1. Kotak
Selalunya, jika anak anda dapat mainan baru, paling lama mereka main
dengan mainan tersebut adalah 15 minit, selepas itu mereka akan mula
bermain dengan kotak. Memang agak pelik, tetapi secara jujurnya,
bolehkah anda menyalahkan mereka? Kanak-kanak boleh memikirkan pelbagai
perkara kreatif yang boleh dilakukan pada sebuah kotak; anda pasti akan
berasa kagum dengan betapa luasnya imaginasi mereka.
Ada kanak-kanak yang mengubah kotak menjadi kubu, ada yang berangan
ia adalah sebuah kapal angkasa, dan ada juga yang akan berpura-pura
menganggap ia adalah sebuah gua gelap. Sememangnya, ia satu hiburan
tanpa henti untuk kanak-kanak ini! Cuma, pastikan anda mengawasi anak
anda semasa mereka bermain kerana tempat-tempat ini bukanlah dicipta
untuk dijadikan mainan.
2. Bakul Dobi
Iya, kanak-kanak sukakan bakul dobi. Kami pasti anda pernah mengalami
keadaan di mana semua baju ahli keluarga anda bergelimpangan di seluruh
pelusuk rumah, hanya kerana anak anda ingin masuk ke dalam “kapal
angkasa” dia. Kami tahu untuk mengemas semula adalah satu perkara yang
menyusahkan, jadi apa kata anda sertai anak anda dalam “kapal angkasa”
nya itu buat sementara waktu?
3. Alat Kawalan Jauh
Oh, alat kawalan jauh. Ramai kanak-kanak yang sudah menonton filem
Star Wars akan berpura-pura yang alat kawalan jauh mereka di rumah itu
adalah pedang cahaya light sabers. Kami pun pasti anda pernah
melakukannya sekali dalam hidup anda! Tetapi, pastikan yang mereka
meletakkan semula alat kawalan jauh tersebut di tempat asalnya kerana
alat kawalan jauh ini memang ada perangai pelik untuk menghilang dikala
anda sangat perlu menggunakannya!
Juga, pastikan yang mereka tidak cuba untuk mengeluarkan bateri,
kerana bateri boleh mendatangkan bahaya tercekik, terutamanya buat
anak-anak kecil.
4. Botol Minuman
Sebenarnya, kami mengambil kira apa botol sekalipun. Kanak-kanak suka
meletakkan barang ke dalam botol, dan mereka meletakkan pelbagai benda
pelik di dalamnya, selalunya gabungan barangan yang mereka jumpa di
dalam rumah dan sabun serta syampu dari bilik air.
Cuma pastikan yang botol yang anak anda main adalah botol plastik, kerana botol kaca boleh pecah dan mencederakan mereka.
5. Telefon Bimbit
Kalau anda selalunya bermain game di telefon bimbit anda, kanak-kanak
pula tidak kisah sangat pasal main game apps tersebut. Mereka lebih
suka untuk mencampak telefon anda atau cuba untuk menghidupkan lampu
flashlight. Kanak-kanak memang ada hubungan pelik dengan telefon bimbit
kerana kebanyakkan anak-anak yang ternampak telefon, tanpa mengira usia,
pasti akan bergerak menuju ke peranti tangan tersebut.
Sebab itulah anda perlu pastikan yang iPhone mahal anda jauh daripada
jangkauan mereka, terutamanya sebab anak-anak kecil memang ada habit
untuk mencampak barang ke sekeliling mereka.
Pusar atau umbilicus ialah parut yang tertinggal selepas tali pusat dipotong ketika dilahirkan.
Bentuk pusar juga berlainan untuk setiap individu. Ia boleh terkeluar ataupun tenggelam.
Pusat yang terkeluar dikenali sebagai ‘outie’ manakala pusat tenggelam dikenali sebagai ‘innie’.
Namun pusat ‘innie’ juga boleh cembung ketika hamil. Terutamanya bermula trimester kedua.
Ini berlaku apabila perut mula membesar dengan cepat dan pusat tertolak keluar.
