Jumaat, 9 Februari 2018

Taman Tema Yang Paling Merbahaya Di Dunia

Di Hotel Stratosphere, Las Vegas, terdapat sebuah taman tema yang dipanggil The X-Scream dimana ia dibina diatas bangunan hotel tersebut. Permainan ini terletak 300 meter antara taman permainan dan tanah. Namun begitu, permainan ini terpaksa dihentikan atas alasan kos penyelegaraan yang terlalu tinggi.






Sumber : HairanBlog

Khamis, 8 Februari 2018

Sungai Yang Tersembunyi Di Dalam Dasar Laut

Apa yang korang lihat ini seolah-olah mustahil untuk digambarkan, tetapi gambar-gambar yang diambil oleh Anatoly Beloshchin ini menceritakan sebuah kisah sungai tersembunyi di dalam Semenanjung Yucatan Mexico yang dipanggil Cenote Angelita atau "Little Angel".

Sebenarnya sungai ini adalah satu ilusi hasil daripada fenomena yang dipanggil halocline, di mana air dengan tahap yang berbeza takat kemasinan membentuk lapisan kerana mengalami perubahan dalam ketumpatan. Menurut Beloshchin, Cenote Angelita terdiri daripada air tawar sehingga kira-kira 29 meter apabila ia beralih ke lapisan 1-meter hidrogen sulfida, dan selepas itu bahagian bawah gua keseluruhan dipenuhi dengan air masin dari 30 hingga 60 meter. Jadi, realiti "sungai" sebenarnya hanya lapisan tebal air masin yang berada di bahagian bawah gua.






Sumber : HairanBlog

Rabu, 7 Februari 2018

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya





Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.


Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.


4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.


10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Sumber :
http://zaag2010.blogspot.com/2013/07/tips-kebahagiaan-anak-dari-prof-dr.html

Selasa, 6 Februari 2018

Kenapa Terdapat Poket Kecil Pada Seluar Jeans?

Kalau dikira mengikut statistik, boleh kami simpulkan bahawa hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean.

Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan tersebut tidak benar. Namun kami bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar.

Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah yang tersendiri.

Tapi pernahkah terlintas difikiran korang kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans.

Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.




Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa.

Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas.

Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.



Sumber: KisahBest.my

Ahad, 4 Februari 2018

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.


Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu


Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang


Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”


Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :


Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.” Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”


Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”


Istimewanya darah Rasulullah SAW:


Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”


Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”


Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”


Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”


Peluh Rasulullah SAW wangi :


Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”


Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap


Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”


Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:


1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)


2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)


3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)


4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)


5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)


6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)


7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.


8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)


9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)


10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)


11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)


12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)


13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)


14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)


15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.


16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)


Wallahua'lam...



Dicedok dari kisahrasulullah.blogspot.com

Sabtu, 3 Februari 2018

Tragedi Nanking 1937



Pada 13 Disember 1937, tentera Imperial Jepun telah menggempur bandar Nanking, China. Dalam masa 6 minggu mereka telah membunuh dan menyembelih orang awam berbangsa China. Lebih 300,000 orang telah di bunuh dan 20,000 orang wanita telah di rogol dengan kejam.

Rakyat China tidak semudah itu di bunuh tetapi mereka di seksa,di hina dan di rogol. Tentera Jepun menggunakan pelbagai cara untuk membunuh. Antaranya :

a) Mereka menghambat rakyat China ke Sungai Yangtze dan melepaskan tembakan machine-gun.
b) Mencurah petrol dan menembak mangsanya.
c) Mencungkil keluar mata kemudian di bakar mangsa hidup2.
d) Diikat di tiang dan di campakkan bom tangan hingga badan mangsa berterbangan.
e) Di curah asid sehingga daging hancur luluh.
f) Di tusuk dengan tombak berulangkali sehingga mati.
g) Jantung di korek keluar.
h) Setengah wanita di tumbuk di bahagian kemaluan dan di tusuk objek lain sehingga mati.
i) Bayi dan kanak-kanak di rebus dengan air panas sehingga mati.
j) Di pancung kepala.
k) Di sumbat beramai-ramai ke dalam rumah dan di bakar.

Pemerintah tentera Jepun juga menganjurkan pertandingan bunuh terbanyak khusus untuk tentera Jepun. Kadang2 angka kematian mencecah 500 orang untuk 1 pertandingan. Apa yang lebih menarik jumlah kematian dalam pertandingan ini akan di kemaskini setiap hari di akhbar Jepun.

Tentera Jepun juga menjadikan rakyat China ini sebagai ujikaji dalam bidang perubatan. Rakyat China ini di sumbat dalam bilik tekanan udara sehingga bebola mata tersembol keluar.Melepaskan gas beracun dan bakteria pembunuh. Wanita mengandung pula di keluarkan janin dan di masukkan dalam balang.

