17 Ramadan 2 Hijrah
Pada hari ini, telah berlaku sebuah peperangan yang dinamakan sebagai peperangan Badar Kubro disertai oleh 313 orang Muslimin Madinah yang terdiri daripada kaum Muhajirirn dan Ansar melawan hampir 1000 orang kaum Quraisy Mekah.
Kelengkapan kaum muslimin pada ketika itu hanya sekadar kelengkapan untuk menahan segerombolan pedagang Quraisy untuk mengambil semula harta tinggalan mereka yang dirampas di Mekah.
Kaum muslimin mempunyai kelengkapan 2 ekor kuda dan 70 ekor unta, manakala kaum Quraisy Mekah pula memiliki kelengkapan 100 ekor kuda dan 170 ekor unta.
Walaupun kelengkapan kaum Muslimin kurang dan tidak mencukupi, dengan keberkatan doa dan usaha para mujahidin, kaum muslimin berhasil memenangi peperangan ini.
Diriwayatkan bahawa 70 orang musyrikin Mekah yang dapat dibunuh dan 70 lagi dapat ditawan manakala kaum muslimin yang syahid seramai 14 orang.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir
Credits to: ISMA Mesir
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Ahad, 20 Mei 2018
Sejarah Hari-Hari Ramadhan (17 Ramadhan)
Label:
Renungan
Sabtu, 19 Mei 2018
Sejarah Hari-Hari Ramadhan (9-15 Ramadhan)
Tahukah anda ?
9 Ramadan 93 H
Pada tarikh ini, setahun sebelumnya setelah Toriq Bin Ziyad (Timbalan Musa bin Nusoir) berjaya mengalahkan tentera Qouth dalam misi menawan Andalusia 92 H (Portugal & Sepanyol) dari peperangan di tengah laut hinggalah ke persisir pantai seterusnya ke daratan yang memakan masa sehingga 8 hari.
Beliau meneruskan penguasaanya terhadap wilayah atau kota-kota yang berbaki, sehingga ke musim sejuk, beliau meminta bantuan daripada Musa Bin Nusoir (Gabenor Afrika Bani Umayyah) untuk membantu melengkapkan misi penguasaan Andalusia serta menghalang saki baki penentangan tentera Qouth.
Pada tarikh 9 Ramadan 93 H, Musa Bin Nusoir tiba dengan bala tentera seramai 18 000 terdiri daripada tentera Arab juga disertai oleh beberapa Tabii'n.
Musa Bin Nusoir dengan bala tenteranya meneruskan perjalanan menguasai saki baki kota yang masih belum ditakluki oleh Toriq Bin Ziyad antaranya sebahagian Toledo, Malaga, Osuna, Cordova, Granada dan Seville juga menghapuskan saki baki penentangan oleh tentera Qouth.
Akhirnya mereka berjumpa di hujung Kota Toledo, kemudian bergerak melengkapkan penguasaan sehingga ke sempadan Perancis.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Tahukah anda ?
10 Ramadhan 1393 H
Tentera Mesir mampu menembusi terusan Suez dan berjaya menembusi benteng Berlif yang dikatakan benteng tehebat dengan seni pertahanan padang pasir yang paling canggih seperti didakwa Israel.
Begitupula tentera Syria mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan pada peperangan tersebut adalah Allahu Akbar (Allah Maha Besar).
Peperangan ini dinamakan Yom Kippur oleh orang Yahudi kerana bertepatan dengan tarikh perayaan Yom Kippur oleh orang Yahudi "Hari Pengampunan" yang mensyaratkan penganutnya berpuasa selama 25 jam.
Ini antara yang dijadikan alasan Israel akan kekalahan mereka pada perang tersebut, sedangkan Tentera Mesir juga dalam keadaan berpuasa lebih lagi kerana serangan berlaku pada 10 Ramadan.
Sumber :
Kitab “Ramadaniyyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
10 Ramadhan 1393 H
Persiapan dimulai dengan terancang oleh Mesir bermula ketika pemerintahan Jamal Abdul Naseer kemudian disambung Presiden Anwar Sadat.
Antara bentuk persiapan adalah dengan membeli peralatan perang soviet secara rahsia, kemudian Mesir juga dibantu oleh dari negara lain seperti Arab Saudi dan Kuwait dari sudut kewangan.
