Rabu, 21 Disember 2016

15 perkara yang membawa kepada malapetaka

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Riuh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu?.

(Hadith riwayat Tirmizi) "

Selasa, 20 Disember 2016

Sejarah & Penerangan Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.



Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Isnin, 19 Disember 2016

Perkara Unik Tentang Lelaki Yang Menjadi Kegilaan Wanita

1. Peluh keringat



Peluh keringat membuatkan seorang lelaki kelihat seksi dan menarik. Wanita suka melihat perlawanan bola sepak dan tertarik dengan pemainnya yang nampak tampan ketika berpeluh.


Bagi wanita, tidak ada yang lebih seksi daripada melihat lelaki berlari dan mengeluarkan peluh.


Kajian dari University of California mendapati bahawa peluh keringat adalah perfume semulajadi seseorang. Zat kimia androstadienone yang terhasil ketika berpeluh yang telah membuat hormon wanita meningkat dan juga merangsang keinginan seksual.




2. Bekas luka


Bagi wanita, lelaki yang memiliki bekas luka terlihat lebih jantan dan macho. Bekas luka bagaikan sebuah magnet yang membuat pria tampak lebih maskulin, berani dan penuh misteri.

Bahkan menurut kajian yang dimuat dalam Science Daily, saintis dari Liverpool and Sterling University mengatakan bahawa wanita menganggap lelaki yang punya bekas luka sebagai lelaki yang sihat, kuat dan berani.



3. Berkebun


Wanita mengetahui perilaku dan sifat lelaki dari cara lelaki itu bertindak balas terhadap persekitarannya. Salah satunya ialah bercucuk tanam. Bercucuk tanam perlukan kesabaran, perhatian dan kelembutan untuk menjaga sebuah tanaman.


Lelaki yang menjaga tanaman digambarkan oleh wanita sebagai lelaki yang bertanggungjawab pada persekitarannya.



Dalam survey terhadap 1500 wanita yang dilakukan oleh sebuah majalah lelaki di England, kebanyakkan mereka percaya lelaki yang meluangkan waktu untuk bercucuk tanam memiliki kesihatan dan prestasi yang baik di ranjang.


4. Berkaca mata



Berdasarkan survey yang dilakukan oleh saintis dari University of Stockholm, wanita akan lebih tertarik pada pria yang memakai kacamata.

Wanita beranggapan lelaki yang berkaca mata adalah seorang yang bijak.meskipun sebenarnya berkaca mata tidak semestinya bijak.

Namun yang pasti, kecerdasan minda mempengaruhi kualiti sperma lelaki. Saintis dari New Mexico mencuba membuktikannya dengan menguji sperma dari beberapa orang lelaki di Vietnam. Hasilnya menunjukkan bahawa lelaki yang ber'IQ' tinggi memiliki sperma yang lebih sihat.

Ahad, 18 Disember 2016

Pernafasan Tersekat Sewaktu Tidur Berdengkur (Obstructive Sleep Apnoea Syndrome)

Masalah pernafasan tersekat sewaktu tidur berdengkur adalah masalah yang disebabkan oleh tertutupnya salur pernafasan di bahagian belakang anak tekak (pharynx) sewaktu tidur. Masalah ini menyebabkan individu yang mengalaminya berhenti daripada bernafas dalam beberapa saat sebelum terjaga.

Biasanya, penghidap masalah ini adalah individu yang mempunyai berat badan berlebihan, lelaki dewasa umur pertengahan, individu yang kuat berdengkur, dan ini semua menyebabkan tidur yang terganggu dan kebiasaannya mereka akan berasa mengantuk di siang hari.


Antara tanda dan simptom seseorang itu mempunyai masalah ini ialah:



  • Berdengkur dengan kuat
  • Mengantuk di siang hari
  • Tidur yang tidak memuaskan
  • Sakit kepala di siang hari
  • Kurang nafsu seksual
  • Kemampuan kognitif yang terganggu.



