Sabtu, 29 Julai 2017

Amalkan Minum Air Halia Panas Jika Mahu Suami Sayang

Tahukah anda bahawa air halia panas amat sesuai diminum bagi wanita yang dah berkahwin. Hirisan halia ini dimasukkan dalam air putih, teh atau direbus bersama bahan lain, di mana peminat air halia panas akan mendapat banyak khasiat darinya. Ia bukan saja membantu melangsingkan tubuh, ia juga membuang angin dalam badan malah menguatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada penyakit.
Wanita yang dah berkahwin juga mendapat manfaat tersendiri dari minuman ini. Jadi jika belum mengamalkannya, boleh mulakan dari sekarang juga. Antara khasiatnya ialah

1. TURUNKAN BERAT BADAN
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan. Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan jadi ia amat sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia juga turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Secara logiknya, sedikit kalori diambil dan banyak kalori dibakar maka berat badan akan lebih cepat turun.

2. ATASI MASALAH PENCERNAAN
Cubalah minum air halia panas ketika perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan. Ia boleh reda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.

3. HILANGKAN LOYA KETIKA HAMIL
Rasa loya atau mual sama ada kerana mabuk laut dan kehamilan boleh diatasi dengan Minum air halia. Apabila meneguk minuman ini otot-otot perut akan relaks dan melenyapkan rasa mual.

4. SISTEM IMUN TUBUH MAKIN KUAT
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.

5. MENGHANGATKAN RANJANG
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, maklumat ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ pembiakan. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.

Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya. Bagi yang sudah mengamalkannya tahniah diucapkan. Amalkanlah selalu untuk kesihatan kita.

Jumaat, 28 Julai 2017

Buah Nanas Boleh Dimakan Setiap Hari Dan Ia Mampu Rawat 1001 Penyakit

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan menyebabkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajam’.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nenas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menapis batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengawal penyerapan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nenas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda rasa artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih !.

Khamis, 27 Julai 2017

10 Golongan Wanita yang Dilaknat Allah

Sebagai muslim sudah kewajiban mematuhi dan taat kepada Allah SWT. Mengejar cita-cita menjadi salah satu penghuni Surga diakhirat nanti merupakan keinginan setiap orang. Khususnya perempuan, jadilah pribadi yang muslimah dan perempuan salehah. Jauhi perbuatan yang dilarang oleh Allah. Sebagai pengetahuan islam, berikut ulasan 10 golongan perempuan yang dilaknat allah swt menurut penjelasan hadits :
 
Perempuan yang mengubah ciptaan Allah

Rasulullah SAW bersabda : “Allah melaknat perempuan yang menato, perempuan yang minta ditato, perempuan yang menghilangkan bulu di wajah, perempuan yang merenggangkan giginya agar terlihat cantik, serta perempuan yang mengubah ciptaan Allah” (HR. Bukhari)
 
Sering kita melihat banyak perempuan rela menghabiskan uang hanya untuk mengubah apa yang diberikan oleh Allah SWT. Inilah golongan perempuan yang tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. Sungguh jelas penjelasan dari hadits diatas .
 
Menghilangkan bulu di wajah

Rasulullah SAW bersabda : “Allah melaknat perempuan yang menato, perempuan yang minta ditato, perempuan yang menghilangkan bulu di wajah” (HR. Bukhari)
 
Dalam hadits lainnya Rasulullah bersabda : “Allah melaknat perempuan yang menato, perempuan yang minta ditato, perempuan yang menghilangkan bulu di wajah dan perempuan yang minta bulu wajahnya dihilangkan” (HR. Muslim)
 
Dari dua hadits diatas juga dapat diambil kesimpulan, seseorang perempuan yang menghilangkan bulu di wajah termasuk kedalam golongan yang dilaknat Allah SWT. Menghilangkan bulu diwajah seperti menysukur habis bulu mata hanya demi untuk memperoleh kecantikan semata.
 
Merenggangkan gigi supaya terlihat cantik

Rasulullah SAW bersabda : “Allah melaknat perempuan yang menato, perempuan yang minta ditato, perempuan yang menghilangkan bulu di wajah dan perempuan yang merenggangkan giginya agar terlihat cantik” (HR. Bukhari)
 
Meregangkan gigi sangat sering dilakukan oleh sebagian perempuan, tentunya supaya ingin terlihat lebih cantik dan menarik. Meregangkan gigi termasuk kedalam perbuatan yang dilaknat Allah SWT.
 
Perempuan yang mentato maupun bertato

Allah SWT berfirman: “Dan aku (setan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku (setan) suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan setan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.” (An-Nisa`: 119)
 
Banyak orang yang mentato ataupun orang yang bertato supaya ingin terlihat lebih keren. Tato lebih identik dengan pria. namun, tidak sedikit perempuan yang mentato dirinya padahal Allah melaknat hal demikian termasuk juga pria.
 
