Rabu, 3 Mei 2017

Tidur Cara Nabi

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:


1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

JOM Kita Amalkan Dalam Harian kita!!

Selasa, 2 Mei 2017

Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh



Semua pasangan mahukan anak yang baik kan?..soo marilah kita berdoa kepada Allah agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah..
dibawah sedikit potongan ayat alquran untuk dijadikan doa.

1. “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

3. “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)

4. "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Baqarah: 128)

Isnin, 1 Mei 2017

~Mengapa Doaku Tidak Diterima Allah? ~




Pesanan Ibrahim Adham(Seorang sufi) berkenaan perbuatan yang yang menyebabkan doa kita terhalang dari dimakbulkan olehNya.
Saya percaya anda pernah baca kisah ini tapi ini sekadar peringatan untuk diri dan renungan bersama.



“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”


Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:


* Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

* Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

* Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

* Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

* Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)
* Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)


* Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

* Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

* Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

* Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”




sumber: Al Binory

Ahad, 30 April 2017

Tempat Tinggal Roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga
Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga
Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga
Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin
, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

Sabtu, 29 April 2017

~ 7 Jenis Nafsu ~

Nafsu Amarah
Nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran

Nafsu Lawamah
Nafsu yang menyedari apabila melakukakan kemungkaran,
beramal tetapi masih ada riak~


Nafsu Marhamah
Nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah,
mereka masih mengkritik diri sendiri~


Nafsu Mutmainah
Nafsu yang lemah lembut
mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa~


Nafsu Raudiah
Nafsu yang berusaha untuk melatih diri taqarrub dengan Allah taala~

Nafsu Mardiah
Nafsu yang paling diredhai Allah Taala~

Nafsu Kamaliah
Nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul~






"Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan"
(Surah al-Qiyamah, ayat 75:2)

~Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yg puas lg di Redhai-Nya~
(Surah al-Fajr, ayat 89:27-28)

Jumaat, 28 April 2017

Ritual Mencungkil Mata di India







Satu lagi festival ritual unik yang di lakukan di India, ritual tersebut bernama Khwaja Chishti Moinuddina. Namanya festival tentunya di hadiri oleh ramai orang, yang unik dari ritual ini adalah para peserta menusuk matanya pada bahagian atas dengan benda runcing atau benda tajam sehingga matanya terbeliak seperti hendak keluar.

Khamis, 27 April 2017

Tahukah anda pohon apakah ini?




❀ ܓ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~

Sedikit sejarah mengenainya...

♥ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

♥ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

♥ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, Allahu Allah.

♥ ܓ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Sumber : Fattabiouni Malaysia

Rabu, 26 April 2017

Bukti Mukjizat Rasulullah S.A.W.

Al-Quran Ada menceritakan Rasulullah telah membelah bulan menjadi dua bahagian dan mencantumkannya semula, bagi membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T. kepada umat Baginda.

dan gambar dibawah adalah bukti Mukjizat Rasulullah S.A.W. yg diberikan oleh Allah S.W.T.



Selasa, 25 April 2017

5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan..dah sampai masanya dia nak terkena paku pun bergitu unsur di khianati juga tidak mustahil.


Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :








1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah


2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.


3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.


4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.


5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.



Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.


Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.


Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jek kereta dan pastikan tayar gantian anda di dalam keadaan yang sempurna.


Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.

Isnin, 24 April 2017

5 KESILAPAN LELAKI KETIKA BERASMARA

KITA semua tentunya amat menginginkan hubungan seks bersama pasangan menjadi sesuatu yang terbaik, menyeronokkan dan memberikan kepuasan batin kepada kita dan pasangan kita.

Hubungan seks yang baik berlandaskan kepada berbagai faktor. Antara salah satu faktor yang penting harus di titikberatkan dan di beri perhatian adalah posisi atau cara kita melakukan seks iaitu perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan terhadap pasangan kita.
Sehubungan itu, sebagai sedikit panduan buat kita semua, kali ini saya akan senaraikan beberapa kesilapan yang biasa kita sebagai lelaki lakukan ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

1) Agresif/Pentingkan Diri.

