Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak
mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. Rahmatan
Lilalalmin.
baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda
itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...
Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila
disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar
baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad
baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan
kembali kepada panjang asal....
Masyarakat Melayu
Asal-usul
orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih
belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan
bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama
Austronesia . Ia datang dari daerah Yunan dan telah turun menduduki
wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku sejak tahun 2 500 sebelum Masehi
dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kemudian
diikuti oleh Melayu Deutro .
Masyarakat
Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengan
dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam
kepada mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang
menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 ,
penduduk Pasai telah memeluk Islam.
Proses
Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan
peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan
penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh
ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih
peranan Melaka dengan keadaan lebih gigih lagi .
Oleh
kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang
ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru
mereka , ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan
mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah
bidaah . Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan
oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah
diselidiki , ia adalah satu bidaah .
Makna Bidaah
Bidaah
adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti
mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman
Allah :
بديع السموات والارض
Ertinya :
“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”
Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”
Bidaah menurut istilah ialah :
الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”
Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :
“
Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan
yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya
ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan
hukum syariat .”
Beliau menambah lagi dengan katanya :
“
Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara )
dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang
dimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah )
secara berlebih-lebihan .”
Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :
“
Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah ,
ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman
Rasulullah SAW .”
Sebagai
kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam
agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau
kaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak .
Pembahagian Bidaah
Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :
“Bidaah
itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah
tercela ( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka
itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang
tercela .”
Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian iaitu :
Bidaah sunnah
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .
Bidaah harus
Bidaah
harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan
memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak
bertentangan dengan hukum syara’ .
Bidaah haram
Bidaah
haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil
dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta
sesuatu pertolongan .
Bidaah makruh
Bidaah
makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari
tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari
itu lebih baik pada hari-hari lain .
Jenis-jenis Bidaah
Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah
Bidaah
Fi’liah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidak
dikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu ,
mengurangkan atau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan
solat-solat atau puasa khusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada
masa dan hari-hari yang khusus , bersembahyang atau berpuasa pada
waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang .
Bidaah
Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh
agama atau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih baik tidak
dikerjakan .
Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah :
•
Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu
sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus menerus .
• Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya .
• Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana mengutamakan akal fikiran .
• Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar’i ataupun mendahulukan akal dari hadis .
Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Fe’liah pula ialah :
• Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.
• Menceraikan
isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah dicampurinya
atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus .
• Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul .
• Mengadakan azan
dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat disyariatkan bagi
solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat tidak pernah berazan
dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan tidak ada hadis
menyuruhnya .
Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah
Beri’tiqad
berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah dinamakan
bidaah I’tiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah , Khawarij ,
Mu’tazilah . Qadariah dan Murjiah yang beri’tiqad bahawa malaikat Harut
dan Marut telah berbuat jahat dengan Zuhrah lalu dikenakan hukuman
gantung dengan kaki di atas dan kepala di bawah di Babilon sampai hari
kiamat , manakala Zuhrah disumpah menjadi bintang Zuhrah . Ini juga
termasuklah juga beri’tiqad bahawa para wali lebih tinggi martabatnya
daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah mengubah sesuatu
yang keluar daripada mulut rasul .
Bidaah Zamaniah dan Makaniah
Bidaaah
Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu
seperti melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-Wujud di
kalangan orang-orang sufi pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti
solat khas pada malam lailatul Qadar , solat khas pada malam dua hari
raya , solat khas pada malam Jumaat pertama bulan Rajab , solat khas
pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satu haribulan Muharram ,
puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas pada hari Khamis minggu
pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua puluh tujuhnya .
Bidaan
Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang tertentu
seperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali syuhadak dan
sebagainya .
Bidaah Kulliah dan Juziah
Kulliy
bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagian . Bidaah
kulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada
orang lain , bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja seerti
menggunakan akal untuk menetapkan sesuatu baik atau buruknya sebagai
ganti syarak dan seperti menolak hadis-hadis Ahad ( bukan Mutawatir )
menjadi hujah atau mengingkari beramal dengan hadis-hadis Ahad .
Bidaah
Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkan
orang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul tetapi kesannya
tidak mempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi
ikutan orang ramai .
Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah
Bidaah
Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran
ataupun sunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak
yang muktabar . Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada
malam jumaat minggu pertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang harinya
dan solat - solat serupa itu yang tidak didasarkan kepada dalil syar’i
tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu’.
Bidaah
Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya
dua jurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan
satu bidaah tetapi bila dilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan
bidaah idhafaiah seperti membaca al-quran dengan kuat di dalam masjid
sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang beribadat dan membaca
al-Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara masjid lalu
mengganggu orang yang sedang tidur.
Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah
Bidaah
Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri
dengan Allah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah .
Manakala Bidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak
mendekatkan diri dengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah antara
manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah
dan Rasulnya .
Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan lain-lain.
Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu
Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal
Masyarakat
Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid
al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah
dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya ,
begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang
hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan
mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan
orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai
rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan
syariatnya .
Bidaah Dalam Bulan Safar
Masyarakat
Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan
terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan
bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada
hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak
bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu .
Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yang bermaksud :
“
Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada
kesialan kerana bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia
telah menentukan hidupnya , musibat-musibatnya dan rezekinya .”
Bidaah Dalam Bulan Rajab
Lazimnya
masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan
Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu
pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada
hari Khamis minggu pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab
dan puasa khas pada siang hari 27 Rajab .
Amalan-amalan
itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atau hadis
yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat
dan ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan
bidaah .
Hadis
tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan
puasa khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu’ ciptaan tukang-tukang
bidaah atau orang-orang kafir zindiq .
Hadis
tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah mungkar yang
tidak boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan
fadhilat amal .
Bidaah dalam Bulan Ramadhan
Dalam
bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat
tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah
jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju ,
banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang
dibaca senafas , tidak menjaga tuma’ninah dalam rukuk , sujud , duduk
antara dua sujud dan iktidal .
Dalam
hal ini imam al-Ghazali berkata : “ Kamu manghadiahkan solat kamu
kepada Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan
sifat-sifat yang tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima
siksaannya .”
Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah
Masyarakat
Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan
jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan
dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang
mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah .
Amalan
ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh
Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar
ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .
Bidaah Solat Teman
Selain
itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk
menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis
solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu
mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan
bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan
solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa dan
meminta ampun untuk si mati .
Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :
Uthman
bin ‘Affan r.a meriwayatkan : “ Adalah nabi SAW apabila selesai
mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda :
Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan
untuknya kerana dia sekarang akan disoal .”
Bidaah Tunggu Kubur
Ada
juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan ‘Tunggu kubur’ .
Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk
beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada
kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu
semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah
rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan membaca
al-quran , berzikir dan sebagainya untuk
simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .
Hukum
mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur
ulama menyatakan haram . Ini kerana, tiada pahala bagi orang yang
membaca al-Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit
telah mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi
di antara pemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil
upah membaca al-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga
dikeluarkan oleh Mufti Mesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan
Badan Kajian Dakwah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah ,
halaman 23 ) .
Amalan
ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia
jelas tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan
oleh para sahabat dan ulama Salafus - Shalihin .
Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur
Di
antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina
binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan
lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara ,
memasang lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang
berada dan kubur-kubur keramat atau wali .
Ini
adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga
tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini
menyerupai amalan agama-agama lain.
Jabir
ra. meriwayatkan katanya : “ Rasullullah SAW melarang mengecat kubur
dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya .”
Hadis riwayat Muslim .
Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-
• Meminta sesuatu hajat
• Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .
• Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab dari di masjid .
• Bernazar kepada kubur .
• Membayar nazar kepada kubur .
• Menyembelih binatang nazar di kubur .
Amalan-amalan
di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuan penyembahan
berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab Wahabi ) ,
perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik . Perbuatan
memuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta
benda yang dibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .
Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah
Dalam
hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada
mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang
semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah
bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para
sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .
Kenduri
arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu juga
adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan
makanan dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh ,
malam empat puluh hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang
bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih
r.a. dan kemudiannya .
Ulama
memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu ,
amalan ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta
peninggalan si mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak
diutamakan . Oleh itu , maka Majlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan
haram dan hendaklah dihentikan amalannya .
Dalam
satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir ,
Syeikh Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau
ditanya tentang tarikh memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau
menjawab “ Menghayati malam 40 dengan cara seperti yang biasa dilakukan
itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan Islam , buat anakku , cukuplah
dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri .”
Jawapan
tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh
27 Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan
dengan rasminya pada 14 Ogos 1947 .
Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa
Selain
daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras
dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh
kerana sudah menjadi kebiasaan .
Sebenarnya
, untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya ,
tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk ,
tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras
menengking .
Dalam hal ini Abu Musa al-Asf’ari meriwayatkan :
“Orang-orang
yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian perjalanan ,
maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu
(
jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada
orang pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang
kamu meminta kepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat
kepada seseorang kamu dari tengkuk kenderaannya .”
Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu orang lain , ia termasuk dalam bidaah yang tercela .
Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid
Membaca
Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah .Lazimnya ia
dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi
dilakukan di waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh
mengganggu orang-orang sakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang
yang ingin beribadat .
Menurut
al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialah
seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca
zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu
mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang
yang sedang bersolat tahajjud.
Sebab-sebab Timbulnya Bidaah
Jahil
Bidaah
amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang
jahil dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang
gemar membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan
memperkatakan urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan
menyesatkan orang .
Jahil dalam Bahasa Arab
Al-Quran
, al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab .
Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .
Sebagai contohnya :
Allah berfirman :
و اعبد ربك حتى يأ تيك اليقين
Ertinya :
“ Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan kepadamu ,”
Yang
dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana
kejahilan bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat
itu diertikan sebagai : “Hendaklah kamu berabdi kepada Allah
sehinggalah datang kepadamu keyakinan ” , maka apabila sudah ada
keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada Allah . Akhirnya tidak
berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji kerana mereka
beralasan telah sampai ke martabat yakin .
Jahil Sunnah
Maksudnya
ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif
dan maudhu’. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar ,
matruk , batil dan maudhu’sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai
contoh , bagi menggalakkan umat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi
SAW maka hadis ini digunakan :
من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه
Ertinya :
“Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaat kepadanya pada hari qiamat .”
Jahil Konsep Ibadat
Sebahagian
masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbatas
kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat ,
puasa wajb atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir ,
tahlil , takbir , tasbih , tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan
sebagainya . Apa yang mereka faham ialah perkara yang selain daripada
itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan bahawa ruang
lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan semua
ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan lain
dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru
seperti solat khas pada malam-malam tertentu dan puasa khas pada
hari-hari tertentu .
Mengikut Hawa Nafsu
Oleh
kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukan
penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran ,
menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu
jugalah yang menyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup
mengada-ada , membuat alasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan
roh Islam yang sebenarnya .
Allah berfirman di dalam al-Quran :
ان النفس لا مارة بالسوء الامارحم ربى
Ertinya :
“ Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh Tuhanku .”
Taqlid Buta Kepada Guru
Manusia
selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan
kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap
bertaqlid buta akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya
pertembungan antara fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa
gurulah yang diutamakan kerana guru dianggap serba tahu , keramat dan
maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam mujtahidin yang mewajibkan
orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta kepada guru-guru
dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan menjadi
punca lahirnya bidaah .
Memperdaya Umat Islam
Sebahagian
kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuan
menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin . Di dalam ilmu Tasauf
, ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan
dalam ilmu tasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid
. Dengan kasyaf , orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada
atau mengadakan sesuatu cara ibadat yang belum atau tidak disyariatkan
melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah jika Agama Kristian di dunia
sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakin bahawa beliau
mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa sudah
diangkat .
Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu’ II , halaman 287 – 288 :
“Yang
sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf
yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan
rahsia yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah
mencapai martabat wali itu boleh diberi Allah kelebihan dengan
dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersembunyi , yang
ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum agama yang tertulis di dalam
al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat kasyaf dari Allah
baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan begini atau
begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu
.”
Sebab-sebab Bidaah Membiak
Puncanya
ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah
setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang
diamalkan orang alim itu adalah benar .
Selain
itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih
dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita
mengandung , urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh
sesetengah guru dan mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri )
dianggap membenarkan perbuatan bidaah .
Ada
juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi
dianggap mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran
mazhab Syafi’i . Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah
remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian .
Selain
itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya
berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat
atau pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya ,
sedangkan mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa
dan sebagainya untuk diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya
mengapa bidaah bertambah banyak sehingga tidak terhitung .
Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur
Ada
beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan
boleh membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan
prinsip-prinsip agama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya ialah
seperti berikut :
Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh
melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan
manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau
ataupun tidak .
Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk
mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari
kesusahan atau kecelakaan .
Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .
Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan dengan akal .
Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.
Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur itu Muhammad.
Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu
mengerjakan rukun yang 13 itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka
sahaja .
Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah
Al-Masalihul
Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah
prinsip “Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan
sesuatu maka sesuatu tersebut menjadi wajib. ”
Perkara-perkara tersebut termasuklah :-
1. Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.
2. Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
3. Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
4. Membuat mihrab di dalam masjid .
5. Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
6. Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.
7. Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
8. Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu saraf dan lain-lain .
9. Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
10. Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
11. Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .
Kesemua
ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma’ . Kesemuanya
termasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan bidaah .
Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah
1. Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah daripada disebarkan kepada masyarakat
2.
Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .
3.
Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui
khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .
4. Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .
5.
Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama ,
bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada
yang benar-benar layak .
6. Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara mengatasinya .
7. Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan perkara bidaah .
Kesimpulan
Bidaah ialah
perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan
akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya
kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak
dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak
adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut
kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian ,
perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya .
Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .
Bidaah
adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan
amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan
berdasarkan motif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah berfirman :
ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به الله
Ertinya :
“
Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang
mensyariatkan untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah
?”
Masyarakat
Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta
berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan
sahaja . Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi
ini . Mereka perlu melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan
mata tempurung .
Kadang-kadang
kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela dan
boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran
itu tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di
sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam
neraka Allah .
Dengan
mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ dan
Tauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam
lingkungan kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada
perkara-perjara syirik , khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita
tergolong dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan
ashabul Yamin . Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita
terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan khurafat .
Wallhu a’lam bis sawwab .
Bibliografi
AbdulFattah
Haron Ibrahim ( Prof. Madya ), Beberapa Masalah Utama Dalam Tasawuf :
1992 , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri
.
Abdul
Ghani Bin Yahya , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut Penggal
Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) : 1990 , Johor Bahru , Penerbitan Haji Abd.
Ghani Haji Yahya .
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( Drs. ) , Al- Bidaah Bahaya dan keburukannya : 2000 , Kuala Lumpur , Al-Hidayah Publishers .
Hassan bin Haji Ahmad , Usul Fiqh : 2002 , Kuala Lumpur , Pustaka Haji Abdul Hamid
H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 1 : 1998 , Kuala Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.
H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 2 : 1999 , Kuala Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.
Kasmuri Selamat MA , Rahsia Dan Amalan Bulan Islam , Muharam - Zulhijjah : 2000 , Kuala Lumpur , Darul Nu’man .
Ma’mur Daud , Terjemah Hadis Shahih Muslim : 1997 , Selangor , Klang Book Centre .
Muhammad Sjafi’i Hadzami bin Muhammad Saleh Raidi , Seratus masalah Agama : 2000 , Kuala Lumpur , Victoria Agencie .
Mohd
. Yusuf Ahmad , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam :
1995 , Kuala Lumpur , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia .
Noh bin Gadut , Khutbah-khutbah Jumaat : 1991 , Johor Bahru , Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor .
Salim Bahreisy , Terjemahan Riadhus Shalihin Jld. 1 dan 2 : 1995 , Kuala Lumpur , Victory Agencie .
Syed Alwi bin Tahir al-Hadad , Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor : 1990 , Johor Bahru , Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor .
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz , Berhati-hati terhadap Bidaah : 2004 , Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .
Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi , Bidaah sumber Kehancuran Umat : 2002 , Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .
Zainuddin Hamidy , Fachruddin Hs , Tafsir al-Quran : 1991 , Selangor , Klang Book Centre .
Akhbar Mingguan Malaysia , Ruangan 1,001 Kemusykilan .
Source : http://zaag2010.blogspot.com/2013/06/amalan-bidaah-dalam-masyarakat-melayu.html
Subhanallah! Betapa
besarnya kuasa Maha Pencipta,itulah ungkapan pertama admin apabila
melihat keindahan 10 tempat yang admin kategorikan sebagai terindah yang
mungkin akan menjadi destinasi percutian idaman anda.
1. Green Fly Geyser, Nevada
Terletak kira-kira 100
kilometer ke utara Reno, Nevada, adalah pekan kecil Gerlach. Ianya
adalah salah satu daripada geisar yang paling unik di dunia.

