Sesiapa yang pernah menontan sukan boxing atau tinju, pastinya nama
Muhammad Ali tidak asing lagi meniti bibir-bibir khalayak. Sejak dahulu,
kini dan mungkin selamanya, nama beliau diibaratkan seperti lagenda
yang begitu masyhur. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa beliau
selayaknya digelar “The Greatest”
Jadi, apa sebabnya beliau layak menerima gelaran itu sehinggakan seluruh dunia menggelarkan beliau dengan nama The Greatest itu.
Keyakinan Dan Keberanian
Pada tahun 1960, beliau berumur 18 tahun dan sudah memenangi pingat emas olimpik dalam kategori Light Heavyweight. Empat tahun kemudian, beliau telah berjaya mengalahkan juara bertahan iaitu Sonny Liston.
Namun, apa yang dilakukan oleh beliau selepas kemenangan itu?
Muhammad Ali telah memerli dan mengejek Liston. Ramai yang beranggapan
bahawa Ali tidak akan mampu untuk mengalahkan lagenda itu.
Apabila perlawanan tamat, Liston tidak berdaya untuk bangun walaupun
pada pusingan yang ketujuh. Ali berteriak kepada khalayak dengan
ungkapan “Eat your words! I am the greatest! I shook up the world. I’m the prettiest thing that ever lived.”
Miliki Matlamat Yang Suci
I Am Ali film. Handout via Gareth A Davies.
Apabila Ali menolak untuk berkhidmat dengan tentera AS dalam
peperangan di Vietnam pada tahun 1967, beliau telah dilucutkan jawatan
dan digantung daripada jawatan tersebut selama tiga tahun setengah.
Alasannya sangat mudah dan murni. Baginya, untuk apa memperjuangkan
kebebasan di negara yang lain sedangkan dalam bumi yang beliau diami ini
masih lagi kedengaran komuniti berkulit gelap tidak mendapat kebebasan
yang sewajarnya.
Bangkit Semula SetelahTersungkur
Tahun 1970 menyaksikan kejatuhan Ali dalam pertempurannya dengan Joe Frazier. Pertembungan epik itu mendapat jolokan ‘Fight of the Century’. Ali kecundang. Namun, ‘balas dendam’ beliau tidak terkubur begitu sahaja.
1974, empat tahun kemudian beliau berjaya mengembalikan gelaran
agungnya itu dengan mengalahkan Joe dalam ‘Superfight II’ dan kemenangan
itu menemukan Ali dengan George Foreman.
Berusia 25 tahun, George Foreman bertemu dengan lagenda sukan tinju
Muhammad Ali yang ketika itu berusia 32 tahun. Pastinya tenaga anak muda
lebih padu berbanding ‘otai’ itu. Terbukti, 100 tumbukan telah mengenai
tubuh Ali.
Namun, itu adalah teknik halus yang dirancang oleh Ali. Pada pusingan
ke-8, Ali menemui detik emasnya. Tumbukan Ali telah menyebabkan kepala
Foreman terangkat dan peluang ini digunakan untuk melancarkan
serangannya yang berbisa kala pihak lawannya dalam keadaan lemah.
Foreman tumpas dan Ali sekali lagi dinobatkan sebagai JUARA.
61 Perlawanan 56 Kali Kemenangan
Penyakit yang dikenali sebagai Parkinson mungkin telah menamatkan
perjuangannya. Itu lumrah. Namun, segala detik manis, pahit dan
sebagainya sepanjang perjalanan beliau di arena sukan tinju ini kekal
menjadi sejarah teragung.
Mungkin anda boleh mengambil sedikit daripada ribuan semangat yang
ditunjukkan oleh Muhammad Ali. Tidak kira dalam kehidupan, pelajaran dan
juga perniagaan anda!
Pernah tak anda terfikir kenapa bunga tayar (tread) kereta ada banyak jenis? Adakah ia sekadar hiasan semata-mata? Ataupun ada rahsia di sebaliknya.
Selalunya kita mesti biasa dengar soalan-soalan ini apabila nak pilih
jenis tayar sebelum pasang tayar baru: Bising ke? Boleh belah air ke
bila jalan raya ada air?