Kekurangan pernafasan sewaktu tidur menyebabkan kurangnya bekalan oksigen ke paru paru. Ini menyebabkan salur darah ke paru paru mengalami pencerutan (vasoconstriction) dan menyebabkan meningkatnya tekanan darah dalam sistem pernafasan (pulmonary hypertension). Kekurangan pernafasan yang amat serius seterusnya menyebabkan kegagalan pernafasan Jenis 2 yang didefinisikan oleh kurangnya bekalan oksigen dalam darah (PaO2<60mmHg) dan meningkatnya pengumpulan karbon dioksida dalam darah (PaCO2>45mmHg).


Untuk mengenalpasti masalah ini, biasanya pihak hospital akan merakam aktiviti pesakit sewaktu tidur untuk mengenalpasti ada atau tidak masalah terhenti bernafas akibat salur pernafasan tertutup sewaktu berdengkur. Selain itu, Paras oksigen dalam darah juga dinilai untuk mengenalpasti jika individu tersebut mempunyai masalah pernafasan sewaktu tidur. Individu yang terjaga lebih daripada 15 kali sejam (terjaga hampir setiap 4 minit) dikatakan mempunyai masalah salur pernafasan tersekat sewaktu berdengkur.


Rawatan


  • Rawatan yang paling penting bagi penghidap masalah ini ialah mengurangkan berat badan. Biasanya, individu yang berjaya mengurangkan berat badan berjaya menyelesaikan masalah ini.
  • Sekiranya ia masih tidak berjaya atau amat sukar dicapai, maka individu tersebut boleh mendapat rawatan sementara dengan alat bantuan pernafasan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) yang dapat mengelakkan salur pernafasan daripada tertutup.
  • Cara rawatan yang kekal ialah dengan pembedahan membuang tonsil yang mengecilkan salur udara di kawasan anak tekak. Pembedahan uvulopalatopharyngoplasty dan tracheostomy juga ada dilakukan bagi kes kes tertentu.





Gambaran pembedahan anak tekak
Sumber Wikipedia

Sabtu, 17 Disember 2016

Ciri-ciri Suami Takut Isteri

Tidak semua suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh wibawa yang mampu menaklukan isterinya. Meski seorang suami dinobatkan sebagai pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan ada suami yang takut dengan isterinya. Adakah anda termasuk suami takut isteri?Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan sampai masalah sikap isteri yang terlalu emosional. Ingin tahu ciri suami takut isteri? Jom, lihat ciri-ciri suami takut isteri yang berikut:

1. Selalu menuruti permintaan isteri.
Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.

2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

3. Anak pertama perempuan.
Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.

4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut isteri.

5. Isteri penuntut dan cemburu.
Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri.

Bagaimana, adakah anda juga termasuk suami takut isteri? Lihat saja kelima ciri-ciri tersebut, jika memang kelima ciri-ciri tersebut ada pada diri anda, itu bermaksud anda adalah suami takut isteri.

Jumaat, 16 Disember 2016

TANGISAN RASULULLAH SAW KERANA WANITA ::

✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK
MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan
lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

Khamis, 15 Disember 2016

Fakta Menarik Yang Mesti Anda Tahu Mengenai Payu Dara!!!!!

Payudara tiruan yang terbesar bersaiz 38KKK
Pada awal 2009, Sheyla Hershey dari Brazil dianugerahkan Guinness World Record untuk memiliki set payudara terbesar. Sembilan operasi dan lebih daripada satu galon silicon digunakan untuk menjadikan payudaranya bersaiz 38KKK.


Payudara kiri biasanya lebih besar
Tidak ada payudara yang mempunyai saiz yang sama, dan biasanya payudara kiri lebih besar dari kanan. Namun, perbezaannya tidaklah terlalu ketara dan menonjol. Puting juga datang dalam pelbagai saiz dan mempunyai ‘point’ yang berbeza.