2. Istana Ais di Silverthorne, Colorado
Istana Ais di
Silverthorne adalah buatan manusia hasil dari pembentukan ais dicipta
oleh Utah Brent Christensen. Brett tertarik dengan ais bermula dengan
gelanggang ais yang dia dibuat untuk anak-anaknya.

3. Terme di Saturnia, Tuscany, Itali
Air terjun ini adalah sangat terkenal di Tuscany kerana ianya adalah kawasan Air Panas Terbuka.


4. Istana Neuschwanstein, Jerman
Neuschwanstein Castle
adalah istana Kebangkitan romantik abad ke-19 di atas bukit bukau di
atas perkampungan Hohenschwangau berhampiran Füssen di barat daya
Bavaria, Jerman.

Istana ini telah digunakan sebagai lokasi beberapa penggambaran filem
dan ianya juga merupakan inspirasi untuk Sleeping Beauty Castle
Disneyland.

5.Hutan Buluh di Kyoto, Japan
Hutan Bambu Sagano
adalah salah satu daripada khazanah negara Jepun.ianya terletak
kira-kira setengah jam daripada bandar purba Kyoto dan meliputi keluasan
kawasan kira-kira 15 kilometer persegi.

Terdapat laluan pejalan kaki yang dibina melalui dusun buluh yang
menjadikan perjalanan anda semakin menyeronokkan dan popular.ia adalah
salah satu daripada alam semulajadi yang paling indah di seluruh
Jepun,bukan sahaja kerana keindahan alam semula jadi tetapi juga kerana
bunyi angin yang bertiup melalui dusun buluh yang tebal.

6. Horseshoe Bend, Arizona
Horseshoe Bend
diberikan nama adalah kerana rupa bentuk sungai Colorado yang berbentuk
ladam kuda dan terletak berhampiran dengan bandar Page,Arizona di
Amerika Syarikat.

Pada musim panas, kawasan ini akan menjadi amat panas semasa tengah
hari. Pastikan untuk membawa air yang banyak dan memakai kasut mendaki
yang baik.

7. Back Beach, Sorrento, Semenanjung Mornington, Australia
Sorrento adalah bandar
di Victoria, Australia, yang terletak di pantai Port Phillip di
Semenanjung Mornington, kira-kira satu setengah jam di selatan
Melbourne.

Kolam batu yang cantik disediakan untuk menerokai di pantai kembali Sorrento semasa air surut.

8. Strokkur,Iceland
Strokkur (Icelandic
untuk "melahirkan") adalah satu mata air mata air panas di kawasan
geoterma di sebelah Sungai Hvítá di Iceland di bahagian barat daya
negara ini, timur Reykjavík. Ia adalah salah satu geisar yang paling
terkenal di Iceland, meletus kira-kira setiap 4-8 minit 15 - 20 m
tinggi, dan kadang-kadang sehingga 40 m tinggi.

Strokkur dan kawasan
sekitarnya sentiasa menarik pelancong untuk melihat mata air panas,
kerana ia adalah geisar semulajadi yang kerap meletus dan boleh
dipercayai.

9. Algarrobo, Chile
Diakui oleh Guinness
World Records sebagai kolam renang terbesar di dunia, lagun di San
Alfonso del Mar resort, Algarrobo, Chile mengukur 1,013 meter (3,323
kaki) panjang, meliputi kawasan seluas lapan hektar (20 ekar),
mengandungi 250,000 meter padu air dan boleh dilayari di bot-bot kecil.


10. Sawyer Glacier, Alaska
Jika ada sesiapa yang
terfikir merenung ais adalah membosankan, mereka perlu hanya melihat
video sebahagian daripada 200 kaki ais pecah di Sawyer Glacier di Tracy
Arm Fjord di Alaska.