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami pusat terkeluar sepenuhnya. Namun tidak semua mengalaminya.
Perlukah anda risau dengan pusat terkeluar?
Sebenarnya, pusat terkeluar ketika hamil merupakan perkara yang
normal. Kerana apabila perut membesar, wujudnya tekanan di kawasan ini.
Walaubagaimanapun, pusat terkeluar juga merupakan tanda hernia tali
pusat. Sekiranya terdapat rasa sakit dibahagian timbul atau pusat, ia
mungkin hernia.
Hernia ialah jangkitan yang normal pada bayi. Namun, jangkitan ini turut boleh terjadi kepada wanita hamil.
Tetapi kalau anda nak tahu, hernia memberikan risiko yang lebih besar kepada bayi di dalam kandungan.
Apa yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki ianya hernia tali pusat?
Apa yang terbaik untuk anda buat ialah membiarkan ia pulih dengan
sendiri. Kerana sebarang prosedur semasa hamil adalah berisiko tinggi.
Tetapi, jika keadaan menjadi lebih serius, pembedahan perlu dilakuan. Komplikasi ini adalah sangat jarang berlaku.
Ingat, anda perlu memberinya perhatian jika mula rasa tidak selesa atau sakit.
Sama ada pusat terkeluar atau tenggelam, berbanggalah dengan kehamilan anda.
Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah dan hanya wanita sahaja yang boleh merasainya.
Jangan risau, pusat anda akan kembali ke bentuk asal selepas habis berpantang nanti.
1. Pastikan isteri menjamah sedikit makanan bagi mengalas perut
Pada masa kelahiran, isteri anda akan bertarung nyawa untuk zuriat
anda. Maka, isteri anda memerlukan tenaga yang banyak! Oleh itu, apa
yang boleh dilakukan oleh anda adalah memastikan isteri menjamah sedikit
makanan yang memberi tenaga. Makanan seperti kurma kerana ia mampu
membekalkan sumber tenaga yang banyak.
Sekiranya seorang isteri tidak mampu untuk meneran, risiko masa
melahirkan akan menjadi lebih panjang serta memenatkan bagi semua pihak.
Malah bayi juga mempunyai risiko lemas. Jadi, bagi memastikan
kelancaran proses kelahiran, suami perlu menggalakkan isteri untuk makan
supaya bertenaga.
2. Membimbing aturan pernafasan isteri sewaktu meneran
Ketika seorang isteri sedang melahirkan anak, dia berada dalam
keadaan yang tidak boleh berfikir jelas disebab kesakitan yang kuat.
Oleh sebab itu, penafasan isteri mudah menjadi tidak teratur. Penafasan
yang tidak teratur akan menyukarkan lagi proses kelahiran kerana isteri
akan menggunakan tenaga yang banyak mengambil nafas pendek berulang
kali.
Jadi, suami perlu berada di sisi isteri bagi membimbing aturan
penafasan isteri agar lebih teratur. Penafasan yang teratur akan
membantu isteri melalui proses kelahiran dgn lebih mudah serta kurang
sakit.
3. Kerap menyentuh isteri dengan kasih sayang
Semasa isteri sedang melahirkan anak, emosi akan mudah terganggu
akibat daripada kesakitan yang dialaminya. Emosi yang tidak stabil akan
menyukarkan isteri untuk fokus dengan melahirkan dan akhirnya
menyebabkan isteri kehabisan tenaga.
Di ketika ini, belaian dan usapan anda dengan penuh kasih saying
diikuti dengan selawat yang dibacakan mampu menenangkan hati dan emosi
isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan tenang, isteri boleh fokus
dengan proses kelahiran. Tempoh kelahiran juga akan menjadi pendek jika
isteri dapat melahirkan dengan tenang.
4. Memberi kata-kata semangat kepada isteri
Kata-kata semangat serta pujian anda kepada isterinya mampu menaikan
semangat bagi mempermudahkan proses kehamilan. Andaikata anda hambar
sewaktu menemani isteri dalam bilik bersalin, tentu isteri mudah hilang
semangat dan ini akan menyebabkan proses kelahiran penuh stress.
