Selasa, 9 Mei 2017

5 Penyebab Kerosakan Kompresor Penghawa Dingin Kereta

“Encik, compressor air-cond kereta encik sudah rosak. Kena tukar ni, harga lebih kurang RM2000.” Wow! Mesti terbeliak biji mata anda kan. Mana tidaknya, sekarang ini dah hujung bulan. Poket dah makin kering, ada habuk saja.

Berpusing kepala fikir sebab nanti nak bawa anak-anak pergi sekolah, pergi mencari rezeki, pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terlintas juga, kalau aku seorang je, aku tangguh dulu baiki. Naik kereta pakai fresh air, hirup udara segar. Tapi dah ada family tak bolehlah macam ni, nak tak nak kena baiki juga.

Yang ada kad kredit terus swipe kad, yang tiada kad kredit berhutang dengan kawanlah nampaknya. Namun jika financial planning anda bagus, perkara ini tidak begitu menjejaskan anda. Baik, ini cerita lainlah kalau nak sembang pasal financial planning.

Ini cerita kenapa air-cond compressor rosak dan bagaimana anda boleh elakkan daripada duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya kerosakan. Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga.

1. Kandungan Refrigerant (Gas) Yang Rendah

Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurangan. Menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan rosak.

2. Kandungan Refrigerant (Gas) Yang Terlampau Tinggi

Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir, diisinya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka terimalah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual air-cond kereta atau rujuk kepada yang pakar.

3. Coil Kotor

Pernah tengok coil? Kalau anda pernah tengok kat air-cond kat rumah atau belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa atau keemasan.
Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan compressor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan compressor anda terlebih panas dan akhirnya rosak.

4. Masalah Litar/Komponen Elektrik

Yang ini seolah-olah silent killer. Kenapa ya? Yalah, bunyi macam kecil saja masalahnya kadang-kadang. Contoh wiring putus, fuse terbakar dan lain-lain kerosakan elektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor. Fuh melayang duit.

Seeloknya carilah mechanic/technician yang berpengalaman dan lakukan inspection atau servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

5. Kekurangan Lubricant

Jangan ingat enjin kereta saja ada lubricant. Compressor pun ada. Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar lubricant compressor.

Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti check kandungan lubricant compressor anda. Jika berkurangan maka silalah top up atau tukar sahaja lubricant baru.

Jika tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi bolehlah rujuk mana-mana technician yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak, maka lakukanlah servis secara berkala air cond kereta anda.

Ianya memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air cond compressor kereta anda daripada rosak.

Yang pastinya harga tukar compressor memang mahal. Akhirnya rujuk kepada mechanic/technician yang amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat awam.
Sekian dan semoga bermanfaat.

Isnin, 8 Mei 2017

10 Tip Buang Rasa Nervous Ketika Presentation

Saya percaya pasti anda semua pernah mengalami situasi seperti ini saat kamu perlu melakukan ‘presentation’ di hadapan khayalak ramai samada di dalam kelas atau meeting room.

Disini saya ingin kongsikan tips untuk menghilangkan rasa gementar semasa melakukan ‘presentation’
1)    Fahami dan dalami slide yang kamu bakal bentangkan. Kalau tidak keberatan, cuba berlatih buat presentation beberapa kali agar sebutan dan percakapan kamu jelas dan lancar.

2)    Pakai pakaian yang kamu selesa dan kemas. Jangan jadikan ia sebagai peluang untuk kamu memperagakan fesyen dan gaya.

3)    Perlu di ingat, tujuan utama yang harus kamu lakukan adalah untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada pendengar. Jadi pastikan segala maklumat yang kamu masukan dalam slide ringkas dan mudah di fahami.

4)    Minum air putih dan tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mulakan presentation. Keadaan ini akan membuatkan kamu lebih tenang dan berada dalam keadaan yang terkawal.

5)    Cuba berlatih di hadapan cermin. Pastikan kamu bercakap dalam keadaan tersenyum bukan berkerut. Ini kerana, apabila kamu berkerut, kamu akan membuatkan penonton kamu rasa lebih tertekan dan tidak selesa dengan kewujudan kamu di hadapan mereka. Oleh itu, senyuman mampu membuatkan penonton memberi feedback yang positif.

6)    Hati-hati, ada sesetengah pihak memang menunggu peluang untuk ‘menghentam’ kamu. Jadi cuba minimalkan segala kesalahan dan jika ada masalah yang timbul bertenang dan jangan terlalu panik.

