Jumaat, 4 Mei 2018

12 Kaum Yang Dibinasakan Kerana Engkar Hukum Allah

Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

Ashab al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

Ashab al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

http://detikislam.blogspot.com

Khamis, 3 Mei 2018

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Sumber 

Rabu, 2 Mei 2018

7 Jenis Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.


5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Selasa, 1 Mei 2018

Permasalahan Lelaki Memakai Cincin

Ulama berselisihan pendapat dalam perkara cara memakai cincin.Maka oleh kerana ada khilafnya maka memakai cincin samada di jari tangan kanan atau kiri tidak jadi masaalah.

Tempat letaknya cincin:
Ulama’ tidak berselisih pendapat tentang cincin yang di pakai oleh kaum wanita. Kerana cincin sememangnya perhiasan mereka. Bagi wanita mereka boleh pakai di samada di tangan kanan atau kiri atau jari kaki sekali pun ikut pilihan mereka memakai cincin kepada perempuan.

Yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama ialah cincin yang di pakai oleh kaum lelaki.

Beberapa pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan.

Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga ulama menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri; kerana terdapat riwayat yang berbeza mengenai hadis Rasulullah saw.

Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta’ : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}.

Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memilih pemakaian disebelah kiri.

Berkata Imam Shafiee :
Kepada lelaki, pemakaian cincin ‘silver’ di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

Berkata sebahagian ulama:
kiri adalah lebih afdal. Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya.

Imam Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. {Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.

Kata Imam Hanbali :
Memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yang memakainya. Bahawa Imam Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

Sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai di sebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.

(Sumber:Fatwa cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fekah Kuwait yang di petik oleh sdr.Ady Muhammad facebook.com/ady.muhammad).

Nota tambahan:
  1. Dari al-Barra bin Azib r.a, dia berkata : Rasulullah memerintahkan kepada kami 7 dan melarang kepada kami dari 7 perkara pula : Beliau memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah, melihat orang sakit, memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi, mendukung sumpah/orang yang bersumpah dan membalas salam, menyebarkan salam dan mendoakan orang bersin. Beliau melarang kita memakai wadah dari perak, cincin emas, sutera, pakaian yang berlapis sutera tipis, pakaian yang diperbuat dari cotten dan sutera, pakaian yang berlapis sutera tebal dan tutup pelana dari sutera.(Sumber)
  2. Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi s.a.w memaki cincin dari emas atau perak dan menempatkan muka cincin itu dekat tapak tangan beliau, dan di dalamnyadilukiskan “Muhammad Rasulullah”. Maka orang-orang memakai cincin seperti yang beliau pakai. Ketika beliau melihat mereka memakainya, maka beliau melemparkan cincin beliau itu dan berkata : Aku tidak akan memakai selamanya, lalu beliau memakai cincin dari perak pula. Berkata Ibnu Umar:Orang yang memakia cincin itu setelah Nabi s.a.w adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman sehinggalah cincin Uthman ini jatuh disumur aris.

Isnin, 30 April 2018

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

Hadith :-
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”Riwayat at-Tirmizi
Huraian :-

  1. Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
  2. Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
  3. Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Sumber

Sabtu, 28 April 2018

6 Tip Menangani Anak Suka Memukul

Anak-anak kecil di bawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama – Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua – Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga – Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat – Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima – Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam – Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.

Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.

Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, perangai dan akhlak tetap mulia.

Jumaat, 27 April 2018

4 Jenis Makanan Untuk Kuruskan Badan

Ramai yang mencari dan masih tercari-cari cara nak kuruskan badan. Ada yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi kecantikan paras rupa.
Tips atau cara-cara untuk menguruskan berat badan ada perlbagai kaedah. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah mengambilan makanan yang berkhasiat dan makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang merbahaya kepada tubuh.
Makanan Untuk Mengamalkan Berat Badan Secara Sihat
Teh hijau
TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.
Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.
Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.

Limau gedang
BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.
Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

Cuka
CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.
Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.
Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).
Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.
Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.
Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

Halia
SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.
Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

Sumber 

Khamis, 26 April 2018

Alasan menangis dan kebaikannya

Ada beberapa alasan manusia menangis:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Rabu, 25 April 2018

Flachspüler: Tandas Aneh Dari Jerman

Jika anda pernah ke Jerman anda pasti pernah melihat tandas duduk dengan konfigurasi aneh di bawah. Tandas aneh ini dikenali di Jerman dengan nama Flachspüler yang bermaksud “basuh keluar”. Mengapakah tandas ini sangat popular di Jerman dan Austria?

Tandas Flachspüler berbeza dari tandas biasa kerana ketika anda melakukan penyahtinjaan, sisa biologikal anda tidak jatuh terus kedalam air seperti tandas duduk biasa.

Terdapat sebuah “platform” rata yang kering di kawasan biasanya anda menyahtinja.

Apakah sebab tandas ini digunakan secara meluas di Jerman? Jawapannya ialah kerana warga Jerman mempunyai amalan memeriksa tahi mereka selepas berak.

Dari tahi yang dihasilkan mereka boleh mengetahui sama ada sistem pencernaan dan diet mereka adalah pada kadar sihat.

Masyarakat Jerman mengamalkan diet daging lembu dan babi yang tinggi. Jika daging tidak dimasak dengan betul ia boleh mengakibatkan penyakit cacing. So now you know.

Tandas ini juga digemari warga Jerman kerana masalah air dari percikan tahi ke dalam mangkuk tandas sukar berlaku.