Baik, saya nak kongsikan 3 jenis bunga tayar yang paling
lazim orang gunakan di jalan raya khususnya kenderaan ringan seperti
kereta sedan, SUV, MPV dan sebagainya.
1. Directional
Dibuat hanya untuk satu arah sahaja di mana anda boleh lihat anak
panah di sebelah sisi tayar menunjukkan arah mana sepatutnya ia di
pasang kerana ia hanya boleh di rotate depan dan belakang sahaja. Contohnya, tayar depan sebelah kiri hanya boleh di rotate dengan tayar belakang sebelah kiri sahaja.
Selalunya didatangkan dengan V-shape design dan bagus untuk
jalan yang berair kerana boleh membelah air. Ia juga sesuai digunakan di
kawasan bersalji. Jadi, ia amat baik apabila anda memandu laju di atas
jalan yang basah. Tambahan pula, ianya kelihatan sedikit sporty
2. Symmetrical
Selalunya pattern tread yang lebih kurang sama keseluruhan
tayar. Kelebihan yang ada pada tayar ini ialah senyap, tahan lama dan
tidaklah terlalu mahal. Jadi, ia biasa digunakan oleh pemilik kereta.
Ia boleh di rotate depan belakang, kiri dan kanan. Ini bermakna bebas untuk rotate tayar kereta, dan sebab inilah ianya boleh tahan lama.
Walau bagaimanapun, prestasinya semasa di jalan basah tidak sebaik tayar jenis directional. Jadi, berhati-hati jika anda memandu dengan laju dalam keadaan jalan yang basah.
3. Asymmetrical
Jenis tayar ini lazimnya digunakan oleh kereta sport di mana ia mempunyai kombinasi jenis tread dan design tread di sebelah dalam dan luar yang berbeza.
Cengkaman tayar jenis ini kuat dan amat baik di atas jalan yang basah
dan kering. Jadi, ia lebih stabil dalam pemanduan kereta khususnya di
selekoh.
Di sebelah sisi tayar anda akan nampak perkataan “outside” sebagai
panduan untuk anda memasang kedudukan tayar anda. Dari segi harga, ia
lebih mahal daripada symmetrical.
Mendaki bukit atau istilah ‘hiking’ adalah akiviti yang semakin
diminati ramai dari pelbagai peringkat umur. Selain menyihatkan tubuh
badan, beriadah, ianya juga adalah salah satu medium bagi kita menikmati
alam semulajadi dan mensyukuri kejadian Tuhan. Berikut adalah tips
bagaimana untuk ‘hiking’ sambil enjoy sama ada 20 minit dakian, atau
masa panjang. Nilai Tahap Kemampuan Anda. Ini termasuk
fizikal dan stamina, kecederaan lampau, penyakit, kelengkapan alat
mendaki, dan pengalaman pendakian yang pernah anda alami. Penyediaan Pakaian Yang Sesuai Dan Bekalan. Anda
tentunya mahukan pakaian yang sesuai, sedikit longgar bagi pengudaraan
yang bagus ketika mendaki. Tidak lupa juga penggunaan kasut yang sesuai
bagi aktiviti mendaki, tidak telalu ketat atau longgar serta bagus
cengkaman tapaknya. Bekalan yang elok untuk dibawa seperti air mineral
dan beberapa makanan ringan tidak mudah rosak seperti, granola, buah
buahan kering, kekacang. Bawa juga kit peralatan kecemasan sebagai
bantuan sementara jika berlaku kejadian tidak diingini. Pilih ‘spot hiking’ anda. Pilih laluan yang sesuai
dengan tahap keupayaan anda. Utamakan juga pemandagan ‘scenery’ yang
cantik serta titik berhenti bagi menikmati dakian yang bagus. Perhatikan persekitaran anda. Pastikan untuk
berhenti seketika dan lihat disekeliling anda tidak kira kecil atau
besar sesuatu ‘moment’ tersebut, ianya amat berharga. Dakian perlahan. Dengan ini anda akan lebih
menikmati detik pendakian anda. Bawa kamera atau fon jika perlu utk
merakam detik detik istimewa tersebut. Kawan dan keluarga. Lebih pasti aktiviti ini akan lebih seronok jika dapat meluangkan masa bersama yang tersayang.
