Tidak dapat dinafikan kebanyakan orang masa kini terutama berumur lingkungan 18-30 tahun mempunyai
bucket list.
Ia menyenaraikan perkara-perkara yang ingin dilakukan sebelum kahwin
ataupun umur tertentu bagi mencipta satu pengalaman baru yang lain
daripada kehidupan biasa. Darah muda kan.
Adrenaline pumping hard gitu!
Adakah anda pernah berfantasi untuk terapung dan bergerak bebas tanpa
ada tarikan graviti seperti di angkasa lepas? Tapi tertangguh kerana
agak mustahil untuk dicapai apabila harga pakej yang begitu mahal?
Jangan kecewa terlalu awal kerana ada alternatif lain yang boleh
memberikan pengalaman hampir sama dengan pengalaman zero-gravity dalam
space travel iaitu selam skuba (
scuba diving). Saya yakin salah satu perkara yang ada di dalam
bucket list ialah mengalami selam skuba.

Dalam selam skuba anda boleh bergerak bebas di apungan dan
berinteraksi secara terus dengan hidupan laut yang menarik seperti
penyu, ikan jerung, batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai spesis
ikan lain.
Selaman skuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam
dengan memakai set peralatan khas yang membekalkan bekalan udara agar
penyelam dapat kekal lama dalam air pada paras kedalaman tertentu.
SCUBA itu sendiri ialah ringkasan bagi perkataan “Self Contained
Underwater Breathing Apparatus” yang bermaksud peralatan pernafasan
bawah air lengkap diri.
Jadi, inilah perkara yang anda perlu tahu tentang selam skuba sebelum mahu mencubanya.
1. Adakah Ada Oksigen Dalam Tangki Skuba
Di dalam tangki skuba itu mengandungi udara
atmospheric yang kita sedut di udara sekeliling tetapi ditapis dan
dehumidified serta dimampatkan ke dalam tangki skuba melalui kompressor udara khas untuk mengisi tangki skuba.
Komposisi gas dalam tangki skuba ialah 78.9% nitrogen, 21% oksigen, dan 0.01%
inert gases (gas nadir). Jika oksigen tulen digunakan ia boleh menyebabkan keracunan kepada penyelam (
oxygen toxicity) pada tahap kedalaman tertentu.
2. Berapa Lama Bernafas Dalam Air
Kebiasaannya seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit di
dalam air dengan hanya menggunakan 1 tangki skuba pada kedalaman 14-18
meter.
Akan tetapi, tidak semua begitu kerana penggunaan udara bergantung
kepada kadar kedalaman dan prestasi penyelam itu sendiri. Ini kerana
makin dalam, makin cepat udara dalam tangki itu habis,
Ia disebabkan oleh tekanan yang tinggi di dasar laut memampatkan lagi
partikel-partikel udara dalam tangki skuba sehingga menyebabkan
air pushing out stronger. Physics law applied here!
Kadang kala faktor pernafasan penyelam itu sendiri boleh mempengaruhi
tempoh masa semasa melakukan penyelaman. Contoh, jika penyelam itu
gemuruh, panik atau berdebar pastinya dia akan bernafas dengan kadar
lebih cepat.
Dalam keadaan tercungap-cungap bernafas pastinya lagi cepat udara
dalam tangki cepat habis menyebabkan penyelam perlu naik ke atas segera.
Jadi, untuk selam lama pastikan penyelam bertenang.
Oh ya, kalau mahu rekod selaman dalam buku log (
logbook) sekurang-kurangnya anda kena lakukan selaman selama 20 minit pada kedalaman 5 meter kerana itu minima
requirement yang perlu dipenuhi. Jika tidak,
master dive tidak akan tandatangan buku log tersebut.
3. Berapa Dalam Boleh Menyelam Skuba

