Isnin, 23 Oktober 2017

Kenapa Angka 7???





Antara banyak-banyak nombor yang di ulang sebut dalam al-Quran adalah angka 7. Misalnya Allah menciptakan langit dan bumi sebanyak tujuh lapisan. Allah juga menjadikan siang dan malam bersilih ganti dalam tujuh hari. Allah juga mencipta syurga dan neraka sebanyak tujuh tingkatan.



Demikian juga dengan amal ibadah kita. Misalnya haji, kita perlu bertawaf sebanyak tujuh pusingan. Bersai sebanyak tujuh kali. Melontar di tiga jamrah iaitu jamrah al-Aqabah, Ula dan Wusta sebanyak tujuh biji batu setiap balingan.


Demikian juga dengan kalimah syahadah. Ianya terdiri dari tujuh kalimah. Apabila dilihat pada syarat sah sembahyang, antaranya perlu menyempurnakan tujuh anggota badan ketika sujud. Yakni dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua tapak kakinya yang ditegakkan anak-anak jari.


Mudah kata, kebanyakan angka tujuh dipilih Allah dalam beberapa ibadah kita. Ia juga disebut secara berulang kali didalam al-Quran. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia angka tersebut. Hikmat dan rahsia itu pula dikembalikan kepada kita.


Apabila kita ingin mengungkap perkara ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa angka ini memenuhi keperluan kehidupan manusia. Apabila disebut 7 hari, maka kita wajar penuhkan 7 hari itu dengan amalan yang membawa kita ke syurga.


Ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.


1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.


2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)


3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)


4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).


5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).


6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)


7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qub a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat.

Ahad, 22 Oktober 2017

7 Tahap Kenyang

Menurut ulama', tahap kenyang ada tujuh

Rasulullah SAW bersabda;

"Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan".

(Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah & at-At-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma'diyakrib radhiyallahu 'anhu)

Menurut ulama', tahap kenyang ada tujuh:

Pertama :
Makan sekadar untuk membolehkan hidup.

Kedua :
Menambahnya supaya dapat berpuasa & mengerjakan solat dengan berdiri. Ini adalah wajib.

Ketiga :
Menambahnya lagi hingga berupaya mengerjakan ibadah-ibadah sunat.

Keempat :
Menambahnya lagi supaya ada kekuatan untuk bekerja memperolehi pendapatan. Ini adalah mustahab (disukai Syarak)

Kelima :
Menambah lagi hingga memenuhi 1/3 perut. Ini adalah harus.

Keenam :
Menambah lagi hingga badan menjadi berat & banyak tidur. Ini adalah makruh.

Ketujuh :
Menambah lagi hingga menimbulkan mudarat iaitu makan hingga penuh perut yang ditegah oleh syarak. Kenyang sebegini adalah haram.

(Fathul-Bari dan Faidhul-Qadier (hadis no. 2217)


Sabtu, 21 Oktober 2017

Sebab Rasulullah SAW Melarang Kencing Berdiri

Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:

1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat

2. Menggunakan alas kaki

Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran kebesihan.

3. Masuk kamar mandi /bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri

Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air

Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.

Kerana dikhuatiri rancangan / idea / inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.

6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

Wallahualam


Jumaat, 20 Oktober 2017

Hukum Memukul Muka

Hukum memukul muka adalah Haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .
Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.
Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).
" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."
KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Khamis, 19 Oktober 2017

Mengapa Zakar Bengkok Ke Kiri/Kanan dan Penyelesaiannya

Sebab yang utama adalah disebabkan kekerapan melancap(masturbate),sewaktu melancap apabila hendak mencapai orgasm selalunya pihak lelaki akan menguatkan genggaman pada zakar terutamanya dipangkal zakar.


Jika anda melancap menggunakan tangan kanan, sewaktu anda hendak mencapai orgasm selalunya jari-jari anda akan melakukan genggaman yg kuat di bahagian kiri zakar(Corpora Cavernosa) dan ini akan menyebabkan tisu pengembang(Corpora Cavernosa bahagian kiri akan rosak dan menjadi parut dan tidak mampu mengembang.


Bila kerapkali anda lakukan melancap dgn cara begini maka zakar anda akan bengkok ke kiri.Maka jika anda menggunakan tangan kiri utk melancap, zakar anda akan bengkok ke kanan.

Bahagian zakar terbahagi kepada 3 bahagian:

Zakar terdiri dari 3 rongga utama, 2 rongga atas adalah rongga menyokong ketegangan yang dinamakan Corpora Cavernosa dan 1 rongga di bawahnya adalah saluran kencing dan sperma, namanya Corpus Spongisum.Pada saat tegang, darah akan mengalir ke semua rongga tersebut terutama pada Corpora Cavernosa.

Maka apabila satu bahagian corpora nervosa sama ada kiri atau kanan rosak dan berparut maka pengaliran darah ke semua rongga-rongga ini jadi tak seimbang.Dan berlaku gejala zakar bengkok ke kiri atau ke kanan bergantung pada tangan mana yang digunakan.