Kebelakangan ini, ramai yang telah menggunakan telefon pintar atau smartphone. Tapi ramai yang mengeluh kerana dikatakan bateri telefon ini cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan.
Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin
besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana
untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara
yang mampu membantu anda memanjangkan kuasa bateri telefon pintar anda.
1. Paparan Skrin
Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini
akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa
yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap
paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.
2. 2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)
LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar
belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan
sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam
atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya
latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan
penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi
masalah ini.
OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin,
makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat
membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk
Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan
kuasa di skrin OLED.
3. Skrin Ke Paparan Standby
Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby
iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin
automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.
4. Sambungan (Connectivity)
Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara
asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja
menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu
juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya.
Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada
dikawasan berdekatan.
5. Aplikasi
Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media
seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk
aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan
30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan
jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada
Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.
6. Kemaskini
Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi
mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut
dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang
proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.
7. Power Saving Mode
Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini
kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap
penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap
maksimum.
8. Pengecas Telefon
Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan
apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika
pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah
pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan
kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang
menggunakan jenama cap ayam. Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas
berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer.
Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.
9. Vibrate/Getaran
Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).
10. Common Sense
Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk
satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam
dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama
bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar
radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja
untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana
sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas
membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang.
Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.
Ini merupakan suatu persoalan yang agak subjektif. Bagaimana sebuah
kereta mengubah lanskap dunia? Mungkinkah seperti Ford Model T yang
merupakan model pertama dihasilkan secara besar-besaran ataupun Mini
Cooper yang memberikan kita kereta pacuan hadapan seperti kebanyakan
model yang ada hari ini.
Ataupun Tesla Model S yang memberikan kita alternatif kepada enjin pembakaran dalaman tradisional?
Sebuah kereta walaupun mempunyai hayat yang tidak begitu
panjang memang telah banyak mengubah gaya hidup kita sedunia. Berikut
kami senaraikan kereta-kereta yang akan terus diingati dalam sejarah.
Ada yang laris, menjadi kereta produksi massa mengubah cara pemilikan
kereta. Ada juga yang datang dengan inovasi mendahului zaman. 1. CITROEN DS
Walaupun mempunyai rupa paras yang dikira agak aneh (memang aneh pun)
tetapi ia telah membawakan teknologi suspensi yang dinamakan
oleopneumatic yang cukup kompleks kepada dunia.
Ia menawarkan keselesaan terbaik dan turut digunakan oleh pengeluar
kenderaan-kenderaan mewah lain seperti Rolls-Royce, BMW dan
Mercedes-Benz. Malah Citroen DS juga memperkenalkan teknologi lampu
hadapan yang bergerak mengikut arah pusingan roda stereng untuk membantu
mengambil selekoh dengan lebih selamat pada waktu malam.
Ini merupakan satu ciri yang semakin digemari oleh pengeluar kereta-kereta moden masa kini. 2. LAND ROVER
Land Rover bukannya merupakan kenderaan off-road yang pertama
dihasilkan tetapi ia merupakan kenderaan seumpamanya yang mula-mula
dikeluarkan untuk kegunaan awam dalam kuantiti yang besar.
Ia menawarkan kelebihan untuk mereka yang tinggal di kawasan
pedalaman tanpa jalan raya yang baik selain membantu para petani
mengeluarkan hasil ladang mereka dengan lebih pantas (pernah pergi ke
Cameron Highlands?).
Malah ia juga bertanggungjawab memperkenalkan segmen 4×4 yang cukup digemari pada masa kini. 3. TOYOTA PRIUS
Ramai yang menyukainya dan tidak kurang juga yang menyampah dengan rupanya yang agak lain dari kebiasaan.
Namun begitu Prius merupakan kenderaan hibrid yang pertama dipasarkan
secara meluas kepada umum. Walaupun Honda terlebih dahulu mengeluarkan
model Insight mereka namun impak yang diterima tidak sehebat Prius.
Kini hampir semua pengeluar mula mengeluarkan model hibrid mereka
sendiri dengan menggunakan acuan yang dirintis oleh Toyota Prius. Prius
juga merupakan kereta paling laris di Jepun setiap tahun dan ia
“membunuh” segmen C seperti Honda Civic. 4. LAMBORGHINI MIURA
Dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah kereta yang menjadi ikutan
pengeluar lain khususnya pengeluar supercar seperti McLaren, Ferrari dan
Porsche.