Ada sekelompok manusia yang mengedepankan kebebasan berekspresi dalam bertato tidak masalah. Banyak orang akhirnya ikut-ikutan dan terjerumus mentato dirinya seperti kalangan artis perempuan yang beragama Islam.
 
Dari hadits diatas jelas bahwasanya Allah SWT melaknat perempuan yang mentato atau bertato.
 
Perempuan yang menyambung rambut

Rasulullah SAW bersabda : “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta rambutnya disambung” (HR. Bukhari)
 
Menyambung rambut sudah sejak lama dilakukan oleh perempuan tentunya suapaya ingin terlihat lebih cantik lagi dan lebih maksimal dalam hal fashion. Kebiasaan orang zaman dahulu menyambung rambut asli dengan rambut milik orang lain dengan alasan kecantikan. Alih-alih ingin tampil lebih cantik didepan suami, perempuan tersebut ingin mendapat perhatian dari pria lainnya, naudzubillah. Padahal ini sangat dilarang dan dilaknat oleh Allah SWT.
 
Perempuan yang menyerupai laki-laki

Rasulullah SAW bersabda : “Allah melaknat laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki”(HR. Ahmad)
 
Sangat sering kita menjumpai seseorang perempuan yang menyerupai laki-laki. Mereka tidak risih dengan berpenampilan seperti itu. Biasanya perempuan yang menyerupai laki-laki sangat khas, tidak berjelbab, memotong rambut sampai pendek, memakai pakaian seperti laki-laki dan lainnya. Perempuan seperit itu tidak sadar bahwa dirinya termasuk kedalam golongan yang dilaknat Allah SWT.
 
Perempuan pelaku riba

Sabda Rasulullah SAW : “Allah melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba)” (HR. Ahmad)
 
Riba sudah seperti penyakit bagi sebagian orang dan sulit terlepas dari perbuatan riba. Riba sangat berbahaya didalam Islam. Pelaku riba bukan hanya dilakukan oleh kaum pria, para perempuan juga termasuk didalamnya. Alangkah lebih baik sebagai perempuan yang ingin menjadi salehah menjauhi perbuatan riba yang dilaknat oleh Allah SWT.
 
Perempuan yang menyuap dan menerima suap

Rasulullah SAW bersabda : “Allah melaknat orang yang menyuap dan menerima suap dalam hukum/pengadilan” (HR. Ahmad)
 
Belakangan ini heboh tentang masalah kaum LGBT. Banyak orang pro dan kontra. Sebagai muslim yang taat kepada Allah SWT, kita semestinya berpegang pada Al Qur’an dan hadits Rasulullah SAW. Kaum penyuka sesame jenis sudah dilaknat oleh Allah sejak Nabi Luth yaitu kaum Sodom. Apakah orang-orang tidak sadar dengan peringatan yang keras bagi kaum Nabi Luth. Sungguh azab dan laknat Allah bagi perempuan yang menyukai sesama jenis.
 
Sebagai muslim yang taat jangan ikut-ikutan terjerumus seperti perbuatan tersebut baik bagi perempuan dan juga pria. Sekarang mereka menamakan diri kelompok LGBT dengan lambing warna warni seperti pelangi. Jangan pernah mendukung kelompok ini jika tidak ingin di laknat oleh Allah SWT.
 
Perempuan yang mencaci dan menghina sahabat Nabi
Rasulullah SAW bersabda : “Jika kalian melihat orang-orang yang mencaci maki sahabat-sahabatku, maka katakanlah laknat Allah atas keburukan kalian” (HR. Tirmidzi)  
Jangan pernah mencaci dan menghina sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Para sahabat sudah mendapat syafaat dari Rasulullah seperti 4 khafilah setelah Rasulullah SAW wafat yaitu Abu Bakar, Umar bin Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Inilah para sahabat yang membantu perjuangan Rasulullah dan meneruskan kepemimpinannya. Serta banyak sahabat Rasul yang tidak bisa disebutkan satu persatu. Jangan pernah mencaci dan menghina sahabat Rasul, naudzubillah.
 
Sahabat renungan islam, mulai sekarang jauihilah perbuatan-perbuatan yang dilaknat Allah SWT. Jangan hanya demi sesuatu lantas lupa akan azab Allah. Jika sahabat termasuk kedalam golongan tersebut, bertobatlah kepada Allah, memohon ampunan kepadaNya, Allah satu-satuny tempat memohon ampunan Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin, semoga bermanfaat. Jazakumullah.

Rabu, 26 Julai 2017

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa Hanya 5 Minit Sahaja !!!

Apa kata anda cuba petua dibawah. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel.
 
1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5-10 minit)
 
Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik dan haba yang dihasilkan melalui proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging.
 

Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.
 
Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini.
 
Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba!
 
Silakan SHARE, Semoga memberi manfaat.

sumber: wanista via SentiasaPanas

Selasa, 25 Julai 2017

Amalan Yang Boleh Membantu Kita Keluar Daripada Segala Kesempitan. Selepas Amalkannya, Rezeki Akan Datang Melimpah. In Shaa Allah.

