Rabu, 9 Ogos 2017

Bagaimana meminum air lemon dengan cara yang betul setiap pagi boleh mendapat khasiat dan manfaatnya

Sebiji buah lemon memberi khasiat kesihatan kepada tubuh badan kita. Ada banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan dari sebiji lemon. Dan kita semua tahu air lemon yang diminum setiap pagi selepas bangkit dari tidur dapat memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.


Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida, protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat dan minyak berkhasiat.

Sumber : Alex Lau

Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai antibakteria, antiviral dan membina sistem imun yang lebih baik. Ia juga menaikkan tahap ketahanan dalam sistem imun, melawan sebarang jangkitan penyakit oleh kerana ia mengandungi tahap bioflavonoids, pectin dan limonen yang tinggi. Ia juga mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium, magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.

Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.

Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam sehari.

Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah lemon dan mengambil jusnya sahaja.

Sumber : food.ndtv.com

Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar.

Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.

Sumber : danettemay.com

Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resepi air lemon yang betul:

1.Ambil 2 biji yang segar sebaiknya yang organik.
2.Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak anda.
3.Perahkan hirisan lemon itu tadi menjadi jus di dalam sebuah bekas.
4.Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon.
5.Anda boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mag atau cawan kembara.
6.Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk. Letakkan sedikit madu untu menambah kemanisan jika mahu. Atau boleh sahaja diminum kosong .

Sumber : umagazine.ie

Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar penyejatan air di dalam badan.

Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali.

Era Baru

Selasa, 8 Ogos 2017

Sisi Gelap Kehidupan Di Hong Kong Sebagai Orang Miskin, Tinggal Di Dalam Sangkar

Pernahkah kamu membayangkan, kehidupan di dalam apartment yang cukup sempit? Hong Kong merupakan sebuah negara yang di iktiraf sebagai negara paling maju di dunia.



Tetapi di sebalik kemewahan ini, realiti kesusahan Rakyat Hong Kong jauh lebih serius. Ada di antara mereka yang membina sangkar sebagai tempat tidur dan kebanyakkan rakyat Hong Kong ini juga tinggaL di dalam apartment yang sangat sempit.

Rata-rata apartment di sini mempunyai keluasan sehingga 40 kaki persegi namun ianya sudahpun di bahagikan kepada bilik-bilik kecil untuk di sewakan kepada orang lain.

Namun, memandangkan harga hartanah yang terlampau mahal di sana, bukan kesemua penduduk di Hong Kong mampu untuk tinggal di kediaman yang selesa meskipun bersaiz mikro semata-mata.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa tinggal di dalam kediaman yang berupa seperti sangkar yang sempit yang layaknya untuk menempatkan binatang liar di zoo.


rumah kandang Hong Kong







Isnin, 7 Ogos 2017

5 Destinasi Percutian Yang Paling Pelik Dunia

1. Pulau Anak Patung


Pulau kecil terletak tidak jauh dari Bandar Raya Mexico, pulau ini mempunyai pelbagai anak patung yang mengerikan tergantung diseluruh pokok dan bangunan.

Anak patung yang pertama berasal dari Don Julian Santana, seorang lelaki mendapati seorang gadis kecil lemas terapung dalam terusan bersama anak patungnya.



Bagi menghormati gadis kecil itu dia telah menggantungkan anak patung tersebut sebagai tanda memperingati gadis tersebut. Kemudian dia menggantung lebih banyak anak patung dari satu tempat ke satu tempat setiap hari, sehinggalah dia menjadi taksub dan gila.

Lebih menyedihkan dia didapati mati lemas didalam terusan yang sama. Keluarganya menjadikan pulau itu sebagai tempat pelancongan.

2. Taman Anwick Poison


Duchess of Northumberland, seorang yang sangat tertarik dengan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai keupayaan untuk membunuh.




Oleh itu, dia mewujudkan sebuah taman yang dipenuhi dengan lebih daripada seratus tumbuhan yang boleh membunuh. Kini, ia dibuka kepada orang ramai dan mengalu-alukan kanak-kanak tanpa mengira usia .

3. Karni Mata Temple



Sebuah kuil di bandar Deshnoke di India diberi penghormatan yang dipercayai sebagai penjelmaan semula Durga, dewi yang dianggap sebagai ibu kepada alam semesta, ianya telah dipenuhi dengan tikus.




Apa yang pelik, mereka percaya bahawa tikus-tikus tersebut adalah suci dan tidak membahayakan. Mereka membiarkan tikus-tikus ini berkeliaran dan memberi makan lebih dari 20000 ekor!

4. Pulau Izu



Percutian ini memerlukan anda untuk memakai topeng gas. Pulau Izu di Jepun ini terdiri daripada gugusan pulau-pulau gunung berapi yang telah meletus beberapa kali, dan letupan terakhir dicatatkan pada 10 tahun yang lalu.



Pulau ini dipenuhi gas yang berbahaya, yang dipercayai dari bawah tanah dan bau yang tidak menyenangkan. Landskap yang subur juga boleh didapati di sini dan pelancong hanya dibenarkan untuk melawat sekali sahaja dan mereka mesti memakai topeng gas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

5. Desa Gnome



Lancaster County, Pennsylvania, disini anda akan disambut oleh pengasas dan pemiliknya yang kaya iaitu Humphreys.



Beliau akan membawa anda ke dalam dunia yang mempesonakan dengan sejarah, cerita rakyat dan tabiat orang-orang disini. Beliau percaya bahawa makhluk-makhluk ini kerdil berjanggut sebenarnya wujud.

Ahad, 6 Ogos 2017

Buah Yang Menyerupai Payudara

Setiap kejadian Tuhan pasti ada alasan disebaliknya.. Tapi kita selalu tak nampak apa kelebihan ciptaan Tuhan yang ada di depan mata..

Macam tu lah jugak dengan buah yang satu ni.. Sekali tengok memang lucah, tapi mungkin ada kelebihan buah ni yang kita tak tahu..

Buah di dalam gambar ni bernama buah Loofah yang banyak terdapat di negara Vietnam. Uniknya buah ni adalah ia menyerupai nenen wanita..

Memang sebijik beb.., siap dengan puting sekali tau buah ni....
















Sabtu, 5 Ogos 2017

Haiwan Yang Hampir Pupus

Umumnya, apabila sebut tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia. Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini. Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdagangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita melihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?



SAND CATS

Kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.




Egyptian Tortoise

Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman’s tortoise atau Leith’s tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.



SEA OTTER

Sea Otter hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Mengapakah mereka tergamak nak membunuh haiwan secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi Sea Otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.

FENNEC FOX

Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.

Mexican Axolotl

Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?


PIKA

Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation (WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.
Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

MANDARIN DUCK

Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berbagai warna manakala betina hanya berwarna plain yang membosankan. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang kurang sedap.

SLOW LORIS

Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat menarik iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.


BELUGA WHALE

Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

BLACK FOOTED FERRET

Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.

GRAY GENTLE LEMUR

Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang ni. Ingat King Julian? Bukannya serupa tapi berasal daripada keluarga beruk-beruk yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi kalau tak di Madagascar pastinya. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.

HAWAIIAN MONK SEAL

Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.

Matschie’s Tree Kangaroo

Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.

Iberian Lynx

Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.


GIANT PANDA
Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.



http://www.radioinformasi.com/

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...