Payudara adalah perkara pertama lelaki lihat pada perempuan.
Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal, dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki. Tapi tahukah anda, kajian lain juga ada menyebut bahawa menatap payudara wanita selama beberapa minit sehari boleh meningkatkan kesihatan seorang lelaki dan menambah empat hingga lima tahun umurnya.Sila lihat 'the law of attraction' untuk bukti


England adalah negara dengan payudara terbesar di Eropah
Sebuah survey yang dibuat oleh pembuat bra Triumph mendapati bahawa perempuan England memiliki payudara terbesar di Eropah. Lebih dari setengah perempuan di Negara itu yang memakai cawan saiz D. Denmark menduduki tangga kedua dan Belanda ketiga. Selain itu, wanita Itali memiliki payudara terkecil di mana 68 peratus mempunyai saiz B.


Payudara rata-rata beratnya 1 pound.
Payudara rata-rata beratnya sekitar 0,5 kilogram (1.1 pound). Setiap payudara menyumbang sekitar 4-5% dari lemak tubuh dan dengan 1% dari jumlah berat tubuh seorang wanita.


Payudara menjadi gemuk
Ketika usia anda 20 tahun, payudara anda terdiri dari lemak, kelenjar susu dan kolagen, ‘connective tisu’ yang membuat ianya lembut. Tetapi apabila anda semakin tua, kelenjar dan kolagen menyusut dan digantikan oleh lebih dan lebih banyak lemak.


Payudara Mampu Menarik Perhatian
Percaya atau tidak, sudah menjadi lumrah alam payudara WANITA mampu menarik perhatian semua benda hidup yang bergender jantan.



Rabu, 14 Disember 2016

Salah Tanggapan Tentang Selaput Dara

Pada zaman dahulu, selepas kedua ibu bapa mengahwinkan anak perempuan mereka, mereka akan memberikan sehelai kain putih kepada pengantin lelaki untuk membuktikan dara pengantin perempuan masih ada atau tidak. Jika kain putih tersebut tidak dikembalikan bermakna gadis sunti itu masih suci dan belum disentuh tetapi sekiranya kain tersebut dipulangkan kepada ibu bapa pengantin perempuan maka anak perempuan mereka tidak lagi suci. Pada zaman dahulu kala, mitos yang mengatakan bahawa seorang anak dara sunti mesti berdarah pada pertama kali melakukan persetubuhan tidak lagi boleh diguna pakai pada hari ini. Menurut kajian sains, selaput dara juga terdiri daripada beberapa jenis dan ia juga mempunyai sifat-sifat tersendiri. Salah satu maklumat yang sering orang keliru atau bahkan tidak ramai yang tahu adalah dimana sebenarnya terletak selaput dara dan bentuknya. Dengan mengetahui beberapa fakta dan sifat sebenar selaput dara, diharapkan ini dapat mengubah persepsi serta membetulkn tanggapan yang salah tentang organ kewanitaan ini.



Jika dilihat gambarajah diatas selaput dara dilabelkan sebagai “hymen”. Selaput dara adalah merupakan satu membran nipis dan biasa mempunyai lubang untuk laluan darah haid. Ia terdapat pada sebahagian besar wanita, tapi perlu diingat ada jugak wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak dilahirkan lagi. Selaput ini terletak dipermulaan saluran faraj dan bukan terletak di dalam saluran faraj sepertimana salah tanggapan sebahagian orang. Dari gambarajah diatas ada pelbagai jenis selaput dara. Setiap selaput dara mempunyai lubang yang berbeza saiz bergantung kepada individu. Lubang ini adalah untuk membenarkan laluan darah haid. Berikut merupakan jenis jenis selaput dara:

# ‘Normal hymen’ adalah selaput dara yg terdapat pada sebahagian besar wanita.
# ‘Imperforate hymen’ pulak adalah selaput dara yang tidak mempunyai lubang untuk laluan darah haid.
# ‘Microperforate hymen’ pula adalah selaput dara yang mempunyai lubang laluan yg kecil
# ‘Septate hymen’ terdapat daging membran ditengah2 lubang.


Ape pun jenis selaput tu, ia adalah normal, kecuali jenis imperforate hymen yang tidak mempunyai lubang untuk laluan darah haid. Akibatnya seorang wanita tidak mengalami haid dalam jangka waktu lama, padahal ia sebenarnya haid tapi darahnya tertahan di dalam faraj dan boleh menimbulkan tumor. Jika anda tidak didatangi haid walaupun umur sudah mencapai umur baligh, elok lah berjumpa doktor. Jangan malu dan segan kerana ini melibatkan kesihatan diri anda sendiri.


