Jumaat, 14 Julai 2017

HUKUM TONTON BLUE FILEM DENGAN ISTERI?




ASSALAMUALAIKUM ustaz, saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks. Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meransangkan nafsunya dulu sebelum melakukan hubungan kelamin. Apa pendapat ustaz?

JAWAPAN :
Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda, Ertinya;

“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana disiplin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih, jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula. Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian

Khamis, 13 Julai 2017

9 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita

1. TIADA WARNA ATAU JERNIH

Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.
 
2. WARNA KUNING PUCAT

Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.
 
3. WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG


Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.
 
4. WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU
Air kencing berwarna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir tahap ‘normal’ badan seseorang itu. Ini menunjukkan bahawa anda tidak mendapatkan kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus berfungsi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.
 
5. WARNA COKLAT


Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.

6. WARNA KEMERAH-MERAHAN


Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing, ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.
 
7. WARNA OREN
Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.
 
8. WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN
Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.
 
9. AIR KENCING BERBUIH
Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku. Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk.
 
Selamat menjalani hidup yang lebih sihat !
 
Sumber : siraplimau

Rabu, 12 Julai 2017

10 Tanda Wanita Dicintai Oleh Jin Lelaki

 Gempar !!! Tanda Jin Jantan JATUH Cinta Yang Ramai Tak Tahu !!! | Jin merupakan salah satu ciptaan Tuhan dan mereka juga memiliki rasa cinta seperti layaknya manusia, bahkan diantara mereka ada yang menyukai manusia dan ternyata ada tanda wanita dicintai oleh jin jantan. Benarkah itu? Apakah tanda-tandanya?
 
Jin memiliki jenis kelamin yang sama dengan manusia iaitu lelaki dan wanita. Mereka juga memiliki perasaan, dan bahkan makhluk ini ada yang memiliki perasaan cinta terhadap manusia. Berikut adalah tanda seorang wanita dicintai jin jantan:
  
Sering bermimpi didatangi oleh seorang lelaki

Wanita yang dicintai oleh jin biasanya sering bermimpi didatangi oleh seorang laki-laki. Lelaki dalam mimpinya merupakan orang yang dikenalnya seperti teman atau juga seseorang yang tidak dikenalinya. Keadaan laki-laki dalam mimpi itu terlihat lebih tampan dan menarik. Dalam mimpi itu seorang wanita mungkin hanya berpandangan saja atau sekadar berkenalan dengan lelaki itu, namun ada juga yang sampai bercinta dengannya.


Jika jin jantan yang menyukainya adalah jin saka maka seorang wanita akan didatangi dalam mimpi oleh seorang lelaki sejak dirinya masih kecil dan wanita yang mengalami hal ini sangat susah untuk melepaskan diri dari jin itu kerana cintanya sangat dalam.


Wanita yang dicintai jin biasanya didatangi oleh sosok makhluk ganjil, orang yang tidak dikenal, atau bahkan sosok yang mirip dengan suaminya. Kedatangan makhluk ini dapat terjadi ketika seorang wanita dalam keadaan terjaga, sedar, dan juga bisa dalam keadaan tidak sedar. Keadaan makhluk ini sangat menarik dan memukau sehingga mampu membuat banyak wanita yang tergoda dan bahkan telah melakukan hubungan intim dengannya.


Ada sesuatu yang bergerak di bagian kemaluan

Salah satu tanda seorang wanita dicintai oleh jin iaitu di bahagian kemaluannya seperti ada sesuatu yang bergerak hingga menimbulkan rasa gatal dan bahkan nafsu berahi yang sangat besar. Hal inilah yang menyebabkan seseorang suka melakukan seks bebas kerana nafsunya yang tiba-tiba tinggi.


Mudah jatuh cinta kepada setiap lelaki

Tanda Jin jatuh cinta pada kita selanjutnya yaitu kita akan mudah jatuh cinta kepada setiap lelaki yang dijumpai meskipun kita telah memiliki suami. Hal ini dapat mengakibatkan seorang wanita melakukan kecurangan dengan lelaki lainnya.
 
Ada sesuatu yang bergerak di atas tubuh.

Jika seorang wanita pernah merasakan ada sesuatu atau benda yang bergerak diatas tubuhnya bererti wanita itu telah dicintai jin.
 