Pada 10 Ramadan 1393 H bersamaan 6 Oktober 1973, setelah beberapa kali ancaman untuk memulakan serangan yang membuatkan tentera Israel bosan, Tentera Mesir mula menggerakkan askarnya secara mengejut untuk menembusi benteng Bar Lev.
Benteng pertahanan terkuat dunia itu diberi nama sempena nama jeneral Israel Chaim Bar-Lev..
Benteng itu sukar ditembusi kerana bentuknya yang menjunam 60 darjah, berpasir, dan memiliki ketinggian 18-25 meter. Tentera mesir menggunakan pelbagai cara untuk menembusi benteng tersebut, namun tidak berhasil.
Akhirnya tentera Mesir diberi ilham supaya menggunakan semburan air tekanan tinggi bagi membentuk lurah pada benteng tersebut.
Akhirnya benteng tersebut berjaya ditembusi dalam masa 6 jam. Pada 7 Oktober, tentera Mesir bergerak masuk dari 5 lintasan jambatan dengan 32,000 tentera dan senjata anti kereta kebal. sebelum memasukkan 200 kereta kebal dan 980 lagi di hari yang berikutnya.
Mereka bergerak masuk secara beransur-ansur sebanyak 12 peringkat sehinggalah mencapai angka 90 000 tentera. Hampir 2,500 bot angin digunakan bagi memasukkan tentera dan jambatan untuk memasukkan kereta-kereta kebal.
Bertebaranlah tentera Mesir dari persisir Terusan Suez sehinggalah ke dalam Sinai dengan tangisan dan laungan "Allahuakbar.. Allahuakbar".
Kemudian bermulalah pertempuran satu lawan satu antara kereta- kereta kebal Mesir-Israel dan pesawat-pesawat Mesir-Israel.
Tekad Mesir untuk menguasai kembail Semenanjung Sinai sangat digeruni bilamana mereka bersedia berperang walaupun menelan korban 1 juta tenteranya.
Tentera mesir juga dibantu dengan pasukan dan kereta kebal oleh negara Arab yang lain seperti Algeria, Maghribi, dan Libya. Manakala Israel dibantu secara langsung oleh Amerika syarikat dengan segala peralatan dan senjata yang lebih canggih.
Berterusanlah peperangan sehingga 22 Oktober.
Hasilnya, Terusan Suez dan Semenanjung Sinai kembali diiktiraf sebagai tanah jajahan Mesir.
Manakala Israel mengalami kemusnahan teruk pada pertahanan udaranya jua kerugian yang besar pada kehilangan kereta-kereta kebal akibat dari senjata anti kereta kebal 'Sagger' yang digunakan tentera Mesir dalam peperangan itu.
Selain itu, Israel juga mengalami krisis kepimpinan dan krisis moral, baik dari dalam mahupun luar yang menyaksikan kemarahan rakyatnya dan beberapa siri pemecatan juga perletakan jawatan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.
Manakala di pihak Mesir, walaupun kehilangan anggota tentera yang banyak dan peralatan perang, mereka mampu mengembalikan kedaulatan tanah air mereka dari penjajahan Israel. Kemenangan mereka juga mampu meningkatkan moral rakyat Mesir dan negara-negara umat Islam amnya.
Gambar ini merupakan sebahagian tawanan Israel yang ditawan tentera Mesir.
Semoga obor Jihad umat ini masih menyala,
menunggu masa untuk beraksi.
Sumber :
Wikipedia,
Maklumat lisan rakyat Mesir,
Lawatan ke tempat peperangan Suez,
Kitab “Ramadaniyyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Tahukah anda ?
13 Ramadan 1406 bersamaan 22 Mei 1986.
Pada tarikh ini, perginya seorang tokoh dakwah Umar Abdul Fatah Abdul Qadir Mustaffa Tilmisaani pada usia 82 tahun.
Beliau yang berasal keluarga Algeria merupakan Mursyidul Am Ikhwan Muslimun yang ketiga selepas Hasan Hudhaibi.
