Rabu, 12 April 2017

PERBEZAAN MULUT ATAS DAN MULUT BAWAH (18SX)



 SETELAH serangkai temuduga, akhirnya terpilihlah 5 orang wanita cantik untuk merebut satu jawatan Setiausaha di sebuah firma. Bos bingung memilih mana yang terbaik kerana kesemuanya kelayakan yang setara.

Akhirnya Bos melakukan ujian lisan terakhir untuk mendapat pandangan IQ sebelum membuat keputusan untuk memilik calon yang mana.
Bos: “Ok, kamu semua telah berhasil melalui serangkaian temuduga yang berat. Sekarang adalah ujian terakhir. Sayangnya saya hanya akan memilih seorang di antara kalian untuk menempati posisi sebagai Setiausaha saya di perusahaan ini, dengan gaji yang cukup besar dan lumayan.”

Si Bos menghela nafas sebentar, “cantik-cantik semuanya,” kata si Bos.

“Ok, Sekarang, saya memerlukan satu jawapan terbaik dan logik dari kalian. Pertanyaan saya, wanita memiliki dua mulut! Iaitu mulut atas dan mulut bawah, apakah perbezaan dari kedua mulut tersebut?” tanya Bos akhirnya.

Kelima wanita cantik tadi berfikir sejenak, dan inilah jawapan mereka :

Wanita-1: “yang 1 vertikal, dan 1 lagi horizontal Bos."

“Hem… sangat baik, kamu memiliki pandangan sosiologis yang bagus,” ujar si Bos sambil tersenyum puas.

Wanita 2: “yang 1 berbulu, dan 1 lagi tidak."

“Mengesankan, kamu realistik,” kata si Bos seraya mengangguk.

Wanita 3: “yang 1 boleh bicara, 1 lagi tidak boleh bicara"

“Cukup bagus, kamu mengutamakan aspek komunikatif, hal penting bagi seorang Setiausaha,” kata Bos semakin bersemangat.

Wanita 4: “yang 1 ada gigi, 1 lagi lompong Bos."

"Hahahaha! Kamu orang yang sangat humor dan pandai berjenaka," kata Bos sambil tertawa kecil.

Wanita yang ke-5 bingung kerana semua jawaban yang terlintas di fikirannya sudah disebutkan oleh empat calon yang lain. Tiba-tiba dia menemukan idea.

Sambil tersenyum manja, wanita ke 5 menjawab :“Mulut yang 1 dipakai sendiri…. mulut yang lain dipakai sama… Bosss...” (sambil tersipu malu)

Bos tersentak terkejut dan langsung berdiri. Kata si Bos : “YAA! KAMU SAYA TERIMA!”

Selasa, 11 April 2017

5 Perkara Yang Mesti Disegerakan


Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat. Maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w :


1. Memberi makan tetamu, apabila ia berkunjung.
2. Menyiapkan perkuburan mayat, bila ia telah meninggal.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5. Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

Lima pesanan dari Syaikh Al-Balkhi :
"Ambil olehmu lima perkara, kemudian amalkan,"

- Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepada-Nya.
- Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluanmu selama umurmu di dalamnya.
- Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azab-Nya. Nauzubillah..
- Persiapkan bekal di dunia, untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
- Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.
Harta bertimbun boleh menyebabkan lima perkara :

Dari Sufyan Sauri ;
"Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya 5 perkara..."


# Panjang angan-angan.
# Sentiasa tamak.
# Sangat kedekut.
# Berkurang waraknya.
# Lupa kepada akhirat.

(Ibnu hajar Al-Asqalani)

Isnin, 10 April 2017

Nama-nama Syaitan dalam Surah Al-Fatihah (Jawapan Dr Amran Kasimin)



Al-Fatihah
adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan

1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH
2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB
3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU
4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK
5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS
6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’
Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

JAWAPAN DARI Dr. Amran Kasimin (Mingguan Malaysia 16 Julai 2006)

Sebutan iblis dalam solat

Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan “iblis” disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah ‘syaitan’ itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.

Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.
Walaupun demikian terlalu banyak telah direka oleh manusia mengenainya, termasuk namanya seperti toyol, hantu raya, langsuir, bajang dan lain-lain yang melahirkan pelbagai amalan bidaah dan khurafat. Dalam keadaan tertentu nama-nama elok disebut, seperti nama-nama wali, syeikh, embah, nenek, panglima hitam dan sebagainya, padahal apa yang disebut itu lebih merujuk kepada jin-jin.

Di dalam hadis-hadis juga tersebut perkataan “syaitan.” Dalam sebuah hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah dijelaskan tentang syaitan yang mengganggu nabi ketika sedang sembahyang.

Dalam hadis lain dijelaskan tentang syaitan yang menyerupai seorang syeikh dari Najd yang masuk bersama himpunan orang-orang Quraisy yang diadakan di Darunnadwah, iaitu satu mesyuarat untuk membunuh nabi. Syaitan telah memberi nasihat bagaimana hendak membunuh baginda. Peristiwa itu berlaku sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.
Dalam peperangan Badar pun iblis telah datang mengetuai pasukan yang terdiri daripada syaitan, yang ada bersamanya bendera. Iblis menjelma menyerupai seorang lelaki daripada Bani Mudallij, manakala syaitan menyerupai rupa Suraqah bin Malik bin Ja’syam.

Dalam sebuah hadis yang ditakhrij oleh at-Turmizi dan an-Nasaiy daripada Aisyah, beliau berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan daripada golongan jin dan manusia telah lari daripada Omar. Dalam hadis daripada Hamnah Jahsy, beliau berkata, dia mengalami masalah darah haid yang keluar begitu banyak. Beliau memberitahu hal ini kepada Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah satu sepakan daripada sepakan syaitan.

Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik pula menyatakan bahawa beliau telah mendengar baginda bersabda yang bermaksud: Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar, ia berkata bahawa beliau pada satu ketika duduk di sisi nabi. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang paling buruk mukanya, juga pakaiannya, manakala bajunya terlalu busuk. Dia datang melangkahi orang ramai sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah. Lelaki itu berkata: Siapa yang menjadikan langit. Baginda menjawab: Allah. Siapa yang menjadi Allah. Tanyanya lagi. Subahanallah jawab nabi. Lelaki tadi memegang dahinya lalu mengangguk-anggukkan kepalanya. Ia berdiri lalu pergi. Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda: Ini adalah iblis, datang kepada kamu untuk menimbulkan syak terhadap agama kamu. Hadis-hadis yang tersebut di atas hanya menyebut kalimah “iblis” ataupun “syaitan” tanpa menyebut siapakah nama syaitan ataupun iblis yang terlibat dengan peristiwa-peristiwa tersebut.

Raji al-Asmar dalam bukunya Al-Jinn ada menyebut nama “Marid,” iaitu syaitan daripada golongan jin. Jin apabila ia kufur, zalim dan melampau dan melakukan kejahatan dinamakan “syaitan”.

Apabila makhluk ini berupaya menggangkat sesuatu yang berat dan mencuri pendengaran dinamakan “Marid”. Andainya makhluk ini mempunyai keupayaan lebih daripada itu dinamakan “Ifrit.”

Dalam buku yang sama muka sura. 51-53, Raji al-Asmar ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis, iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia. Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Aal-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, juga yang membisikkan telinga menyebabkan timbul waswas.

Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’, ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.

Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah. Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.

Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali. Manakala “Khanzab” ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.

Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar.

Nama-nama iblis dan syaitan yang termaktub dalam al-Quran juga daripada hadis-hadis serta fungsi masing-masing telah dijelaskan. Banyak lagi nama iblis dan syaitan yang terdiri daripada golongan jin, namun nama-nama seperti tertera iaitu du li lah, hir rob, kiyyau, kannak dan kannas tidak termasuk dalam nama-nama diperturunkan. Biarpun tidak mustahil andainya nama-nama yang terdapat dalam bacaan al-Fatihah yang cacat bacaan, namun setelah meneliti nama-nama yang dikatakan wujud dalam al-Fatihah yang salah bacaannya dirasakan hanya rekaan belaka, tanpa sumber yang utuh atau boleh dipertanggungjawabkan.

