Isnin, 20 November 2017

10 Perkara Yang Pasti Anda Lakukan Dengan Salah Setiap Hari, Berulang-ulang Kali

10. Cara Memegang Stereng Kereta

Cara anda memegang stereng amat penting demi keselamatan anda. Posisi tangan anda harus garisan tengah sterengnya. Posisi ini penting untuk pastikan tangan anda akan ke tepi apabila beg udara diaktifkan semasa pelanggaran.

9. Posisi Tempat Duduk Tandas

Pastikan anda turunkan penutup mangkuk tandas anda sebelum ditarik. Ianya untuk memastikan kuman tidak melekat pada dinding tandas.

8. Masa Yang Sesuai Untuk Pakai Deodoran

Waktu pagi sebenarnya merupakan masa yang kurang sesuai untuk memakai deodoran. Hal ini kerana masa itulah masa ketiak lembap selepas mandi, lebih cepat memeluh dan deodoran tidak dapat tahan dengan lama.

Walau bagaimanapun, jika dipakai pada waktu malam, ia akan kekal lebih lama kerana ketiak lebih kering dan tidak mudah berpeluh pada waktu ini. Deodoran akan diserap ke dalam pori kulit dengan mudah.

7. Cara Mengemas Pakaian Supaya Tidak Berkedut

Pastikan pakaian tidak berkedut dan digulung sahaja.

6. Batuk

Virus mudah merebak melalui sentuhan. Jangan menutup mulut dengan tapak tangan anda semasa batuk, sebaliknya cuba batuk pada bahagian dalam siku anda kerana bahagian ini paling jarang sekali menyentuh apa-apa barang.

5. Membersih Blender

Blender anda tidak perlu diberus dengan span. Hanya masukkan air sabun dan pasang sahaja blender tersebut. Ianya akan dibersihkan dengan sendiri.

4. Posisi Tidur

Posisi tidur secara meniarap tidak sesuai kerana ianya akan memberkani tekanan kepada tulang belakang anda yang bakal menyebabkan kesakitan pada bahagian badan yang lain pula. Kualiti tidur akan berkurangan. Tidur berbaring pada belakang lebih baik demi badan tulang belakang yang sihat.

3. ‘Kaki’ Papan Kekunci

Semasa sedang belajar untuk menggunakan papan kekunci, mungkin sesuai untuk menggunakan kakinya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sudah tahu menaip dengan sentuhan, ianya lebih baik jika anda tidak menggunakan kaki papan kekunci kerana ia akan menyebabkan pergelangan tangan anda lebih mudah lenguh.

2. Menggantung Seluar

Letakkan tiub tusu kertas pada penggantung pakain supaya tidak akan ada bekas lipatan pada seluar yang telah diseterika.

1. Tali kasut

Masukkan tali kasur ke lubang yang paling atas sebelum memasukkan ke lubang kedua paling atas seperti yang terpapar dalam gambar. Seterusnya, silangkan dan tarik keluar. Ikatan tali kasut anda tidak akan mudah terbuka.

Ahad, 19 November 2017

Tanda-tanda Awal Kehamilan

1. Perubahan ketara pada moodPerubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.

3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.

4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.

5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.

6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.

8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.

9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.

10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.

11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.

12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?f...7695581&type=1

Sabtu, 18 November 2017

Khamis, 16 November 2017

Rabu, 15 November 2017

Cara Azan & Iqamah dengan Betul dan Sempurna

Cara Azan Yang Betul

1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk
2. Berdiri
3. Meletakkan Jari Telunjuk ke Telinga
4. Menghadap Kiblat


AZAN



PERINGATAN!!!

Sunat Tarji' ( Menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah ini sebelum mengalunkan dengan kuat)
- Cara bacaan tarji' sama seperti bacaan di dalam azan.


Dalam azan subuh mestilah ditambah kalimah ini


Selepas mengalunkan kalimah


Dengar azan dan Jawab dengan Betul dan Sempurna

Kita mestilah menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan azan adalah sama dengan lafaz yang dialunkan oleh Muazzin / Bilal, kecuali pada ;


Cara Iqamah Yang betul

1. Berdiri dan menghadap kiblat
2. Menyebut lafaz iqamah

IQAMAH


Dengar Iqamah dan jawab dengan betul

Kita mestilah menjawab dengan perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan iqamah adalah sama seperti menjawab azan, kecuali pada ;


Bacaan Doa selepas Azan / Iqamah

Selasa, 14 November 2017

6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi


Gambar Hiasan



1. AZAN DAN IQAMAT


Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?f...&type=1&ref=nf

Ahad, 12 November 2017

Faktor-Faktor Kebarangkalian Mendapat Anak Kembar

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Semua rezeki ketentuan Allah, yang seharusnya kita doa ialah mendapatkan anak-anak yang ramai lagi soleh & solehah
Wallahualam.

Jumaat, 10 November 2017

Tidur-tidur Yang Sunat Dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:


Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:


Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:


Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).

(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”

(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:


Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”

(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”

(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:


Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:


Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:


Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:


Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:


Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.

(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas:


Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”

(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Khamis, 9 November 2017

PETANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA







Oleh : TENGKU FARIDUDDIN


SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.

“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

Petanda Seseorang Mempunyai Saka;

-Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga :

-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.

“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.

Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya. (Harian Islam)

Selasa, 7 November 2017

7 Foods that Prevent Gout


Gout is a disease that is caused by uric acid build-up in the body. Uric acid is formed when the digestive system breaks down purines in our food. A diet low in purines helps by allowing excess uric acid to be flushed out in the urine.

Here are some foods that prevent gout.

1.Pineapple
Pineapple contains an enzyme called bromelain that is an anti-inflammatory. Research has found that supplementing with bromelain may relieve the pain associated with gout.

2.Ginger
Ginger is a powerful anti-inflammatory that has been found reapeatedly in clinical studies to reduce chronic inflammation. One study in mice found that a compound in ginger may help to reduce the inflammation associated with uric acid buildup.

3.Turmeric
Turmeric has long been recognized as an anti-inflammatory by many cultures and has been proven in several studies. Some experts recommend a daily dose of turmeric to reduce the inflammation associated with gout.

4.Cherry Juice
Cherry juice has been used to alleviate gout symptoms for decades. Small studies in Italy and the United States have reported success with cherry juice as a gout treatment, though scientists are not certain what mechanism is active in producing this result. Cherry juice does not appear to lower uric acid levels directly but research suggests that its anti inflammatory properties may play a role in reducing gout attack occurrence from 3-4 times per year to about once a year.

5.Hot Peppers
Hot peppers are rich in vitamin C which has been shown to reduce uric acid levels.

6.Watercress
Watercress contains moderate levels of vitamins and minerals and is reputed to be very beneficial to the kidneys. It may help to rid the body of excess uric acid.

7.Lemons
Studies have found that the higher a person's vitamin C intake, the lower the incidence of gout. Try adding lemon to your water every day to alleviate gout symptoms.


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...