Persoalan yang sering timbul dalam hal ini ialah ADAKAH wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara?


Jawapannya TIDAK semestinya seorang gadis itu berdarah pada kali pertama melakukan persetubuhan. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya. Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate) malah ada yang menutup terus (imperforate). (seperti rajah diatas). Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.Ada selaput yang telah koyak \atas sebab seperti kecederaan yang melibatkan bahagian faraj. Ini mungkin berlaku semasa aktiviti lasak atau kemalangan.

contoh yang pernah dialami oleh seorang wanita yang merupakan seorang atlet. Beliau adalah seorang atlet lompat tinggi. Satu hari apabila mahu melakukan lompatan, dia telah tersekat pada galah dan mengadu sakit pada bahgian farajnya. Apabila pulang ke rumah, beliau mendapati terdapat sedikit darah pada seluarnya. Namun begitu, sekarang beliau telah berbahagia memasuki alam rumah tangga dan sedang mengandungkan anak sulungnya.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Ia bergantung juga kepada kesediaan si gadis untuk melakukan persetubuhan dan juga jenis selaput tersebut. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik. Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan.

Jadi bagi kaum lelaki, janganlah cepat melatah dan menuduh wanita tidak mempunyai dara kalau si gadis tidak berdarah pada pertama kali melakukn hubungan. Ia bukan merupakan tanda kedaraan yang 100% tepat. Dalam agama Islam pun, tidak disebutkan pasal menggunakan petanda itu sebagai menentukan seseorang tu telah tiada dara. Malah menuduh seseorang itu tanpa usul periksa adalah dosa. Kita telah banyak dipengaruhi oleh amalan tradisi yang tidak benar-benar berlandaskan panduan agama.


Ada orang yang mengatakan boleh meneka seseorang itu dara atau tidak melalui petanda-petanda fizikal luaran seperti tumit kaki, cara berjalan, tapak tangan serta bentuk pinggul. Semua itu tidak mempunyai asas saintifik. Ada yang berkata kalau seseorang itu mempunyai tumit kaki pucat atau pecah, maka dia tidak mepunyai dara. Bagaimana pula orang yang mengalami masalah kekurangan darah merah. Tidakkah itu satu tuduhan yang melulu kalau kita mengatakan dia tidak ada dara. Diharapkan maklumat diatas dapat memberi pemahaman tentang topik yang jarang dipaparkan, tapi perlu didedahkan untuk memperbetulkan beberapa fakta dan salah tanggapan.



Selasa, 13 Disember 2016

Bilakah Masa Paling Bagus Untuk Minum Air?

 
Semua orang tahu, air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan.
Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! AIR KOSONG
Jangan salah faham pulak yer.

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

- Minum dua (2) gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

- Minum segelas (1) air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman
dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

- Minum segelas (1) air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

- Minum segelas (1) air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita.
Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari?
Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?



Isnin, 12 Disember 2016

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat

 
Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'

5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah ;)

6. Berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa', koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.



Ahad, 11 Disember 2016

13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.


2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.


3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.


4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?


5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.


6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.


7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.


8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.


9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.


10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.


11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.


12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.


13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!


Sabtu, 10 Disember 2016

Amaran Rasulullah!!! Jangan kahwini 6 jenis wanita ini...

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Jumaat, 9 Disember 2016

Sebab Islam Mengharamkan Seks Melalui Dubur

Bagi anda yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks anda nanti..Bukan apa, mungkin ada antara anda yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ini nanti, anda akan fikirkan "rancangan" anda itu semula..Apa-apa pun, jom baca dahulu cerita kat bawah ni..

Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit,

"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:



1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

Khamis, 8 Disember 2016

Ganti Solat bagi wanita selepas Haid

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"


pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.


Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Rabu, 7 Disember 2016

empowr


Salam,
Akhirnya jumpa media sosial yng mendatangkan income. Alhamdulillah, bulan ni punya cash out. Sertai kami di www.empowr.com/budhi

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...