Amalan Mudah Ikut
Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

1. Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah s.a.w minta kita beri salam.
“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkatan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai anda / kalian.”
Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.
“Assalamu’alaika aiyuhan Nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”


2. Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas
1 kali – Dirinya akan diberkati.
2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.
3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”

Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah s.a.w

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah s.a.w ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.


Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh sahaja. Bukan begitu.


Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.

Isnin, 24 Julai 2017

Benarkah Lapisan Putih di Badan Bayi Baru Lahir Adalah Kesan Daripada Air Mani?

Antara fakta tidak benar yang masih berlegar-legar dalam dunia persalinan bayi adalah cecair mani boleh melekat di badan bayi. Disebabkan itu, ada sesetengah bayi yang lahir dengan lapisan putih di badan mereka.

Tidak tahu bagaimana perkara itu boleh tersebar, namun perlu ditegaskan bahawa lapisan keputihan itu bukan sekali air mani!

Menurut portal kesihatan, Health Line, benda putih itu dikenali sebagai vernix caseosa – satu lapisan di atas kulit bayi yang bertindak sebagai lapisan pelindung. Ianya berwarna seperti putih dengan sifat seakan-akan keju.

Lapisan vernix tercipta ketika bayi di dalam perut lagi dan kesan-kesan bahan itu mungkin masih boleh dilihat di kulit selepas kelahiran. Jadi, jelas sekali ia bukannya dari air mani.

Fungsi vernix termasuklah melindungi kulit dari mengecut akibat terlalu lama dalam air (sama seperti kulit kita apabila air terlalu lama).

Selain itu, vernix juga menyumbang kepada kulit lembut bayi selepas dilahirkan dan melindungi bayi dari jangkitan ketika di dalam perut.

Berbalik semula kepada mitos tadi, seorang bapa yang juga pengguna sosial media yang popular dengan nama En. Matt, berkata dia pernah ditanya oleh rakannya mengenai kewujudan bahan seperti keju itu. Apa yang mengejutkan, ada orang yang datang melawat bayi tersebut berkata bahan itu sebagai air mani.

Kawan saya sent gambar anak beliau baru lahir pada usia 39 minggu. Badan anak dipenuhi vernix semacam cheese.

Saudara mara datang melawat di wad hospital swasta. Kata mereka itu air mani melekat pada badan anak, sebab itu tidak elok bersama akhir kehamilan.

Tanya beliau Betul ke air mani? . Saya kata itu mitos.

Mana mungkin air mani boleh menembusi amniotic membranes yakni satu lapisan atau selaput yang melindungi bayi dan menampung amniotic fluid (air tuban).

Manakala vernix. ketika di alam rahim lagi sudah terbentuk pada badan bayi untuk melindungi seluruh kulit bayi daripada jangkitan dan akan meresap secara perlahan-lahan di akhir kehamilan dan selepas kelahiran.

Ia juga berfungsi sebagai pelembab kulit bayi selepas kelahiran dan agen atibakteria dan antiviral. Kebiasaanya bayi cukup umur vernix tidak kelihatan begitu banyak berbanding Bayi pramatang.
Penjelasan mengenai vernix agak panjang lebar. Ini anda perlu lebih banyak masa untuk membaca dan bertanya kepada yang ahli. Cuma sebagai perkongsian santai daripada saya sebagai orang awam, cream kuning seakan cheese itu bukan Air mani. Ia adalah vernix caseosa dan ia wujud ketika di alam rahim lagi.

* Arwah anak pertama saya lahir pada usia 37minggu. Vernix dia lebih kurang sama seperti gambar di bawah. Saya minta nurse untuk biarkan beberapa jam supaya vernix diserap oleh kulit dengan baik.

Sumber: En. Matt, Health Line

Ahad, 23 Julai 2017

Amalan Apabila Bayi Yang Baru Lahir

1. Mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).


Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’. `Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.


Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w. Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.


Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.


Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.


2. Tahnik iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma.


Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga rata.


Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.


Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.


Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)


3. Cukur semua rambut dikepala anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan nilai perak seberat timbangan rambutnya itu.


Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia sedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)


Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.


4. Memberi nama yang baik.


Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)


Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.


Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)


Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.


5. Beraqiqah atau sembelih akikah.


Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)


Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja.


6. Memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.


Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)


Ibnu Qaiyim al-Jauziyah menyebutkan di dalam Tuhfatul Maudud, dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga dia mencapai masa balighnya."


Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya.