Sebagai suami, anda perlu memberi kata-kata positif pada isteri.
Tenaga yang hilang akan kembali jika melihat semangat positif suami
dalam membantu isteri menghadapi masa-masa yang sukar secara langsung
juga membantu mempermudahkan proses kelahiran.
5. Jangan panik!
Di dalam bilik bersalin ialah tempat terakhir anda patut panik!
Isteri anda pasti akan bertambah stress dan sakit jika melihat anda
panik. Jadi, anda perlu sentiasa tenang dan terus memberi sokongan serta
kata-kata positif kepada isteri anda. Panik juga akan membuatkan anda
resah, ini juga salah satu punca kenapa ramai para suami tiba-tiba
pengsan di dalam bilik bersalin.
Ketika panik, bekalan oksigen akan berkurangan dan anda akan rasa
pernafasan anda semakin pendek, ini akan membuatkan isteri anda turut
merasa keadaan yang sama. Jadi untuk mengelakan kejadian sedemikian
berlaku, anda perlu sentiasa tenang dan elakan rasa panik!
Peranan suami amat besar semasa berada di dalam bilik bersalin. Jadi
anda juga harus memastikan diri anda bersedia untuk berada di dalam
dewan bersalin.
Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan berdosa
terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah perkara biasa
saja. Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya.
Semoga 10 senarai dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini
boleh kita elakkan agar terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah.
1. Menafikan kebaikan suami
Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.
Para sahabat bertanya: Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?
Rasul menjawab: (Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka
kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat
kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat
sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia berkata, Aku tidak
pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.
2. Tidak menghormati keluarga suami
Seorang suami harus berlaku lembut pada isterinya, namun demikian
isteri pun wajib bersikap lembut pada keluarga suami, terutama kedua
orang tua suami. Jangan sampai isteri memonopoli suaminya sehingga ibu
dan bapanya sendiri tak boleh mendapatkan hak mereka terhadap anak
lelakinya.
Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya
kepada Rasulullah Saw, Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?
Rasulullah menjawab, Suaminya (apabila sudah menikah). Aisyah Ra
bertanya lagi, Siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki? Rasulullah
menjawab, Ibunya (HR. Muslim)
Seorang sahabat, Jabir ra menceritakan: Suatu hari datang seorang
lelaki kepada Rasulullah saw, dia berkata, Ya Rasulullah, saya mempunyai
harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta)
harta saya itu?
Rasulullah menjawab, Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. (HR. Ibnu Majah dan At-Thabrani).
3. Keluar rumah tanpa izin suami
Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.
Seorang wanita tidak boleh berpergian kecuali bersama mahram.
Hadis di atas berkaitan dengan semua bentuk safar. Wallahu alam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)
4. Menolak ajakan suami berhubungan
Rasulullah saw bersabda: Apabila lelaki mengajak isterinya ke tempat
tidurnya kemudian dia menolak untuk datang lalu lelaki itu tidur semalam
dalam keadaan marah kepadanya, maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga
subuh. (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).
5. Berhias bukan untuk suami
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu (QS.
Al-Ahzaab: 33)
6. Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami
Tak kurang ramai isteri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau darjat
dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya,
hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.
Abu Dzar Radhiyallahu Anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam bersabda, Ada tiga kelompok manusia di mana Allah tidak
akan bercakap dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak
mensucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih.
Abu Dzar radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam mengatakannya sebanyak tiga kali. Lalu Abu Zar bertanya, Siapakah
mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, Orang yang
menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka
mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika
menjual. [HR. Muslim]
7. Membangkang terhadap suami (nusyuz)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Nusyuz adalah meninggalkan perintah
suami, menentangnya dan membencinya (Tafsir Al Quran Al Azhim, 4: 24).
Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka
dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.
Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (QS.
An Nisa: 34).
8. Menggugat cerai tanpa alasan syari
Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa
keadaan mendesak maka haram baginya bau syurga (HR Abu Dawud no 2226,
At-Turmudzi 1187).