7)    Bagi sesetengah pihak, eye contact sangat penting saat membuat presentation. Tetapi, jika terlalu banyak membuat eye contact juga boleh membuatkan kamu hilang fokus dan rasa lebih gugup. Jadi, tiada salahnya jika kamu tetapkan satu titik fokus agar hilangkan rasa gugup.

8)    Sesuaikan gaya bahasa kamu dengan penonton yang ada. Jika banyak golongan muda, pastikan bahasa yang kamu guna mudah di fahami dan lebih bersahaja. Jika banyak dewasa gunakan bahasa yang lebih formal dan teratur.

9)    Ketika membuat presentation jangan lupa selitkan sekali elemen-elemen lawak dan mencuit hati. Jadi, penonton tidak akan bosan dan hilang minat mendengar segala maklumat kamu.

10)  Jika kamu jenis yang gugup. Saat memberi ucapan / membuat presentation cuba gengam sesuatu seperti klip kertas, tisu, pen atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu rasa lebih yakin. Tetapi perlu di ingat, sebolehnya jangan sampai orang tahu yang kamu sedang menggengam sesuatu ya.

Ahad, 7 Mei 2017

Bukti Cintakan Allah S.W.T

1) Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaan dan situasi.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah."

Imam Ahmad Taqiyuddin berkata:

"Hakikat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." (Tibb al-Qulub, hlmn. 183)

2) Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Ini adalah prasyarat utama mencintai Allah. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah s.a.w) nescaya kamu akan dicintai Allah."

3) Sentiasa memperbanyakkan amalan sunat.


Dalam sebuah hadis kudsi, Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:

"Sentiasalah hambaKu berada dalam keadaan mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat (nawafil) sehinggalah Aku mencintainya. (Riwayat al-Bukhari)

4) Menjaga solat witir.


Ia adalah bukti kejujuran cinta kepada Allah.

Fudhail bin Iyadh berkata, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Seorang hamba yang mengaku mencintaiKu tidaklah jujur kalau dia tidur lantas melupakanKu tatkala malam."

5) Menjaga hubungan dengan ibu bapa.


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Begitu juga dengan kemurkaanNya, terletak pada kemurkaan ibu bapa.

6) Bersahabat dengan al-Quran.

Sentiasa membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran umpama warkah ayat-ayat cinta Allah buat kita.

7) Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solat fardhu.


Umpama menunggu panggilan daripada seorang kekasih, sudah tentu panggilan azan akan membuatkan kita seolah-olah 'ketagih' untuk mendengarkannya semula, itulah panggilan Allah buat kita.

8) Doa.

Sepertimana diamalkan Rasulullah s.a.w :

"Ya Allah. Aku memohon cintaMu, dan cinta mereka yang mencintaiMu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cintaMu." (Riwayat al-Tirmizi)

Sabtu, 6 Mei 2017

Belajar Membaca Minda Penemu Duga

Berikut adalah 6 jenis penemu duga yang biasa ditemui:

1. Tak fokus


Stail beliau: Seperti tiada di dalam bilik temu duga. Fikiran beliau tidak fokus kepada sesi temu duga itu. Hal ini berlaku mungkin kerana beliau tidak bersedia untuk sesi temu duga itu atau bos beliau telah menyerahkan satu projek besar kepada beliau untuk dikendalikan sejurus sebelum sesi temu duga bermula.


Pendekatan terbaik anda: Untuk meninggalkan impresi atau membuat impak yang kuat terhadap seorang penemu duga yang tidak fokus adalah agak mustahil. Oleh itu, sampaikan semua maklumat penting anda secara ringkas. Tumpukan lebih masa anda untuk tindakan susulan kelak. Jika anda dapati penemu duga anda seperti tidak cukup masa, cadangkan kepada beliau agar sesi temu duga diadakan pada masa yang lain.


2. Macam kawan


Stail beliau: Suka tersenyum, membuat lawak dan menyuruh anda untuk bertenang. Ada dua jenis penemu duga macam kawan yang saya tahu:


penemu duga yang ingin disukai
penemu duga yang tahu bahawa jika anda sudah selesa dengan beliau, banyak maklumat yang mungkin anda tidak mahu sebut atau dedahkan akan terbongkar, misalnya tentang jumlah gaji yang dipohon.
Pendekatan terbaik anda: Anda boleh beramah mesra dengan beliau tetapi jaga tatasusila anda. Jangan terlalu berlebih-lebih dalam memberikan maklumat, takut anda menyesal pula kelak.