Merasa selalu ada yang diperhatikan
Seorang wanita yang dicintai jin akan merasa seperti dimata-matai atau diintai oleh seorang laki-laki dari kejauhan dalam setiap gerak-gerinya.


Malas menunaikan solat.
Tanda seorang perempuan dicintai jin yaitu akan merasa malas untuk menunaikan sholat dan setiap akan menunaikan ibadah ini selalu ada halangan atau bahkan wanita itu sengaja untuk meninggalkan ibadah sholat ini.
 
Tubuh merasa lemas

Seseorang yang dicintai jin akan merasa lemas tanpa sebab dan bahkan akan merasa letih padahal tidak melakukan aktiviti dan tenaga kurang tiba-tiba.
 
Mengalami masalah ketika tidur
Wanita yang dicintai jin akan mengalami masalah dalam tidurnya dan ketika bangun pada pagi harinya badan terasa lemas dan letih. Secara umumya normal apabila setelah bangun tidur badan terasa lebih baik dan tenang.
 
Sakit di bagian kepala
Seseorang yang dicintai jin kadang kala mengalami sakit pada bagian kepala dan sakit ini terjadi tanpa sebab yang jelas.
 
Itulah beberapa informasi sekitar 10 tanda wanita dicintai oleh jin jantan sehingga Anda dapat mengesan sendiri apakah temasuk dalam salah satu wanita yang dicintai oleh jin…
 
Sumber Kisah Seram Dan Misteri

Selasa, 11 Julai 2017

LEMBU TERBESAR DI INDIA BERNILAI RM13.6 JUTA SEBERAT 1.5 TAN, GEMAR MINUM MINUMAN KERAS


Lihatlah tubuh lembu ini. Ia seberat 1.5 tan!


Sultan nama diberi. Manakala ‘whiskey’ pula merupakan kegemarannnya. Ya, kami tidak menipu anda ya. Pada setiap malam, ia akan minum sebotol air minuman keras kegemarannya. Tidak dapat juga kami bayangkan bagaimanalah lidahnya boleh merasa air tersebut. Entahlah….


Lembu terbesar di India bernilai RM13.6 juta seberat 1.5 tan, gemar minum minuman keras

“Kami membawanya berjalan sepanjang 5 kilometer pada setiap pagi, manakala waktu petang pula kami akan memberikannya minum sebotol whiskey”, kata tuan kepada Sultan, Naresh Kumar. Tambahnya lagi, Sultan juga bernilai lebih RM13.6 Juta.
 
“Ia telah memenangi hadiah pertama di dalam 7 buah pertandingan”, tambahnya.


Naresh berasal dari Haryana, India mendakwa lembunya itu merupakan lembu paling mahal dan besar di India
 
Melihat sahaja pada kos makanan Sultan, ia sudah cukup untuk anda pergi menyorok sahaja.
 
Saban hari, ia akan memakan seberat 33 paun epal, 44 paun lobak merah, 22 paun bijirin dan 22 paun rumput, selain diberikan berpuluh-puluh gelas susu.


Kos perbelanjaan Sultan dapat diimbangi dengan hasil penjualan air maninya yang bernilai kira-kira $150,000 (RM642,000) setiap tahun.


Isnin, 10 Julai 2017

Berkahwin Membuatkan Anda Panjang Umur – Kajian

Selain untuk ibadah dalam agama, ada alasan lain untuk seseorang berkahwin. Satu kajian mendapati bahawa berkahwin adalah kunci untuk hidup yang lebih sihat dan bertahan lebih lama.
 
Suatu kajian terbesar yang berpusat di Aston Medical School, Birmingham memantau kelangsungan hidup lebih dari satu orang yang mempunyai tiga faktor utama risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, dan diabetes tahap 2 antara tahun 2000 dan 2013.
 
Hasil kajian itu mendapati bahawa 16% orang yang tahap kolesterolnya tinggi lebih mungkin bertahan hidup jika sudah berkahwin. Hal itu juga berlaku untuk pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Mereka yang sudah berkahwin mempunyai peluang 14% dan 10% lebih tinggi untuk bertahan hidup berbanding dengan mereka yang masih bujang.

