Isnin, 10 Julai 2017

Berkahwin Membuatkan Anda Panjang Umur – Kajian

Selain untuk ibadah dalam agama, ada alasan lain untuk seseorang berkahwin. Satu kajian mendapati bahawa berkahwin adalah kunci untuk hidup yang lebih sihat dan bertahan lebih lama.
 
Suatu kajian terbesar yang berpusat di Aston Medical School, Birmingham memantau kelangsungan hidup lebih dari satu orang yang mempunyai tiga faktor utama risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, dan diabetes tahap 2 antara tahun 2000 dan 2013.
 
Hasil kajian itu mendapati bahawa 16% orang yang tahap kolesterolnya tinggi lebih mungkin bertahan hidup jika sudah berkahwin. Hal itu juga berlaku untuk pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Mereka yang sudah berkahwin mempunyai peluang 14% dan 10% lebih tinggi untuk bertahan hidup berbanding dengan mereka yang masih bujang.

Walaupun hal itu tidak sepenuhnya dapat difahami, penyelidik meyakini bahawa sokongan yang didapati dari pasangan boleh menjadi kunci di sebalik peningkatan kelangsungan hidup. Secara khusus, para penyelidik mengesyaki bahawa orang akan lebih baik dalam menangani faktor risiko penyakit di atas jika mempunyai bantuan dari orang yang dicintai.
 
Bagi anda yang masih bujang tidak perlu rasa putus asa. Walaupun tahap kelangsungan hidup orang yang sudah berkahwin lebih baik, orang yang belum berkahwin juga boleh mendapatkan keuntungan kerana mempunyai hubungan dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh berunding dengan doktor umum mengenai cadangan dan sokongan yang boleh didapatkan.
 
Data daripada kajian di atas berasal dari kajian yang dilakukan oleh Algorithm for Comorbidities, Associations, Length of stay and Mortality (ACALM) yang merangkumi lebih daripada satu juta pesakit hospital di Eropah. Dr Paul Carter, penulis kajian utama yang berpusat di unit kajian ACALM bercakap mengenai kajian yang dilakukannya.
 
“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa perkahwinan menawarkan kesan perlindungan, sehingga orang yang mempunyai faktor risiko utama penyakit jantung mendapat sokongan dalam mengendalikan diri,” ujar Dr Paul.
 
“Penemuan ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk berkahwin, melainkan sebagai dorongan bagi orang untuk membina jaringan penyokong yang kuat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka,” tambah Dr Paul.
 
Penyelidikan baru ini menyokong beberapa kajian awal ACALM yang menunjukkan bahawa orang-orang yang menderita serangan jantung mempunyai tahap ketahanan hidup yang lebih tinggi jika mereka sudah berkahwin. Doktor memeriksa lebih lanjut mengenai hasil kajian itu untuk mendedahkan sebab-sebab mengapa beberapa pesakit bertahan sementara yang lain tidak dan juga apakah faktor perkahwinan boleh diterapkan pada keadaan lain yang menyebabkan penyakit jantung.
 
Sumber: Express, (8/6/2017)

Ahad, 9 Julai 2017

10 Gambar Yang Pernah ‘Mengejutkan’ Dunia

10. Kosovo Refugees (Carol Guzy)


 
9. War Underfoot (Carolyn Cole)



8. Thailand Massacre (Neil Ulevich)



7. After the Storm (Patrick Farrell)


6. The Power of One (Oded Balilty)


 
5. World Trade Center 9/11 (Steve Ludlum)


 
4. After the Tsunami (Arko Datta)


 
3. Bhopal Gas Tragedy 1984 (Pablo Bartholomew)


 
2. Operation Lion Heart (Deanne Fitzmaurice)


 
1. Tragedy of Omayra Sanchez (Frank Fourier)
 

Sabtu, 8 Julai 2017

Garisan Yang Memisahkan Siang Dan Malam Yang Berjaya Dirakam NASA

Pihak Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah berjaya merakam gambar yang cukup mengagumkan, iaitu garisan lembut yang memisahkan siang dan malam.