Ia bergantung pada tahap pensijilan skuba anda. Jika mengikut standard PADI:
Open Water Diver (paling asas) 18 meter,
Advance Open Water (kena ambil
adventure deep dive course dulu) 30 meter dan
Deep Diver Specialty (wajib belajar
Deep Dive Scenario) 40 meter.
Kalau 40 meter masih tidak cukup dalam, dinasihatkan anda untuk sila meninggal!
Just kidding! Untuk menyelam lebih dalam anda boleh cuba
technical diving course seperti
sidemount, tecrec ataupun
rebreather.
4. Apa Itu PADI
Selain PADI, ada juga SDI, SSI, CMAS, BSAC, NAUI dan RAID. Semua
akronim tersebut merupakan singkatan kepada organisasi-organisasi
terkenal dunia yang menjalankan aktiviti pengajaran dan latihan buat
individu yang berminat melakukan aktiviti selam skuba.
Setiap organisasi mempunyai
level standard yang tersendiri dalam menjalankan pengajaran dan latihan untuk melahirkan seorang penyelam bertauliah.
Di Malaysia, organisasi
diving yang popular ialah PADI, SDI,
SSI, NAUI dan RAID. CMAS, BSAC dan lain-lain pula biasanya banyak
beroperasi di luar negara seperti Eropah dan Amerika.
5. Berapa Lama Tempoh Buat Lesen Selam Skuba
Biasa ia mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk dapatkan lesen PADI
Open Water Course.
Seseorang itu perlu menjalani proses pembelajaran teori selama sehari
di dalam kelas, manakala 2 hari lagi untuk pembelajaran praktikal dalam
air iaitu fasa
confined water dan
open water. Selepas itu, ada
exam paper kena jawab tapi tidak susah pun.
Sesetengah pusat selam boleh melakukan kursus
Open Water mengikut kesesuaian jadual anda. Contoh, Sabtu minggu ini belajar teori, Ahad minggu depan buat
confined water dan Rabu kemudiannya buat
open water dan peperiksaan.
PADI
Advance Open Water Course pula biasanya dilakukan dalam masa 2 hari dimana anda akan diajar 5 jenis
adventure dive seperti
deep dive, search and recovery, underwater navigation (macam
Navy Seal, pakai kompas),
drift dive (macam Initial D tapi ini tujahan guna arus air yang kuat),
night dive dan pelbagai lagi berdasarkan pilihan anda sendiri.
PADI Specialty Courses, kursus kepakaran biasanya boleh dibuat dalam masa sehari untuk satu
course. Anda boleh pilih pelbagai
specialty course seperti
underwater photography dan bermacam lagi mengikut kemahuan anda dan
availability kursus tersebut di
dive center pilihan anda.
6. Bagaimana Jika Tiada Lesen Tapi Mahu Selam Skuba

Boleh bah kalau kau! Ada satu kursus pendek yang dikenali sebagai
Discover Scuba Diving (DSD). DSD ini khas untuk individu yang cuma
mahukan pengalaman bernafas dan eksplorasi alam semula jadi dalam air
tanpa menghadiri kursus teori dan praktikal yang berhari-hari itu.
Kursus pendek ini dilakukan selama kira-kira 2 jam. Peserta akan
diajar tentang kemahiran asas dalam melakukan aktiviti selam skuba dan
akan pergi menyelam bersama
instructor ataupun DSD
Leader pada kadar kedalaman maksimum 12 meter sahaja. Kebiasaanya, harga pakej DSD ini dalam lingkungan RM150-RM300 bergantung kepada
dive operators.
7. Adakah Selam Skuba Hobi Mahal
Semua hobi
comes with a cost kan. Bagi pendapat saya,
it is not really an expensive hobby compare to the experience and that peace and tranquility that you will get!
Kebiasaannya kos untuk mengambil lesen Open Water ialah dalam
RM750-RM1500, Advance Open Water RM800–RM1600 dan Specialty
CoursesRM350–RM1500/
specialty.
Harga ini hanyalah
average estimation. Ia juga bergantung kepada pusat selam yang anda pilih. Kalau di
dive resort 5 bintang jangan jangka harga kurang dari 4 angka. Boleh pergi ke
diving expo atau sertai Facebook Group untuk dapat harga yang berpatutan.
Alright, itu harga kalau ambil
course. Kalau sudah ada lesen, boleh buat
leisure dive dengan harga pakej antara RM270–RM300. Kena tengok pakej yang
dive operator tawarkan.
8. Adakah Boleh Selam Walaupun Tak Pandai Berenang
What if I say yes? Kalau anda mahu menyelam tidak semestinya
perlu pandai berenang tahap pandai punya. Asalkan anda selesa dalam air
dan boleh berenang sikit pun sudah cukup.
Sebab menyelam ini lain berbanding berenang, tangan tidak berapa digunakan waktu menyelam kerana
diving fin (kaki-kaki itik) yang dipakai penyelam pada kaki itu yang membantu pergerakan dalam air macam
propeller. Anda hanya perlu belajar teknik
flutter dan
frog kick.
9. Apa Peralatan Wajib Skuba