20,000 orang wanita di rogol dan dibunuh, tragedi ini juga di kenali sebagai "Rape of Nanking". Pegawai tentera Jepun menggalakkan anah buah mereka merogol siapa sahaja yang mereka suka. Salah seorang pegawai memberitahu askarnya,"Untuk mengelakkan masalah...bunuh mereka selepas anda rogol." Sesetengah mangsa rogol di robek perutnya dan payudara di potong. Mana yang cantik dan seksi di simpan di bilik khas sebagai pemuas nafsu sepanjang hari. Dalam satu kejadian, seorang ibu,2 anak perempuannya,dan bayi satu tahun di rogol di rumah mereka kemudian di bunuh.

Tentera Jepun akhirnya keluar dari China bila USA menggugurkan bom atom ke Hiroshima dan Nagasaki.

Begitulah kekejaman yang di lakukan oleh tentera Jepun terhadap rakyat China.





















Jumaat, 2 Februari 2018

10 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi




1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.




Khamis, 1 Februari 2018

Photo project Sabina Perlman (Sabina Pearlman)

Photo project Sabina Perlman (Sabina Pearlman), which is called "Ammunition» (Ammo), shows us the unusual perspective of bullets. Even if you are confronted with a firearm, it is unlikely you will be lucky to see the bullet just that.



As she says Perlman Sabina (Sabina Pearlman), section allows you to see the complexity and beauty of form, along with a huge force of destruction. That's the man, according to the photographer. Simultaneous evil and beauty. At this point in the collection Sabina Perlman (Sabina Pearlman) about nine hundred shots, and each is unique. The author deliberately used a simple background for each bullet, all of the attention was focused on the bullet. Note that each bullet is released something his own.














http://mforum.cari.com.my

Rabu, 31 Januari 2018

Rekaan Kereta Kebal Yang Unik

Kereta kebal merupakan salah satu antara beribu pengangkutan/senjata yang digunakan ketika berlakunya perang. Tapi tahukah anda sebenarnya kereta kebal yang ada masa kini pernah melalui beberapa generasi sebelum menjadi bentuk yang superb dan menawan serta berteknologi. Berikut adalah rekabentuk kereta kebal yang unik daripada beberapa buah negara.


Ntah pape design.. Basikal terbaik








Selasa, 30 Januari 2018

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).



Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi SAW, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini, di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga, tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi SAW bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah, wanita itu menjawab ehh tidakk (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, nanti kamu belum syahid lagi, tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi SAW di dalamnya telah keluar berperang / berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi SAW, Nabi SAW menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.


Isnin, 29 Januari 2018

Pink bukan sejenis warna



7 asas warna pelangi yang semua sedia maklum dari kecil lagi. But where the heck is Pink? Tiada dalam 7 warna pelangi. Maksudnya warna pink ini ialah bukan termasuk dalam warna spektrum cahaya. Persoalannya, bagaimana otak kita boleh mentafsir warna pink itu wujud dalam dunia kita.

Satu cara untuk membuktikan pink ialah bukan sejenis warna adalah dengan melihat objek dibawah secara terus lebih kurang 30 saat dan selepas lihat backgroud putih blog ini. Apa yang dapat dilihat? Warna apa yang dilihat?



Kalau seorang manusia yang normal yang mempunyai daya penglihatan yang sempurna. Kita akan dapat melihat satu objek bulat yang berwarna hijau. Ya tidak? Warna yang terhasil iaitu hijau yang kita nampak tadi sebenarnya ialah warna yang dipanggil warna pelengkap kepada asal yang kita tengok. Warna pelengkap ialah warna yang ditafsir terbalik oleh mata. Merah dan warna pelengkapnya ialah biru muda, oren kepada biru dan kuning kepada violet.

Semua warna yang disebut diatas, warna pelengkapnya ada dalam spektrum warna kecuali hijau. Sebenarnya spektrum warna mempunyai range wavelengths masing-masing. Merah wavelength paling panjang, violet paling pendek dan lain-lain warna adalah di antara merah dan violet. Jadi, macam mana mata membezakan warna-warna kat atas dunia ni?

Bila mata melihat sesuatu objek yang berwarna. Ya, semua objek berwarna. Retina sebenarnya melihat dan membezakan panjang wavelength sesuatu objek itu. Senang cerita, warna dibezakan oleh panjang wavelength dan otak mentafsir wavelength yang kita nampak itu sebagai experience dan tersimpan kemas dalam memori otak. Contohnya, sebenarnya dari kecik lagi kita diajar wavelength panjang ini, warna ini. Tapi masih tak menjawab persoalan pink bukan sejenis warna.

