Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.
Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang
telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris
pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan
mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan
menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan
tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.
Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber. Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus. Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita. Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya. |
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Rabu, 11 April 2018
Apa Itu Malware?
Label:
panduan
Selasa, 10 April 2018
Batasan Dalam Bergurau Senda
Riwayat: Riwayat Abu Daud
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !
Huraian Hadith:
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Isnin, 9 April 2018
Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki
drmaza.com
Al-Quran
tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah
dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan
riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa
adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga,
namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.
Al-Quran menyebut:
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:

Menurut
al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak.
Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah
mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan
diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh
riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah
penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati
riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan
dengan apa yang disebut dalam al-Quran.
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Elena Ceausescu
Maka,
tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania
Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania
disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman
kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan
pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan
boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.
Label:
Renungan
Ahad, 8 April 2018
22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah
menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana
yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak
agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat
berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan
lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan
(lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar,
manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh
dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga
melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan
perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik
dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan
Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari
Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya
seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan
haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan
yang miskin bermaksud meminta sedekah
Label:
panduan
Sabtu, 7 April 2018
Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat
Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak
berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama
sekitar 15 – 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak
memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak
memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada
orang-orang yang khusyuk?
Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang
mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan
dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa
mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta
seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan
perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya
hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu
mereka banyakkan sembahyang sunat.
Berat ada 3 peringkat
A. Berat sebelum melakukan sembahyang
Bagi orang Islam yang hatinya tidak
khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang
begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan
Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang
menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti
cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun
semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang
sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang
dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan
hati tidak sembahyang.
Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :
Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.
Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.

Oleh itu orang yang hanya berfikiran
tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang
diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara
yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang
ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan
pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap
kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok
atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.
B. Berat semasa sembahyang
Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang

C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang
Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak
faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat.
Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin
hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang
sama diulang lima kali sehari.
Bagi orang yang khusyuk terasa amat
takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka
sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat
laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu
lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan
bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya
sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak
khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan
telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat
berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat
tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan
dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya
membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.
Perusahaan untuk membuat kain adalah
fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi
pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi.
Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh
orang-orang dulu.
Label:
Renungan
Jumaat, 6 April 2018
~ 7 Keajaiban Selepas Anda Menangis ~
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Jika selalu sangat menangis sememang boleh membuatkan mata anda menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh badan dan fikiran. Disunting dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang boleh anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.
1. Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
5. Mengurangkan Stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun Komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
7. Melegakan Perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran ada semasa menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya.
Label:
Kesihatan
Khamis, 5 April 2018
15 Aktiviti Yang Membahayakan Wanita
Merosakkan tulang.
Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang faraj sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging.
Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat.
Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah.
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan.
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus
Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati.
Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut
Haid tidak menentu
Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal.
Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu.
Gejala pening kepala kerap dialami.
Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan.
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).
14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung.
Badan dan payudara menjadi lembik.
Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
Sumber

Rabu, 4 April 2018
Kesan Mencabut Bulu Hidung
JIKA dibiarkan terlalu panjang, bulu hidung memang mengganggu penampilan sehingga perlu dirapikan. Sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.
Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).
Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.
Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.
Risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.
Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin. Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk.
Sumber
Label:
Kesihatan
Selasa, 3 April 2018
Mengapa Kita Tetap Perlukan Nasi?
SESETENGAH orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan
semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun
pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal?
Kita semua tahu bahawa nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu?
Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk gemuk tetap ada.
Baiklah, di sini terdapat 3 sebab kita tetap perlukan nasi setiap hari;
1. Meningkatkan “mood”
Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.
Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah marah.
2. Mencegah lemak
3. Meningkatkan tahap ingatan
Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan daripada segi tahap daya ingatan.
Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori.
Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil beras perang sebagai ganti.
Sumber
Label:
Kesihatan
Isnin, 2 April 2018
Apa Itu Megapixel?
Megapixel ialah satu juta pixel. Pixel ialah elemen pada gambar.
Gambar-gambar digital ialah gabungan dari berjuta-juta titik-titik berwarna, inilah yang kita panggil sebagai pixel. Jadi satu Megapixel ialah satu juta pixel dalam satu gambar.

Lihat gambar di bawah untuk lebih pencerahan.