Gambar tersebut diambil oleh beberapa satelitnya yang berada tepat di atas Benua Afrika di bahagian utara dan juga di Eropah. Nampak lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap.



Pada bahagian atas Eropah Barat, boleh dilihat Kepulauan British dan Ireland, manakala di bahagian bawah pula merupakan Morocco yang terletak di benua Afrika. nampak morocco.
 
Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi.
 
Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena “bercampurnya” antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya.


Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.
 
Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.

Jumaat, 7 Julai 2017

Rasulullah S.A.W Larang Dekati Masjid Dalam Keadaan Berbau


Dalam bulan Ramadhan ini, pastinya ramai yang solat secara berjemaah di surau atau masjid kerana ingin melipatgandakan pahala sebanyak 70 kali ganda. Bukan itu sahaja, disyariatkan supaya umat Islam menunaikan solat Tarawih secara berjemaah, dan secara tak langsung ia menggalakkan kita untuk hadir ke masjid secara berterusan, walaupun sebelum ini kita hanya solat sendirian di rumah atau pejabat.


Namun, di dalam kita teruja untuk meramaikan masjid, perlu kita tahu adab-adab solat berjemaah. Antara salah satunya adalah memastikan bau badan kita sentiasa wangi dan menyenangkan. Atau dalam erti kata lain, badan kita tidak berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain. Perkara ini sering dianggap remeh, namun ia memberi kesan yang amat besar.
 

Mungkin di antara kita tidak sedar yang badan atau ketiak kita berbau, namun ia mudah disedari oleh orang lain. Bukan itu sahaja, disebabkan oleh ada yang tidak menggosok gigi kerana berpuasa, ataupun bau mulut perokok, bau mulut yang sangat kuat dan tidak menyenangkan ini akan mencetuskan ketidaksenangan bagi orang lain. Ini kerana bau-bau yang tidak menyenangkan ini akan mengganggu kekhusyukan solat jemaah di sebelah kita, dan bagi orang yang sangat sensitif dengan hal ini, ia pastinya akan langsung tidak mampu meneruskan solat.
 
Larangan Rasulullah S.A.W
Terdapat larangan oleh Rasulullah S.A.W mengenai mereka yang berbau mulut untuk tidak hadir ke masjid. Sabda Rasulullah S.A.W :
 
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ, الْبَقْلَةِ، الثّومِ (وَقَالَ مَرّةً: مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثّومَ وَالْكُرّاثَ) فَلاَ يَقْرَبَنّ مَسْجِدَنَا، فَإِنّ الْمَلاَئِكَةَ تَتَأَذّى مِمّا يَتَأَذّى مِنْهُ بَنُو آدَمَ”. (رواه مسلم)

“Barangsiapa yang memakan biji-bijian ini, yakni bawang putih (suatu kali beliau mengatakan, “Barangsiapa yang memakan bawang merah, bawang putih dan kurrats -sejenis daun bawang-), maka janganlah ia mendekati masjid kami, kerana malaikat merasa terganggu dengan hal (bau) yang membuat manusia terganggu.”[1HR.Muslim ]
 
Wajib tinggalkan solat berjemaah sementara waktu



Bagi mereka yang mempunyai masalah ini, adalah diwajibkan ke atas mereka untuk meninggalkan solat secara berjemaah buat sementara waktu, hinggalah bau itu hilang atau masalah itu diselesaikan terlebih dahulu. Dalam sabda Rasulullah S.A.W yang menerangkan mengenai bawang, itu hanyalah sebagai contoh, jelas Ibnu Hajar Al-Asqalani. Bau yang dimaksud adalah semua bau yang menyengat dan tidak sedap. Beliau berkata:
 
وقال ابن حجر : وقد ألْحَقَ بها الفقهاء ما في معناها من البقول الكريهة الرائحة ، كالفجل
“Para ulama ahli fiqh menyamakan hal ini kepada sesuatu yang semakna dengannya (bawang) seperti sayuran dan lobak yang menyengat.”[Fathul Bari 14/364 ]

Jadi, sama-samalah kita lebih peka ke atas bau badan atau bau mulut kita, lebih-lebih lagi jika kita kerap menunaikan solat secara berjemaah kerana ia dapat menjaga kekhusyukan solat kita serta orang lain, di samping menjaga silaturrahim sesama jemaah. Adalah lebih baik jika kita memakai wangian terlebih dahulu bagi menyenangkan baunya.
 