Tempat Menarik di Bandar Bersejarah, Melaka

Bila korang dengar tentang Melaka, apa yang akan datang ke minda korang? Mesti Kota A’famosa, Beca, Bangunan Belanda tu, Hang Tuah, Asam Pedas, Jonker Walk. Yang tu je kan yang korang fikirkan. Sebenarnya ada lagi banyak tempat2 dan perkara yang menarik yang korang perlu tahu pasal negeri yang mempunyai banyak tempat2 bersejarah ni iaitu Melaka. Sebelum kita pergi ke tempat2 menarik di Melaka ni, jom kita kenal serba sedikit mengenai  Melaka. Meh kita blajar sejarah dulu, ok murid2 keluarkan buku ye. Bandar Melaka dalah ibu kota negeri Melaka, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Melawat Melaka adalah satu pengalaman yang unik sebab bandar ini melatar belakang kan sejarah dan budaya yang kaya dari Portugis, Belanda dan British yang memerintah Melaka sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan. Sebelum kedatangan kuasa2 besar ini, Melaka ni merupakan sebuah perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu tempatan. Melaka pada mulanya diasaskan oleh Parameswara, juga dikenali sebagai Iskandar Shah atau Sri Majara, Raja terakhir Singapura akibat serangan Majapahit dalam 1377. Parameswara mendapati perjalanan ke Melaka pada 1400 di mana beliau mendapati sebuah pelabuhan, boleh diakses di semua musim dan mempunyai laluan airan sungai yang sempit dan strategik di Selat Melaka. Ini kemudiannya menjadi Melaka. Pusat bandar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada Julai 2008, bersama-sama dengan Georgetown, Pulau Pinang.
Cukup pasal sejarah Melaka, sekarang kita ke perkara yang menarik iaitu tentang apa yang ada di Melaka ni. Melaka akan selalu menjadi tempat tumpuan untuk para pelancong yang lokal mahupun dari luar negara. Kita akan selalu tengok di tv, tentang tourism, Melaka akan menjadi tempat yang pihak produksi tv membuat liputan. Lagi lama liputan dibuat, lagi banyak perkara yang tersembunyi di Melaka yang terkeluar. Pihak produksi tv memang mengkaji sungguh2 tentang Melaka sebab Melaka ni mempunyai tempat2 dan khazanah yang menarik untuk diberitahu kepada semua orang supaya orang boleh datang ke Melaka dan merasai nya sendiri sambil membuat memori yang indah untuk diri sendiri. Saya akan listkan tempat2 yang menarik di Melaka ni, jadi senang sikit untuk tengok apa yang menarik tu:
A'Famosa Melaka - A'Famosa tempat yang ideal untuk pelancong dan paling ramai pelancong yang datang melancong pergi ke tempat tu kerana ia salah satu yang tertua yang masih hidup tinggalan seni bina Eropah di Asia. Dibina pada tahun 1511, penyelesaian yang digunakan untuk mengelilingi seluruh lereng bukit keseluruhannya tetapi kini hanya sebuah pintu tunggal (Porta de Santiago) kekal. Ia terletak di sebelah Istana Ke Sultanan di Jalan Kota. A'Famosa mungkin tempat berjalan-jalan paling terkenal di Melaka. Asalnya dibina oleh Alfonso de Albuquerque (yang mengetuai pencerobohan Portugis pada Kesultanan Melaka), sisa kubu kini merupakan gerbang bercat putih runtuh dan terletak menuruni bukit dari Gereja St. Paul. Ramai pelancong tak lepas peluang untuk bergambar i hadapan pintu kubu tu. Sebab ia salah satu perkara yang harus di buat jika pergi ke Melaka.
Christ Church Melaka - Christ Church dibina oleh Belanda apabila mereka mengambil alih Melaka dari Portugis, ia adalah salah satu struktur yang paling nyata Melaka. Terletak di sepanjang Jalan Gereja (juga dikenali sebagai Church Street) ia adalah sebuah bangunan bata-merah serta-merta dengan salib putih yang besar di bahagian atas. Duduk bertentangan Stadhuys, Gereja Christ telah dibina pada tahun 1753 untuk meraikan satu abad pendudukan Belanda. Bahagian dalam gereja mempunyai 200 pews buatan tangan tahun-lama, fanlights hiasan dan plak yang menghormati tentera Belanda dan penduduk tempatan. Ini pula untuk sesiapa yang mempunyai minat dalam photografi, korang boleh tangkap gambar2 yang cantik di situ, maybe boleh letak dalam korang punya portfolio.
Sungai Melaka - Sungai Melaka pernah digelar 'Venice di Timur' oleh pelaut Eropah kerana ia merupakan pelabuhan yang terkenal kemasukan pedagang dari Eropah dan Asia pada abad ke-16-an. Yang merangkumi jarak keseluruhan 10km, ia juga dipercayai di mana Melaka diasaskan oleh Parameswara Sumatera Prince, yang membina istananya di sebelah timur tebing sungai (di kaki Bukit St. Paul) dalam tahun 1400-an. Hari ini, ia adalah satu tarikan pelancong popular terutamanya kerana River Cruise 45 minit, yang menawarkan pemandangan yang tenang bangunan kolonial, rumah kedai antik, penempatan tempatan dan jambatan purba dan juga sebagai hiasan moden dan pameran seni tempatan di Melaka. Korang akan nampak seni grafiti di tepi Sungai Melaka, yang kebanyakannya adalah di Jalan Kampung Hulu, tepat di luar Jonker Street. Juga dikenali sebagai Projek Seni Melaka River Street, ia merupakan kerjasama antara pelukis tempatan dan artis grafiti, menghasilkan reka bentuk yang menarik perhatian dengan rumah kedai dan rumah tumpangan sebagai kanvas mereka di bandar ini. Memperingati identiti bandar unik, warisan dan mercu tanda ikonik, ini lukisan mural berkisar dari orang utan dan kuda liar kepada buah-buahan dan mi tempatan. Walaupun anda boleh dengan mudah melihat mereka semasa pelayaran bot di sepanjang Sungai Melaka, pengunjung dinasihatkan meneroka ini karya seni jalan dengan berjalan kaki kerana anda mungkin mencari beberapa tempat tersembunyi yang untuk gambar yang cantik membuat. Di Sungai Melaka juga mempunyai cruise atau pelayaran bot, di mana bot ini akan bawa korang pusing2 Sungai Melaka. Harga tiket tak mahal, berpatutan. Jangan lepas kan peluang ini.