Hanya satu nama iaitu Kannas atau tersebut dalam al-Munjid, yang bermaksud sesuatu yang disapu oleh penyapu. Walaupun demikian kalau ia dieja sebagai “khannas,” ia adalah merujuk kepada nama syaitan yang menahan dan melambat-lambatkan seseorang untuk zikrullah.
Dalam kitab-kitab fikah, yang membicarakan tentang bacaan al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun sembahyang, nama-nama syaitan seperti didakwa langsung tidak disentuh.

Disebut bahawa orang yang bersembahyang mesti memelihara semua huruf al-Fatihah juga segala tasydidnya. Andainya tergugur satu huruf atau satu tasydid atau ditukar satu huruf al-Fatihah dengan huruf lain, ataupun rosak baris yang mengubahkan maknanya, maka tidak sahlah sembahyang yang dilakukan, andainya ia melakukan dengan sengaja dan ia ketahui mengubah maknanya.

Andainya keadaan ini berlaku dengan tidak sengaja, jahil dan tidak mengubah maknanya, maka tidak batallah sembahyang, tetapi hendaklah membacanya semula.
Implikasi daripada kandungan boleh menyebabkan timbulnya kesan buruk. Orang yang tinggi pengaruh gangguan sembahyangnya, yang mengambil wuduk melebihi kebiasaan, berulang kali mengangkat takbir ketika niat, mengulangi huruf-huruf kesamaran ketika membaca al-Fatihah dan sering lupakan rakaat sembahyang akan berasakan sembahyang itu satu penyeksaan.

Lebih teruk ialah orang yang lupakan bacaan sembahyang dan berasa terganggu sebaik masuk waktu sembahyang. Bagi orang seperti ini sembahyang merupakan sesuatu yang meragut kebahagiaan daripada ketenangan hidupnya. Sebaliknya, jika ia tidak sembahyang, keadaan seperti ini tidak timbul. Kerana itu berkemungkinan seseorang itu akan terus meninggalkan sembahyang.

Keadaan akan menjadi lebih parah apabila orang yang terganggu sembahyangnya menyedari adanya sebutan nama-nama iblis atau syaitan dalam bacaan al-Fatihah. Orang yang bermasalah membaca al-Fatihah memang selalu silap ketika membacanya terutama pada huruf kesamaran, pada tasydid dan sebagainya. Kerana itu akal fikirannya akan tertumpu bahawa apa yang disebut dalam al-Fatihah melibatkan sebutan nama-nama iblis dan syaitan. Kerana itu besar kemungkinan bahawa mereka tidak akan sembahyang langsung, kerana ia hanya akan menyebut nama-nama iblis dan syaitan dalam sembahyang yang didirikan.

Nama-nama yang disebutkan di atas tidak ada punca sandarannya. Sebenarnya kalau hendak dikeluarkan nama-nama dalam al-Fatihah, lalu didakwa sebagai nama syaitan, setiap kalimah itu boleh didakwa sebagai nama syaitan, kerana ia tidak ada punca sandarannya.

Persoalan remeh-temeh seperti ini hakikatnya tidak perlu ditonjolkan. Bagi pembaca pula, selain perlu merujuk kepada hukum, akal sendiri boleh memikiri tentang lojiknya. Terlalu banyak masalah di kalangan orang Islam yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan. Jangan buang tenaga memikiri sesuatu yang tidak bermanfaat.
Dalam mempelajari ilmu fikah, termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain, kita banyak didedahkan dengan tafsiran yang berlainan daripada pendapat ulama yang muktabar, tentang hukum halal dan haram, najis atau suci.