Wallahualam.
 
Sumber : Muslim Or Id

Khamis, 6 Julai 2017

SUBHANALLAH DOKTOR DEDAHKAN RAHSIA TALI KECIL YANG SELALU MELEKAT DI PISANG

Pisang mempunyai sumber Pottasium yang menakjubkan dan diantara buah-buahan yang paling baik untuk dijadikan snek. Satu-satunya kelemahan kepada buah adalah helai kulit yang menjengkelkan yang sebenarnya dikenali sebagai Phloem bundle yang anda boleh lihat apabila anda mengupas kulit pisang.
 
Tetapi, walaupun tali-tali kecil yang melekat itu bukanlah yang paling enak, mereka sebenarnya ia sangat penting dan kita tidak boleh menikmati pisang tanpanya, menurut Nicholas D. Gillitt, seorang akademik Amerika Syarikat yang memberikan sedikit petunjuk tentang rahsianya menurut laporan oleh Huffington Post.
 
Petunjuk tentang mengapa helaian serat tersebut sangat penting adalah disebabkan namanya. Phloem bundle adalah salah satu daripada dua jenis tisu pengangkutan yang boleh terdapat pada semua tumbuh-tumbuhan, dan menggerakkan nutrien dan bahan-bahan lain kepada seluruh tumbuhan.
 
Dalam pisang, helai phloem adalah sebab mengapa semua nutrien dapat diagihkan ke seluruh buah yang membolehkannya berkembang menjadi buah yang kita nampak sekarang.



SUBHANALLAH Doktor DEDAHKAN RAHSIA Tali Kecil Yang Selalu Melekat Di Pisang
 
Nicholas D. Gillitt, yang merupakan naib presiden penyelidikan pemakanan dan pengarah di Institut Dole Nutrition menjelaskan kepada Huffington Post: Phloem yang cukup diperlukan untuk mengagihkan nutrien ke seluruh tumbuhan.
 
Phloem bundle boleh dimakan dan ia mempunyai nutrisi yang sama dengan pisang, menurut Dr Gillitt.
 
Sumber:- DailyMail via ohmyvirall
 
Malah, tali-tali itu mungkin mengandungi lebih banyak serat daripada buah-buahan lain, katanya.

Rabu, 5 Julai 2017

5 Bayi Terbesar Dan Terberat Yang Pernah Dilahirkan Dalam Sejarah

5. Ademilton dos Santos, Brazil (7.7 kilogram)

Seorang wanita Brazil, Franasca dos Santos telah melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun 2005 seberat 8 kilogram melalui kaedah C-section di hospital di Salvador, Brazil. Ketika melahirkan, wanita ini berumur 38 tahun dan doktor mempercayai bahawa bayi yang bersaiz tak normal itu disebabkan oleh ibunya yang mempunyai penyakit kencing manis. Sehingga kini, bayi ini merupakan kelahiran bayi terberat yang pernah dicatatkan di Brazil. Bayi ini menerima bantuan oksigen kerana mengalami masalah pernafasan namun dia sihat walafiat. Hebat.

4. Nadia, Rusia (7.85 kilogram)

Pada September 2004, seorang bay perempuan dilahirkan dengan berat 7.85 kilogram oleh ibunya Tathyna Khalina, di hospital di kawasan Altai, Siberia, Rusia. Wanita berumur 43 tahun itu melahirkan bayinya juga dengan kaedah C-section. Bayi yang diberi nama Nadia itu menjadi seberat itu adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat oleh ibunya ketika mengandungkannnya. Tathyna pernah memberitahu sebuah akhbar dengan berkata “Saya makan segalanya. Kami tidak mempunyai banyak wang untuk makanan tertentu jadi saya hanya makan kentang, mee dan tomato. Sekali anak keluar betul-betul macam kentang dan tomato. Tapi tetap comel.