Ia merupakan model berenjin tengah dengan sistem pacuan roda belakang
terawal. Selain daripada rekaannya yang mendahului zaman, ia juga
diakui sebagai antara kereta yang paling cantik pernah dihasilkan.
Ini sekaligus membuktikan yang sebuah kereta bukan hanya berfungsi
sebagai alat pengangkutan tetapi juga sebagai sebuah karya seni yang
menjadi kegilaan ramai. 5. AUSTIN SEVEN
Austin Seven bukan hanya berjaya menggerakkan ekonomi Britain tetapi
dihasilkan dengan kebenaran empunya jenamanya di Amerika Syarikat,
Jerman dan juga Jepun.
Ia seterusnya membantu mengembangkan lagi sektor automotif di
negara-negara tersebut. Selain daripada itu, Austin Seven juga merupakan
kereta yang bertanggungjawab memperkenalkan konfigurasi kedudukan roda
stereng, tiga pedal kawalan dan tuil brek tangan seperti yang kita
gunakan sekarang.
Besar jasa Austin Seven ni sebenarnya. 6. LANCIA LAMBDA
Ini tidak ada kena mengena dengan tarian Lambada yang cukup popular suatu ketika dahulu.
Ia mungkin kurang popular di negara kita tetapi inilah model yang
memperkenalkan teknologi rekaan kerangka unibody ataupun kita kenali
sebagai monocoque pada hari ini.
Ia lebih ringan dan kukuh berbanding rekaan badan di atas kerangka
(ladder frame) yang digunakan pada peringkat awal dahulu. Tidak
hairanlah konfigurasi ini kini menjadi pilihan banyak pengeluar
kenderaan pada masa ini. 7. TESLA MODEL S
Kereta-kereta elektrik sudah lama menjadi bahan lawak jenaka di dalam
industri kerana mempunyai prestasi yang kurang baik, jarak operasi yang
singkat dan rupa paras yang aneh.
Tesla Model S telah menepis semua dakwaan sebelumnya terhadap
kereta-kereta elektrik dalam masa yang singkat dan penuh bergaya. Ia
bukan sahaja elegan tetapi bergaya, laju dan pada masa yang sama cukup
praktikal kerana mempunyai jarak operasi yang munasabah.
Dengan kata lain, inilah kereta yang merevolusikan penggunaan tenaga
elektrik sebagai ganti kepada bahan api berasaskan fosil hari ini dan
masa hadapan. 8. MINI
Walaupun bukan kereta pertama dengan teknologi pacuan hadapan, Mini
ialah kereta pertama yang menggunakan teknologi tersebut dan digabungkan
dengan enjin berkedudukan melintang dengan hasil yang mengagumkan.
Mini juga cukup kompak tetapi mampu memuatkan empat orang dewasa
dengan selesa pada satu-satu masa. Kereta ini juga menyediakan sebuah
kereta yang murah, praktikal, ekonomik tetapi pada masa yang sama cukup
menyeronokkan.
Lebih daripada itu, ia juga merupakan pelopor kepada kereta-kereta kompak yang ada pada hari ini. 9. FORD MODEL T
Semua kereta yang ada hari ini terhutang budi dengan Ford Model T
kerana inilah model pertama yang dihasilkan secara besar-besaran untuk
pasaran umum.
Pengasas kepada Ford Motor Company, Henry Ford, telah memperkenalkan
sistem pemasangan secara sistematik sepertimana yang boleh kita lihat
sekarang. Visi Henry Ford inilah yang telah memastikan sebuah kereta
menjadi pelengkap gaya hidup untuk setiap manusia sehingga ke hari ini. 10. BENZ PATENT MOTORWAGEN
Inilah nenek moyang kepada semua kereta. Tidak akan ada sebuah kereta
sepertimana kita kenali sekarang tanpa model rekaan Karl Benz ini yang
digabungkan dengan sebuah enjin pembakaran dalaman seperti ini.