3. Suka bertanya


Stail beliau: Serius dan tidak pernah tersenyum. Beliau selalunya akan mengajukan soalan yang sukar tentang pengalaman kerja anda. Inilah satu sesi temu duga yang akan menyebabkan anda berkata, “Saya tak suka ditemu duga!”.


Pendekatan terbaik anda: Bertenang, tunjukkan keyakinan dan rasa hormat kepada penemu duga anda. Pada kebiasaannya, penemu duga suka bertanya ini percaya bahawa soalan yang sukar akan mencungkil potensi tersembunyi calon. Penting untuk anda ingat bahawa penemu duga seperti ini selalunya akan menjadi penasihat terbaik anda dalam sesi temu duga. Beliau juga boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan dengan memberikan tips yang berguna.


4. Satu topik


Stail beliau: Fokus kepada hanya satu topik, misalnya cara meningkatkan produktiviti.


Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Puaskan hati beliau dengan menjawab soalan yang ditanya. Ajukan soalan-soalan yang telah anda sediakan sebelum temu duga untuk Jabatan Sumber Manusia kelak.


5. Banyak topik


Stail beliau: Menyentuh banyak topik. Sekejap tentang jualan, selepas itu tentang polisi syarikat, kemudian tentang pengalaman kerja anda pula. Cabarannya ialah kesemua topik ini kadangkala tidak berkaitan dan anda tidak tahu bagaimana penemu duga banyak topik ini menilai kemampuan anda.


Pendekatan terbaik anda: Ikut rentak beliau. Di sinilah persediaan rapi yang anda buat sebelum temu duga akan berbaloi. Hal ini kerana anda boleh mengaitkan kekuatan dan kemahiran yang anda miliki dengan banyak aspek kerja.


6. Menunggu jawapan magik


Stail beliau: Percaya kepada hanya satu soalan magik untuk ditanya dan hanya satu respon magik untuk diterima yang bakal menentukan sama ada anda ialah orang yang terbaik untuk jawatan yang ditawarkan. Penemu duga jenis ini akan menanyakan dahulu beberapa soalan tentang pengalaman kerja dan kemahiran yang anda miliki. Kemudian, beliau akan bertanya pula soalan yang tiada kaitan dengan kerja seperti, “Beritahu saya bagaimana anda mengikat tali kasut.” atau “Jika anda diberi peluang makan malam di hotel lima bintang, siapakah yang akan anda bawa bersama?” Daripada jawapan anda ini, beliau akan memutuskan sama ada anda berjaya mendapat pekerjaan itu ataupun tidak.


Pendekatan terbaik anda: Jawab soalan yang ditanya dan teruskan sahaja sesi temu duga mengikut rentak beliau.


Ubah suai pendekatan anda mengikut jenis penemu duga


Apabila anda berjaya mengenal pasti jenis dan stail penemu duga anda dan mengubah suai pendekatan anda ketika sesi temu duga, anda telah berada pada satu tahap di hadapan pesaing anda. Ketika anda membuat persediaan untuk temu duga, tanya diri anda sendiri, “Bagaimanakah saya boleh mempelbagaikan jawapan saya mengikut stail penemu duga?”


Misalnya, dengan penemu duga satu topik, anda boleh memberikan pilihan kepadanya ketika menjawab soalan beliau dengan bertanya, “Adakah encik mahu saya bercakap tentang aspek kerja yang ini atau yang itu?” Jika anda ditanya tentang kejayaan anda melaksanakan satu tugasan, dengan penemu duga macam kawan, anda fokuskan lebih kepada kemahiran anda dalam kerja berpasukan. Bagi soalan yang sama, dengan penemu duga suka bertanya pula, anda mulakan jawapan dengan menyatakan hasil kerja individu anda.


Dengan memahami stail penemu duga anda, peluang anda untuk didengari oleh mereka adalah lebih cerah!



Jumaat, 5 Mei 2017

Perbezaan Air Mineral & Air Minuman


Pasti anda sering tersalah ambil atau tidak dapat membezakan air minuman (air suling) dan air mineral jika mahu membeli air. Perbezaan yang mungkin anda tahu adalah harganya dimana air mineral lebih mahal berbanding air minuman biasa. Namun tidak ramai yang peduli dengan harga. Namun, setelah anda minum, pasti anda akan mengatakan air yang anda minum rasanya lain, dan ada kalanya jika anda membeli air minuman jenama lain pula akan rasa lain pula. Tidak tahu mengapa? Ikuti beberapa info singkat yang menarik untuk menghuraikan persoalan perbezaan air minuman dan juga mineral semula jadi.


