individu Gagal


sdrg
Berikut merupakan perbezaan antara orang yang berjaya dan tidak berjaya yang boleh anda tiru dalam kehidupan seharian :

#1 – Orang Berjaya Inginkan Perubahan, Orang Gagal Sentiasa Takut Untuk Ke Hadapan

orang-berjaya-1
Melakukan perubahan adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana, setiap perubahan yang dilakukan haruslah mempunyai matlamat dan semangat yang kuat untuk tidak mudah mengalah.
Dengan wujudnya teknologi yang tinggi, dunia semakin bergerak dengan lebih pantas. Segalanya-galanya sudah di hujung jari dan kita tidak boleh terlalu selesa dan tidak lakukan sebarang perubahan.
Adalah penting untuk kita menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan menyembunyikan perasaan takut yang menguasai diri.

#2 – Orang Berjaya Sentiasa Keluarkan Idea, Orang Gagal Hanya Bercakap Mengenai Orang

Orang yang berjaya sentiasa memberikan idea yang kreatif dan membincangkan idea tersebut. Malah, berbeza pula dengan orang yang tidak berjaya mereka memilih untuk berfikiran negatif dan bercakap mengenai keburukan orang lain. Individu seperti ini hanya mengharapkan bantuan orang lain tanpa mengeluarkan sebarang idea dan tidak berfikiran dengan lebih jauh.
Namun, sedar atau tidak dengan berkongsi idea, ianya akan menjadikan kerja kita akan lebih bertambah baik. Apabila berkongsi idea setiap individu diberikan peluang untuk bersuara dan dari situ, kita boleh lihat kelemahan dan kekurangan yang kita boleh baiki.

#3 – Orang Berjaya Terima Kegagalan, Orang Gagal Hanya Salahkan Orang Lain

orang-berjaya-2

Bagi seorang ahli perniagaan, turun dan naik dalam sesuatu perniagaan adalah perkara yang normal berlaku. Namun, di setiap kegagalan yang mereka hadapi sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus berjaya. Malah, mereka mengambil kegagalan itu sebagai tanggungjawab yang perlu mereka perbaiki untuk terus maju ke hadapan.
Bagi individu yang sering menyalahkan orang lain tentang kesalahan sendiri, individu seperti ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat malah, sentiasa memandang rendah kepada orang sekeliling.

#4 – Orang Berjaya Beri Peluang Kepada Orang Lain, Orang Gagal Sentiasa Lepaskan Peluang

Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat pekerja-pekerja mereka. Beliau sentiasa memantau prestasi pekerja dan memberi peluang kepada mereka untuk berkerja dengan lebih keras dan memberi peluang untuk memberikan idea masing-masing.
Dari sini, setiap pekerja tidak merasa diabaikan serta, sentiasa mengambil peluang yang ada untuk terus mencuba seperti orang lain.

#5 – Orang Berjaya Sentiasa Curahkan Ilmu, Orang Gagal Suka Lihat Kegagalan Orang Lain

orang-berjaya-3

Apabila anda berada dalam sebuah organisasi, perlu untuk anda sentiasa letakkan impian untuk mencapai sesuatu kejayaan baru secara berperingkat. Orang yang berjaya sentiasa ingin melihat rakan-rakannya juga berjaya seperti mereka.
Berbeza bagi orang yang tidak berjaya sentiasa kedekut untuk mencurahkan ilmu dan tidak ingin melihat orang lain turut berjaya.

#6 – Orang Berjaya Ingin Terus Belajar, Orang Gagal Hanya Belajar Separuh Jalan

Untuk menjadi seorang yang lebih professional dan sebagai pemimpin yang bijak, anda harus sentiasa meningkatkan ilmu dan belajar sesuatu yang baru. Individu seperti ini tidak akan pernah berhenti belajar walaupun sudah berada di tahap yang lebih tinggi.
Jika anda sentiasa ke hadapan, tidak mustahil suatu hari nanti anda boleh melangkah lebih jauh berbanding dengan pesaing anda. Namun, jika anda memilih untuk berputus asa, peluang untuk anda berjaya mungkin akan jadi penghalang dan anda akan ketinggalan di belakang.