Sayangnya, dalam keadaan tertentu, pembaca seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja tanpa dapat memahami pendapat yang mana sewajarnya diikuti.
Dan apabila timbul persoalan-persoalan yang membicarakan sah atau tidaknya sesuatu sembahyang yang dilakukan, termasuklah sebutan nama-nama jin dan syaitan seperti yang kemukakan, kecelaruan akan lebih ketara yang ada kalanya seumpama tidak ada jawapan. Sewajarnya persoalan-persoalan seperti ini bukan menjadi persoalan pokok yang perlu dihuraikan.

Penulis : Dr. Amran Kasimin
Sumber :
Mingguan Malaysia 16 Julai 2006

Sesungguhnya, tidak ada nama syaitan di dalam Al-Fatihah walaupun anda tersalah sebut.
Jika anda salah sebut, ia adalah termasuk dalam bab kesalahan hukum tajwid.

Ahad, 9 April 2017

Tips Sihat Rasululllah S.A.W

Rasulullah SAW bersabda:
"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah SWT daripada mu'min yang lemah ... ... "(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah SAW? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH

Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah SWT
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah SAW selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaát adalah wajib bagi tiap-tiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah SAW :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan .

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah SAW : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Kredit: istimewa2u.blogspot.com

Sabtu, 8 April 2017

Malam Pertama Dan Kondom


Kisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri.. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya.. kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi ke ORIGINALannya belum lagi diketahui... setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya.. si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL..

Kemudian orang tuanya pun bertanya:


"Macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?"

Anaknya dengan selamba campur megah berkata:


"Betul abah...! ORIGINAL...! Plastik pun tak bukak lagi...!"

Jumaat, 7 April 2017

Petua - Petua Menjadi Isteri Solehah

Fitrah seorang insan untuk hidup berpasang-pasangan yakni bernikah. Haiwan juga mempunyai naluri untuk hidup berpasangan inikan pula manusia yang lengkap dikurniakan dengan akal, hati dan perasaan.




Dalam surah Al-Hujurat:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Pernikahan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Andai kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan balayar di lautan yang tenang dan tidak berombak.

Namun, lumrah ketika belayar sesekali badai tetap datang melanda. Teringat sebuah lagu dalam filem lakonan Allahyarham P-Ramlee..
"Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri"

Bukan badai yang berupa ombak besar atau ribut taufan yang kita harapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan dan meningkatkan kefahaman antara pasangan.

" Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti"

Kata-kata di atas merupakan kata-kata yang diucapkan oleh Umamah binti Harith kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang Raja Yaman iaitu Al-Harith bin Amru.

Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar..

1- Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandainya si suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.

2- Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya
bertambah kasih padamu..

Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti si suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warana biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.

3- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur itu yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego. Tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Maka, berlembutlah.

4- Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik.

Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.

5- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Ketika si suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Kata orang, apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

6- Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

Orang perempuan ni memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.

7- Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.

Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.

8- Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

9- Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.

Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar, amboi..cantik mengalahkan Miss Universe.Hihi..

10- Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana menghambakan hidupnya hanya untuk suaminya.

Demikianlah 10 petua daripada Umamah untuk anaknya yang boleh kita jadikan panduan untuk menjadi isteri solehah.

Sabda nabi:

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai".

Apa yang penting, suami isteri tahu peranan masing-masing dalam hidup berumah tangga. Sikap tolak ansur dan saling memahami akan mewujudkan sebuah keluarga yang mawaddah dan penuh rahmah. InsyaALLAH..

Khamis, 6 April 2017

~JENIS MAKANAN PENCEGAH KANSER PAYU DARA~




Satu dari 10 wanita dianggarkan menghidap kanser payudara, yang disebabkan oleh gaya hidup moden. Untuk menghindarinya, mulailah membiasakan diri menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.