Jonker walk - (Jalan utama di Chinatown) adalah tempat yang sesuai untuk melihat segala-galanya bergabung bersama-sama. Ini hab pusat aktiviti juga berfungsi sebagai syurga bagi pengumpul barangan antik, barang murah, dan peminat fesyen vintaj. Manakala tarikan utama Jonker Street pasar malam yang diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu. Korang akan dapat lihat beberapa mercu tanda yang dipelihara dengan baik, beberapa monumen yang dari ke abad ke-18, terletak di kalangan pertubuhan lebih moden jalan ini. Kepelbagaian tarikan tradisional dan bandar Jonker Street adalah bukti Malaysia sejarah berwarna-warni dan masyarakat pelbagai budaya yang kaya. Di Jonker walk ni tak ada jalan2 yang besar, just jalan2 berliku yang sempit dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan indah, kedai kecil, kuil dan masjid. Keseluruhan kawasan sedang mengalami kebangkitan dengan kedai-kedai baru, restoran dan hotel memenuhi keperluan pelancong tumbuh bagaikan cendawan di merata tempat. Walau bagaimanapun, kawasan yang masih banyak suasana mempunyai dan bernilai mempunyai lihat di sekeliling. Salah satu daripada jalan-jalan di kawasan ini adalah Street Harmony (secara rasmi Temple jalan atau Jalan Tokong), jadi dipanggil kerana ia mengandungi rumah-rumah doa tiga agama utama Malaysia - kuil Cina Cheng Hoon Teng, Kuil Sri Poyatha Vinayagar Moorthi Hindu, dan Masjid Kampung Kling. Di Jonker walk juga mempunyai HardRock cafe memjadi tarikan para pelancong untuk membasahi tengkak yang kering tu sambil disajikan dengan muzik2 yang menarik.
Melaka ni memang sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tempat2 yang menarik, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga. Untuk datang ke Melaka ni, korang boleh menaiki macam2 pengangkutan atau kenderaan. Korang boleh drive kereta, naik bas, terbang ke sana. Memang senang la untuk ke sana. Jangan risau jika korang tak tahu nak stay kat mana di Melaka tu. Melaka mempunyai banyak hotel dan hostel dan homestay ada di sana. Korang just perlu online dan cari malacca hotels on Traveloka. And, korang juga boleh get best prize on Malacca hotel here. Jadi, jangan buang masa lagi, datang la ke Melaka untuk mengalami sendiri suasana yang menarik dan yang tak dapat dilupakan. Ada satu lagi nak cerita, jarak antara hotel2 yang ada di Melaka dengan tempat2 yang saya sebut tadi, just dekat ja, korang boleh berjalan kaki ke sana, tak perlu untuk drive pun, kalau nak lagi best, korang boleh naik beca di sana. Beca di Melaka memang terbaik sebab beca dihias dengan pelbagai corak dan warna siap ada lagu lg. korang boleh berkaraoke sambil melihat permandangan Melaka. Ok Adios…

Jumaat, 21 Julai 2017

5 barang bukan mainan yang kanak-kanak gemar main!

1. Kotak

Selalunya, jika anak anda dapat mainan baru, paling lama mereka main dengan mainan tersebut adalah 15 minit, selepas itu mereka akan mula bermain dengan kotak. Memang agak pelik, tetapi secara jujurnya, bolehkah anda menyalahkan mereka? Kanak-kanak boleh memikirkan pelbagai perkara kreatif yang boleh dilakukan pada sebuah kotak; anda pasti akan berasa kagum dengan betapa luasnya imaginasi mereka.