Anda mungkin tidak akan mengatakannya sebuah kereta kerana hanya
mempunyai tiga roda dan stereng yang kelihatan seperti alat pengawal
kemudi bot. Tetapi ia masih diiktiraf sebagai sebuah kereta walapun
dibekalkan dengan enjin 954 cc yang menghasilkan kurang dari 1 hp kuasa
maksima.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itulanjutkan dengan mandi seperti biasa.
Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita …. apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang
terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin
yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana
pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi
tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara
mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi
yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai
sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala
sebelah.
Di Beijing, pegawai trafik robot mula bertugas bagi menangkap pejalan kaki yang melanggar peraturan jalan raya.
Sikap tidak bertanggungjawab yang dipamerkan oleh pejalan
kaki di China yang suka melintas sesuka hati tanpa mempedulikan lampu
isyarat merupakan sebab utama pihak berkuasa tempatan mengambil polis
trafik robot bertugas.
Robot tersebut diletakkan di persimpangan jalan kaki di bandar Xiangyang di wilayah Hubei, tengah China.
Robot tersebut akan memberi amaran lisan kepada pejalan kaki dan nyalaan lampu sebagai peringatan.
Kepala robot tersebut merupakan kamera yang merakamkan kesalahan pejalan kaki serta bukti sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
Proses pengiklanan akan terkesan sekiranya benar-benar melekat di
hati pelanggan. Apabila ingin menggunakan sesuatu perkhidmatan, jenama
kita disebut-sebut di bibir-bibir pelanggan. Ini bermakna iklan kita
berjaya!
Awas! Jangan diabaikan 9 nasihat ini. Jom baca dan amalkan nasihat berikut:
#1-Jangan Main Teka-Teka, Jangan Main Rasa-Rasa
Kempen pengiklanan yang menghasilkan pulangan lumayan memerlukan kajian pasaran, split testing berulang kali, proses mengesan dan mengukur (tracking & measuring) yang berterusan. Track – Rekod data. Measure – Ukur prestasi berdasarkan data yang direkod.
Melalui data yang direkod, kita tahu apa yang tidak berkesan dan apa yang perlu ditambah baik.
#2-Jangan Tiru Bulat-Bulat Iklan Orang Lain
Berkesan untuk orang lain, belum tentu berkesan untuk kita. Berkesan
pada masa sekarang, belum tentu berkesan pada masa akan datang.
Aktiviti testing tidak akan berhenti.
Lagi satu, jangan ambil mudah 2 perkara ini :
Penulisan headline.
Pemilihan gambar.
Belajar untuk betul-betul kuasai dua (2) perkara di atas.
#3-Ambil Peduli Apa Pelanggan Mahu
Iklan gagal apabila ditulis mengikut sedap mata kita membaca namun tidak ditulis berdasarkan apa yang pelanggan mahu.
Pelanggan ialah sumber terbaik untuk dapatkan idea menulis iklan yang berkesan.
Orang yang serahkan duit kepada kita ialah pelanggan. Sudah tentu
banyak perkara kita boleh dapat daripada mereka untuk tahu apa kelemahan
yang perlu ditambah baik.
Iklan juga sebaiknya ditulis mengikut lenggok bahasa perbualan mereka.
#4-Jangan Gelojoh
Peringkat awal, kuasai satu sahaja saluran (channel) dahulu sebelum kembangkan ke saluranl lain. Jangan tamak untuk kuasai semua saluran sekaligus.
#5-Letak Sasaran Realistik
Apakah sasaran kita? Berapa pulangan yang mahu kita capai?
Pernah seorang peniaga hubungi saya dengan perasaan teruja menyatakan jualan beliau pertama kali capai RM50k dalam masa sebulan.
Apabila disemak kos iklan, beliau sebenarnya rugi. Jangan letak
sasaran untuk jualan sahaja. Lebih penting, berapa untung bersih yang
kita mahu capai.
Jualan ialah duit masuk. Penting juga kita semak, berapa duit keluar.
#6-Simpan Database Pelanggan
Labur duit pada pengiklanan untuk dapatkan pelanggan. Maka simpan maklumat mereka.
Melalui iklan, pertama kali kita dapat duit mereka. Apabila maklumat disimpan, mudah untuk kita bina hubungan selepas itu.
Ia akan meningkatkan kekerapan mereka membeli dan juga memanjangkan hubungan perniagaan kita dengan mereka.