Menjaga payudara agar tetap sihat bukanlah perkara yang sukar. Tidak susah, pencegahannya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, iaitu dengan menjaga pemakanan kita. Diet yang seimbang dan pemilihan yang betul akan membantu kita mencegah kanser. Cukup dengan mengambil lima makanan yang kaya nutrisi ini, maka anda pun akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat.

1. Sayur-sayuran Hijau

Mulailah untuk memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, kembang kol, bayam sebagai menu diet anda. Kandungan vitamin, serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan racun lain dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.

2. Protein

Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan payudara anda. Cubalah untuk membiasakan mengambil makanan yang terbuat dari kacang soya seperti susu soya, tempe dan tahu. Untuk camilan sehat, kacang-kacangan boleh menjadi pilihan yang tepat kerana kandungan proteinnya yang luar biasa.

3. Jus Buah

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Semakin sering mengambilnya, semakin banyak pula zat antioksidan dalam tubuh anda. Buah ini juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan sitem imun.

4. Pelbagai Ikan

Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandung vitamin D yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk kelangsungan payudara, oleh itu anda harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet anda.

5. Pelbagai Buah Beri

Selain rasanya yang lazat, buah beri mengandung nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Menariknya, buah beri boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yoghurt, salad, cereal dan smoothie anda.

Rabu, 5 April 2017

The Guatape Rock


El Peñón de Guatapé atau pun dikenali juga sebagai "The Guatape Rock" merupakan sebuah monolitik batuan besar yang mempunyai ketinggian kira-kira 2, 135 meter dari paras laut. Batuan ini juga pernah menjadi bahan sembahan golongan Tahamies Indians. Pada tahun 1900-an, batuan monolitik yang mempunyai anggaran berat 10 tan ini pernah dilihat golongan petani sebagai satu gangguan untuk mereka bercucuk tanam.

Pada tahun 1954, sekumpulan pendaki yang kononnya didesak olek para paderi tempatan telah mendaki batuan berkenaan menggunakan sejenis papan yang diletakkan di celah rekahan batuan. Mereka ini dikatakan sebagai kumpulan manusia pertama yang pernah mendaki El Peñón de Guatapé. Proses mendaki batuan ini boleh mengambil masa selama 5 hari, namun dengan pemandangan yang indah berserta penemuan tumbuhan spesies baru, Pitcairma Heterophila, batuan ini mampu menjanjikan tarikan pelancong yang sederhana.


Batuan ini mempunyai satu garisan rekahan panjang yang digunakan oleh para pelancong untuk mendakinya ke atas. Di dalam celah rekahan tersebut, tangga sebanyak 649 anak tangga telah disediakan dan ia merupakan satu-satunya cara untuk ke puncak batuan tersebut. Pada 1970-an, kawasan sekitar batuan tersebut telah diempang dan kini ia mempunyai pemandangan siri dramatik tasik dan pulau-pulau.

Hari ini, anda boleh mendaki batuan ini yang telah disenaraikan sebagai khazanah negara Colombia dengan bayaran sebanyak USD2. Di sana, anda mampu melihat pelbagai khazanah peninggalan keagamaan di dalam sebuah menara setinggi 3 tingkat di puncak batuan tersebut.





Selasa, 4 April 2017

Perkara Wanita Perlu Jaga


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah


3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Isnin, 3 April 2017

Tips Terbaik Membina Keluarga

Semua pasangan yang berkahwin mengidamkan untuk mendapatkan keluarga yang bahagia namun bukan semua mampu untuk mengecapinya.
Dibawah ini 50 tips untuk membina keluarga yang bahagia dari Dr Fadzilah Kamsah.



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.


Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.

Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.

Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.

Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.

Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.

Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.

Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.

Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari.

Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala...i like..

Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.

Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.

Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.

Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri.

Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.

Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.

Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif.

Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf.

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.

Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model.

Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.

Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.

Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati.

Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif.

Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga.

Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi.

Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.

Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami.

Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga.

Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan.

Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga.

Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.

Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama.

Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran.

Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi.

Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri.

Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri.

Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami.

Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri.

Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri.

Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia.

Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia.

Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga.

Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.

Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang.

Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna.

Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.

lakukan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

---->Kepada suami boleh print barangkali tip-tip ini untuk jadikan panduan. Tak pun isteri print kasi suami.

Ahad, 2 April 2017

Tips Penjagaan Sistem Brek Kereta

Cara Penjagaan Sistem Brek | Sistem brek merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk memastikan kereta bergerak dengan lancar. Tanpa sistem brek yang stabil, berkemungkinan kereta boleh terbabas atau mengalami masalah untuk brek ketika berada dalam mod laju. Sebagai pemilik kereta, kita perlu apakah cara penjagaan sistem brek kereta untuk mengelakkan kereta mengalami kerosakan.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Sabtu, 1 April 2017

Kesalahan Ketika Memakai Kondom





Bukalah kondom dengan cara di koyak dengan jari, jangan dibuka dengan gunting, pisau, atau benda tajam

1. Pakai kondom selepas melakukan seks

Kajian menunjukkan bahawa antara 17 hingga 51,1 peratus lelaki, baru memakai getah kondom selepas melakukan hubungan seks. Hal ini tentu akan mengurangkan keberkesanan fungsi kondom terutama dalam mencegah penularan penyakit seksual.

2. Melucutkan kondom ketika masih melakukan seks

Hasil kajian, antara 13,6 hingga 44,7 peratus daripada sukarelawan yang terlibat dalam peneltian mengaku melucutkan kondom sebelum selesai melakukan hubungan intim.


3. Membuka sepenuhnya gulungan kondom sebelum digunakan

Fakta kajian menunjukkan, ada sekitar 2,1 - 25,3 peratus peserta kajian yang mengaku sudah terlebih dahulu membuka gulungan kondom sepenuhnya sebelum melakukan hubungan seks.

4. Tidak letak ruang di hujung kondom

Laporan menunjukkan, sekitar 24,3-45,7 peratus lelaki lupa untuk meletakkan ruang di hujung kondom sebagai tempat untuk cecair sperma.

5. Tidak mengeluarkan udara dari dalam kondom

Hasil kajian juga mendapati bahawa sebanyak 48,1 peratus perempuan dan 41,6 peratus lelaki tidak menekan atau mengeluarkan udara yang ada di dalam hujung kondom sebelum digunakan.

6. Kondom terbalik

Antara 4 dan 30,4 peratus daripada peserta kajian dilaporkan salah dalam mengenakan kondom, tetapi kemudian mereka menebalikanya lagi dan tetap meneruskan pemakaian kondom tersebut.

7. Gagal membuka gulungan kondom dengan sempurna

Ketika penyelidik mengesan lagi hubungan seks terkini yang dilakukan peserta kajian, diketahui ada sekitar 11,2 peratus perempuan dan 8.8 peratus lelaki mula melakukan hubungan seksual sebelum gulungan kondom terpakai sempurna.

8. Terkena benda tajam

Diketahui ada sekitar 2,1 sampai 11,2 peratus lelaki telah membuka bungkus kondom menggunakan benda tajam. Permasalahannya adalah apabila benda yang anda gunakan cukup tajam untuk mengoyak bungkusan kondom, maka ada kemungkinan kondom akan ikut terkoyak.

9. Tidak peka melihat kerosakan kondom

Apabila membuka kondom dari bungkusan, 82,7 peratus perempuan dan 74.5 peratus lelaki melaporkan bahawa mereka gagal untuk memeriksa kerosakan kondom sebelum digunakan. Apa yang perlu dilakukan? Pastikan bungkus kondom tidak dalam keadaan terkoyak dan lihat tarikh luput.

10. Tidak menggunakan pelincir

Antara 16 peratus dan 25,8 peratus orang melaporkan telah menggunakan kondom tanpa pelincir. Mengapa ini boleh menjadi masalah? Kerana, jika anda melakikan seks untuk jangka masa yang lama, kondom tersebut lebih mudah untuk koyak jika tidak memakai pelincir.