Astaghfirullah, semoga kita terhindar dari dosa-dosa tersebut.
Sumber: Aliffchannel.com
Pulau ini mula diteroka pada tahun 1826 oleh seorang lelaki Inggeris bernama Alexander Hare
Walaupun pulau ini adalah sebahagian dari Australia, Bahasa pertuturan di pulau itu adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Pulau ini berkeluasan 14.2km persegi dan hanya ada seramai 600 orang
penduduk. Walaupun sikit, yang bagusnya, kalau anda tersesat, lebih
mudah dijumpai
Pantai Cossies di pulau ini dinamakan sebagai Pantai Dengan Butiran Pasir Terbaik di Australia oleh pakar pantai, Brad Farmer
80% daripada populasi penduduk di pulau ini beragama Islam
2. Zanzibar, Tanzania
Islam muncul di Tanzania apabila perdagangan hamba abdi dari Arab.
98.9% penduduk di Zanzibar adalah beragama Islam
Wanita-wanita Zanzibar sedang memburu ikan dengan pakaian
berwarna-warni. Mereka menangkap ikan-ikan kecil di kawasan air cetek
untuk memenuhkan periuk kecil yang mereka bawa. Biasanya dalam tempoh
beberapa jam, periuk itu boleh dipenuhkan dengan hasil tangkapan.
Fakta Menarik:
Tahukah anda di selatan Zanzibar terdapat sebuah pulau yang di namakan
Pulau Mafia? Tiada mafia di situ tetapi dengarnya terdapat beberapa
kawasan menarik untuk aktiviti menyelam.
Di Tanzania, mereka bertutur dalam lebih 140 bahasa yang berlainan !!
3. Lombok, Indonesia
Oleh kerana masjid sangat mudah ditemui di hampir setiap pelusuk
pulau ini, maka Lombok juga dikenali sebagai Pulau dengan 1,000 masjid.
Jadi, suara-suara lunak dan merdu si muadzin akan selalu kedengaran
semasa tibanya waktu solat.
Di Lombok juga terdapat banyak menu-menu halal dan mocktail (tanpa alkohol) yang boleh dicuba.
Kebanyakan hotel di Lombok turut memasarkan hotel mereka sebagai
‘mesra muslim’. Penunjuk arah kiblat dan naskah Al-Quran antara barang
wajib yang ada di setiap bilik. Malahan, ada sesetengah hotel yang
mengeluarkan siaran MTV dari senarai!
Sekiranya anda berjalan di sekitar Lombok, pasti takkan ketinggalan
dari melihat kanak-kanak berkopiah dan bertudung dalam perjalanan pergi
atau balik ke sekolah
Di beberapa kawasan sekitar pulau Lombok, masih terdapat banyak lagi
kawasan terumbu karang yang cantik yang sesuai untuk aktiviti snorkeling
dan menyelam.
4. Maldives
Penduduk Maldives mula menganuti agama Islam dari agama Buddha sebelumnya pada abad ke 12
Pulau Maldives terbentuk daripada gugusan 1,192 pulau dengan terumbu karang
Kebanyakan binaan masjid di sini dibuat dari batu-batu karang beserta atap zink atau jerami.
Kebanyakan pejabat dan kedai-kedai di Maldives akan tutup selama 15
minit selepas masuk waktu solat. Jadi anda tidak perlu risau terlepas
waktu solat.
Fakta Menarik:
Tahukah anda bahawa seseorang yang bukan beragama Islam tidak boleh menjadi rakyat Maldives?
Banyak lagi pulau menarik dan menyediakan perkhidmatan sesuai untuk
Muslim. Nanti DC akan buat artikel lain untuk pulau-pulau di Malaysia
pula
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun
mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata
tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut
dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan
sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar
yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih
harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih
sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul
oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman
Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang
bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua
akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Walaupun mungkin
ramai yang tidak menggemari buah kiwi kerana rasanya yang agak masam,
namun tahniah kepada mereka yang sememangnya menggemari buah kiwi.