Walaupun hal itu tidak sepenuhnya dapat difahami, penyelidik meyakini bahawa sokongan yang didapati dari pasangan boleh menjadi kunci di sebalik peningkatan kelangsungan hidup. Secara khusus, para penyelidik mengesyaki bahawa orang akan lebih baik dalam menangani faktor risiko penyakit di atas jika mempunyai bantuan dari orang yang dicintai.
 
Bagi anda yang masih bujang tidak perlu rasa putus asa. Walaupun tahap kelangsungan hidup orang yang sudah berkahwin lebih baik, orang yang belum berkahwin juga boleh mendapatkan keuntungan kerana mempunyai hubungan dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh berunding dengan doktor umum mengenai cadangan dan sokongan yang boleh didapatkan.
 
Data daripada kajian di atas berasal dari kajian yang dilakukan oleh Algorithm for Comorbidities, Associations, Length of stay and Mortality (ACALM) yang merangkumi lebih daripada satu juta pesakit hospital di Eropah. Dr Paul Carter, penulis kajian utama yang berpusat di unit kajian ACALM bercakap mengenai kajian yang dilakukannya.
 
“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa perkahwinan menawarkan kesan perlindungan, sehingga orang yang mempunyai faktor risiko utama penyakit jantung mendapat sokongan dalam mengendalikan diri,” ujar Dr Paul.
 
“Penemuan ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk berkahwin, melainkan sebagai dorongan bagi orang untuk membina jaringan penyokong yang kuat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka,” tambah Dr Paul.
 
Penyelidikan baru ini menyokong beberapa kajian awal ACALM yang menunjukkan bahawa orang-orang yang menderita serangan jantung mempunyai tahap ketahanan hidup yang lebih tinggi jika mereka sudah berkahwin. Doktor memeriksa lebih lanjut mengenai hasil kajian itu untuk mendedahkan sebab-sebab mengapa beberapa pesakit bertahan sementara yang lain tidak dan juga apakah faktor perkahwinan boleh diterapkan pada keadaan lain yang menyebabkan penyakit jantung.
 
Sumber: Express, (8/6/2017)

Ahad, 9 Julai 2017

10 Gambar Yang Pernah ‘Mengejutkan’ Dunia

10. Kosovo Refugees (Carol Guzy)


 
9. War Underfoot (Carolyn Cole)



8. Thailand Massacre (Neil Ulevich)



7. After the Storm (Patrick Farrell)


6. The Power of One (Oded Balilty)


 
5. World Trade Center 9/11 (Steve Ludlum)


 
4. After the Tsunami (Arko Datta)


 
3. Bhopal Gas Tragedy 1984 (Pablo Bartholomew)


 
2. Operation Lion Heart (Deanne Fitzmaurice)


 
1. Tragedy of Omayra Sanchez (Frank Fourier)
 

Sabtu, 8 Julai 2017

Garisan Yang Memisahkan Siang Dan Malam Yang Berjaya Dirakam NASA

Pihak Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah berjaya merakam gambar yang cukup mengagumkan, iaitu garisan lembut yang memisahkan siang dan malam.


Gambar tersebut diambil oleh beberapa satelitnya yang berada tepat di atas Benua Afrika di bahagian utara dan juga di Eropah. Nampak lampu-lampu masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap.



Pada bahagian atas Eropah Barat, boleh dilihat Kepulauan British dan Ireland, manakala di bahagian bawah pula merupakan Morocco yang terletak di benua Afrika. nampak morocco.
 
Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh para saintis dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi.
 
Gambar ini pula memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena “bercampurnya” antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya.


Perhatikan gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.
 
Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.

Jumaat, 7 Julai 2017

Rasulullah S.A.W Larang Dekati Masjid Dalam Keadaan Berbau


Dalam bulan Ramadhan ini, pastinya ramai yang solat secara berjemaah di surau atau masjid kerana ingin melipatgandakan pahala sebanyak 70 kali ganda. Bukan itu sahaja, disyariatkan supaya umat Islam menunaikan solat Tarawih secara berjemaah, dan secara tak langsung ia menggalakkan kita untuk hadir ke masjid secara berterusan, walaupun sebelum ini kita hanya solat sendirian di rumah atau pejabat.