3. Akbar, Indonesia (8.67 kilogram)

Pasangan suami isteri Hananudlin dan Ani dianugerahkan seorang bayi lelaki seberat 8.67 kilogram yang dilahirkan di Hospital Abdul Manon di Kisaran Sumatra. Ibunya yang menghidap penyakit kencing manis mengambil masa 40 minit dengan kaedah C-section untuk melahirkan bayinya yang diberi nama Akbar dengan ukuran 62 sentimeter panjang. Ketika melahirkan, Ani berumur 41 tahun.

2. Carmelina Fadele melahirkan bayi lelaki, Itali (10.2 kilogram)

Wanita cekal Carmelina Fedele telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 10.2 kilogram pada 1995 di Aversa, Itali. Bayi ini merupakan bayi yang palin berat pernah direkodkan dalam sejarah dunia. Namun, tidak banyak maklumat berkenaan bayi ini. Guinness World Records telah mengabadikan bayi itu sebagai bayi terberat pernah dilahirkan di dunia.

1. Anna Bates melahirkan bayi dengan ukuran terpanjang, Amerika Syarikat (9.98 kilogram dan 71 sentimeter)

Seorang wanita daripada Kanada, Anna Bates telah melahirkan seorang lelaki seberat 9.98 kilogram dan berukuran 71 sentimeter pada 1879. Apa yang mengejutkan adalah wanita ini melahirkan bayinya dengan cara normal di Ohio, Amerika Syarikat. Namun tidak hairanlah bayi ini dilahirkan dengan ukuran tidak masuk akal itu kerana Anna Bates sendiri berketinggian 241 sentimeter, menurut Guinness World Records. Namun, bayi istimewa yang tidak bernama ini tidak bertahan lama apabila meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan, dan direkodkan sebagai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di dunia.
 
Bagi ibu yang akan melahirkan, selamat berjuang dan semoga berjaya.

Selasa, 4 Julai 2017

7 Kehilangan Misteri Pesawat Yang Masih Menjadi Tanda Tanya

7. Pesawat Star Ariel dan Star Tiger

Kapal terbang yang dikendalikan dibawah syarikat British South American Airways (BSAA) ini telah hilang tanpa sebarang kesan di Laut Atlantik pada 30 Januari 1948. Ia ketika itu dalam perjalanan dari Santa Maria dan Bermuda pada waktu awal pagi. Kehilangan kapal terbang ini masih belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini yang mana telah menyumbang kepada cerita misteri di Segitiga Bermuda.

6. Pesawat 739 Flying Tiger

Pada 16 Mac 1962, kehilangan pesawat 739 Flying Tiger ini telah menyebabkan terjadinya pencarian udara dan air terbesar dalam sejarah Pacific. Kapal terbang yang membawa 93 tentera Amerika Syarika dan 3 tentera Vietnam Selatan itu berlepas dari Travis Air Force Base, California ke Saigon, Vietnam. Selepas mengisi inyak di Andersen Air Force Base, ia kemudiannya menerukan perjalanan ke Clark Air Base di Filipina di mana tempat ia hilang. Kesemua yang berada di dalam pesawat tersebut diisytiharkan hilang dan dianggap sebagai telah mati.
 
5. Pesawat Glenn Miller

Sebelum kehilangan pesawat MH370 menjadi kehilangan terbesar dan tergempar, sebuah pesawat yang membawa anggota band yang terkenal dengan lagu “In the Mood and Moonlight Serenade”, Glen Miller, telah hilang ketika Perang Dunia Ke-2. Pesawat yang hilang pada 15 Disember 1944 itu dikatakan dilanda cuaca buruk sebelum hilang tanpa kesan, kemungkinan terjatuh ke dalam Terusan Inggeris ketika dalam perjalanan menghadiri konsert Christmas Day di Paris.

