Jumaat, 15 September 2017

Pesanan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad

Disini terkandung pesanan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW..
Marilah kita hayati bersama pesanan² yang telah disampaikanya :




Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada menantu baginda,Saidina Ali Abu Talib seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talibberkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakantiga belas wasiat khusus untukku:
"

1.Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasukitempat mandi (hammam) tanpa memakai kain
separas pinggang.Bahawasanya barang siapa memasukitempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka
dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'.Sesungguhnya itu adalah
apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3.Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta"
( Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).
Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,sesungguhnyahamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku:
Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia"
.

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).
Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripadamengumpat dan mengadu-dumba.Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnyaseksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6.Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau.Sesungguhnya
Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8.Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.
Apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah
Taala ke atas hamba-Nya.Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau
kepada kesabaran.

11.Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau
dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12.Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau
dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni
engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu,engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13.Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah
engkau.Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan
darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.


*°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°*
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri


Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:


1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
*°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°*


Antara wasiat, Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a:

Segala sesuatu itu ada penyakitnya,
√ Penyakit berkata-kata adalah bohong.
√ Penyakit ilmu adalah lupa.

√ Penyakit ibadah adalah riak.
√ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
√ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
√ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga.

√ Penyakit malu adalah lemah.
√ Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
√ Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan.
√ Penyakit agama adalah hawa nafsu.

Khamis, 14 September 2017

7 WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA ABU DZAR AL GIFARRI

Rasulullah SAW berwasiat, cintailah fakir-miskin, berbanyak silaturrahmi, jangan suka meminta-minta dan jangan takut celaan dalam berdakwah.

“Dari Abu Dzar ia berkata; “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,

(2) beliau memerintahku agar aku melihat orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat orang yang berada di atasku,

(3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahim dengan karib kerabat meski mereka berlaku kasar kepadaku,

(4) aku diperintahkan agar memperbanyak ucapan La haula walaa quwwata illa billah,

(5) aku diperintahkan untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit,

(6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah SWT,

(7) beliau melarang aku agar aku tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia” (Riwayat Ahmad).

Rabu, 13 September 2017

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :


“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :


  1. Khatam Al Qur’an
  2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
  3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
  4. Melaksanakan ibadat haji dan umra


Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”


- MAFHUM DARI HADIS

Selasa, 12 September 2017

lymouth : Bandar Yang Musnah Ditimbus Lahar Gunung Berapi



Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar





Isnin, 11 September 2017

Asal Usul Bintang Bucu 6 Israel

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang berbucu enam iaitu lambang Israel sekarang.




Sebenarnya bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .


Ahad, 10 September 2017

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah swt tidak akan menjadikan Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan :
1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan
keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki?..membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihar diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :
"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :
"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :"Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkankedudukan wanita.

Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan / pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

Tanggungjawab sebagai hamba Allah
Tanggungjawab sebagai isteri
Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang

Buat semua kaum2 Adam, hormatilah kaum2 Hawa sewajarnya. Jika mereka tiada,kita tidak akan lahir di dunia........

wassalam.

Sabtu, 9 September 2017

~Manfaat Tidur Sebentar di Waktu Siang~

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurniaNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar,” Ar-rum: 23.
Tidur singkat dapat menyegarkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.

Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.
Dan hasilnya ternyata tidur singkat di ‘siang hari’ sama pentingnya dengan tidur di malam hari.

Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.Ini adalah tanda keajaiban Al-Quran sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21.

Sedangkan Al-Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu.Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.

Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.

Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi Muhammad S.A.W banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat.
Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan.

Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja di malam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.


Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).

Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah SWT sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah.Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?

1. Jangan terlalu banyak tidur, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.

2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.

3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdoa sebagaimana diajarkan Rasulullah:“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”
Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Quranul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.


Sumber: Detik Islam

Jumaat, 8 September 2017

Dari Mana Asalnya Dam Ular?

Aku tak pasti budak-budak zaman sekarang kenal tak dengan dam ular atau snake & ladder ni. Zaman aku kecik-kecik dlu, permainan ni memang femes. Main kat sekolah time rehat. Legend beb.. Jom baca skit mengenai sejarah permainan dam ular nih..





Dalam Plastik Beb



Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.

Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian.

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.

Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).

Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.

Khamis, 7 September 2017

amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro'

........ Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.

Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.


Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........


Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

- dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...


Rabu, 6 September 2017

Akibat Pengaruh Dadah,Gadis Ini Menghiris Tangannya

TTAOTAUAJER - Bila kita menyaksikan Gambar-Gambar ini mungkin akan membuat sesiapa yang melihatnya memendam sebuah pertanyaaan. Ini sebuah mangsa jenayah atau perbuatan lain sehingga orang dengan sadis mampu melakukan hal seperti itu.