Buah Kiwi bukan
sahaja sedap (bagi mereka yang menggemari) malahan mempunyai pelbagai
khasiat tersembunyi khasnya kepada mereka yang menghidap penyakit
Parkinson dan Alzheimer.
Buah kiwi atau
dalam bahasa saintifiknya ialah Actinidia Deliciosa merupakan buah yang
kaya dengan vitamin dan dapat membantu mendapatkan tubuh yang sihat.
Vitamin C Vitamin C
merupakan agen anti oksida yang dapat melindungimu dari terdedah kepada
ancaman radikal penyakit , seperti barah dan sakit jantung. Selain itu,
khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mencegah daripada
penya kit Parkinson dan Alzheimer.
Mata sihat Bukan sahaja
lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat
membantumu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan
Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang
merosakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penyakit
yang boleh menyebabkan kebutaan kepada golongan dewasa dan mereka yang
berumur 55 tahun ke atas.
Penghadaman protein Buah kiwi dapat
membantu dalam penghadaman protein tubuhmu. Kamu perlu tahu bahawa
penghadaman protein yang tidak baik boleh menyebabkan pengeluaran toksin
dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti pertambahan berat
badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.
ASSALAMUALAIKUM
ustaz, saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah
untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks. Ini kerana
isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meransangkan
nafsunya dulu sebelum melakukan hubungan kelamin. Apa pendapat ustaz?
JAWAPAN :
Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda, Ertinya;
“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”
Sudah
tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon
tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua:
Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan
begitu juga sebaliknya, sebagaimana disiplin seks Islam yang dinyatakan
oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW.
Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain
pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
(hadith berkaitan hal ini tidak sahih, jadi harus melihat kemaluan
pasangan kita)
Ketiga
: Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku
panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat
: Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta
sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam
hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh
Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan
juga.
Kelima
: Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di
dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang
lain pula. Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada
untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian
1. TIADA WARNA ATAU JERNIH
Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini
kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak
air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula
ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum
air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.
2. WARNA KUNING PUCAT
Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh
badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih
kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang
sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing
berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal
dan terhidrat.
3. WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG
Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak
terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda
adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing
berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam
tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari
untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.
4. WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU Air kencing berwarna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir
tahap ‘normal’ badan seseorang itu. Ini menunjukkan bahawa anda tidak
mendapatkan kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus
berfungsi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air
dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat
membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.
5. WARNA COKLAT
Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda
berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe
dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada
peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan
masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang
seterusnya.
6. WARNA KEMERAH-MERAHAN
Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu
adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam
air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang
khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi
tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing,
ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan
kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.
7. WARNA OREN
Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna
kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini
boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak
merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi
dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah,
anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk
mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.
8. WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN
Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat.
Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru
ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran
urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan
air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda
sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.
9. AIR KENCING BERBUIH
Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang
menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah
pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem
urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku.
Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang
remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan
tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih,
anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal
yang lebih teruk.
Gempar !!! Tanda Jin Jantan JATUH Cinta Yang Ramai Tak Tahu !!! | Jin
merupakan salah satu ciptaan Tuhan dan mereka juga memiliki rasa cinta
seperti layaknya manusia, bahkan diantara mereka ada yang menyukai
manusia dan ternyata ada tanda wanita dicintai oleh jin jantan. Benarkah
itu? Apakah tanda-tandanya?
Jin memiliki jenis kelamin yang sama dengan manusia iaitu lelaki dan
wanita. Mereka juga memiliki perasaan, dan bahkan makhluk ini ada yang
memiliki perasaan cinta terhadap manusia. Berikut adalah tanda seorang
wanita dicintai jin jantan:
Sering bermimpi didatangi oleh seorang lelaki
Wanita yang dicintai oleh jin biasanya sering bermimpi didatangi oleh
seorang laki-laki. Lelaki dalam mimpinya merupakan orang yang
dikenalnya seperti teman atau juga seseorang yang tidak dikenalinya.