Gambar di atas menunjukkan satu pecahan dari berjuta-juta pixel yang telah diperbesarkan kepada paparan individual masing-masing. Gabungan dari berjuta-juta pixel inilah yang menghasilkan sebuah paparan gambar digital. Harapnya anda jelas akan perkara ini.
Benarkah lebih besar Megapixel, maka ia adalah lebih baik?
Jawapan saya ya dan tidak semestinya. Ini bergantung kepada apa keperluan kita sendiri. Berikut adalah petikan dari Choose Your Camera:
Having more does not make for a better image, it only allows for that image to be blown up to a larger size. But 10MP is sufficient for almost any size print you are likely to make these days.
Camera with different megapixels can achieve different max print size at certain ppi
In fact, too many megapixels may actually be a hindrance. If you don’t have a high end computer with a fast processor and plenty of memory, you may not even be able to process your photos smoothly. Plus, too many MPs may actually negatively affect high ISO performance on a lesser camera. So while MPs are important, it is not the specification that should make or break your decision on a basic DSLR.
Harus diakui kamera dengan resolusi 0.3-2MP menghasilkan gambar yang kurang atau tidak menyerlah dan cantik berbanding kamera dengan 4MP ke atas. Namun disinilah penentu kepada tujuan asal anda.
Kamera dengan lebih Megapixel, menghasilkan gambar yang lebih besar, dengan kebolehan untuk 'cropping' tanpa menjejaskan kualiti imej kerana kelebihannya yang terletak kepada saiz pixel yang lebih banyak.
Tetapi adalah harus diingat, Megapixel bukan penentu mutlak kepada kualiti imej yang dihasilkan, kerana didalam sebuah kamera digital, juga kamera yang ada pada telefon bimbit pintar pada zaman ini, apa yang membantu ialah ciri-ciri perkakas dalaman 'yang tak didendang jasanya' seperti pemproses imej, sensor, lensa, dan sebagainya lagi.
Para penjual peranti-peranti ini pastilah mahu memberi 'lebih' supaya ia dapat terjual, jadi 'perlumbaan Megapixel' ini tercipta bagi melengkapkan suasana bahawa 'yang lebih itu semestinya lebih baik'.
Bukan saya menafikan telefon bimbit dengan 'kamera 13MP' berkualiti sama sahaja dengan kamera yang mempunyai resolusi kurang darinya, namun sebelum melakukan pembelian, harapnya anda jadilah pembeli yang lebih bijak dari pembeli yang lain dengan melakukan sedikit kajian mengenai produk yang anda sukai, contohnya dengan membaca atau menonton reviu-reviu dari blog-blog, laman-laman web terkemuka mahupun channel-channel YouTube yang terkenal.
Ini adalah kerana adakalanya, yang 'lebih' itu tidak semestinya bagus. Perbandingan yang boleh anda lihat adalah seperti di bawah:
Contoh gambar dengan resolusi 8MP