#7-Jangan Jual Kepada Semua Lapisan Masyarakat
Sasarkan pelanggan lebih spesifik. Lebih mudah untuk kita mendominasi kumpulan kecil dahulu sebelum go big.
Usah ditiru permainan jerung besar. Rentak tari mereka berbeza.
Jadi ‘abang kawasan’ atau ‘kak long kawasan’ untuk kumpulan kecil
dahulu. Kuasai wilayah kecil dahulu sebelum kembangkan ke wilayah lain.
#8-Jangan Iklan Di Lubuk Yang Salah
Apabila kita sudah kenal pasti sasaran pelanggan, senaraikan tempat mereka berkumpul.
Khuatir kita tuju lubuk yang salah. Kita tidak iklankan breast pump dalam majalah motor trader.
Kita tidak iklankan kelas belajar Al-Quran di perumahan majoriti penduduk bukan Islam.
#9-Jangan Buat Iklan One-Off
Iklan memerlukan kekerapan. Iklan hardsell kah, dalam bentuk konten kah, dalam bentuk penceritaan kah, tidak kira di medium mana sekalipun, online atau offline, semuanya memerlukan kekerapan.
FREQUENCY & CONSISTENCY – Ini kuncinya!
Harapkan sekali buat iklan terus berkesan?
Lagi lama kita harapkan magis ini berlaku, lagi lama kita akan buang
masa dan lagi banyak kita akan buang duit dalam pengiklanan.
Dunia ini memang dari dahulu dikuasai oleh Jepun. Jika sebelum Perang
Dunia mereka menguasai dunia dengan peperangan, kini mereka masih
menguasai dunia dengan inovasi dan teknologi termaju seperti sistem
robotik, peralatan elektronik dan semestinya industri automobil.
Jepun bukan hanya menghasilkan kereta-kereta yang cantik dan moden
tetapi mereka juga membekalkan keseronokan kepada kita menerusi
enjin-enjin kereta yang hebat. Inilah sepuluh daripada enjin terhebat
Jepun.
Advertisement
1. HONDA SIRI – B
Tak perlu diperkenalkan lagi, Ia mula dikeluarkan pada tahun 1989 dan
menaikkan nama Honda selaku pendahulu industri dengan enjin yang mampu
menghasilkan dari 137 hingga ke 200 hp kuasa maksima. Siri-B ini
kemudiannya digantikan dengan Siri-D dan kemudiannya Siri-K pada tahun
2001.
Kehebatan enjin ini selain kuasanya ialah tahap penjimatan bahan api
yang sukar ditandingi. Penggunaan aci sesondol berkembar dan teknologi
VTEC memastikan Honda menjadi pendahulu pasaran. Malah enjin Siri-B
peringkat awal seperti B16A dan B18C masih popular dan mendapat tempat
di hati peminat dan pelumba sehingga ke hari ini. 2. MITSUBISHI 4G63
Suatu ketika dahulu enjin ini telah ‘disumbat’ kepada semua model
Mitsubishi. Ia dihasilkan dengan dua variasi, SOHC dan DOHC tetapi versi
DOHC adalah lebih dikenali dan popular. Enjin ini mampu menghasilkan
kuasa maksima setinggi 200 hingga 300 dengan bantuan pengecas turbo.
Inilah juga enjin yang membantu Mitsubishi menguasai pentas WRC
dengan model Mitsubishi Lancer Evolution. Walaupun ia sudah tidak
digunakan lagi oleh Mitsubishi tetapi masih ada syarikat dari China yang
menggunakannya. 3. SUBARU EJ20
Sama seperti enjin 4G63 Mitsubishi, enjin EJ20 ini juga merupakan
nadi kekuatan Subaru. Enjin boxer 2.0-liter EJ20 ini telah dilengkapkan
kepada model-model seperti Subaru Legacy, Impreza WRX, Impreza WRX STi
dan Forester.
Sebaik sahaja diperkenalkan enjin ini telah menjadi saingan terhebat
kepada syarikat-syarikat yang sudah lama bertapak seperti Nissan dan
Toyota. 4. HONDA – F20C
Ini merupakan enjin yang dilengkapkan kepada Honda S2000. Disebabkan
enjin ini bersaiz kecil, Honda menerapkan teknologi perlumbaan padanya
agar menjadi lebih efisyen.