Memperlakukan pasangan mengikut kehendak berahi sendiri. Seks yang menyeronokkan lahir dari keintiman keinginan dan rasa ghairah yang selari antara satu sama lain. Anda mesti mengawal emosi dan keberahian anda mengikut rentak bagaimana hubungan seks anda berjalan. Beri ruang kepada pasangan meningkatkan ghairah dan berahinya mengikut perasaan atau moodnya ketika itu.

2) Memaksa pasangan

Melakukan seks dengan posisi yang beragam memang baik. Tetapi anda perlu juga memastikan adakah pasangan anda selesa dengan apa yang ingin anda lakukan. Memberi keselesaan kepada pasangan amat penting kerana jika si dia tidak selesa dengan posisinya, ia akan memberi kesan kepada perasaannya juga.

3)Terlalu Budiman.

Lelaki budiman memang disukai wanita. Tetapi dalam hubungan seks, sikap budiman kadang-kadang boleh membuat wanita bosan. Tidak dinafikan ada lelaki yang terlalu berhati-hati ketika melakukan seks, seperti teragak-agak untuk menindih tubuh pasangan. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa wanita sebenarnya suka menerima berat badan lelaki menindih badan mereka. Ia membuat mereka rasa diperlukan, rasa selamat dan dilindungi, rasa disayangi atau pun sekadar mereka memang suka merasakan tenaga dan kuasa seorang lelaki.

4) Kaku

Sikap anda seperti patung/robot yang hanya tahu melakukan apa yang perlu sahaja. Ketika melakukan seks, gerakan badan anda ibarat irama yang menggerakkan perjalanan seks tersebut. Bergerak dan berikan tindak balas mengikut rentak dan tahap keberahian pasangan anda. Misalnya ketika pasangan anda sedang 'menunggang', anda juga perlu mengikut gerak tunggangannya samada maju ke depan, reverse ke belakang atau pusing ke kiri dan kanan.

5) Tiada Variasi.

Setiap kali melakukan seks anda hanya melakukan apa yang biasa dilakukan sahaja. Cubalah lakukan seks dengan cara atau gaya yang berbeza sekali sekala. Variasi amat penting kerana jika selalu melakukan perkara yang sama, siapa pun akan jemu dan bosan. Variasi juga tidak terbatas kepada cara, gaya atau posisi seks sahaja. Ia juga termasuklah masa, keadaan dan tempat anda melakukan seks tersebut. Misalnya kalau anda biasa melakukan seks di bilik tidur, apa salahnya sesekali lakukan di tempat yang berbeza seperti di dapur, di kamar mandi atau pun di kawasan tertutup di halaman rumah anda.

Beberapa kesilapan di atas biasanya tanpa kita sedari. Walaupun sesetengah dari kita menganggap ia perkara yang remeh, namun sebenarnya ia akan memberi kesan jangka panjang kepada kestabilan dan keintiman hubungan seks kita dengan pasangan.

Jadi, eloklah kita cuba mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan tersebut agar setiap kali kita melakukan hubungan seks dengan pasangan, ia menjadi sesuatu yang terbaik, menyeronokkan dan membahagiakan. (MyTabloid)

Ahad, 23 April 2017

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA





HARI ITU, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS) nya ialah Sarjan Sagar Singh.

Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan,” Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ”, katanya.

“Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (Lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

Lans Koperal Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.

“Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di Balai Polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu terputus terus.

“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat dan mereka terus melawan dengan beraninya.

Bullah yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali dan perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban.

Bullah cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sarjan Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sarjan Sagar dan orang-orangnya terkorban, mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru, lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung,” kata Bullah dengan perasaan amat geram.

“Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.

Menurut Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur.

Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sarjan Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya,” ceritanya lagi.

Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya, Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi.

Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semunul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orangnya pada malam kejadian itu.
Mereka mengambil keputusan untuk menghantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa Pembantu Hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu Bullah dan Panglima Jakarullah serta orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30 Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.

(Sumber: Berita Bukit Aman, 1983)

Sabtu, 22 April 2017

Golongan Yang Dinaungi Allah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya:

1) Imam yang adil,

2) Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah,

3) Insan yang hatinya terpaut dengan masjid,

4) Dua orang insan yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah,

5) Insan yang digoda oleh wanita berpangkat dan cantik, lalu dia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah',

6) Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,

7) Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 21 April 2017

Kesempurnaan Yang Benar-benar Sempurna

Umar r.a. berkata :

Ada sepuluh hal yang tidak akan sempurna kecuali apabila disokong oleh sepuluh hal yang lainnya.:

1) Akal tidak akan sempurna kecuali jika disertai sifat warak.