Contoh gambar dengan resolusi 4MP

Ahad, 1 April 2018
Mengumpat Yang Diharuskan
Hadis : Bab 256 – Riyadus Solihin
256- Bab Pada Menyatakan Mengumpat Yang Diharuskan
Berkata Imam Nawawi r.a.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
1- Pengaduan penganiayaan.
Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.
2 – Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.
Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.
3 – Bertanya hukum atau cara penyelesaian.
Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya sebagaimana pada hadis riwayat Hindun r.a. yang kami akan sebut Insya Allah.
4 – Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.
Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.
Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).
5 – Jika dia seorang yang jelas meunujukkan kefasiqannya atau bid’ahnya.
Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang kami sebutkan ini.
6 – Untuk dikenali.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَجُلًا اِسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقَالَ: ائْذَنُوا لَهُ, بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1532/1- Daripada Aisyah r.a., sesungguhnya ada seorang lelaki meminta izin untuk berjumpa Rasulullah s.a.w., dan baginda bersabda (kepada para sahabat): Izinkan dia (masuk). Dialah sejahat-jahat ahli keluarga.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Berkata Imam Nawawi: Imam Bukhari berhujjah dengan hadis ini dalam membolehkan mengumpat orang yang jahat dan yang tidak tetap pendirian.
Diharuskan mengumpati mereka supaya kita tidak terkena kajahatan mereka dan tidak terpedaya dengan zahir mereka.
وَعَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَظُنُّ فُلَانًا وَفُلَانًا يَعْرِفَانِ مِنْ دِينِنَا شَيْئًا. رَوَاهُ البُخَارِيُّ. قَالَ اللَّيْثُ بنُ سَعْدٍ, أحَدُ رُوَاةِ هَذا الْحَدِيْثِ: هَذانِ الرَّجُلانِ كَانَا مِنَ الْمُنَافِقِينَ.
1533/2 – Daripada beliau juga (Aisyah r.a.) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku rasa kedua-dua orang ini sedikit pun tidak mengenali agama kita ini (Islam).
Hadis riwayat Bukhari. Berkata al-Laith bin Saa’d (salah seorang perawi hadis ini) : Kedua-dua orang ini adalah daripada kalangan munafiqin.
Harusnya mengumpati orang yang munafiq supaya zahir mereka tidaklah memperdayakan orang yang tidak mengetahui hal sebenar mereka.
Kita tidak boleh menuduh sewenang-wenang seseorang dengan munafiq.
وَعَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقُلْتُ: إِنَّ أَبَا الْجَهْمِ ومُعَاوِيَةَ خَطَبَانِيْ, فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَّا مُعَاوِيَةُ فَصُعْلُوكٌ لَا مَالَ لَهُ, وَأَمَّا أَبُو الجَهْمِ فَلَا يَضَعُ العَصَا عَنْ عَاتِقِهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَفِيْ رِوَايَةٍ لِمُسْلِم: وَأمَّا أبوْ الْجَهْمِ فَضَرَّابٌ لِلنِّسَاءِ.
1534/3 – Daripada Fatimah binti Qais r.a. katanya: Aku datang menemui Nabi s.a.w. dan aku memberitahu baginda: Sesungguhnya Abu Jahmi dan Mua’wiyah masuk meminangku. Baginda bersabda: Mua’wiyah tu miskin dan tidak berharta. Abu Jahmi pula tidak membuangkan tongkat daripada bahunya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Perhatian: Hadis ini tidak diriwayatkan oleh Bukhari sebagaimana yang beliau sebutkan. Perkara ini memang diketahui bagi orang yang mengkaji Riyadus Solihin. Memang hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud. Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad, Malik dan juga Darimi.
Dan pada riwayat Muslim : Abu Jahmi pula suka memukul perempuan. Dan ini adalah tafsir kepada riwayat: tidak membuang tungkat daripada bahunya. Ada juga yang berpendapat maknanya banyak bermusafir.
- Harus menceritakan keburukan calon suami atau isteri kepada pasangan mereka.
- Menyatakan pandangan terhadap calon suami atau isteri tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan sekalipun dengan menyebut keburukan dan kelemahan mereka.
- Kita mestilah berhati-hati dalam membuat keputusan.
- Pandangan orang yang berilmu atau berpengalaman adalah penting dalam menentukan sesuatu.
Kita mestilah memberikan nasihat jika diminta.
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ أَصَابَ النَّاسَ فِيهِ شِدَّةٌ, فَقَالَ عَبْدُاللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ: لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا, وَقَالَ: لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ, فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَأَخْبَرْتُهُ بِذلِكَ, فَأَرْسَلَ إِلَى عَبْدِاللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ, فَاجْتَهَدَ يَمِينَهُ مَا فَعَلَ. فَقَالُوا كَذَبَ زَيْدٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَوَقَعَ فِي نَفْسِي مِمَّا قَالُوا شِدَّةٌ, حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ تعالى تَصْدِيقِي:﴿ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ ﴾ ثُمَّ دَعَاهُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَسْتَغْفِرَ لَهُمْ فَلَوَّوْا رُءُوسَهُمْ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1535/4 – Daripada Zaid bin Arqam r.a. katanya, kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam musafir yang penuh dengan kesusahan. Maka Abdullah Ibnu Ubayy berkata: Jangan seorang pun daripada kamu memberikan belanja kepada sahabat-sahabat Rasulullah sehinggalah (akibatnya) mereka akan berpecah belah. Dia juga berkata: Jika kita pulang ke Madinah, maka orang yang sangat mulia (Abdullah Ibni Ubayy) akan menghalau orang yang sangat hina (Rasulullah). Aku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu baginda perkara tersebut. Rasulullah pun mengutuskan utusan menemui Abdullah Ibni Ubayy (untuk bertanya kesahihan perkara tersebut). Dia bersungguh-sungguh bersumpah tidak mengatakan demikian. Lalu orang ramai berkata: Zaid telah berbohong dengan Rasulullah s.a.w.. (Kata Zaid lagi) Hatiku sungguh terasa dengan apa yang dikatakan (tuduhan) terhadapku, sehinggalah Allah Taala menurunkan wahyu membenarkan (perkataan) aku. (Iaitu firmanNya): “Apabila datang orang-orang munafiqin kepadamu (wahai Muhammad) …”. Kemudian Rasulullah memanggil mereka untuk beristighfar memohon keampunan kepada mereka, tetapi mereka memalingkan kepala mereka (kerana lari daripada mematuhi Rasulullah dan enggan beristighfar).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Harusnya menceritakan rahsia orang-orang munafiq dan orang-orang yang khianat supaya kita terselamat daripada kejahatan mereka.