Pernah dimasukkan ke dalam penjara di Zaman Jamal Abdul Nasser dan 17 tahun hidup menetap di dalam penjara. Pada hari beliau dibebaskan, beliau meminta agar diberi masa satu malam supaya dapat menginap dengan alasan beliau sudah lupa jalan pulang ke rumah.
Dikenali sebagai seorang yang lemah lembut, jika berbahasa menggunakan suara sederhana, tegas dengan kezaliman dan tidak mudah marah dengan sifatnya yang begitu, beliau dihormati oleh kawan mahupun lawan.
Pada hari pemergiannya, dikatakan hampir separuh juta rakyat mesir berkumpul di Masjid Umar Makram memberi penghormatan terakhir kepada jenazahnya. Selain ahli jemaah Ikhwan Muslimun, perarakan juga disertai Perdana Menteri, syeikhul Azhar, dan wakil gereja.
Sumber :
ikhwanWiki
Tahukah anda ?
14 Ramadhan 666 H
Kota Antokiah ini pernah dibuka di zaman pemerintahan Saidina Umar Al-khattab sebelum ditawan semula oleh tentera Salib.
Berada di sempadan turki dan Syria, kota ini merupakan tempat terpenting dan suci bagi orang Kristian suatu masa dahulu dan ianya masih dihuni oleh orang kristian Syria sehingga ke hari ini.
Kota ini pernah menjadi Pusat pemerintahan Rom di zaman Hercules dan dibuka oleh Muslimin ketika Perang Yarmouk.
Setelah ditawan oleh tentera Salib pada tahun 491 H, kota ini dijaga rapi dan dipagari oleh tembok kubu yang sangat tinggi. Tembok ini berukuran hampir 12 batu melingkari kota. Di atasnya terdapat 136 menara dan ditempatkan 24 000 penjaga yang sentiasa bergiliran siang dan malam menjaga kota tersebut.
Pada zaman Pemerintahan Mamalik (saki baki Abbasiyyah) Panglima ketika itu Zahir Baybars yang baru sahaja menghalau tentera Tartar dari bumi Syam meneruskan kemaraan menyerang kubu kuat tentera Salib yang sebelum ini bersekongkol dengan Tartar dalam menguasai negara-negara Islam Abbasiyyah.
Di atas kecerdikan dan strategi Zahir Baybars yang menggunakan helah untuk pergi ke tempat lain dan mereka bergerak pada waktu malam supaya tidak diketahui orang.
Dalam masa sama beliau menyediakan 3 pasukan tentera menyekat jalan perhubungan Tentera Salib Antokiah daripada lautan dan menyekatnya dari mendapat bantuan luar dari negara-negara Salib yang lain seperti Armenia.
Pada 1 Ramadan, beliau menukar arah dan menuju Antokiah secara mengejut kemudian mengepungnya.
Kemudian beliau menawarkan tawaran keselamatan namun diberikan syarat oleh pemerintah Antokiah, lalu Zahir baybars mula memperdahsyatkan kepungan dan mula menyerang dengan kuat sehinggalah kota Antokiah dikuasai sepenuhnya pada 14 Ramadan 666 H.
Beliau berjaya membebaskan tawanan Islam dan meraihkan harta rampasan perang yang sangat banyak.
Peperangan ini disifatkan sebagai peperangan kedua terbesar dalam sejarah perang tentera Islam-Salib selepas peperangan Hittin.
Sumber :
-IslamWeb
-Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Tahukah anda?
Tragedi 15 Ramadhan 1414 H / 1994 M
Pada tanggal ini, seorang pelampau Yahudi bernama Baruch Goldstein, melakukan serangan terhadap Masjid Haram Ibrahimi di kota kholil Palestin.
Ketika jemaah yang hampir 500 orang sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dia datang dari pintu masuk yang terbuka dan menembak jemaah yang sedang solat Subuh secara rambang.
Hampir 30 orang dalam kalangan jemaah yang meninggal dunia dan hampir 130 orang cedera.
Si pembunuh dikenali ramai sebagai seorang yang anti-arab, merupakan anggota dalam pasukan militan Israel juga terlibat berlatih bersama tentera Israel.
Sebelum kejadian, dia sering kali kelihatan berlegar di kawasan masjid memerhati jemaah yang sedang menunaikan solat.