Ini adalah gambar yang mengerikan yang pernah tao lihat, kerana walaupun kulit dan daging di potong-potong seperti itu orangnya masih tetap bertahan hidup.


Lagi gambar di bawah ini.. kalau tak berani jangan tengok



Hal seperti ini sering dilakukan oleh mereka yang ketagihan dadah, mereka akan mencari ketenangan dengan meminum darahnya sendiri


Pelaku utamanya adalah seorang gadis yang menurut saya memang cukup gila, menurut sumber yang kami dapat gadis ini menderita kelainan jiwa di mana dia akan memperoleh "ketenangan" dengan melukai bahkan memotong-motong dagingnya sendiri. Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kebenaran akan berita ini, gambar-gambar ini bukanlah gambar kejuruteraan atau hoax yang hanya bertujuan untuk sebuah sensasi



























TAOTAUAJER : Anehnya hingga saat ini gadis tersebut masih hidup dan tetap melakukan perkara yang sama untuk mendapatka yang dia sebut sebagai ketenangan. Dunia memang penuh misteri, banyak hal-hal yang tidak boleh diterima dengan sebab memang gila



Sumber
http://taotauajer.blogspot.com/2012/12/ngeri-akibat-pengaruh-dadahgadis-ini.html:

Selasa, 5 September 2017

Bahaya Selipar Jepun



Pasti ramai diantara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang di gunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya. Nak tahu apakah bahaya dan risiko menggunakan selipar jepun ini ?

1. Tidak Ada Penyokong
Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.

2. Mengundang bakteria pada kaki
Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15.000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.

3. Bahaya ketika memandu
Elakkan memandu, baik itu dengan menggunkan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini Apalagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan slip dan tergelincir, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.

4. Sakit Punggung
Kerana tak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai sandal sepit terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, maka dapat mendalami menjadi sakit punggung.

5. Arthritis Sakit Sendi
Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi. Sumber | Olahan Semula akuanakpahang

Sekali sekala kalau dibawa ketandas untuk membuang air besar oklah gamaknya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.


Isnin, 4 September 2017

Tandas Awam Diperbuat Daripada Cermin Sehala

Ini adalah sebuah tandas awam yang direka oleh artis Monica Bonvicini dipanggil 'Don’t Miss A Second' terletak di London. Ia memaparkan tandas awam di tengah-tengah laluan pejalan kaki sibuk yang dibina sepenuhnya cermin sehala. Didalam tandas ini, orang boleh melihat semua pejalan kaki melalui tandas ini tanpa dilihat dari luar.



Ahad, 3 September 2017

Adab Bagaimana Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya."


Sabtu, 2 September 2017

Tips Memakai Cincin Mengikut Islam

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:




  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)


dan janganlah memakai pada jari


  • jari tengah
  • jari telunjuk


Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

"Nasihat Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali, Nabi saw berpesan kalau memakai cincin pakailah dijari manis dan dijari kelingking, jangan memakai dijari tengah dan dijari telunjuk." Kenapa? "Kerana memakai cincin dijari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah swt iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut as."

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Jadinya cara memakai cincin ni bukan hanya untuk perempuans tapi jugak untuk kaum adam. Kalau ada terlihat saudara mara atau sahabat handai memakai cincin dijari yang tidak sepatutnya ni haruslah kita menegur tentang cara yang betul pakai cincin mengikut syariat Islam kalau tak sia sia dapat kecelakaan dari Allah swt. Nak cantik beria bagai tapi tak dapt pahala kalau niat nak ikut sunnag Nabi saw free free dapat pahala.



Jumaat, 1 September 2017

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Semasa Hujan

KETIKA MELIHAT HUJAN
+allah humma soyyiban nafi a'
-ya allah,turunkanlah hujan yang bermanfaat

KETIKA HUJAN LEBAT
+allah humma hawa laina wala alaina,allahumma ala alaa kami wal jibali waz zirobi wa butunil audiyati wa mana bi tish shajar
-ya allah,turunkanlah hujan di sekitar kami.ya allah,turunkanlah hujan ke dataran tinggi,gunung2,bukit2,perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohon

SELEPAS HUJAN
+mutirna bifadlillahi warohmatih
-kita diberikan hujan kerana kurnian & rahmat

AMBIL BERKAT AIR HUJAN
-basahkan sedikit baju untuk mendapatkan sunnah nabi

di-izinkan share jika ingin menyebarkan sunnah Rasulullah SAW

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...