Namun, di dalam kita teruja untuk meramaikan masjid, perlu kita tahu adab-adab solat berjemaah. Antara salah satunya adalah memastikan bau badan kita sentiasa wangi dan menyenangkan. Atau dalam erti kata lain, badan kita tidak berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain. Perkara ini sering dianggap remeh, namun ia memberi kesan yang amat besar.
 

Mungkin di antara kita tidak sedar yang badan atau ketiak kita berbau, namun ia mudah disedari oleh orang lain. Bukan itu sahaja, disebabkan oleh ada yang tidak menggosok gigi kerana berpuasa, ataupun bau mulut perokok, bau mulut yang sangat kuat dan tidak menyenangkan ini akan mencetuskan ketidaksenangan bagi orang lain. Ini kerana bau-bau yang tidak menyenangkan ini akan mengganggu kekhusyukan solat jemaah di sebelah kita, dan bagi orang yang sangat sensitif dengan hal ini, ia pastinya akan langsung tidak mampu meneruskan solat.
 
Larangan Rasulullah S.A.W
Terdapat larangan oleh Rasulullah S.A.W mengenai mereka yang berbau mulut untuk tidak hadir ke masjid. Sabda Rasulullah S.A.W :
 
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ, الْبَقْلَةِ، الثّومِ (وَقَالَ مَرّةً: مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثّومَ وَالْكُرّاثَ) فَلاَ يَقْرَبَنّ مَسْجِدَنَا، فَإِنّ الْمَلاَئِكَةَ تَتَأَذّى مِمّا يَتَأَذّى مِنْهُ بَنُو آدَمَ”. (رواه مسلم)

“Barangsiapa yang memakan biji-bijian ini, yakni bawang putih (suatu kali beliau mengatakan, “Barangsiapa yang memakan bawang merah, bawang putih dan kurrats -sejenis daun bawang-), maka janganlah ia mendekati masjid kami, kerana malaikat merasa terganggu dengan hal (bau) yang membuat manusia terganggu.”[1HR.Muslim ]
 
Wajib tinggalkan solat berjemaah sementara waktu



Bagi mereka yang mempunyai masalah ini, adalah diwajibkan ke atas mereka untuk meninggalkan solat secara berjemaah buat sementara waktu, hinggalah bau itu hilang atau masalah itu diselesaikan terlebih dahulu. Dalam sabda Rasulullah S.A.W yang menerangkan mengenai bawang, itu hanyalah sebagai contoh, jelas Ibnu Hajar Al-Asqalani. Bau yang dimaksud adalah semua bau yang menyengat dan tidak sedap. Beliau berkata:
 
وقال ابن حجر : وقد ألْحَقَ بها الفقهاء ما في معناها من البقول الكريهة الرائحة ، كالفجل
“Para ulama ahli fiqh menyamakan hal ini kepada sesuatu yang semakna dengannya (bawang) seperti sayuran dan lobak yang menyengat.”[Fathul Bari 14/364 ]

Jadi, sama-samalah kita lebih peka ke atas bau badan atau bau mulut kita, lebih-lebih lagi jika kita kerap menunaikan solat secara berjemaah kerana ia dapat menjaga kekhusyukan solat kita serta orang lain, di samping menjaga silaturrahim sesama jemaah. Adalah lebih baik jika kita memakai wangian terlebih dahulu bagi menyenangkan baunya.
 
Wallahualam.
 
Sumber : Muslim Or Id

Khamis, 6 Julai 2017

SUBHANALLAH DOKTOR DEDAHKAN RAHSIA TALI KECIL YANG SELALU MELEKAT DI PISANG

Pisang mempunyai sumber Pottasium yang menakjubkan dan diantara buah-buahan yang paling baik untuk dijadikan snek. Satu-satunya kelemahan kepada buah adalah helai kulit yang menjengkelkan yang sebenarnya dikenali sebagai Phloem bundle yang anda boleh lihat apabila anda mengupas kulit pisang.
 
Tetapi, walaupun tali-tali kecil yang melekat itu bukanlah yang paling enak, mereka sebenarnya ia sangat penting dan kita tidak boleh menikmati pisang tanpanya, menurut Nicholas D. Gillitt, seorang akademik Amerika Syarikat yang memberikan sedikit petunjuk tentang rahsianya menurut laporan oleh Huffington Post.
 