11. Komplikasi pelincir

Sekitar 3,2 peratus wanita dan 4.7 peratus lelaki dilaporkan menggunakan pelincir berasaskan minyak dengan kondom lateks. Pelincir dengan bahan dasar tersebut justeru akan melemahkan lateks, yang dapat membuat kondom terdedah kepada kerosakan.

12. Salah menarik kondom

Hampir 31 peratus lelaki dan 27 peratus wanita melaporkan bahawa pasca melakukan hubungan seks, mereka gagal untuk menarik kondom selepas ejakulasi.

13. Menggunakan kondom secara berulang

Penyelidikan mencari, antara 1,4 hingga 3,3 peratus orang menggunakan kondom yang telah di guna pakai. Kondom yang sama digunakan sekurang-kurangnya dua kali selama melakukan hubungan seksual.

14. Salah simpanan

Penemuan menunjukkan, antara 3,3 hingga 19,1 peratus peserta yang terlibat dalam kajian menyimpan kondom di tempat yang tidak sesuai sebagaimana yang tertera pada bungkusan. Elakkan untuk menyimpan kondom di dompet dan jangan simpan di tempat yang terkena sinar matahari.


15. Tidak memakai kondom sama sekali

Kesalahan yang terakhir ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kajian. Tetapi, tidak ada salahnya untuk ditambah dalam senarai. Menurut kajian terbaru dari National Survey of Sexual Health and Behavior di Amerika Syarikat, hanya 45 peratus lelaki usia 18-24 tahun yang menggunakan kondom ketika berhubungan seks dengan pasangan. Bahkan, kajian juga mendapati hanya 29,3 peratus lelaki berusia 25-34 tahun yang memakai kondom dan hanya 21,3 peratus lelaki usia 35-44 tahun yang menggunakan kondom.

Jumaat, 31 Mac 2017

Hukum Kencing Sambil Berdiri

Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :

“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang.
Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :

Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.

- Dalam kencing berdiri mahupun duduk, ada hikmah yang tersendiri bila mana kita membuang air dalam keadaan duduk, maka kita disunatkan untuk berdehem dan diyakini bahawa air tersebut keluar dengans empurna. Namun jika berdiri, bimbang dan was-was jika air tersebut tidak mengalir sepenuhnya. Ini akan menyebabkan solat kita tidak akan sah kerana masih terdapat lagi sisa-sisa buangan terdapat di bahagian kemaluan.

sumber


hukum ; jgn sampai jadi najis..

Khamis, 30 Mac 2017

20 Fakta WTF Yang Perlu Anda Tahu

1. 83% lelaki yang mati kerana serangan sakit jantung ketika berjimak didapati sedang curang dengan isteri masing-masing


2. 372 orang menggoogle pornografi pada setiap saat


3. Google menjana keuntungan kira-kira $700 sesaat


4. Di Samoa, ianya merupakan satu jenayah apabila terlupa hari lahir isteri anda sendiri


5. Carian kedua paling popular pada laman Yahoo ialah "Google"


6. Jika Wikipedia dikeluarkan dalam bentuk buku, ia akan mengandungi 2.25 juta mukasurat dan memerlukan lebih 123 tahun untuk dibaca


7. Kajian menunjukkan mereka yang berjaga sehingga lewat malam adalah lebih pintar berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal


8. Purata seekor penguin hanya menikmati keinzalan (orgasm) sekali setahun


9. Apabila seekor penguin jantan jatuh cinta dengan penguin betina, ia akan berkelana di seluruh pantai untuk mencari batu kerikil yang sempurna untuk diberikan kepada buah hatinya. Oh, so sweet.


10. Apabila anda melihat bintang, anda sebenarnya melihat masa silam kerana kebanyakan bintang yang kita lihat pada waktu malam telah mati




11. Air telah dikitar semula dengan terlalu banyak kali sehingga segelas air yang anda akan minum mungkin telah diminum oleh orang lain


12. Ejakulasi normal mewakili pemindahan data sebanyak 1587GB dalam masa kira-kira 3 saat


13. Pada zaman Rom kuno, lelaki yang didapati bersalah merogol akan dihukum dengan testikel mereka akan dihancurkan di antara dua batu. Ouch!