Hurmm. Bagaimana pula bila mata melihat dua wavelength yang berlainan pada satu masa? Contoh violet dan merah dilihat pada satu masa. Ada dua pilihan yang diintepret oleh otak apabila berlaku situasi ini.
1. Otak akan mengambil jalan mudah dengan mengambil warna yang berada di tengah-tengan antara merah dan violet iaitu hijau (bukan hasil campuran dua warna itu)
2. Atau mencipta warna baru pertengahan antara merah dan violet.

Pink adalah bukti otak melakukan pilihan yang ke-2. Warna pink telah dicipta oleh otak untuk merapatkan hubungan antara merah dan violet kerana warna itu tidak wujud dalam spektrum cahaya. Pink tidak mempunyai wavelength yang boleh dikaitkan dengannya tidak seperti warna-warna spektrum lain. Spektrum cahaya mempuyai warna yang hilang kerana otak kita sendiri sudah boleh mentafsir warna yang hilang itu.



Lihat pusingan titik objek di atas. Apa yang ditafsir oleh otak. Warna pelengkap kepada pink iaitu warna hijau.

Tetapi bila saintis superimposed the red end of the spectrum to the blue end, warna pink terhasil. maksudnya cahaya putih melalu satu prisma laluh menghasilkan 7 warna dan sekali lagi warna merah dan biru melalui prisma lalu menghasilkan warna pink. Pink ialah satu-satunya warna yang tidak mempunya wavelength sebagai satu single wavelength kepada cahaya. Ramai pula bertanya bagaimana dengan warna coklat? Warna coklat mepunyai wavelengthnya sendiri kerana warna coklat sebenarnya terletak antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya. Dalam erti kata lain coklat ialah warna merah yang mempunyai intesiti yang rendah.

Kesimpulannya, pink ialah bukan sejenis cahaya disebabka pink tidak mempunya wavelengthnya sendiri dan otak lah yang mencipta warna pink dan disimpan sebagai satu memori.


suka warna pink?

Ahad, 28 Januari 2018

Elakkan Berkata "Kalau"

Oleh Nasrudin Hassan
Riwayat: Riwayat Muslim

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.



Huraian Hadith:

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ˜kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah dar-ipada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Sabtu, 27 Januari 2018

313 para rasul

Sebagaimana kita ketahui, terdapat 124,000 nabi. daripada itu, hanya 313 rasul. sebagai umat islam, kita hanya wajib mengetahui 25 nabi dan rasul. drpd itu, 5 adalah ulum azmi. Berikuit ini saya share nama nama Rasul yang 313 itu sebagian tambahan ilmu yang bermanfa'at atau barang kali kita boleh memakai salah satu nama dari 313 para rasul tersebut untuk anak kita ...