Keadaan laki-laki dalam mimpi itu terlihat lebih tampan dan menarik.
Dalam mimpi itu seorang wanita mungkin hanya berpandangan saja atau
sekadar berkenalan dengan lelaki itu, namun ada juga yang sampai
bercinta dengannya.
Jika jin jantan yang menyukainya adalah jin saka maka seorang wanita
akan didatangi dalam mimpi oleh seorang lelaki sejak dirinya masih kecil
dan wanita yang mengalami hal ini sangat susah untuk melepaskan diri
dari jin itu kerana cintanya sangat dalam.
Wanita yang dicintai jin biasanya didatangi oleh sosok makhluk
ganjil, orang yang tidak dikenal, atau bahkan sosok yang mirip dengan
suaminya. Kedatangan makhluk ini dapat terjadi ketika seorang wanita
dalam keadaan terjaga, sedar, dan juga bisa dalam keadaan tidak sedar.
Keadaan makhluk ini sangat menarik dan memukau sehingga mampu membuat
banyak wanita yang tergoda dan bahkan telah melakukan hubungan intim
dengannya.
Ada sesuatu yang bergerak di bagian kemaluan
Salah satu tanda seorang wanita dicintai oleh jin iaitu di bahagian
kemaluannya seperti ada sesuatu yang bergerak hingga menimbulkan rasa
gatal dan bahkan nafsu berahi yang sangat besar. Hal inilah yang
menyebabkan seseorang suka melakukan seks bebas kerana nafsunya yang
tiba-tiba tinggi.
Mudah jatuh cinta kepada setiap lelaki
Tanda Jin jatuh cinta pada kita selanjutnya yaitu kita akan mudah
jatuh cinta kepada setiap lelaki yang dijumpai meskipun kita telah
memiliki suami. Hal ini dapat mengakibatkan seorang wanita melakukan
kecurangan dengan lelaki lainnya.
Ada sesuatu yang bergerak di atas tubuh.
Jika seorang wanita pernah merasakan ada sesuatu atau benda yang bergerak diatas tubuhnya bererti wanita itu telah dicintai jin.
Merasa selalu ada yang diperhatikan
Seorang wanita yang dicintai jin akan merasa seperti dimata-matai
atau diintai oleh seorang laki-laki dari kejauhan dalam setiap
gerak-gerinya.
Malas menunaikan solat.
Tanda seorang perempuan dicintai jin yaitu akan merasa malas untuk
menunaikan sholat dan setiap akan menunaikan ibadah ini selalu ada
halangan atau bahkan wanita itu sengaja untuk meninggalkan ibadah sholat
ini.
Tubuh merasa lemas
Seseorang yang dicintai jin akan merasa lemas tanpa sebab dan bahkan
akan merasa letih padahal tidak melakukan aktiviti dan tenaga kurang
tiba-tiba.
Mengalami masalah ketika tidur
Wanita yang dicintai jin akan mengalami masalah dalam tidurnya dan
ketika bangun pada pagi harinya badan terasa lemas dan letih. Secara
umumya normal apabila setelah bangun tidur badan terasa lebih baik dan
tenang.
Sakit di bagian kepala
Seseorang yang dicintai jin kadang kala mengalami sakit pada bagian kepala dan sakit ini terjadi tanpa sebab yang jelas.
Itulah beberapa informasi sekitar 10 tanda wanita dicintai oleh jin
jantan sehingga Anda dapat mengesan sendiri apakah temasuk dalam salah
satu wanita yang dicintai oleh jin…
Sultan nama diberi. Manakala ‘whiskey’ pula merupakan kegemarannnya.
Ya, kami tidak menipu anda ya. Pada setiap malam, ia akan minum sebotol
air minuman keras kegemarannya. Tidak dapat juga kami bayangkan
bagaimanalah lidahnya boleh merasa air tersebut. Entahlah….