Untuk membolehkan anda bernafas, bergerak dan berinteraksi di dalam lautan, anda memerlukan peralatan-peralatan ini:
a.
Buoyancy Control Device (BCD)
BCD ini digunakan untuk memegang tangki skuba dan juga untuk bertindak
seperti jaket keselamatan jika memerlukan apungan (buoyancy) tambahan.
b.
Regulators
Alat ini membantu menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam
melalui hos berkualiti tinggi yang mampu menahan kadar tekanan tinggi.
Di dalam 1 set
diving terdapat dua regulators iaitu
primary (kegunaan utama) dan
secondary (digunakan apabila kecemasan sahaja).
Berdekatan dengan
regulator terdapat 2 hos lain yang
menyambungkan hos LPI (low-pressure inflator) ke BCD untuk menyalurkan
udara dan satu lagi hos disambungkan ke SPG (submersible pressure gauge)
untuk menandakan kadar udara yang tinggal di dalam tangki skuba.
c.
Face Mask
Alat ini bantu penyelam melihat di dalam air dan melindungi lubang hidung daripada dimasuki air.
Our eyes need air to see. Goggle sangat tidak releven untuk menyelam kerana ianya tidak melindungi lubang hidung.
d.
Weight Belt
Tali pinggang yang ditambah dengan pemberat timah (1 kg) ini digunakan untuk mewujudkan
negative buoyancy. Ia bantu menggelamkan tubuh badan penyelam terutama yang berbadan besar dan berisi.
e.
Exposure Suit
Pakaian seperti
wetsuit dan
rashguard amat penting ketika berada di dalam air kerana ianya membantu untuk
insulation dan mengelakkan anda cedera apabila terlanggar sesuatu di dalam air. Kalau duyung yang langgar, tidak mengapa!
f.
Fins
Kaki itik ini diibaratkan seperti enjin ketika menyelam. Makin besar dan
panjang saiznya, makin senang untuk bergerak laju dalam air. Kalau
fins ini tiada, penyelam tidak boleh pergi jauh.
Peralatan lain yang kena ada waktu
diving ialah lampu suluh,
steel pointer, kamera, sarung tangan,
dive computer dan pelbagai lagi.
10. Di Mana Tempat Selam Terbaik Di Malaysia

Teramatlah banyak! Di Sabah sahaja terdapat lebih dari 10 pulau untuk
diving. Mataking, Mabul, Mamutik, Sapi, Lankayan, Layang-Layang dan paling
best ialah Sipadan (
one of the best in the world).
Kalau di Malaysia Barat ada juga tempat
awesome seperti di
Pulau Tioman, Pulau Tenggol, Pulau Payar, dan Pulau Perhentian akan
tetapi tidak lawan juga Pulau Sipadan dan Pulau Layang-Layang. Haha.
11. Bagaimana Nak Jadi Penyelam Profesional
Untuk jadi penyelam profesional seperti
dive master atau penunjuk ajar, anda kena lalui pelbagai peringkat pensijilan penyelaman.
Pertama, anda kena ada Open Water Certification. Selepas itu, ambil
Advance Open Water Certification. Kemudian, anda perlu lulus pula
Emergency First Responder Course.
Selepas buat sekurang-kurangnya 40
logged dive baru layak
untuk ambil Rescue Diver Course. Apabila sudah lulus peperiksaan teori
dan praktikal jadi Rescue Diver baru boleh ambil Dive Master. Kena cukup
sekurang-kurangnya 60
logged dive dan lulus peperiksaan lagi sekali baru boleh jadi dive master bertauliah.
Dengan status dive master bertauliah, lakukan lebih 100 catatan
dive log bagi melayakkan anda ambil peperiksaan Open Water Scuba Instructor. Ia satu perjalanan yang panjang tetapi berbaloi.
OK, harap semua persoalan anda terungkai dan terjawab dalam artikel ini. Sebelum akhiri, saya mahu kongsikan satu petikan:
“Bad day diving is a thousand times better than the best day at the office.”