Air Minuman (Suling)
Rasanya lebih payau dan kelat. Manakala penutupnya akan hadir di dalam warna putih sahaja. Jika anda memilih air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan tidak tertulis “air minuman”. Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang. Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi.


Air Mineral semula jadi
Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada tertera tulisan “Air Mineral”. Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.


Sumber - Berita Bernama, Bloomberg

Khamis, 4 Mei 2017

~Hukum Berkahwin Dengan KHUNSA.~

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut.

Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).
Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.
Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.
Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.

Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.
Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Lalu,
Saidina Ali menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

“Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

“Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu,” katanya yang dipetik dari Harian Metro tidak lama dulu.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

“Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. “Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita,” katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

“Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.
“Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.
Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki.

Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

“Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya,” katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.

“Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

“Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.
“Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita,” katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

“Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.
“Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil,” katanya.


sumber - http://msdotinfo.blogspot.com

Rabu, 3 Mei 2017

Tidur Cara Nabi

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:


1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

JOM Kita Amalkan Dalam Harian kita!!

Selasa, 2 Mei 2017

Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh



Semua pasangan mahukan anak yang baik kan?..soo marilah kita berdoa kepada Allah agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah..
dibawah sedikit potongan ayat alquran untuk dijadikan doa.

1. “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

3. “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)

4. "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Baqarah: 128)

Isnin, 1 Mei 2017

~Mengapa Doaku Tidak Diterima Allah? ~




Pesanan Ibrahim Adham(Seorang sufi) berkenaan perbuatan yang yang menyebabkan doa kita terhalang dari dimakbulkan olehNya.
Saya percaya anda pernah baca kisah ini tapi ini sekadar peringatan untuk diri dan renungan bersama.



“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”


Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:


* Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

* Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

* Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

* Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

* Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)
* Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)


* Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

* Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

* Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

* Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”




sumber: Al Binory

Ahad, 30 April 2017

Tempat Tinggal Roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga
Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga
Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga
Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin
, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

Sabtu, 29 April 2017

~ 7 Jenis Nafsu ~

Nafsu Amarah
Nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran

Nafsu Lawamah
Nafsu yang menyedari apabila melakukakan kemungkaran,
beramal tetapi masih ada riak~


Nafsu Marhamah
Nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah,
mereka masih mengkritik diri sendiri~


Nafsu Mutmainah
Nafsu yang lemah lembut
mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa~


Nafsu Raudiah
Nafsu yang berusaha untuk melatih diri taqarrub dengan Allah taala~

Nafsu Mardiah
Nafsu yang paling diredhai Allah Taala~

Nafsu Kamaliah
Nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul~






"Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan"
(Surah al-Qiyamah, ayat 75:2)

~Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yg puas lg di Redhai-Nya~
(Surah al-Fajr, ayat 89:27-28)

Jumaat, 28 April 2017

Ritual Mencungkil Mata di India







Satu lagi festival ritual unik yang di lakukan di India, ritual tersebut bernama Khwaja Chishti Moinuddina. Namanya festival tentunya di hadiri oleh ramai orang, yang unik dari ritual ini adalah para peserta menusuk matanya pada bahagian atas dengan benda runcing atau benda tajam sehingga matanya terbeliak seperti hendak keluar.

Khamis, 27 April 2017

Tahukah anda pohon apakah ini?




❀ Ü“ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~

Sedikit sejarah mengenainya...

♥ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

♥ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

♥ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, Allahu Allah.

♥ Ü“ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Sumber : Fattabiouni Malaysia

Rabu, 26 April 2017

Bukti Mukjizat Rasulullah S.A.W.

Al-Quran Ada menceritakan Rasulullah telah membelah bulan menjadi dua bahagian dan mencantumkannya semula, bagi membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T. kepada umat Baginda.

dan gambar dibawah adalah bukti Mukjizat Rasulullah S.A.W. yg diberikan oleh Allah S.W.T.



Selasa, 25 April 2017

5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan..dah sampai masanya dia nak terkena paku pun bergitu unsur di khianati juga tidak mustahil.


Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :








1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah


2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.


3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.


4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.


5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.



Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.


Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.


Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jek kereta dan pastikan tayar gantian anda di dalam keadaan yang sempurna.


Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...