"Peloncolan"
ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, "peloncolan"
sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris,ragging.
Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada
seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah "buli", tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai "mendera".
1989
Kes
ragging yang paling terkenal di Malaysia - walaupun mungkin telah lama
dilupakan - berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST /
13.7.1989) menyifatkan kes ragging tersebut sebagai "barbaric" (sangat kejam) dan "sadistic" (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau "senior" dari Universiti Pertanian Malaysia
(UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau
"freshie" dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para
pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.
Penderaan yang dilakukan dalam kes ragging terkenal di UPM itu ialah:
- Menampar freshies.
- Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel.
- Mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling. Apabila kipas dihidupkan, setiap freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat zakar mereka yang sedang terikat.
Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga
disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka
akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantungpengajian
selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi
pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskandaripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.

1988
Lebih setahun sebelum kes ragging di UPM itu, masyarakat terlebih dahulu digemparkan dengan kes ragging yang melibatkan kematian seorang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur. Kes ragging di SMT Cheras
itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar
lelaki "senior" tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki
atau "super senior" yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernamaHishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalamtandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.
Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama
atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.
Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan
kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden,
Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa
ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam
doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada
mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis
pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam
perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis
mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar
menjadi kes jenayah.

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan dimahkamah juvana
sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang
perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya
'upacara' tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior
kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi
nama gelaran itu terpaksa menjalani 'ujian', antaranya melibatkan penderaan fizikal.
Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam 'upacara' pemberian nama
gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani
'ujian' yang menyakitkan.
 |
Ex-school head not aware of initiation rites by boys |
Seorang pelajar yang menjadi saksi memberitahu mahkamah apa yang
dilihatnya ketika berada di dalam tandas sekolah pada waktu kejadian.
Saksi itu yang baru keluar daripada salah sebuah jamban mendapati
Hishamuddin sedang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar di dalam tandas
itu. Saksi itu juga mengakui melihat salah seorang daripada bekas
pelajar yang didakwa itu telahmemukul Hishamuddin. Saksi itu kemudiannya melihat seorang lagi pelajar lain melakukan "starlight"
pada dahi Hishamuddin. Sebagai salah seorang pelajar yang telah
menerima nama gelaran, saksi itu diarahkan untuk bersalaman dengan
Hishamuddin sebelum dia keluar daripada tandas itu tanpa dapat
mengetahui kesudahan kepada 'ujian' itu.
 |
Witness: I saw pupil being punched in toilet |
Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada 'menyebabkan kematian' kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu 'menyebabkan kecederaan parah'. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila diamengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990
seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan
daripada pertuduhan (alasan pembebasan: "the prosecution had failed to
prove a prima facie case against the 19-year old", "the prosecution had
failed to prove the ingredients of the charge"). Kekurangan saksi yang
meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak
dapat dibuktikan bersalah.
Antara laporan NST berkaitan kes ragging SMT Cheras:
- Two juveniles plead not guilty to killing student (13.7.1988)
- Death of pupil: Hearing fixed (7.12.1988)
- Ex-school head not aware of initiation rites by boys (26.4.1989)
- Delay cost student his life, says warden (27.4.1989)
- Witness: I saw pupil being punched in toilet (7.6.1989)
- Warden tells of clash in school (9.6.1989)
- Charge against boys reduced (6.7.1989)
- Boy freed after saying sorry to victim's family (7.7.1989)
- Student freed of hurt charge (17.1.1990)
Nota tambahan:
Perkataan "peloncolan" seperti yang sering digunakan pada 1980-an untuk
menterjemahkan "ragging" sebenarnya tidak wujud dalam Kamus Dewan.
Perkataan yang sepatutnya ialah "memelonco" (yang berasal daripada
perkataan Jawa, "pelonco") yang membawa maksud "menguji dan menduga
dengan keras (berkenaan maha*siswa baharu yang hendak masuk menjadi
anggota perkumpulan mahasiswa), mendera"
Teringat woo zaman2 dok asrama dulu..