Ada kanak-kanak yang mengubah kotak menjadi kubu, ada yang berangan ia adalah sebuah kapal angkasa, dan ada juga yang akan berpura-pura menganggap ia adalah sebuah gua gelap. Sememangnya, ia satu hiburan tanpa henti untuk kanak-kanak ini! Cuma, pastikan anda mengawasi anak anda semasa mereka bermain kerana tempat-tempat ini bukanlah dicipta untuk dijadikan mainan.

2. Bakul Dobi

Iya, kanak-kanak sukakan bakul dobi. Kami pasti anda pernah mengalami keadaan di mana semua baju ahli keluarga anda bergelimpangan di seluruh pelusuk rumah, hanya kerana anak anda ingin masuk ke dalam “kapal angkasa” dia. Kami tahu untuk mengemas semula adalah satu perkara yang menyusahkan, jadi apa kata anda sertai anak anda dalam “kapal angkasa” nya itu buat sementara waktu?

3. Alat Kawalan Jauh

Oh, alat kawalan jauh. Ramai kanak-kanak yang sudah menonton filem Star Wars akan berpura-pura yang alat kawalan jauh mereka di rumah itu adalah pedang cahaya light sabers. Kami pun pasti anda pernah melakukannya sekali dalam hidup anda! Tetapi, pastikan yang mereka meletakkan semula alat kawalan jauh tersebut di tempat asalnya kerana alat kawalan jauh ini memang ada perangai pelik untuk menghilang dikala anda sangat perlu menggunakannya!
Juga, pastikan yang mereka tidak cuba untuk mengeluarkan bateri, kerana bateri boleh mendatangkan bahaya tercekik, terutamanya buat anak-anak kecil.

4. Botol Minuman

Sebenarnya, kami mengambil kira apa botol sekalipun. Kanak-kanak suka meletakkan barang ke dalam botol, dan mereka meletakkan pelbagai benda pelik di dalamnya, selalunya gabungan barangan yang mereka jumpa di dalam rumah dan sabun serta syampu dari bilik air.
Cuma pastikan yang botol yang anak anda main adalah botol plastik, kerana botol kaca boleh pecah dan mencederakan mereka.

5. Telefon Bimbit

Kalau anda selalunya bermain game di telefon bimbit anda, kanak-kanak pula tidak kisah sangat pasal main game apps tersebut. Mereka lebih suka untuk mencampak telefon anda atau cuba untuk menghidupkan lampu flashlight. Kanak-kanak memang ada hubungan pelik dengan telefon bimbit kerana kebanyakkan anak-anak yang ternampak telefon, tanpa mengira usia, pasti akan bergerak menuju ke peranti tangan tersebut.
Sebab itulah anda perlu pastikan yang iPhone mahal anda jauh daripada jangkauan mereka, terutamanya sebab anak-anak kecil memang ada habit untuk mencampak barang ke sekeliling mereka.

Khamis, 20 Julai 2017

Mengapa pusat terkeluar ketika hamil?

Pusar atau umbilicus ialah parut yang tertinggal selepas tali pusat dipotong ketika dilahirkan.
Bentuk pusar juga berlainan untuk setiap individu. Ia boleh terkeluar ataupun tenggelam.

Pusat yang terkeluar dikenali sebagai ‘outie’ manakala pusat tenggelam dikenali sebagai ‘innie’.
Namun pusat ‘innie’ juga boleh cembung ketika hamil. Terutamanya bermula trimester kedua.
Ini berlaku apabila perut mula membesar dengan cepat dan pusat tertolak keluar.

Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami pusat terkeluar sepenuhnya. Namun tidak semua mengalaminya.

Perlukah anda risau dengan pusat terkeluar?

Sebenarnya, pusat terkeluar ketika hamil merupakan perkara yang normal. Kerana apabila perut membesar, wujudnya tekanan di kawasan ini.

Walaubagaimanapun, pusat terkeluar juga merupakan tanda hernia tali pusat. Sekiranya terdapat rasa sakit dibahagian timbul atau pusat, ia mungkin hernia.

Hernia ialah jangkitan yang normal pada bayi. Namun, jangkitan ini turut boleh terjadi kepada wanita hamil.

Tetapi kalau anda nak tahu, hernia memberikan risiko yang lebih besar kepada bayi di dalam kandungan.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki ianya hernia tali pusat?

Apa yang terbaik untuk anda buat ialah membiarkan ia pulih dengan sendiri. Kerana sebarang prosedur semasa hamil adalah berisiko tinggi.

Tetapi, jika keadaan menjadi lebih serius, pembedahan perlu dilakuan. Komplikasi ini adalah sangat jarang berlaku.

Ingat, anda perlu memberinya perhatian jika mula rasa tidak selesa atau sakit.

Sama ada pusat terkeluar atau tenggelam, berbanggalah dengan kehamilan anda.

Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah dan hanya wanita sahaja yang boleh merasainya.

Jangan risau, pusat anda akan kembali ke bentuk asal selepas habis berpantang nanti.

Rabu, 19 Julai 2017

5 tips semasa berada di dalam bilik bersalin, untuk suami!