#7 – Orang Berjaya Sentiasa Hulurkan Bantuan, Orang Gagal Hanya Pentingkan Diri Sendiri

orang-berjaya-4

Seorang individu yang berjaya tidak akan bertanya “bagaimana anda boleh membantu saya?”. Namun, sebaliknya mereka akan bertanya “bagaimana saya boleh membantu orang ramai untuk terus berjaya?”.
Individu seperti ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain apabila diminta untuk melakukan sesuatu. Perbuatan ini juga dapat membuatkan orang lain merasa selesa dengan kita.

#8 – Orang Berjaya Tidak Malu Untuk Bertanya, Orang Gagal Malu Untuk Bertanya

Penolakan dan kegagalan adalah dua perkara yang sering menghantui setiap individu untuk bergerak ke hadapan. Risiko untuk gagal akan menjadi kurang apabila anda selalu bertanya orang yang lebih berpengalaman. Dengan harapan, anda diberikan ‘shortcut’ dan dapat mengelakkan risiko yang boleh membuatkan anda terbakar tangan.

#9 – Orang Berjaya Sentiasa Fahami Diri Mereka, Orang Gagal Tidak Fikirkan Tentang Diri Sendiri

orang-berjaya-5

Langkah pertama untuk anda mempengaruhi orang lain dan berjaya dalam kehidupan adalah, dengan memahami diri anda dahulu. Khususnya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan berinteraksi dengan orang lain. Dari sini anda dapat mengenali siapa diri anda yang sebenar. Berinteraksi dengan orang lain dapat meningkatkan kemahiran untuk anda bercakap dan berfikir dengan lebih baik.

#10 – Orang Berjaya Sentiasa Mendengar, Orang Gagal Sentiasa Tidak Berhenti Berkata-Kata

Kemahiran yang paling penting dalam perniagaan adalah, dengan menjadi seorang pendengar yang baik. Sentiasa mendengar dan menerima pendapat daripada orang lain.
Tidak dinafikan, perkara ini agak sugar dilakukan. Ini kerana, apabila kita terlalu banyak idea seringkali kita merasa terlalu teruja untuk berkata-kata. Namun, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menyekat idea orang lain untuk bersuara. Sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik, dan menerima pendapat daripada orang lain adalah lebih baik.
Kunci dalam perniagaan adalah, dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk mereka menyuarakan pendapat. Cara ini dapat menarik perhatian dan memenangi hati mereka.

#11 – Orang Berjaya Sentiasa Bersikap Jujur, Orang Gagal Sering Berahsia

orang-berjaya6

Dalam buku yang ditulis oleh Kerpen sendiri, beliau menulis sejak dari kecil kita sudah mula menangis dan menunjukkan emosi, dan itu menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang kita ada.
Perlu untuk anda sentiasa berlaku jujur dengan semua orang untuk meningkatkan kekuatan dalam diri. Disebabkan ini juga kita dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah tanpa ada sebarang masalah yang akan datang.
Sentiasa terapkan dalam diri, untuk ikhlas bekerja dan kawal emosi dengan bijak. Dengan ini, orang ramai akan lebih mudah untuk bekerjasama dengan anda dan membuang segala kelemahan dalam diri.

#12 – Orang Berjaya Sentiasa Berfikiran Positif, Orang Gagal Sentiasa Berfikiran Negatif

Sebagai seorang pemimpin yang bijak, mereka sering meletakkan sikap positif dalam diri. Sikap ini dapat memberi kesan yang positif kepada orang di sekeliling anda.
Jika anda sering terapkan dalam diri dengan nilai-nilai yang positif, secara tidak langsung akan membuatkan orang ramai mudah untuk mendekati anda. Mereka juga mudah untuk berinteraksi dan sentiasa mendapat aura yang positif.

#13 – Orang Berjaya Sentiasa Bersyukur, Orang Gagal Sering Mengeluh

Antara rahsia orang yang berjaya adalah, sentiasa melayan orang lain dengan baik dan bersyukur dengan segala yang mereka telah perolehi. Berbeza bagi orang yang tidak berjaya pula mereka sering mengeluh tetapi tidak ada sedikit pun usaha yang mereka telah lakukan.
Sebagai contoh, jika anda menjadi seorang ketua dalam sebuah organisasi, tidak salah untuk anda memberikan sedikit penghargaan buat pekerja yang cemerlang. Ini juga dapat meningkat semangat mereka untuk bekerja dengan lebih keras dan berjaya seperti ketua mereka.