4. Pesawat Varig Boeing 737

Pesawat ini dijadualkan berlepas dari Sao Paulo, Brazil ke Belem,Brazil ini telah pada 3 September 1989. Pesawat ini melakukan beberapa hentian di beberapa tempat, dan sebelum berlepas ke destinasi terakhir, terdapat satu kesilapan dilakukan oleh krew pesawat itu. Mereka tersalah memasukkan maklumat ke komputer pesawat yang sepatutnya berlepas ke timur laut, namun telah berlepas ke barat melalui kawasan pedalaman di atas hutan Amazon. Malangnya, pesawat ini kehabisan minyak kerana tidak berjaya sampai ke hentian seterusnya, dan pesawat tersebut mendarat di dalam hutan di timur laut Rio de Janeiro. 54 orang mati dan ramai yang cedera parah. Mereka yang terselamat dijumpai dan diselamatkan 2 hari kemudian.
 
3. Pesawat DC-4 Canadian Pacific Airlines

Pesawat jenis Douglas DC-4 yang dikendalikan oleh Canadian Pacific Air Lines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver untuk ke Tokyo, dan dijadualkan untuk membuat hentian di Lapangan Terbang Anchorage di Alaska. Pesawat tersebut melaporkan diri di persimpangan Cape Spener di British Columbia. Ketika itu cuaca buruk sedang melanda dengan hujan lebat dan keadaan berais. Selepas daripada itu, tiada lagi berita yang diterima dan amaran kecemasan telah dikeluarkan apabila tiada laporan daripada pesawat itu. Kehilangan pesawat tersebut telah memaksa pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Kanada melakukan pencarian menyeluruh namun gagal menjumpai sebarang jejak mengenai pesawat itu. 37 penumpang dilaporkan hilang dan akhirnya pencarian tersebut dihentikan pada 31 Oktober 1951.

2. Pesawat 2501 Northwest Orient Airlines

Kehilangan pesawat yang membawa 55 orang penumpang dan 3 krew itu dianggap sebagai kemalangan pesawat komersial yang paling buruk dalam sejarah Amerika ketika itu. Pesawat Northwest Orient Airlines Flight 2501 menjalankan servis antara benua harian antara New York City dan Seattle seperti biasa ketika hilang pada malam 23 Jun 1950. Ia hilang ketika berada lebih kurang 1,100 meter di atas Tasik Michigan. Pencarian yang meluas dilakukan termasuklah menggunakan sonar dan menyauk dasar tasik tersebut dengan menggunakan pukat tunda namun tiada hasil.
 
1. Pesawat MH370 Malaysia Airlines

Peristiwa menyayat hati ini masih berlegar di minda rakyat Malaysia sehingga kini. Pesawat yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu telah lesap tanpa sebarang petanda pada 8 Mac 2014 ketika berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat Boeing 777-200ER yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines itu dikatakan hilang membuat panggilan terakhir ke pusat kawalan trafik pada pukul 1.19 pagi, kurang 30 minit selepas ia berlepas.
 
Pencarian demi pencarian telah dilakukan melibatkan kawasan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka namun sehingga kini usaha tersebut gagal membuahkan hasil. Pencarian itu dianggap sebaga pencarian terbesar di lautan dalam sejarah. Pakar-pakar mengatakan ia adalah sesuatu yang mustahil bagi pesawat sebesar itu untuk hilang tanpa sebarang kesan.


Pencarian dihentikan selama 34 bulan atas persetujuan Malaysia, Australia dan China di kawasan seluar 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi. Sehingga kini, masih tiada berita sahih mengenai pesawat ini.


Sumber : Wikipedia

Isnin, 3 Julai 2017

Homebush Bay: Hutan Terapung Di Atas Kapal Yang Berusia 106 Tahun

Homebush Bay yang terletak di Sydney Australia mempunyai keunikkan tersendiri kerana terdapat sisa-sisa limbungan kapal pecah yang sebelum ini pernah beroperasi pada abad ke-20.
 
Kapal besar ini sebenarnya telah ditunda ke Homebush Bay kerana tidak dapat digunakan lagi dan komponen yang selamat pada kapal tersebut turut diambil untuk dijadikan barang gantian dan digunakan pada kapal yang lain. Yang tinggal hanyalah rangka kapal yang buruk sahaja.