14. Ia akan mengambil masa seseorang selama 1700 tahun untuk menonton setiap video yang terdapat di Youtube


15. Jika anda terkentut secara berterusan selama 6 tahun 9 bulan, gas yang dihasilkan cukup untuk menghasilkan tenaga menyamai bom atom



16. Jika anda mempunyai RM1 billion dan membelanjakan RM1000 sehari, ianya akan mengambil masa selama 2740 tahun untuk dihabiskan


17. Brazil tidak mampu untuk menghantar atlet ke Los Angeles pada Sukan Olimpik 1932, penyelesaiannya Brazil memasukkan mereka ke dalam kapal yang penuh dengan kopi dan mengarahkan mereka menjualnya di sepanjang perjalanan


18. Apabila ditanya tentang permintaan terakhir sebelum ditembak mati oleh skuad penembak, pembunuh bernama James W. Rodgers yang disabitkan kesalahan membunuh meminta sehelai jaket kalis peluru.


19. Terdapat satu minit dengan 61 saat setiap dua kali dalam setahun


20. Firaun Tutankhamun mempunyai seorang pengorek hidung sendiri yang dibeli dengan tiga ekor lembu, makanan dan penginapan.

Rabu, 29 Mac 2017

CARA-CARA MEMEKATKAN AIR MANI




-Kurangkan bersetubuh dgn pasangan. Kekerapan menjalinkan hubungan sulit boleh mengurangkan isipadu penghasilan air mani. Seeloknya, hubungan sulit dilakukan selang 3 hari atau lebih.


-Elakkan tabiat merokok dan meminum minuman keras. Ini kerana tabiat ini boleh merendahkan tahap hormon testosterone yg menjadi benda penting dlm penghasilan air mani.


-Lakukan senaman secara berkala. Senaman yg dimaksudkan di sini adalah senaman ‘kagel’ atau kemut iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan kencing.


-Amalkan pemakanan yg sihat. Tidak boleh dinafikan lagi pemakanan yg seimbang dan berkhasiat mampu untuk memekatkan dan menambah jumlah isipadu air mani lelaki.


-Elakkan buah zakar terdedah dengan kepanasan. Kebanyakan penggunaan brief boleh menyebabkan buah zakar menjadi panas. Ini boleh mengganggu tahap penghasilan air mani yg berkualiti. Jd, penggunaan boxer lebih digalakkan.


-Kurangkan berat badan. Ini merujuk kepada mereka yg obesiti. Peningkatan lemak terutamanya di bahagian perut boleh mengganggu penghasilan hormon testosterone.


-Pengawalan emosi yg stabil. Jgn pelik jika emosi yg x stabil juga boleh mengganggu penghasilan sperma yg baik. Jadi, sentiasalah berfikiran positif.


-Belailah tubuh badan kita. Lelaki perlu sesekali pergi ke spa untuk mendapatkan urutan badan. Keadaan badan yg sihat dan terjaga boleh membuatkan kita menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.


-Ambil supplement dan makanan tambahan. Kekacang mampu untuk meningkatkan penghasilan sperma manakala zinc mampu untuk memantapkan kilang penghasilan sperma. Tapi perlu diingatkan, pengambilan makanan tambahan perlu dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan khidmat mereka yg pakar.


-Lakukan hubungan intim pada waktu yg sesuai. Pagi dan petang adalah waktu yg paling sesuai untuk melakukan hubungan intim kerana ketika itu mudah untuk mangalami pemanasan yg dpt membina kecergasan pada kilang sperma. Jika pada waktu malam, tahap keaktifan badan menurun seterusnya mengurangkan penghasilan air mani.



KHASIAT AIR MANI

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sperma untuk wanita:


  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...