1. Pastikan isteri menjamah sedikit makanan bagi mengalas perut
Pada masa kelahiran, isteri anda akan bertarung nyawa untuk zuriat anda. Maka, isteri anda memerlukan tenaga yang banyak! Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda adalah memastikan isteri menjamah sedikit makanan yang memberi tenaga. Makanan seperti kurma kerana ia mampu membekalkan sumber tenaga yang banyak.
Sekiranya seorang isteri tidak mampu untuk meneran, risiko masa melahirkan akan menjadi lebih panjang serta memenatkan bagi semua pihak. Malah bayi juga mempunyai risiko lemas. Jadi, bagi memastikan kelancaran proses kelahiran, suami perlu menggalakkan isteri untuk makan supaya bertenaga.

2. Membimbing aturan pernafasan isteri sewaktu meneran
Ketika seorang isteri sedang melahirkan anak, dia berada dalam keadaan yang tidak boleh berfikir jelas disebab kesakitan yang kuat. Oleh sebab itu, penafasan isteri mudah menjadi tidak teratur. Penafasan yang tidak teratur akan menyukarkan lagi proses kelahiran kerana isteri akan menggunakan tenaga yang banyak mengambil nafas pendek berulang kali.
Jadi, suami perlu berada di sisi isteri bagi membimbing aturan penafasan isteri agar lebih teratur. Penafasan yang teratur akan membantu isteri melalui proses kelahiran dgn lebih mudah serta kurang sakit.

3. Kerap menyentuh isteri dengan kasih sayang
Semasa isteri sedang melahirkan anak, emosi akan mudah terganggu akibat daripada kesakitan yang dialaminya. Emosi yang tidak stabil akan menyukarkan isteri untuk fokus dengan melahirkan dan akhirnya menyebabkan isteri kehabisan tenaga.
Di ketika ini, belaian dan usapan anda dengan penuh kasih saying diikuti dengan selawat yang dibacakan mampu menenangkan hati dan emosi isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan tenang, isteri boleh fokus dengan proses kelahiran. Tempoh kelahiran juga akan menjadi pendek jika isteri dapat melahirkan dengan tenang.

4. Memberi kata-kata semangat kepada isteri
Kata-kata semangat serta pujian anda kepada isterinya mampu menaikan semangat bagi mempermudahkan proses kehamilan. Andaikata anda hambar sewaktu menemani isteri dalam bilik bersalin, tentu isteri mudah hilang semangat dan ini akan menyebabkan proses kelahiran penuh stress.
Sebagai suami, anda perlu memberi kata-kata positif pada isteri. Tenaga yang hilang akan kembali jika melihat semangat positif suami dalam membantu isteri menghadapi masa-masa yang sukar secara langsung juga membantu mempermudahkan proses kelahiran.

5. Jangan panik!
Di dalam bilik bersalin ialah tempat terakhir anda patut panik! Isteri anda pasti akan bertambah stress dan sakit jika melihat anda panik. Jadi, anda perlu sentiasa tenang dan terus memberi sokongan serta kata-kata positif kepada isteri anda. Panik juga akan membuatkan anda resah, ini juga salah satu punca kenapa ramai para suami tiba-tiba pengsan di dalam bilik bersalin.
Ketika panik, bekalan oksigen akan berkurangan dan anda akan rasa pernafasan anda semakin pendek, ini akan membuatkan isteri anda turut merasa keadaan yang sama. Jadi untuk mengelakan kejadian sedemikian berlaku, anda perlu sentiasa tenang dan elakan rasa panik!


Peranan suami amat besar semasa berada di dalam bilik bersalin. Jadi anda juga harus memastikan diri anda bersedia untuk berada di dalam dewan bersalin.

Selasa, 18 Julai 2017

INILAH 8 DOSA YANG BANYAK DILAKUKAN OLEH ISTERI PADA SUAMI TANPA SEDAR

Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan berdosa terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah perkara biasa saja. Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya.
Semoga 10 senarai dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini boleh kita elakkan agar terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah.

1. Menafikan kebaikan suami
Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.
Para sahabat bertanya: Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?
Rasul menjawab: (Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia berkata, Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.

2. Tidak menghormati keluarga suami
Seorang suami harus berlaku lembut pada isterinya, namun demikian isteri pun wajib bersikap lembut pada keluarga suami, terutama kedua orang tua suami. Jangan sampai isteri memonopoli suaminya sehingga ibu dan bapanya sendiri tak boleh mendapatkan hak mereka terhadap anak lelakinya.
Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?
Rasulullah menjawab, Suaminya (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, Siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki? Rasulullah menjawab, Ibunya (HR. Muslim)
Seorang sahabat, Jabir ra menceritakan: Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, dia berkata, Ya Rasulullah, saya mempunyai harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu?
Rasulullah menjawab, Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. (HR. Ibnu Majah dan At-Thabrani).