Kapal yang dimaksudkan itu adalah kapal SS Ayrfield yang mempunyai berat sebanyak 1140 tan dan telah dibina pada tahun 1911 sebagai kapal pengangkut arang batu yang kemudiannya digunakan semasa Perang Dunia II sebagai kapal pengangkutan.
 
Pada tahun 1972 ia telah dibawa ke Homebush Bay untuk dilupuskan tetapi keputusan ini berubah serta merta. Operasi di limbungan kapal tersebut kemudiannya diberhentikan dan sebahagian daripada beberapa kapal besar termasuk SS Ayrfield ditinggalkan.


Objek terbesar di kawasan tersebut sebelum ini tidak terkenal selama beberapa dekad disemakan terdapat tumpahan bahan kimia dan juga pencemaran. Tetapi hanya kapal pengangkutan yang terbiar inilah yang telah merubah persekitaran kawasan tersebut dengan menjadikan ia sebuah taman hutan terapung.


Ia telah menjadi sebuah rumah yang ditumbuhi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain yang menjadi rumah burung setelah ia tumbuh sejak beberapa dekad yang lalu.



Dari tahun 2008 sehingga 2010 pelbagai usaha bersepadu telah dibuat untuk mengeluarkan sebanyak mungkin bahan kimia yang berada di Homebush yang ditinggalkan pada era perindustrian lalu.

Tidak jauh dari situ terdapat kawasan yang dikenali sebagai Brickpit Ring Walk iaitu bekas tapak perindustrian di mana hampir tiga bilion bata telah dibuat di kilang tersebut semenjak 1911 sehingga 1980-an yang kini telah menjadi habitat semula jadi yang dilindungi.



Sejak kapal SS Ayrfield menjadi sebuah hutan terapung, teluk ini kini merupakan tempat yang popular untuk jurugambar yang ingin menambil gambar pemandangan yang luar biasa serta pelik tetapi ia tetap indah.
 
Sumber :
Thisiscolossal

Ahad, 2 Julai 2017

Hashima : Pulau Di Jepun Yang Dibiarkan Tak Berpenghuni


Jika anda pernah menonton movie James Bond : Skyfall, pastinya anda pernah melihat babak di mana terdapat sebuah pulau terbiar yang tidak berpenduduk. Ramai yang merasakan adegan di pulau tersebut adalah hasil daripada teknik CGI, namun tahukah anda pulau tersebut benar-benar wujud. Ya, ia adalah sebuah pulau yang terletak di Jepun.

Dibiarkan tidak berpenghuni selama 40 tahun

Pulau kecil yang berbentuk seakan-akan kapal perang itu dikenali sebagai “Hashima” yang bermaksud Pulau Kapal Perang yang terletak 15 kilometer dari Nagasaki. Gunkanjima (Pulau Kapal Perang dalam bahasa Jepun) merupakan salah satu daripada 505 pulau yang tidak berpenduduk di Jepun. Pulau yang dikelilingi oleh tembok laut itu mempunyai beberapa buah bangunan kongkrit yang terbengkalai dan tidak diganggu melainkan oleh alam semulajadi. Ia dibiarkan tidak berpenghuni lebih daripada 40 tahun.

Milik Mitsubishi Corporation

Dibina pada tahun 1887, pulau berkeluasan 16 ekar ini terkenal dengan lombong arang batu dalam laut. Pulau yang dikatakan berhantu ini dibangunkan oleh Mitsubishi Coporation dan dipercayai bahawa pulau ini berada betul-betul di atas sumber arang batu. Selepas 100 tahun, lombong itu menjadi semakin dalam dan panjang yang hasilnya dituai untuk membantu mengembangkan industri di Jepun.


Kepadatan penduduk tertinggi di dunia

Pulau ini mempunyai sebuah apartment 10 tingkat bagi menampung pekerjanya yang ramai. Selain itu, terdapat juga sekolah, restoran, kolam renang dan banyak lagi bagi para pekerja menjalani kehidupan normal seperti berada di tanah besar. Pulau itu mencapai kemuncak penduduk tertinggi pada tahun 1959 dengan penduduk seramai 5,259 orang dan dianggap sebagai kepadatan penduduk tertinggi dunia yang pernah dicatatkan.
 