Lembu terbesar di India bernilai RM13.6 juta seberat 1.5 tan, gemar minum minuman keras
“Kami membawanya berjalan sepanjang 5 kilometer pada setiap pagi,
manakala waktu petang pula kami akan memberikannya minum sebotol
whiskey”, kata tuan kepada Sultan, Naresh Kumar. Tambahnya lagi, Sultan
juga bernilai lebih RM13.6 Juta.
“Ia telah memenangi hadiah pertama di dalam 7 buah pertandingan”, tambahnya.
Naresh berasal dari Haryana, India mendakwa lembunya itu merupakan lembu paling mahal dan besar di India
Melihat sahaja pada kos makanan Sultan, ia sudah cukup untuk anda pergi menyorok sahaja.
Saban hari, ia akan memakan seberat 33 paun epal, 44 paun lobak
merah, 22 paun bijirin dan 22 paun rumput, selain diberikan
berpuluh-puluh gelas susu.
Kos perbelanjaan Sultan dapat diimbangi dengan hasil penjualan air
maninya yang bernilai kira-kira $150,000 (RM642,000) setiap tahun.
Selain untuk ibadah dalam agama, ada alasan lain untuk seseorang
berkahwin. Satu kajian mendapati bahawa berkahwin adalah kunci untuk
hidup yang lebih sihat dan bertahan lebih lama.
Suatu kajian terbesar yang berpusat di Aston Medical School,
Birmingham memantau kelangsungan hidup lebih dari satu orang yang
mempunyai tiga faktor utama risiko penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, kolesterol, dan diabetes tahap 2 antara tahun 2000 dan 2013.
Hasil kajian itu mendapati bahawa 16% orang yang tahap kolesterolnya
tinggi lebih mungkin bertahan hidup jika sudah berkahwin. Hal itu juga
berlaku untuk pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Mereka yang
sudah berkahwin mempunyai peluang 14% dan 10% lebih tinggi untuk
bertahan hidup berbanding dengan mereka yang masih bujang.
Walaupun hal itu tidak sepenuhnya dapat difahami, penyelidik meyakini
bahawa sokongan yang didapati dari pasangan boleh menjadi kunci di
sebalik peningkatan kelangsungan hidup. Secara khusus, para penyelidik
mengesyaki bahawa orang akan lebih baik dalam menangani faktor risiko
penyakit di atas jika mempunyai bantuan dari orang yang dicintai.
Bagi anda yang masih bujang tidak perlu rasa putus asa. Walaupun
tahap kelangsungan hidup orang yang sudah berkahwin lebih baik, orang
yang belum berkahwin juga boleh mendapatkan keuntungan kerana mempunyai
hubungan dekat dengan keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh
berunding dengan doktor umum mengenai cadangan dan sokongan yang boleh
didapatkan.
Data daripada kajian di atas berasal dari kajian yang dilakukan oleh
Algorithm for Comorbidities, Associations, Length of stay and Mortality
(ACALM) yang merangkumi lebih daripada satu juta pesakit hospital di
Eropah. Dr Paul Carter, penulis kajian utama yang berpusat di unit
kajian ACALM bercakap mengenai kajian yang dilakukannya.
“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa perkahwinan menawarkan kesan
perlindungan, sehingga orang yang mempunyai faktor risiko utama penyakit
jantung mendapat sokongan dalam mengendalikan diri,” ujar Dr Paul.
“Penemuan ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk berkahwin,
melainkan sebagai dorongan bagi orang untuk membina jaringan penyokong
yang kuat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka,” tambah Dr Paul.
Penyelidikan baru ini menyokong beberapa kajian awal ACALM yang
menunjukkan bahawa orang-orang yang menderita serangan jantung mempunyai
tahap ketahanan hidup yang lebih tinggi jika mereka sudah berkahwin.
Doktor memeriksa lebih lanjut mengenai hasil kajian itu untuk
mendedahkan sebab-sebab mengapa beberapa pesakit bertahan sementara yang
lain tidak dan juga apakah faktor perkahwinan boleh diterapkan pada
keadaan lain yang menyebabkan penyakit jantung.