3. Keluar rumah tanpa izin suami
Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.
Seorang wanita tidak boleh berpergian kecuali bersama mahram.
Hadis di atas berkaitan dengan semua bentuk safar. Wallahu alam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)

4. Menolak ajakan suami berhubungan
Rasulullah saw bersabda: Apabila lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya kemudian dia menolak untuk datang lalu lelaki itu tidur semalam dalam keadaan marah kepadanya, maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga subuh. (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).

5. Berhias bukan untuk suami
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu (QS. Al-Ahzaab: 33)

6. Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami
Tak kurang ramai isteri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau darjat dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.
Abu Dzar Radhiyallahu Anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Ada tiga kelompok manusia di mana Allah tidak akan bercakap dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih.
Abu Dzar radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali. Lalu Abu Zar bertanya, Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. [HR. Muslim]

7. Membangkang terhadap suami (nusyuz)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya (Tafsir Al Quran Al Azhim, 4: 24).
Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (QS. An Nisa: 34).

8. Menggugat cerai tanpa alasan syari
Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa keadaan mendesak maka haram baginya bau syurga (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).

Astaghfirullah, semoga kita terhindar dari dosa-dosa tersebut.
Sumber: Aliffchannel.com

Isnin, 17 Julai 2017

4 Pulau Ini Mesra Muslim Dan Wajib Dilawati

1. Pulau Cocos (Keeling), Australia

Pulau ini mula diteroka pada tahun 1826 oleh seorang lelaki Inggeris bernama Alexander Hare


Walaupun pulau ini adalah sebahagian dari Australia, Bahasa pertuturan di pulau itu adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


Pulau ini berkeluasan 14.2km persegi dan hanya ada seramai 600 orang penduduk. Walaupun sikit, yang bagusnya, kalau anda tersesat, lebih mudah dijumpai

Pantai Cossies di pulau ini dinamakan sebagai Pantai Dengan Butiran Pasir Terbaik di Australia oleh pakar pantai, Brad Farmer

80% daripada populasi penduduk di pulau ini beragama Islam

2. Zanzibar, Tanzania
Islam muncul di Tanzania apabila perdagangan hamba abdi dari Arab.

98.9% penduduk di Zanzibar adalah beragama Islam

Wanita-wanita Zanzibar sedang memburu ikan dengan pakaian berwarna-warni. Mereka menangkap ikan-ikan kecil di kawasan air cetek untuk memenuhkan periuk kecil yang mereka bawa. Biasanya dalam tempoh beberapa jam, periuk itu boleh dipenuhkan dengan hasil tangkapan.

Fakta Menarik:
Tahukah anda di selatan Zanzibar terdapat sebuah pulau yang di namakan Pulau Mafia? Tiada mafia di situ tetapi dengarnya terdapat beberapa kawasan menarik untuk aktiviti menyelam.
Di Tanzania, mereka bertutur dalam lebih 140 bahasa yang berlainan !!

3. Lombok, Indonesia

Oleh kerana masjid sangat mudah ditemui di hampir setiap pelusuk pulau ini, maka Lombok juga dikenali sebagai Pulau dengan 1,000 masjid. Jadi, suara-suara lunak dan merdu si muadzin akan selalu kedengaran semasa tibanya waktu solat.

Di Lombok juga terdapat banyak menu-menu halal dan mocktail (tanpa alkohol) yang boleh dicuba.

Kebanyakan hotel di Lombok turut memasarkan hotel mereka sebagai ‘mesra muslim’. Penunjuk arah kiblat dan naskah Al-Quran antara barang wajib yang ada di setiap bilik. Malahan, ada sesetengah hotel yang mengeluarkan siaran MTV dari senarai!

Sekiranya anda berjalan di sekitar Lombok, pasti takkan ketinggalan dari melihat kanak-kanak berkopiah dan bertudung dalam perjalanan pergi atau balik ke sekolah

Di beberapa kawasan sekitar pulau Lombok, masih terdapat banyak lagi kawasan terumbu karang yang cantik yang sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam.

4. Maldives

Penduduk Maldives mula menganuti agama Islam dari agama Buddha sebelumnya pada abad ke 12

Pulau Maldives terbentuk daripada gugusan 1,192 pulau dengan terumbu karang

Kebanyakan binaan masjid di sini dibuat dari batu-batu karang beserta atap zink atau jerami.

Kebanyakan pejabat dan kedai-kedai di Maldives akan tutup selama 15 minit selepas masuk waktu solat. Jadi anda tidak perlu risau terlepas waktu solat.
Fakta Menarik:
Tahukah anda bahawa seseorang yang bukan beragama Islam tidak boleh menjadi rakyat Maldives?
Banyak lagi pulau menarik dan menyediakan perkhidmatan sesuai untuk Muslim. Nanti DC akan buat artikel lain untuk pulau-pulau di Malaysia pula

Artikel diterjemah & diolah dari – Bright Muslim

Ahad, 16 Julai 2017

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

JIWANG.ORG

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...