Banduan Perang Dunia Kedua dijadikan pekerja

Orang awam Korea dan banduan perang China yang ditawan ketika Perang Dunia Kedua dikerah untuk bekerja di dalam keadaan yang sangat teruk serta layanan yang diberikan amatlah tidak patut di dasar yang dikeluarkan oleh Jepun bermula dari tahun 1930 sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua. Dianggarkan seramai 1,300 orang pekerja yang dikerah mati di pulau tersebut akibat daripada kemalangan, keletihan serta tidak cukup makan. Pada tahun 1941, pulau yang berkeluasan kurang daripada satu kilometer persegi itu menghasilkan 400,000 metrik tan arang batu dalam setahun. Sehinggalah arang batu di sini telah habis.
 
Ditutup selepas kehabisan sumber arang batu


Selepas sumber arang batu di pulau ini habis, Mitsubishi mengambil keputusan untuk menutup pulau tersebut dan ianya dibiarkan sejak daripada itu. Apartment dan bangunan-bangunan lain mula menjadi usang dan ada yang runtuh. Pokok-pokok menjalar di setiap penjuru, suratkhabar berterbangan ditiup anging. Pulau ini masih berada dalam keadaan yang sama seperti ia ditinggalkan lebih 50 tahun lalu.
 
Tersenarai dalam UNESCO World Heritage


Pulau ini pernah menjadi tarikan pelancong satu ketika dahulu kerana keadaannya yang tidak diganggu oleh sesiapa dan dibenarkan untuk dilawati oleh kerajaan Jepun namun ditutup semula dari 1974 sehingga 2009. Pulau misteri ini kemudian dibuka semula untuk dilawati dan telah diluluskan oleh senarai UNESCO World Heritage pada 5 Julai 2015.
 
Untuk melawati pulau ini secara virtual dengan paparan 360 darjah, sila lawati laman web ini
: Hashima Island

Sumber :
1. Wikipedia
2. The Verge

Sabtu, 1 Julai 2017

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Jumaat, 30 Jun 2017

Ujian personaliti melalui gambar pertama yang terlintas di minda anda

A. Budak perempuan
Bagi individu normal: Anda seorang yang baik hati, memahami, mudah didekati, pendengar yang baik dan juga mampu meningkatkan mood seseorang. Rakan-rakan juga sukar untuk mendengar anda merungut mengenai sesuatu perkara. Anda seorang yang penuh dengan emosi dan cenderung untuk melihat kebaikan dalam diri individu lain.
Bagi rakan anda: Anda merupakan orang berada, bersikap emosional tetapi masih rasional. Anda seorang yang simple, suci dan romantik. Bagi mereka, anda merupakan pendengar yang baik selain mempunyai sikap yang natural dan memudahkan anda untuk bergaul dengan generasi lebih muda mahupun generasi yang lebih tua daripada anda.
Bagi keluarga anda: Anda seorang yang tenang, tidak suka marah, simple dan lebih mementingkan kegembiraan individu di sekeliling anda. Kebaikan hati anda merangkumi tahap kesetiaan yang tinggi selain sanggup membayar sesuatu untuk orang lain, sanggup memikul tanggungjawab sama ada terhadap rakan-rakan, keluarga, pasangan dan sebagainya.