3 cara utk betulkan kembali zakar bengkok disamping memanjangkannya.




1-Urutan
Tujuan urutan zakar lebih kepada membesarkan tisu-tisu kecil corpora nervosa tadi, maka tisu-tisu itu dapat menerima darah dlm kuantiti yg lebih banyak, dan zakar akan menjadi besar apabila tegang.Dari segi memulihkan kembali tisu-tisu yang rosak akibat melancap,tidak berapa nampak sangat hasilnya, kerana saya memang mengamalkan urutan sebelum ini. Hasil lebih kepada kebesaran, kepanjangan tidak nampak perubahan.

2-Pam vakum
Merbahaya kerana jika salah penggunaan akan menyebabkan tisu-tisu kecil corpora nervosa dan urat-urat saraf halus di dalam zakar rosak dan pecah.

3-Penis Extender
Ini adalah cara yang paling selamat, kerana ia meregangkan zakar ke tahap maksimum dan menggalakkan percambahan sel-sel yang baru.Sebenarnya teknologi ini telah lama digunakan oleh suku kaum tertentu, kalau di Malaysia kita boleh lihat suku kaum di Sabah yang menggantungkan benda berat utk memanjangkan telinga mereka.

Sama juga konsep yang digunakan oleh penis extender ini, iaitu apabila zakar diregangkan secara maksimum, tisu-tisu yang rosak tadi akan bercambah kembali dan tisu-tisu pengembang yang sedia ada akan bercambah secara sama rata dan akan menyumbangkan kepada kepanjangan dan membetulkan zakar yang bengkok.Disamping menambahkan sedikit kebesaran zakar ditempat yang bengkok tadi, kerana semasa bengkok, bahagian itu lebih langsing dari bahagian zakar yang lain kerana tisu-tisu pengembang di bahagian itu rosak dan tak berfungsi.Maka setelah regangan tisu-tisu pun bercambah dan tisu-tisu pengembang mengembang secara sama rata dan mengembalikan kelurusan zakar.

Sumber : http://petuadewasa.blogspot.com/2011...-dan.html#more

Rabu, 18 Oktober 2017

Golongan Manusia yang Diberikan Ujian oleh Allah SWT

Manusia yang diberikan ujian oleh Allah swt bolehlah diketegorikan kepada empat golongan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rhm.

Golongan Pertama:

Mereka yang tidak mempu menerima ujian. Golongan ini merupakan golongan yang terlalu nipis sifat kesabaran di dalam jiwa mereka. Maka mereka akan membenci setiap ketentuan dan ujian yang mereka hadapi. Kebencian ini akan lahir daripada hati mereka dengan menolak qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan dalam hidup mereka.

Hati kecil mereka akan berkata, “kenapakah kejamnya Tuhan kepada diriku?” Malah tindakan benci ini akan lahir dengan kata-kata kesat terhadap ketentuan Allah swt ke atas diri mereka. Kemungkinan juga sifat benci ini akan hadir dalam bentuk tindakan dengan mencederakan anggota tubuh badan malah mungkin menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Inilah golongan yang terlampau lemah jiwa dan iman mereka ketika ditimpa sesuatu ujian.

Golongan Kedua:

Mereka yang sabar dengan ketentuan Allah swt. Golongan ini akan sentiasa berbaik sangka dengan Allah swt. Segala ujian sama ada dalam bentuk kesakitan mahupun kesedihan itu akan ditempuhnya dengan tabah dan dia yakin segala itu ada hikmah dan kebaikan untuk diri dan kehidupannya di muka bumi Allah swt. Ketikamana ditimpa ujian maka dia akan meletakkan tangannya di atas dada lalu berkata “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil” iaitu cukuplah Allah itu bagiku dan dialah sebaik-baik pengatur urusan.

Golongan Ketiga:

Mereka yang redha dengan setiap ujian. Ketikama seseorang itu dipukul gelora dalam kehidupannya dia akan menerima ketentuan tersebut dengan rasa redha. Baginya setiap ketentuan Allah swt itu adalah baik baginya. Inilah ciri-ciri mereka yang tinggi keimanan ketikamana ditimpa musibah dalam kehidupan. Malah Nabi saw mengkategorikan mereka ini sebagai golongan yang luar biasa.

Sabda Nabi saw: “Amat luar biasa urusan kehidupan seseorang mukmin itu. Segala perkara yang ditempuhi dianggap segalanya baik baginya. Perkara ini tidak akan dirasai melainkan oleh seseorang yang beriman. Apabila dia diberikan kesenangan maka dia akan bersyukur kerana dia yakin perkara tersebut adalah baik baginya. Malah apabila dia ditimpa musibah maka dia akan bersabar kerana perkara itu juga adalah baik baginya”. (Hadith riwayat Imam Muslim).

Inilah contoh sifat redha yang perlu adalah dalam jiwa kita ketika menerima ujian daripada Allah swt.