Rabu, 9 November 2016

5 Tanda-tanda Awal Isteri Bakal Curang Pada Suami

wanita curang
Curang adalah perbuatan zalim dan menganiaya perasaan orang sekeliling.Bukan sahaja kepada suami,anak-anak malah kepada orang tua kita.Perbuatan curang yang ringan-ringan ialah menempatkan orang lain selain suami ke dalam hati isteri.

Sebaliknya curang tahap maksima ketika mana isteri sudah bersedudukan dengan lelaki lain.Dosa z!n@ memang dosa besar.Namun dosa isteri kepada suami ialah menzalimi kepercayaan, amanah dan cinta seorang suami.Ingat menzalimi orang lain menyebab doa orang teraniaya terbuka hijab.

Maksudnya doa mudah dimakhbul di dunia ini juga.Biasanya doa orang yang teraniaya jarang-jarang bernada positif. Selebihnya menjurus kepada sumpah seranah dan ingin bala ke atas orang yang menzalimi mereka. Naubizillah min zalik.

Kita tinggalkan perkara ini dulu.Mari kita lihat petanda isteri telah curang dengan suami:

1.Layanan semakin kurang
Para isteri yang mencintai suami akan memberi kasih sayang 100 peratus.Mereka taat dan akur dengan kehendaknya suami baik dari perkara kecil hingga ke perkara besar.Isteri setia akan memberi layanan kelas pertama untuk suami yang mereka cintai.

Sebaliknya isteri yang telah curang sudah tentu meletakkan kepentingan suami dibawah sekali.Mereka akan mencipta alasan munasabah untuk tidak melayan suami.Misalnya anak kecil diutamakan manakala suami dikemudiankan.

Bak kata orang Asajaya (Sarawak), ‘ado malam’ telah ditiadakan dalam kamus suami isteri.Nak tahu maksud ‘ado malam’ kita buka gelanggang komen nanti..he..he..

Jika para suami diluar sana sudah terlihat petanda yang pertama ini maka sediakan duit untuk mengupah penyiasat persendirian la ye.

2.Obses dengan media sosial
Zaman dulu cabaran tak sehebat sekarang.Cinta orang dulu tetap kekal kepada orang yang berada diseliling mereka.Malah isteri yang sering ditinggalkan berbulan-bulan pun masih utuh cinta mereka kepada suami.Pada masa itu media sosial belum wujud.

Apa yang berlaku sekarang sudah berubah.Sebelum tidur pun boleh tengok Whatsapp atau Facebook.Begitu juga selepas bangun tidur.Muka suami yang handsome tak dihiraukan lagi.Lebih seronok tengok muka avatar kawan-kawan atau kekasih hati dalam media sosial.

Wahai para suami diluar sana jangan biarkan fenomena negatif ini terus menghantui hidup kalian.Para isteri yang baik mesti mengutamakan suami dan bukannya media sosial.

Apa yang lebih parahnya ada para isteri yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari suami perkara yang mereka kongsikan dalam media sosial.Kalau benda yang baik mengapa takut untuk diketahui oleh suami mereka.

3.Tabiat berubah 100 peratus
Sebagai seorang suami tentunya sedikit sebanyak memahami tabiat isteri.Jika dulunya suka merajuk dan kini tabiatnya lebih ‘cool’ maka ada sesuatu yang telah mengubah perasaan dan jiwanya.Mereka telah berada dalam dimensi lain yang lebih bagus dari sebelum ini.

Bukan itu sahaja.Ada juga para isteri yang dulunya suka memerap dekat rumah tetapi kini aktif dengan aktiviti luar rumah seperti bersukan,shopping atau jalan-jalan.Bagi mereka rumah tempat yang tak seronok dan mengongkong hidup mereka.

II berharap jika ada suami masih naif tentang perkara ini tolong sedar dari mimpi 60-an.Para isteri yang baik sentiasa mahu berada di samping suami mereka.Tidak akan timbul perasaan bosan kerana sudah lumrah suami isteri mesti bersama sama ada duka atau suka.