Ia juga digemari kaum wanita kerana adalah mustahil untuk kaum lelaki untuk kencing berdiri apabila menggunakan Flachspüler.

Permukaan platform yang rata akan menghasilkan percikan yang pasti membasahi mereka yang kencing berdiri. Genius!

Ini sebenarnya bukan sesuatu yang aneh di China juga.

Pada zaman dahulu kala, tahi Maharaja China akan diperhatikan setiap hari bagi mengetahui tahap kesihatan beliau. Masalah cacing dalam perut dapat diketahui secara terus.

Di Malaysia kita tak ada tandas Flachspüler tetapi tandas cangkung yang sedia adalah historial artifact yang mengingatkan kita bahawa pada suatu masa dahulu pemeriksaan tahi adalah amalan biasa nenek moyang kita.

Sumber

Selasa, 24 April 2018

Kelebihan Janggut Pada Seorang Lelaki

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Isnin, 23 April 2018

6 Soalan Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki):
1. Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2. Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

3. Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

4. IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

5. Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

6. Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Ahad, 22 April 2018

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu pemimpin kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, “Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya. ”

Sumber

Sabtu, 21 April 2018

Tanda dan Simptom Badan Berasid

Untuk tubuh kita menjalankan tugas dengan efisyen, ia harus mengekalkan homeostasis dalaman, iaitu keseimbangan pH di dalam tubuh kita. Di sini lah pentingnya keseimbangan asid-alkali kerana badan berasid tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.

Badan berasid dapat dikesan dari 3 peringkat:

Peringkat awal : sedikit berasid.
Tanda-tanda :
Lendir dalam dada, sakit sendi, tangan & kaki menjadi sejuk, kehendak seks menurun, pedih ulu hati, kencing barbau keras, sakit otot, kelesuan, jerawat, sembelit, sakit kepala, PMS dan panic attack.
Sekiranya tiada tindakan untuk meneutralkan keasidan di peringat awal, maka tubuh akan masuk ke peringkat seterusnya.

Peringat kedua : lebih serius dan memberi kesan kepada kesihatan.
Tanda-tanda :
Badan menjadi bengkak, gegata, mati pucuk, migrain, jangkitan virus, ekzema, endometriosis, psoriasis, tekanan perasaan, insomnia, bronktis, jangkitan kulat, sinusitis, asma, alergi dan jangkitan bakteria.
Sekiranya keadaan di peringkat kedua tidak dirawat dengan baik, maka ia boleh membawa ke peringkat akhir akibat badan berasid.

Peringkat akhir : peringkat yang lebih teruk
Tanda-tanda:
Kanser, schizofernia, SLE, TB, artritis, multiple sclerosis.
Di peringkat ini, ia boleh mambawa maut dan perlukan rawatan yang bersesuaian.

Apakah penyebab badan berasid?

Badan berasid disebabkan oleh pengambilan makanan yang bersifar asid. Makanan yang diproses antara makanan-makanan yang menyebabkan peningkatan asid dalam tubuh kita. Makanan lain yang menyebabkan asid ialah yang tinggi karbohidrat seperti nasi, makanan2 seperti daging, makanan laut, susu, keju dan hasil tenusu lain.

Pengambilan makanan yang terdedah kepada pestisid juga menyumbang kepada peningkatan keasidan dalam tubuh, begitu juga ubat-ubatan seperti antibiotik.

Di bawah ini adalah carta makanan asid-alkali:



Di bawah ini adalah carta interaksi makanan, yang mana kita boleh bandingkan bila kita makan pelbagai jenis makanan dalam satu masa:



Tubuh yang lebih beralkali dipercayai dapat memperbaiki kesihatan dan mencegah kanser. Kanser tidak dapat ‘hidup’ dalam suasana beralkali; dan ia membesar dengan begitu cepat dalam tubuh yang berasid!
Badan kita secara semulajadi menjadi semakin berasid apabila kita meningkat usia, menjadikan kita semakin terdedah kepada kanser. Walau bagaimana pun kita boleh mengubah cara hidup untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa dalam situasi beralkali. Hentikan tabiat merokok dan makan makanan rapu yang menjadi faktor tubuh kita berasid.

Adakah vitamin yang boleh membantu tubuh kita menjadi beralkali?

Vitamin A
Vitamin A yang paling selamat dalam bentu Beta Carotene. Ia membantu tubuh kita dalam pelbagai cara. Di samping mengambil supplemen, jus terbaik untuk mendapatkan sumber beta keroten ialah just lobak merah (carrot) dan jus epal. Ia membantu tubuh kita menjadi lebih beralkali.

Vitamin C
Anda mungkin menyangka Vitamin C adalah berasid, namun sebenarnya apabila ia berada dalam tubuh kita, vitamin C meningkatkan imuniti tubuh kita, ia menguatkan sel2 kita sekaligus menjadikan tubuh kita beralkali.
Di samping pengambilan vitamin C dari sumber natural, banyakkan mengambil buah seperti oren dan strawberi.

Vitamin D
Selain membantu menyerap kalsium, vitamin D juga membantu tubuh kita berada dalam keadaan beralkali. Selain cahaya matahari, vitamin D boleh didapati dari telur dan susu.

Vitamin E
Vitamin E terkenal senagai ‘vitamin anti penuaan’ menjaga sel tubuh dan menjadikan tubuh kita beralkali. Kita memerlukan 400IU vitamin E sehari untuk kesihatan optimum. Vitamin E juga terdapat dalam minyak zaitun dan biji bunga matahari.

Jumaat, 20 April 2018

Enam Khasiat Taugeh


1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.


facebook

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...