Pada hari kejadian, dikatakan tentera keselamatan Israel bekerjasama bersekongkol dengan si pembunuh dengan cara menutup pintu-pintu masjid ketika jemaaah sedang solat.
Jeritan suara meminta tolong menyebabkan penduduk setempat bergegas menuju ke Masjid bagi memberi bantuan namun dihalang oleh tentera israel yang berada di luar dengan tembakan sehingga mengorbankan hampir 20 dan menjadikan angka kematian pada ari itu seramai 50 orang.
Akhirnya jemaah yang berada di dalam masjid dapat menangkap si pembunuh lalu membunuhnya di tempat kejadian.
Pihak Israel menafikan mereka terlibat dan mendakwa si Pembunuh adalah orang kurang siuman.
Sumber :
Aljazeera-Pembunuhan beramai-ramai Masjid Haram Ibrahimi
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Label:
Renungan
Jumaat, 18 Mei 2018
Kaifiat mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Imam Al-Ghazali

Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali;
- · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.
- · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.
- · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.
- · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.
- · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23
Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."
Walaubagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Ini sebagai panduan, Imam-imam yang lain ada kaedahnya yang tersendiri mengikut pengalaman mereka.
Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23
'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)
Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.
Wallahu'alam.
Sumber: http://www.khadamilmu.com/2013/07/ka...atul-qadr.html
Label:
panduan
Khamis, 17 Mei 2018
Sejarah Hari-Hari Ramadhan (7-8 Ramadhan)
Tahukah anda ?
7 Ramadhan 361 H
Atas perintah Khalifah Fatimi, panglima Jauhar As-Saqoli meletakkan batu asas pertama pembinaan Masjid Al Azhar.
Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman dalam fahaman Syiah.
Pada tahun 665 H ketika Salahuddin Al-Ayyubi menawan Mesir, beliau mengarahkan supaya tidak digunakan Masjid Al-Azhar sebagai tempat sembahyang Jumaat sebelum menghalang terus daripada digunakan sebagai tempat ibadah. Ini dilakukan bagi menyekat pengaruh Syiah.
Hampir 100 tahun selepas itu, Pada zaman pemerintahan Mamalik, Panglima Zahir Bybars Bendaqdaari mengarahkan Masjid Al-Azhar digunakan sebagai tempat pengajian ilmu-ilmu Islam dengan fahaman Ahlu Sunnah serta pusat keilmuan umat Islam sedunia.
Beliau juga meluaskan kawasan Masjid Al-Azhar dan mengembalikan kawasan waqaf yang diambil. Beliau juga membina ruangan bagi pengajian agama.
Pada zaman itu segala fasiliti disediakan seperti tempat tinggal, keperluan hidup bahkan halaqah (kelompok belajar) ilmu-ilmu keislaman yang beragama sehingga para penuntut ilmu dapat memilih halaqah yang dikehendakinya tanpa apa-apa bayaran, dan sebahagiannya masih berkekalan sehingga ke hari ini.
Pada zaman kejatuhan kerajaan Abbasiyyah dan kemunculan Kerajaan Uthmaniyyah, Al-Azhar dikatakan menjadi benteng terakhir ilmu-ilmu Islam ketika kehilangannya yang beransur-ansur pada waktu serangan Tartar ke atas Kota Baghdad.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Tahukah anda ?
8 Ramadhan 1425 H / 22 Oktober 2004
Seorang tokoh dakwah terkenal Abbas bin Hasan As-Sisi telah meninggal dunia pada tarikh ini.
Beliau merupakan generasi awal dakwah Ikhwan Muslimun di Mesir. Mula mengikuti Ikhwan Muslimun pada tahun 1936 bersama Imam Hasan Al-Banna yang merupakan pengasas bagi jemaah Ikhwan.
Beliau diberi nasihat oleh As-Syahid Hasan Al-Banna supaya memasuki tentera, dan beliau memasuki kolej pembuatan jentera perang.
Pernah dipenjarakan selama 2 bulan, kemudian 2 tahun, kemudian 9 tahun.
Dikenali sebagai seorang pendakwah yang lemah lembut, peramah, mesra, tidak lekang dari senyuman dan banyak menyelesaikan masalah masyarakat.