Petunjuk tentang mengapa helaian serat tersebut sangat penting adalah disebabkan namanya. Phloem bundle adalah salah satu daripada dua jenis tisu pengangkutan yang boleh terdapat pada semua tumbuh-tumbuhan, dan menggerakkan nutrien dan bahan-bahan lain kepada seluruh tumbuhan.
 
Dalam pisang, helai phloem adalah sebab mengapa semua nutrien dapat diagihkan ke seluruh buah yang membolehkannya berkembang menjadi buah yang kita nampak sekarang.



SUBHANALLAH Doktor DEDAHKAN RAHSIA Tali Kecil Yang Selalu Melekat Di Pisang
 
Nicholas D. Gillitt, yang merupakan naib presiden penyelidikan pemakanan dan pengarah di Institut Dole Nutrition menjelaskan kepada Huffington Post: Phloem yang cukup diperlukan untuk mengagihkan nutrien ke seluruh tumbuhan.
 
Phloem bundle boleh dimakan dan ia mempunyai nutrisi yang sama dengan pisang, menurut Dr Gillitt.
 
Sumber:- DailyMail via ohmyvirall
 
Malah, tali-tali itu mungkin mengandungi lebih banyak serat daripada buah-buahan lain, katanya.

Rabu, 5 Julai 2017

5 Bayi Terbesar Dan Terberat Yang Pernah Dilahirkan Dalam Sejarah

5. Ademilton dos Santos, Brazil (7.7 kilogram)

Seorang wanita Brazil, Franasca dos Santos telah melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun 2005 seberat 8 kilogram melalui kaedah C-section di hospital di Salvador, Brazil. Ketika melahirkan, wanita ini berumur 38 tahun dan doktor mempercayai bahawa bayi yang bersaiz tak normal itu disebabkan oleh ibunya yang mempunyai penyakit kencing manis. Sehingga kini, bayi ini merupakan kelahiran bayi terberat yang pernah dicatatkan di Brazil. Bayi ini menerima bantuan oksigen kerana mengalami masalah pernafasan namun dia sihat walafiat. Hebat.

4. Nadia, Rusia (7.85 kilogram)

Pada September 2004, seorang bay perempuan dilahirkan dengan berat 7.85 kilogram oleh ibunya Tathyna Khalina, di hospital di kawasan Altai, Siberia, Rusia. Wanita berumur 43 tahun itu melahirkan bayinya juga dengan kaedah C-section. Bayi yang diberi nama Nadia itu menjadi seberat itu adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat oleh ibunya ketika mengandungkannnya. Tathyna pernah memberitahu sebuah akhbar dengan berkata “Saya makan segalanya. Kami tidak mempunyai banyak wang untuk makanan tertentu jadi saya hanya makan kentang, mee dan tomato. Sekali anak keluar betul-betul macam kentang dan tomato. Tapi tetap comel.

3. Akbar, Indonesia (8.67 kilogram)

Pasangan suami isteri Hananudlin dan Ani dianugerahkan seorang bayi lelaki seberat 8.67 kilogram yang dilahirkan di Hospital Abdul Manon di Kisaran Sumatra. Ibunya yang menghidap penyakit kencing manis mengambil masa 40 minit dengan kaedah C-section untuk melahirkan bayinya yang diberi nama Akbar dengan ukuran 62 sentimeter panjang. Ketika melahirkan, Ani berumur 41 tahun.

2. Carmelina Fadele melahirkan bayi lelaki, Itali (10.2 kilogram)

Wanita cekal Carmelina Fedele telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 10.2 kilogram pada 1995 di Aversa, Itali. Bayi ini merupakan bayi yang palin berat pernah direkodkan dalam sejarah dunia. Namun, tidak banyak maklumat berkenaan bayi ini. Guinness World Records telah mengabadikan bayi itu sebagai bayi terberat pernah dilahirkan di dunia.

1. Anna Bates melahirkan bayi dengan ukuran terpanjang, Amerika Syarikat (9.98 kilogram dan 71 sentimeter)

Seorang wanita daripada Kanada, Anna Bates telah melahirkan seorang lelaki seberat 9.98 kilogram dan berukuran 71 sentimeter pada 1879. Apa yang mengejutkan adalah wanita ini melahirkan bayinya dengan cara normal di Ohio, Amerika Syarikat. Namun tidak hairanlah bayi ini dilahirkan dengan ukuran tidak masuk akal itu kerana Anna Bates sendiri berketinggian 241 sentimeter, menurut Guinness World Records. Namun, bayi istimewa yang tidak bernama ini tidak bertahan lama apabila meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan, dan direkodkan sebagai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di dunia.
 