Golongan Keempat:

Mereka yang bersyukur di atas ujian yang diberikan oleh Allah swt. Inilah sifat paling mulia pada seseorang hamba ketikamana menerima ujian dan dugaan kehidupan daripadaNya. Ketika mana dia telah bersabar dan redha, lantas akan hadir suatu rasa yang cukup indah iaitu bersyukur di atas ujian-ujian tersebut. Kerana apa dia perlu bersyukur? Kerana dengan ujian kesakitan dan kesedihan itulah yang menyebabkan dia lebih kuat iman dan terasa lebih hampir kepada Allah swt. Segala kesakitan zahir dan batin itu seakan hilang bila rasa cinta kepada Allah swt dan syukur kepadaNya itu hadir di dalam jiwanya.

Inilah sunnah Nabi saw ketika menerima ujian yang ditempuhinya. Baginda saw akan bersyukur lantas mengucapkan : “Segala pujian bagi Allah swt di atas setiap keadaan”.(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh al-Albaniy).


Selasa, 17 Oktober 2017

Fakta Menarik Tentang Bayi



1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Isnin, 16 Oktober 2017

The Technology of Toilets

Click Here To Zoom


Click Here To Zoom

Click Here To Zoom

Click Here To Zoom



Ahad, 15 Oktober 2017

Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran

Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.
 

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
 

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

 

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.


Sumber :

Sabtu, 14 Oktober 2017

Sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat Manusia?

Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis.

Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib.

Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah :

Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)

Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran.

Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak.
(Al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kenyataan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.

Firman Allah:

"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?")
(Al-An'am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat.

Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain.

Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia.

Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.

Firman Allah SWT:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik."
(Al-Rum : 41-42)

Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.


Sumber : iLuvIslam

Jumaat, 13 Oktober 2017

9 Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Khamis, 12 Oktober 2017

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.


Isnin, 9 Oktober 2017

Anggota Badan Semasa Sujud

Mohon penjelasan ustaz tentang kedudukan jari-jari kaki semasa sujud



JAWAPAN :

Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ada tujuh iaitu dahi , kedua-dua tapak tangan , kedua-dua lutut ,dan hujung (jari-jari) kedua-dua kaki seperti hadis yang

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut "

[Riwayat al-Bukhari no 812 dan Muslim no 490]

Jika salah satu anggota tersebut tidak menyentuh tempat sujud , maka solat itu batal . Kedudukan jari-jari kaki yang terbaik ketika sujud adalah dengan membengkokkan kesemuanya ke arah kiblat .

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud :

" Beliau menghadapkan hujung jari-jemarinya ke arah kiblat "

[Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud]

Ibn Umar amat suka menghadapkan badan dan anggotanya ke arah kiblat ketika solat sehingga beliau mengarahkan ibu jarinya ke arah kiblat .

Membengkokkan jari kaki adalah sunat . Sekurang-kurangnya salah satu jari daripada kedua-dua belah kaki hendaklah ditengakkan atau dibengkokkan tetapi keadaan ini adalah makruh . Tidak semua jari kaki perlu mencecah lantai ketika sujud , tetapi cukuplah salah satu daripada mana-mana jari kaki .

Sujud dalam semua jari kaki tidak ditengakkan malahan keadaan kuku kaki terlangkup ke lantai akan membatalkan solat . Disunatkan membuka atau mendedahkan tapak kaki bagi lelaki sebaliknya wajib ditutup bagi wanita .

Sekiranya seorang itu tiada atau terpotong tapak tangan , jari tangan atau kaki maka tidak wajib meletakkan hujung anggota daripada kaki atau tangan yang ada di tempat sujud kerana hukumnya sunat sahaja .

Sebaliknya , bagi mereka yang lahir dalam keadaan cacat tiada tapak tangan dan jari-jemari maka wajib baginya meletakkan hujung anggota yang ada dalam kawasan tangan atau kaki di tempat sujud .

Di sini perlu difahami bahawa ada perbezaan hukum bagi mereka yang terpotong jari-jemari dan tapak tangan dengan mereka yang dilahirkan tanpa tangan dan jari-jemari .


Adakah hidung termasuk anggota sujud ?

JAWAPAN :

Adapun hidung , terdapat khilaf pendapat dalam kalangan ulama . Dan pendapat yang lebih tepat adalah pendapat Imam Malik , Imam al-Syafi'i dan majoroti ulama menyatakan bahawa merapatkan hidung ke tanah ketika sujud adalah sunat dan tidak sama kedudukannya dengan dahi .

Antara tangan dan lutut , yang mana satu perlu didahulukan ketika turun sujud ?

JAWAPAN :

Para ulama bersepakat bahawa kedua-dua cara untuk sujud , sama ada mendahulukan kedua-dua lutut ataupun kedua-dua tapak tangan adalah dibolehkan

Menurut al-Sheikh Salim al-Hadrami dalam kitabnya :

Disunatkan melakukan tertib ketika meletakkan anggota sujud iaitu didahulukan dengan kedua-dua lutut kemudian kedua-dua tapak tangan seterusnya dahi dan hidung serentak .

[Kashifah al-Saja , halaman 64]


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...