Diceritakan pada suatu hari dia terpijak kaki seorang pemuda, maka marah permuda tersebut lalu berkata : "Engkau Keldai ?!"
lalu beliau membalas : "Tak, Aku Abbas Sisi" tergelak si pemuda dan mereka mula berkenalan..
Beliau sentiasa mengingatkan para pendakwah agar tidak terjebak ke dalam kancah kafir mengkafir menghukum manusia jahil dan melampau.
Beliau juga selalu menitikberatkan dakwah di atas kasih sayang dan cinta, berlemah lembut dalam mengajak.
Antara buku hasil tulisan beliau yang popular ialah :
"Jalan menuju Hati"
Antara kalam beliau yang masyhur :
"Dakwah kepada Allah adalah seni, sabar di jalannya adalah Jihad"
"Agama ini tidak dimulakan dengan menggunakan kekuatan otot, dan kekasaran perkataan, mahupun pertembungan dan ancaman, tetapi ia dimulakan dengan perkataan yang baik, dan dengan rasa sayang"
Sumber :
IkhwanWiki
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Label:
Renungan
Rabu, 16 Mei 2018
Sejarah Hari-Hari Ramadhan (4-6 Ramadhan)
Tahukah anda ?
4 Ramadhan 1298H 1882 M
Pada tarikh ini Ahmad Al-Husaini Urabi atau lebih dikenali Ahmad Urabi telah dipecat oleh Taufik Khudawi dari jawatan Menteri Pertahanan Mesir.
Dia kemudiannya mengetuai Revolusi 1882 dengan semangat nasional dan kecintaan kepada negara yang tinggi beliau diangkat sebagai pahlawan menentang pencerobohan tentera asing seperti Enggeris, Perancis dan beberapa buah negara Eropah.
Disebabkan kebencian raja Taufik terhadap beliau ketika itu sehingga bekerjasama dengan kuasa asing bagi menghapuskan beliau dan pengaruhnya.
Walaupun dipecat, beliau tetap diiktiraf sebagai Menteri Pertahanan yang sah oleh beberapa Gabenor dan tokoh ulama serta sebahagian besar rakyat Mesir ketika itu.
Namun perjuangannya tidak kekal lama selepas dipatahkan pada tahun 1882 apabila Inggeris melakukan serangan atas permintaan Taufiq. Serentak tu juga bermulalah penjajahan 74 TAHUN British di Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
5 Ramadhan 361H 972M
Pada tarikh ini Sultan Muizz dari pemerintah Kerajaan Fatimiyyah(Syiah) mula memasuki Mesir selepas sebelumnya mengarahkan Panglima tenteranya Jauhar Saqoli membuka dan membangunkannya sebagai sebuah Ibu negara Baru kerajaan Fatimiyyah.
Antara hasil binaanya adalah Masjid Al-Azhar dan Kota Kaherah.
Kemudian Jauhar Saqoli kemudiannya menyerahkan pemerintahan kepada Abdul Muiiz selapas kedatangannya.
Jauhar Saqoli juga popular ceritanya dalam kalangan Kristian Qibti Mesir yang mengatakan bahawa dia telah memeluk agama Krsitian.
_______
Kerajaan Fatimiyyah
Jangka Hayat : 909-1171 (262 tahun)
Mazhab Agama : Syiah Ismailliyah
Negara Jajahan : Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria, Libya, Maghribi dan lain-lain
Ibu Negara : Mahadidiayah (Tunisia), Kaherah (Mesir)
Pembentukan negara :
Pemberontakan dan revolusi ke atas wilayah-wilayah Abbasiyah dan wilayah-wilayah Umayyah di sebelah barat Afrika : andalusia, pernah juga menakluk Hijaz serta 2 Masjid suci Umat Islam Madinah dan Mekah.
Fannus (tanglong Mesir) adalah sebahagian peninggalan budaya mereka.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Tahukah anda ?
6 Ramadhan 223 H
Sultan Al Mu'tasim seorang Khalifah Abbasiyyah memulakan pengepungan terhadap kota 'Umuriyah' yang merupakan benteng pertahan terkuat kerajaan Benzantiniyyah di Asia kecil.