Bagi ibu yang akan melahirkan, selamat berjuang dan semoga berjaya.

Selasa, 4 Julai 2017

7 Kehilangan Misteri Pesawat Yang Masih Menjadi Tanda Tanya

7. Pesawat Star Ariel dan Star Tiger

Kapal terbang yang dikendalikan dibawah syarikat British South American Airways (BSAA) ini telah hilang tanpa sebarang kesan di Laut Atlantik pada 30 Januari 1948. Ia ketika itu dalam perjalanan dari Santa Maria dan Bermuda pada waktu awal pagi. Kehilangan kapal terbang ini masih belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini yang mana telah menyumbang kepada cerita misteri di Segitiga Bermuda.

6. Pesawat 739 Flying Tiger

Pada 16 Mac 1962, kehilangan pesawat 739 Flying Tiger ini telah menyebabkan terjadinya pencarian udara dan air terbesar dalam sejarah Pacific. Kapal terbang yang membawa 93 tentera Amerika Syarika dan 3 tentera Vietnam Selatan itu berlepas dari Travis Air Force Base, California ke Saigon, Vietnam. Selepas mengisi inyak di Andersen Air Force Base, ia kemudiannya menerukan perjalanan ke Clark Air Base di Filipina di mana tempat ia hilang. Kesemua yang berada di dalam pesawat tersebut diisytiharkan hilang dan dianggap sebagai telah mati.
 
5. Pesawat Glenn Miller

Sebelum kehilangan pesawat MH370 menjadi kehilangan terbesar dan tergempar, sebuah pesawat yang membawa anggota band yang terkenal dengan lagu “In the Mood and Moonlight Serenade”, Glen Miller, telah hilang ketika Perang Dunia Ke-2. Pesawat yang hilang pada 15 Disember 1944 itu dikatakan dilanda cuaca buruk sebelum hilang tanpa kesan, kemungkinan terjatuh ke dalam Terusan Inggeris ketika dalam perjalanan menghadiri konsert Christmas Day di Paris.

4. Pesawat Varig Boeing 737

Pesawat ini dijadualkan berlepas dari Sao Paulo, Brazil ke Belem,Brazil ini telah pada 3 September 1989. Pesawat ini melakukan beberapa hentian di beberapa tempat, dan sebelum berlepas ke destinasi terakhir, terdapat satu kesilapan dilakukan oleh krew pesawat itu. Mereka tersalah memasukkan maklumat ke komputer pesawat yang sepatutnya berlepas ke timur laut, namun telah berlepas ke barat melalui kawasan pedalaman di atas hutan Amazon. Malangnya, pesawat ini kehabisan minyak kerana tidak berjaya sampai ke hentian seterusnya, dan pesawat tersebut mendarat di dalam hutan di timur laut Rio de Janeiro. 54 orang mati dan ramai yang cedera parah. Mereka yang terselamat dijumpai dan diselamatkan 2 hari kemudian.
 
3. Pesawat DC-4 Canadian Pacific Airlines

Pesawat jenis Douglas DC-4 yang dikendalikan oleh Canadian Pacific Air Lines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver untuk ke Tokyo, dan dijadualkan untuk membuat hentian di Lapangan Terbang Anchorage di Alaska. Pesawat tersebut melaporkan diri di persimpangan Cape Spener di British Columbia. Ketika itu cuaca buruk sedang melanda dengan hujan lebat dan keadaan berais. Selepas daripada itu, tiada lagi berita yang diterima dan amaran kecemasan telah dikeluarkan apabila tiada laporan daripada pesawat itu. Kehilangan pesawat tersebut telah memaksa pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Kanada melakukan pencarian menyeluruh namun gagal menjumpai sebarang jejak mengenai pesawat itu. 37 penumpang dilaporkan hilang dan akhirnya pencarian tersebut dihentikan pada 31 Oktober 1951.