1 Adam
2 Tsits
3 Anuwsy
4 Qiynaaq
5 Mahyaa'iyl
6 Akhnuwkh
7 Idris
8 Mutawatsilakh
9 Nuh
10 Hud
11 Abhaf
12 Murdaaziyman
13 Tsari'
14 Sholeh
15 Arfakhtsyad
16 Shofwaan
17 Handholah
18 Luth
19 Ishoon
20 Ibrahim
21 Isma'il
22 Ishaq
23 Ya'qub
24 Yusuf
25 Tsama'il
26 Tsu'ayb
27 Musa
28 Luthoon
29 Ya'wa
30 Harun
31 Kaylun
32 Yusya'
33 Daaniyaal
34 Bunasy
35 Balyaa
36 Armiyaa
37 Yunus
38 Ilyas
39 Sulaiman
40 Daud
41 Ilyasa'
42 Ayub
43 A'us
44 Dzanin
45 Alhami'
46 Tsabits
47 Ghobir
48 Hamilan
49 Dzulkifli
50 Uzair
51 Azkolan
52 Izan
53 Alwun
54 Zayin
55 Aazim
56 Harbad
57 Syadzun
58 Sa'ad
59 Gholib
60 Syamaas
61 Syam'un
62 Fiyaadh
63 Qidhon
64 Saarom
65 Ghinadh
66 Saanim
67 Ardhun
68 Babuzir
69 Kazkol
70 Baasil
71 Baasan
72 Lakhin
73 Ilshots
74 Rasugh
75 Rusy'in
76 Alamun
77 Lawqhun
78 Barsuwa
79 Al'azhim
80 Ratsaad
81 Syarib
82 Habil
83 Mublan
84 Imron
85 Harib
86 Jurits
87 Tsima'
88 Dhorikh
89 Sifaan
90 Qubayl
91 Dhofdho
92 Ishoon
93 Ishof
94 Shodif
95 Barwa'
96 Haashiim
97 Hiyaan
98 Aashim
99 Wijaan
100 Mishda'
101 Aaris
102 Syarhabil
103 Harbiil
104 Hazqiil
105 Asymu'il
106 Imshon
107 Kabiir
108 Saabath
109 Ibaad
110 Basylakh
111 Rihaan
112 Imdan
113 Mirqoon
114 Hanaan
115 Lawhaan
116 Walum
117 Ba'yul
118 Bishosh
119 Hibaan
120 Afliq
121 Qoozim
122 Ludhoyr
123 Wariisa
124 Midh'as
125 Hudzamah
126 Syarwahil
127 Ma'na'il
128 Mudrik
129 Hariim
130 Baarigh
131 Harmiil
132 Jaabadz
133 Dzarqon
134 Ushfun
135 Barjaaj
136 Naawi
137 Hazruyiin
138 Isybiil
139 Ithoof
140 Mahiil
141 Zanjiil
142 Tsamithon
143 Alqowm
144 Hawbalad
145 Solih
146 Saanukh
147 Raamiil
148 Zaamiil
149 Qoosim
150 Baayil
151 Yaazil
152 Kablaan
153 Baatir
154 Haajim
155 Jaawih
156 Jaamir
157 Haajin
158 Raasil
159 Waasim
160 Raadan
161 Saadim
162 Syu'tsan
163 Jaazaan
164 Shoohid
165 Shohban
166 Kalwan
167 Shoo'id
168 Ghifron
169 Ghooyir
170 Lahuun
171 Baldakh
172 Haydaan
173 Lawii
174 Habro'a
175 Naashii
176 Haafik
177 Khoofikh
178 Kaashikh
179 Laafats
180 Naayim
181 Haasyim
182 Hajaam
183 Miyzad
184 Isyamaan
185 Rahiilan
186 Lathif
187 Barthofun
188 A'ban
189 Awroidh
190 Muhmuthshir
191 Aaniin
192 Namakh
193 Hunudwal
194 Mibshol
195 Mudh'ataam
196 Thomil
197 Thoobikh
198 Muhmam
199 Hajrom
200 Adawan
201 Munbidz
202 Baarun
203 Raawan
204 Mu'biin
205 Muzaahiim
206 Yaniidz
207 Lamii
208 Firdaan
209 Jaabir
210 Saalum
211 Asyh
212 Harooban
213 Jaabuk
214 Aabuj
215 Miynats
216 Qoonukh
217 Dirbaan
218 Shokhim
219 Haaridh
220 Haarodh
221 Harqiil
222 Nu'man
223 Azmiil
224 Murohhim
225 Midaas
226 Yanuuh
227 Yunus
228 SaaSaan
229 Furyum
230 Farbusy
231 Shohib
232 Ruknu
233 Aamir
234 Sahnaq
235 Zakhun
236 Hiinyam
237 Iyaab
238 Shibah
239 Arofun
240 Mikhlad
241 Marhum
242 Shonid
243 Gholib
244 Abdullah
245 Adruzin
246 Idasaan
247 Zahron
248 Bayi'
249 Nuzhoyr
250 Hawziban
251 Kaayiwuasyim
252 Fatwan
253 Aabun
254 Rabakh
255 Shoobih
256 Musalun
257 Hijaan
258 Rawbal
259 Rabuun
260 Mu'iilan
261 Saabi'an
262 Arjiil
263 Bayaghiin
264 Mutadhih
265 Rahiin
266 Mihros
267 Saahin
268 Hirfaan
269 Mahmuun
270 Hawdhoon
271 Alba'uts
272 Wa'id
273 Rahbul
274 Biyghon
275 Batiihun
276 Hathobaan
277 Aamil
278 Zahirom
279 Iysaa
280 Shobiyh
281 Yathbu'
282 Jaarih
283 Shohiyb
284 Shihats
285 Kalamaan
286 Bawumii
287 Syumyawun
288 Arodhun
289 Hawkhor
290 Yaliyq
291 Bari'
292 Aa'iil
293 Kan'aan
294 Hifdun
295 Hismaan
296 Yasma'
297 Arifur
298 Aromin
299 Fadh'an
300 Fadhhan
301 Shoqhoon
302 Syam'un
303 Rishosh
304 Aqlibuun
305 Saakhim
306 Khoo'iil
307 Ikhyaal
308 Hiyaaj
309 Zakariya
310 Yahya
311 Jurhas
312 Isabnu Maryam
313 Muhammad SAW

Wassalaam...

Jumaat, 26 Januari 2018

Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. Rahmatan Lilalalmin.


baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...


Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...