B. Tengkorak
Bagi individu normal: Anda seorang yang bersikap tradisional, rasional dan gemar berkomunikasi dengan masyarakat kerana tertarik dengan latar belakang individu yang berlainan.
Selain itu, anda mempunyai dua personaliti iaitu mudah mesra dan kadang-kala lebih gemar mendiamkan diri menyebabkan individu di sekeliling anda merasakan anda seseorang yang penuh dengan kejutan.
Bagi rakan anda: Perbezaan personaliti dalaman dan luaran anda begitu ketara. Anda boleh menjadi dinamik dan statik, maya dan reality, anda akan melihat kepada situasi untuk melakukan keputusan, kerap kali membuatkan orang lain garu kepala dengan karakter anda selain mempunyai naluri yang kuat. Anda boleh menjadi seorang yang mudah mesra tetapi sukar dipengaruhi.
Bagi keluarga anda: Anda seorang yang tenang, tidak suka marah, simple dan lebih mementingkan kegembiraan individu di sekeliling anda. Kebaikan hati anda merangkumi tahap kesetiaan yang tinggi selain sanggup membayar sesuatu untuk orang lain, sanggup memikul tanggungjawab sama ada terhadap rakan-rakan, keluarga, pasangan dan sebagainya.

C. Rama-rama
Bagi individu normal: Perbezaan personaliti dalaman dan luaran anda begitu ketara. Anda boleh menjadi dinamik dan statik, maya dan realiti, anda akan melihat kepada situasi untuk melakukan keputusan, kerap kali membuatkan orang lain garu kepala dengan karakter anda selain mempunyai naluri yang kuat. Anda boleh menjadi seorang yang mudah mesra tetapi sukar dipengaruhi.
Bagi rakan anda: Anda mempunyai personaliti yang pelbagai, seseorang yang berfikiran panjang, misteri dan sangat menarik. Selain itu, anda juga seseorang yang sangat berterus-terang, mudah bergaul dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang di mana kadang-kala ianya akan membuatkan orang lain mengambil kesempatan terhadap anda.
Bagi keluarga anda: Anda mempunyai perasaan yang artistik, boleh melakukan pekerjaan dengan teratur serta mudah bergaul dengan orang lain. Pada mereka, anda merupakan pendengar yang baik dalam apa jua situasi dan mampu memberikan nasihat yang sangat berguna. Kebolehan anda untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik menyebabkan anda sering dikelilingi ramai kawan.

D. Labah-labah
Bagi individu normal: Anda mahu mencuba perkara baharu tetapi lebih cenderung untuk kekal dengan konsep sedia ada. Anda mempunyai semangat revolusi yang tinggi dan lebih memandang ke hadapan berbanding memikirkan apa yang telah berlaku sebelumnya. Tidak ramai individu yang mampu melakukan perkara sebegitu bak kata pepatah ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.
Bagi rakan anda: Anda mempunyai perasaan yang artistik, boleh lakukan pekerjaan dengan teratur serta mudah bergaul dengan orang lain. Pada mereka, anda merupakan pendengar yang baik dalam apa jua situasi dan mampu memberikan nasihat yang sangat berguna. Kebolehan anda untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik menyebabkan anda sering dikelilingi ramai kawan.
Bagi keluarga anda: Anda seseorang yang menyeronokkan dan berupaya mengalirkan tenaga positif kepada individu lain. Di samping menjadi seseorang yang sentiasa ceria dan mampu mengawal emosi dengan baik, anda tidak lupa untuk memikirkan sesuatu secara mendalam dan rasional.
Dalam erti kata lain, anda adalah seorang yang serius tetapi boleh menghiburkan orang lain dan menghidupkan suasana yang ceria.
Sumber: Our Star Sky

Khamis, 29 Jun 2017

10 Gambar Penyamaran Haiwan Yang Sangat Menakjubkan

#1 Ulat bulu Baron

Kredit: Wohin Auswandern

#2 Leaf-tailed gecko (cicak mengkarung yang kelihatan seperti dedaun kering)

Kredit: Thomas Marent
 
#3 Katak kodok berbentuk daun

Kredit: CHRISTIAN ZIEGLER

#4 Kuda laut Pgymy

Kredit: Steve Childs
 
#5 Labah-labah ‘wrap-around’

Kredit: Eine_Bier_Getrunken
 
#6 Labah-labah serigala

Kredit: Piet Grobler

#7 Harimau bintang salji

Kredit: Raghu Chundawat
 
#8 Mentadak

Kredit: phasmatodea
 
#9 Ikan batu

Kredit: domhyde
 
#10 Sotong kurita Mediterranean

Kredit: Solju
 
Sumber: Bored Panda

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...