4.Tak solat wajib 5 waktu
Ukuran mudah nak menilai bagus atau tidak seseorang muslim ialah dengan solat.Adakah sesorang itu cukup bagus jika solat yang wajib sengnaja ditinggalkan.Orang yang berani engkar dengan perintah Allah SWT lagi mudah untuk engkar dengan suami.Mereka tak takut berbuat dosa kerana m@ks!at lebih nikmat berbanding beribadah kepada Allah.

Ciri-ciri ini sangat kukuh.Jika dulunya isteri kalian boleh solat 5 waktu tetapi kini memandang sepi kepentingan solat.Maksudnya hati mereka lebih cenderung berbuat m@ks!at.Pengaruh jahat lebih kuat.Jadi berhati-hati dengan situasi ini.

Kebiasaannya suami yang tak solat sesuai untuk isteri yang tak solat juga.Jika situasi ini berlaku maka kedua-dua boleh didakwa curang.Opss.gurau sahaja.

5.Membesarkan kelemahan suami
Jika awal perkahwinan semuanya berjalan lancar.Namun setelah sekian lama berkahwin ada sahaja yang tak kena pada isteri.Mereka cuba membesarkan kelemahan suami agar perasaan cinta suami boleh berubah.Tujuannya supaya isteri boleh bebas melakukan apa yang mereka ingini dengan teman baru.

Sekiranya suami mempunyai pendapatan rendah maka inilah masa paling sesuai untuk mengatakan suami kurang bertanggungjawab,tidak mampu dan serba serbi tak negatif buat isteri.
Lebih tragis juga kalau si suami didakwa boleh abaikan isteri.Lupakan perkahwinan yang sedia ada supaya ada kehidupan yang lebih baik selepas itu.Dakwaan begini boleh memberi petanda bahawa isteri sudah curang.Pendek kata sudah ada orang lain sebagai pengganti.

Saranan solusi kepada para suami dalam menghadapi isteri curang dapat II ringkas dalam point-point penting dibawah ini:
1.Bawa bertenang
Masalah akan lebih mudah selesai jika fikiran tenang.Pada masa itu pemikiran mudah untuk diurus dan mencari jalan penyelesaian.

2.Bincang secara baik
Tak guna gaduh-gaduh.Perkara sudah pun berlaku.Bagi nasihat dan pandangan yang positif kepada isteri.Jika pilihan mereka memihak kepada kecurangan maka redha dan maafkan demi kebahagiaan semua pihak

3.Jumpa kaunselor perkahwinan
Langkah terbaik ialah meminta nasihat dari orang pakar.Kaunselor perkahwnian ada pengalaman dan kepakaran dalam merumus penyelesaian dalam kemelut yang dihadapi.Jangan malu kerana malu tak bertempat mengundang padah kepada masa depan perkahwinan itu sendiri.

4.Solat taubat dan hajat
Sebagai orang Islam ini adalah kaedah paling ampuh.Minta tolong kepada Allah SWT kerana Dia sahaja yang Maha Bijaksana untuk membantu kita.Buatlah solat taubat atau hajat setiap malam.Doa banyak-banyak dan menangis serta merintih atas sejadah.Suara suami yang teraniaya amat dirindui oleh Allah SWT.

-Saintis Gilo, Babab.net

Selasa, 8 November 2016

18 Undang-Undang Aneh Tempatan Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong

undang2-aneh--758x469
Lain negara lain undang-undangnya. Jadi sekiranya anda melancong anda harus sensitif dengan undang-undang tempatan yang aneh. Di bawah ialah koleksi
undang2-aneh-1
undang2-aneh-2
undang2-aneh-3

Isnin, 7 November 2016

Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Baca Penerangan Ini

iews
dsdf
Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat “tranparent” seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?

Untuk pengetahuan anda, ia adalah  ‘muscae volitantes’ atau ‘flying flies’ dan ianya bukanlah kerana terdapat ulat atau objek pelik di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.

Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.
Maka terhasillah paparan-paparan seperti ‘ulat terbang’ yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu,rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.
1
Jika anda ini melihat dengan lebih jelas ‘ulat terbang’ ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.

Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin dekat banyak “ulat-ulat” itu terhasil di retina.
2

Ahad, 6 November 2016

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur’an


Quran_and_hadith
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendikiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quran,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...