2. Pesawat 2501 Northwest Orient Airlines

Kehilangan pesawat yang membawa 55 orang penumpang dan 3 krew itu dianggap sebagai kemalangan pesawat komersial yang paling buruk dalam sejarah Amerika ketika itu. Pesawat Northwest Orient Airlines Flight 2501 menjalankan servis antara benua harian antara New York City dan Seattle seperti biasa ketika hilang pada malam 23 Jun 1950. Ia hilang ketika berada lebih kurang 1,100 meter di atas Tasik Michigan. Pencarian yang meluas dilakukan termasuklah menggunakan sonar dan menyauk dasar tasik tersebut dengan menggunakan pukat tunda namun tiada hasil.
 
1. Pesawat MH370 Malaysia Airlines

Peristiwa menyayat hati ini masih berlegar di minda rakyat Malaysia sehingga kini. Pesawat yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu telah lesap tanpa sebarang petanda pada 8 Mac 2014 ketika berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat Boeing 777-200ER yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines itu dikatakan hilang membuat panggilan terakhir ke pusat kawalan trafik pada pukul 1.19 pagi, kurang 30 minit selepas ia berlepas.
 
Pencarian demi pencarian telah dilakukan melibatkan kawasan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka namun sehingga kini usaha tersebut gagal membuahkan hasil. Pencarian itu dianggap sebaga pencarian terbesar di lautan dalam sejarah. Pakar-pakar mengatakan ia adalah sesuatu yang mustahil bagi pesawat sebesar itu untuk hilang tanpa sebarang kesan.


Pencarian dihentikan selama 34 bulan atas persetujuan Malaysia, Australia dan China di kawasan seluar 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi. Sehingga kini, masih tiada berita sahih mengenai pesawat ini.


Sumber : Wikipedia

Isnin, 3 Julai 2017

Homebush Bay: Hutan Terapung Di Atas Kapal Yang Berusia 106 Tahun

Homebush Bay yang terletak di Sydney Australia mempunyai keunikkan tersendiri kerana terdapat sisa-sisa limbungan kapal pecah yang sebelum ini pernah beroperasi pada abad ke-20.
 
Kapal besar ini sebenarnya telah ditunda ke Homebush Bay kerana tidak dapat digunakan lagi dan komponen yang selamat pada kapal tersebut turut diambil untuk dijadikan barang gantian dan digunakan pada kapal yang lain. Yang tinggal hanyalah rangka kapal yang buruk sahaja.


Kapal yang dimaksudkan itu adalah kapal SS Ayrfield yang mempunyai berat sebanyak 1140 tan dan telah dibina pada tahun 1911 sebagai kapal pengangkut arang batu yang kemudiannya digunakan semasa Perang Dunia II sebagai kapal pengangkutan.
 
Pada tahun 1972 ia telah dibawa ke Homebush Bay untuk dilupuskan tetapi keputusan ini berubah serta merta. Operasi di limbungan kapal tersebut kemudiannya diberhentikan dan sebahagian daripada beberapa kapal besar termasuk SS Ayrfield ditinggalkan.


Objek terbesar di kawasan tersebut sebelum ini tidak terkenal selama beberapa dekad disemakan terdapat tumpahan bahan kimia dan juga pencemaran. Tetapi hanya kapal pengangkutan yang terbiar inilah yang telah merubah persekitaran kawasan tersebut dengan menjadikan ia sebuah taman hutan terapung.


Ia telah menjadi sebuah rumah yang ditumbuhi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain yang menjadi rumah burung setelah ia tumbuh sejak beberapa dekad yang lalu.



Dari tahun 2008 sehingga 2010 pelbagai usaha bersepadu telah dibuat untuk mengeluarkan sebanyak mungkin bahan kimia yang berada di Homebush yang ditinggalkan pada era perindustrian lalu.

Tidak jauh dari situ terdapat kawasan yang dikenali sebagai Brickpit Ring Walk iaitu bekas tapak perindustrian di mana hampir tiga bilion bata telah dibuat di kilang tersebut semenjak 1911 sehingga 1980-an yang kini telah menjadi habitat semula jadi yang dilindungi.



Sejak kapal SS Ayrfield menjadi sebuah hutan terapung, teluk ini kini merupakan tempat yang popular untuk jurugambar yang ingin menambil gambar pemandangan yang luar biasa serta pelik tetapi ia tetap indah.
 
Sumber :
Thisiscolossal

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...