Allah swt berfirman,
”Sesungguhnya
Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap
mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta
yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang
kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: ‘Janganlah kamu
terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
terlalu membanggakan diri’. Dan carilah pada apa yang telah
dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah
kamu melupakan bahagianmu dari (keni`matan) duniawi dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.”
Qarun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu
yang ada padaku”. Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah
sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat
daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu
ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.”
”Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah
orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita
mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia
benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar”.
Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Kecelakaan yang besarlah
bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan
beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang
yang sabar.” Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi.
Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab
Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela
(dirinya). Dan jadilah orang-orang yang kemarin mencita-citakan
kedudukan Qarun itu. berkata: “Aduhai. benarlah Allah melapangkan rezki
bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya;
kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia
telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung
orang-orang yang mengingkari (ni`mat Allah).” Negeri akhirat itu, Kami
jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan
berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah
bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Qashash: 76-83)
Qarun
adalah sepupu Nabi Musa, anak dari Yashar adik kandung Imran ayah Musa.
Baik Musa maupun Qarun masih keturunan Yaqub, karena keduanya merupakan
cucu dari Quhas putra Lewi, Lewi bersaudara dengan Yusuf anak dari
Yaqub, hanya berbeda ibu. Silsilah lengkapnya adalah Qarun bin Yashar
bin Qahit/Quhas bin Lewi bin Yaqub bin Ishaq bin Ibrahim, berkebangsaan
Israel, dan bukan berasal dari suku Qibthi (Gypsy, bangsa Mesir).
Awal
kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki banyak anak. Pada suatu
kesempatan ia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah SWT, yang ia
pinta adalah kekayaan harta benda, dan akhirnya permintaan tersebut
dikabulkan oleh Allah SWT.
Namun
sayang setelah keinginanya terwujud, Qarun mempergunakan hartanya dalam
kesesatan, kezaliman dan permusuhan dan membuatnya menjadi orang yang
sombong. Hal ini merupakan musibah dan bencana bagi kaum kafir dan lemah
di kalangan Bani Israil.
Seperti
yang disiyaratkan oleh ayat-ayat diatas dalam memandang Qarun dan harta
kekayaannya, Bani Israil terbagi atas dua kelompok.
Pertama
adalah kelompok orang yang beriman kepada Allah dan lebih mengutamakan
apa yang ada di sisi-Nya. Karena itu mereka tidak terpedaya oleh harta
Qarun dan tidak berangan-angan ingin memilikinya. Bahkan mereka
memprotes kesombongan, kesesatan dan kerusakannya serta berharap agar ia
menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memberikan kontribusi kepada
hamba-hamba Allah yang lain.
Kedua
adalah kelompok yang terpukau dan tertipu oleh harta Qarun karena
mereka telah kehilangan tolok ukur nilai, landasan dan fondasi yang
dapat digunakan untuk menilai Qarun dan hartanya. Mereka menganggap
bahwa kekayaan Qarun merupakan bukti keridhaan dan kecintaan Allah
kepadanya, dan mereka berangan-angan ingin bernasib seperti itu.
Qarun
mabuk dan terlena oleh melimpahnya darta dan kekayaan. Semua itu
membuatnya buta dari kebenaran dan tuli dari nasihat-nasihat orang
mukmin. Ketika mereka meminta Qarun untuk bersyukur kepada Allah atas
segala nikmat harta kekayaan dan memintanya untuk memanfaatkan hartanya
dalam hal yang bermanfaat, kabaikan dan hal yang halal karena semua itu
adalah harta Allah, ia justru menolak seraya mengatakan “Sesungguhnya
aku hanya diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku”
Akibat
kesombongannya ini berlakulah sunnatullah atasnya dan murka Allah
menimpanya. Hartanya menyebabkan Allah murka, menyebabkan dia hancur,
dan datangnya siksa Allah. Maka Allah membenamkan harta dan rumahnya ke
dalam bumi, kemudian terbelah dan mengangalah bumi, maka tenggelamlah ia
beserta harta yang dimilikinya dengan disaksikan oleh orang-orang Bani
Israil. Tidak seorangpun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana
itu, tidak bermanfaat harta dan kekayaannya.
Tempat
Qarun ditenggelamkan bersama dengan harta dan pengikutnya telah menjadi
danau yang dikenal sebagai Danau Qarun atau dalam bahasa Arab Bahirah
Qarun. Yang tersisa hanya puing-puing istana Qarun yang teletak di
daerah Al Fayyum, Mesir.
Tatkala
Bani Israil melihat bencana yang menimpa Qarun dan hartanya,
bertambahlah keimanan orang-orang yang beriman dan sabar. Adapaun mereka
yang telah tertipu dan pernah berangan-angan seperti Qarun, akhirnya
mengetahui hakikat yang sebenarnya dan terbukalah tabir, lalu mereka
memuji Allah karena tidak mengalami nasib seperti Qarun. Mereka berkata,
“Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa saja yang Dia
kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak
melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita
(pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari
(nikmat Allah).”
Sumber : http://zaag2010.blogspot.com/2013/07/kisah-qarun-menurut-al-quran.html
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.