Walaupun enjin ini telah diperkenalkan lebih dari sepuluh tahun lalu.
Ia masih memegang rekod keluaran kuasa per liter terbaik pernah
dihasilkan. Enjin VTEC 2.0-liter S2000 ini mampu menghasilkan 247 hp
kuasa maksima dengan had putaran enjin pada 9000 rpm. 5. MAZDA ROTARY 13B-REW
Enjin rotary paling popular di dunia dan dilengkapkan pada Mazda
RX-7. Ianya cukup kecil dengan kapasiti 1.3-liter tetapi berkemampuan
menghasilkan 280 hp kuasa maksima dengan bantuan pengecas turbo
berkembar Hitachi HT-12. Bagaimanapun enjin ini tidak begitu ekonomik
dengan penggunaan bahan api yang tinggi.
Malah ia juga cukup popular dengan keluaran gas ekzos yang melebihi
piawaian ditetapkan. Namun ia masih sebuah enjin yang unik dan digemari
ramai peminat di seluruh dunia. 6. NISSAN SR20DET
Enjin SR20DET ini mungkin merupakan enjin Nissan yang paling popular
sepanjang zaman. Ia pertama sekali dikeluarkan pada tahun 1989 dan
dilengkapkan pada Nissan Bluebird 2000SSS. Mempunyai reputasi yang baik
kerana cukup responsif dan senang untuk ditala. Ia juga tidak sekompleks
enjin RB26DETT Nissan Skyline GT-R. 7. TOYOTA 4A-GE
Walaupun mempunyai saiz dan kapasiti yang kecil, enjin ini sudah
cukup berkuasa untuk menggerakkan model-model Toyota yang ringan dengan
kuasa maksima 128 hp.
Ia digunakan Toyota sekitar tahun 1983 sehinggalah ke tahun
pertengahan 90-an, tetapi berkembang menjadi varian moden supercharger,
20 injap 4 throttle dan kotak gear enam kelajuan. Ia menjadi cukup
popular bila digandingkan dengan model AE86 Sprinter Trueno, kereta yang
telah memulakan kegilaan ramai terhadap sukan drift. 8. NISSAN RB26DETT
Dihasilkan dari tahun 1989 sehinggalah tahun 2002. Enjin enam
selinder sebaris 2.6-liter dengan pengecas turbo berkembar ini telah
dilengkapkan kepada semua model Nissan Skyline GT-R dari R32, R33 dan
R34.
Ia mampu menghasilkan sejumlah 280 hp kuasa maksima dan merupakan
antara enjin perlumbaan terbaik di dunia. Namun kos enjin ini yang agak
tinggi menjadikannya tidak sepopular enjin SR20 untuk kegunaan kaki-kaki
ubahsuai kereta. 9. TOYOTA 2JZ-GTE
Enjin yang dilengkapkan kepada Toyota Supra. Menggunakan konfigurasi
enam selinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar. Menghasilkan
kuasa maksima yang sama dengan enjin RB26DETT Nissan dan merupakan enjin
siri JZ Toyota yang paling berkuasa.
Enjin ini kemudiannya dilengkapkan dengan dua pilihan kotak gear,
automatik ataupun manual. Ia pada mulanya dilengkapkan kepada Toyota
Aristo V pada tahun 1991 sebelum ditabalkan sebagai enjin berprestasi
tinggi teratas Toyota dan dilengkapkan kepada Toyota Supra RZ (JZA80). 10. NISSAN VR38DETT
Enjin paling menakjubkan pernah dihasilkan Nissan. Enjin V6 3.8-liter
DOHC dengan pengecas turbo berkembar ini mampu menghasilkan kuasa
maksima setinggi 600 kuasa kuda. Ia juga turut dilengkapkan dengan
teknologi injap pemasa pelbagai dan sistem kawalan suapan yang
menentukan nisbah campuran udara dan petrol berdasarkan keperluan enjin.
Ianya dihasilkan di dalam kilang khas dengan kawalan suhu yang
selaras selain dipasang dengan tangan oleh pekerja terlatih. Buat masa
ini enjin ini hanya dipasang kepada Nissan GT-R dan model edisi terhad
Juke R.
Pastinya menggamit kenangan bukan?