2) Amal tidak akan sempurna kecuali jika disertai ilmu.

3) Kejayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai rasa takut kepada Allah.

4) Kekuasaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai keadilan.

5) Kemuliaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kesopanan.

6) Kegembiraan tidak akan sempurna kecuali jika disertai keamanan.

7) Kekayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai sifat dermawan.

8) Kefakiran tidak akan sempurna kecuali jika disertai sifat qanaah.

9) Kemuliaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kerendahan hati.

10) Jihad tidak akan sempurna kecuali jika disertai taufik.

Khamis, 20 April 2017

Jom Belajar Bahasa Jawa

siji - 1
loro - 2
telu - 3
papat - 4
limo - 5
enem - 6
pitu - 7
wolu - 8
songo - 9
sepoloh - 10

mangan - makan
ngombe/medang - minum
turu - tdo
tangi - bangun
kelon - peluk
dablek - x dgr cakap..hahaha
lungo - pergi
kangen - rindu
ambong - cium
nyong - saya
riko - anda/awak/sedara/sedari(bahasa hormat)
kowe - sama spt d atas tp agak kasar ckit
dulur - sanak saudara
arek - hendak
ngendi - mana
merono - ke sana
merene - ke sini
kabare - apa kabar
waras - sihat
edan/gemblong - gila/biol
seko - dari
ki - ni
gembluk - anjing..
celeng - babi
sumuk - bengang atau setaraf dgn nye..
sopo - sape..
cepak - dekat..
adoh - jauh..
klimis - tiptop kot..
wong - orang
adus - mandi..
yok - jom
emboh - entah
akeh/okeh/kebek - banyak
ngilindur - ngigau
piro - berapa
wes - sudah
ngiseng - buang air besar
ngantok - ngancik la hehe
aba'ng - warne merah
ngumah - rumah
wedok - pompuan
lanang - laki
bocah - budak
gedi - besar..
tuek - tua
konco/bater - kawan/sahabat
alon2 - pelan2
kapok/kawus - padan muke
nom - muda
ono - ade/have..
rondo - janda.....
ngisor - bawah
duwur - atas..
ngarep - depan
buri - belakang
bokong/silit - bontot
orak - tidak
iyok - betul
sikel - kaki
usil - tak reti dok diam
dolan - jalan2
ngapusi/ngapos - tipu/menipu
munggah - naik
medun - turun
jekok - amik
getak k - letakkan
lungo disek - pergi dulu
jaman biyek - zaman dulu
dengklang - kaki terencot2
tibo - jatuh
kepiye - mcm mane
gembeng - kuat nangis
ngences - keluar air liur time tido
nyeret - isap dadah
ngerten - baik
mabor - terbang
ke tek - monyet
manok - burung
arip - mengantok
untu - gigi
mu met - pening
endas - kepala
banter - laju kot
lindek - lambat
medi - hantu
ngapuro - maaf
pagi - isuk
petang - sore
malam - bengi
semua - kabeh
pakcik - paman
bersama/dengan - karo
makcik - bibik
menguap - sangap
Weteng - Perut
Babat - Perut Lembu
Bajing - Tupai
Gurem/Kemerki/Catak - Kutu
Ngelih - Lapar
Kese Ret - Tercekik
Ngelak - Dahaga
U Del - Pusat
Sedolor - Sedara
Nyonyot - Sedut
Banyu - Air
Ciblon - Mandi Beramai2
Keset - Malas
Jembut - Bulu Ari2
Sangu - Wang Belanje
Tembelek - Tahi Ayam
Godong - Daun
Gori - Buah Nangka
Iwak - Ikan
Bambung - Kumbang
Iwak Kotok - Ikan Haruan
Iwak Lele - Ikan Keli
Tin Jeng - Pepatung
ngompol - kencing malam

Rabu, 19 April 2017

18 Cara Merawat Hati

18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.


2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.


3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.


4. Khusyuk dalam solat.


5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.


6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.


7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.


8. Beriktikad dengan akidah yang betul.


9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.


10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.


11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.


12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.


13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.


14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.


15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.


16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.


17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.


18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

---> Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...