Menceritakan hal dan rahsia mereka tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Orang munafiq sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam dan penganutnya. Kerana itu kita mesti sentiasa berwaspada dengan mereka.
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَتْ هِنْدُ امْرَأَةُ أبِيْ سُفْيَانَ للنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِيْنِيْ مَا يَكْفِيْنِيْ وَوَلَدِي إِلَّا مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وَهُوَ لَا يَعْلَمُ. فَقَالَ: خُذِيْ مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1536/5 – Daripada Ai’syah r.a. katanya: Hindun (isteri Abu Sufyan) memberitahu Rasulullah s.a.w. (dengan katanya): Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang yang bakhil dan dia tidak memberi kepadaku (nafkah) yang mencukupi untuk aku dan anakku, melainkan (yang mencukupkan daku ialah) aku mengambil daripadanya (hartanya) sedangkan dia tidak tahu. Baginda bersabda: Ambillah daripadanya (hartanya) yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan baik (tidak berlebihan dan tidak juga terlalu sempit).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
- Harus menceritakan hal suami atau isteri dalam bertanyakan hukum atau jalan penyelesaian.
- Harus bagi isteri untuk mengambil haknya daripada suaminya jika haknya tidak diberi sekalipun dengan tidak keizinan suaminya.
- Tidak harus bagi isteri mengambil wang dan harta suami sewenang-wenang, yang diharuskan mengambil tanpa izin itu hanyalah sekadar keperluan.
- Suami hendaklah membelanjakan hartanya dengan baik untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak dan janganlah terlalu kedekut sehingga menyusahkan mereka
Sumber
Label:
panduan
Sabtu, 31 Mac 2018
Perkara Kita Mesti Tahu Tentang Sikat Rambut
PERNAHKAH kita terfikir cara menyikat rambut yang berbeza akan memberikan kesan yang berlainan? Selama ini, tak pernah ambil berat pun soal cara menyikat rambut. Kadang-kadang sikat sambil duduk dan kadang-kadang sikat sambil berdirilah.
- Sekiranya kita sikat rambut sambil duduk, ia bakal menguatkan otot jantung.
- Sebaliknya jika sikat rambut sambil berdiri, ia akan melemahkan jantung.
Selain melemahkan jantung, bersikat secara berdiri akan menyebabkan kita terjebak dalam masalah hutang.
Seperkara lagi, Nabi S.A.W juga melarang kita sikat rambut dalam bilik mandi atau bilik air.
Tapi, kenapa???
Sebab ia hanya akan melemahkan umbi rambut.
Sumber
Label:
panduan
Jumaat, 30 Mac 2018
Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan
TIDAK dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak
mengerjakan solat. Ramai di antara mereka pernah dididik tentang
kewajipan solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan
duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati,
sama ada sedar atau pun tidak.
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.

Khamis, 29 Mac 2018
Rahsia Di Sebalik Senyuman
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan)
dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Rabu, 28 Mac 2018
Rahsia Garam Laut Mati
Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam.
Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai.
Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.
Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing,
tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau
bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga
mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang
mempunyai penyakit yang sedia ada.
Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang
amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat
baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat
meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin
mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan
garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat
frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah
kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.
Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi
bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada
bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi SAW dan orang-orang
tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum
dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah
frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat
dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan
keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada
beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang
berlebihan.
Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.
Perakam Tenaga Bunyi
Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi
yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan
ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah
penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit.
Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan
membantu keasidan dan keracunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang
tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada
manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang
dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.
Perakam Tenaga Bunyi
Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian
pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual.
Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah.
Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan
di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai
kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk
menyuburkan tanah.
Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.
Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf
teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh,
kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan
mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan
menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.
Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.
Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan dengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.
Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badannya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.
Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.
Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.
Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.
Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur.

Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.