Kisah ini mahsyur dengan panggilan "Wa Mu'tasimah" satu panggilan oleh seorang Muslimah yang dianiaya dan ditangkap oleh tentera kerajaan Byzantine Rom, panggilan tersebut didengarinya lalu menghantar setumbukan askar yang ramai untuk menakluki kota tersebut.
Beliau sebelum itu menghantar surat kepada Gabenor Rom tersebut yang berbunyi :
"Daripada Amir Mukminin Al-Mu'tasim Billah kepada anjing Rom, lepaskanlah perempuan itu atau aku akan hantarkan kepadamu tentera yang awalnya di hadapanmu dan barisan terkahirnya di sisiku"
Sambil bergerak menuju ke tempat pertempuran beliau melaungkan; "aku datang wahai saudara perempuanku"
antara faktor pengepungan Kota Umuriyyah juga adalah disebabkan kezaliman gabenor Rom terhadap kaum Muslimin di wilayah jajahannya dan penghancuran Kota Zabtorah yang merupakan tempat lahir Khalifah Al Mu'tasim.
Usaha beliau berhasil dengan tertakluknya kota tersebut.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Label:
Renungan
Selasa, 15 Mei 2018
Sejarah Hari-Hari Ramadhan (1-3 Ramadhan)
Tahukah anda ?
Pada 1 Ramadhan 587 H
Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds.
Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.
Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.”
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan :
Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Tahukah anda ?
2 Ramadhan 732 H
Pada tanggal ini lahir seorang Ulama agung iaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun.
Beliau dilahirkan di Tunisia, dilahirkan dalam keluarga golongan atasan Andalusia.
Hidup di zaman Abbasiyyah dan pernah bersama pasukan tentera berjihad menahan serangan Tartar Monggol. Beliau bermazhab Hambali.
Beliau mengarang kitab “Muqaddimah” yang lebih dikenal dengan “Muqaddimah Ibnu khaldun” yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat.
Buku ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa Eropah dan bahasa lainnya. Banyak merantau mengembara ke banyak negara mengkaji budaya sosiologi penduduk dan tamadun.
Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan.
Antara idea dan syarahan yang terbaik yang dihasilkan oleh Ibnu Khaldun adalah dalam bab 'Asabiyyah (semangat kekitaan) dan peranannya dalam membentuk sebuah tamadun.
Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa pemerintahan Sultan An Nasr Lidinillah.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
Tahukah anda ?
3 Ramadhan 11 H
Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam daripada pernikahan dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid telah meninggal dunia.
Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum baginda SAW diangkat sebagai Rasul.
Saydatina Fatimah dinikahi oleh Saidina Ali bin Abi Thalib anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan tahun 2 H,
Mereka menjalani kehidupan rumah tangga pada bulan Dzul Hijjah di tahun yang sama. Daripada pernikahan yang penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain, Zainab, Ummi Kultsum dan Muhsin yang meninggal di saat kecil.
Semoga Allah meredhai amalan mereka dan mengganjari kita dengan semangat perjuangan mereka.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Pada 1 Ramadhan 587 H
Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds.
Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.
Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.”
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan :
Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
2 Ramadhan 732 H
Pada tanggal ini lahir seorang Ulama agung iaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun.
Beliau dilahirkan di Tunisia, dilahirkan dalam keluarga golongan atasan Andalusia.
Hidup di zaman Abbasiyyah dan pernah bersama pasukan tentera berjihad menahan serangan Tartar Monggol. Beliau bermazhab Hambali.
Beliau mengarang kitab “Muqaddimah” yang lebih dikenal dengan “Muqaddimah Ibnu khaldun” yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat.
Buku ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa Eropah dan bahasa lainnya. Banyak merantau mengembara ke banyak negara mengkaji budaya sosiologi penduduk dan tamadun.
Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan.
Antara idea dan syarahan yang terbaik yang dihasilkan oleh Ibnu Khaldun adalah dalam bab 'Asabiyyah (semangat kekitaan) dan peranannya dalam membentuk sebuah tamadun.
Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa pemerintahan Sultan An Nasr Lidinillah.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
3 Ramadhan 11 H
Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam daripada pernikahan dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid telah meninggal dunia.
Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum baginda SAW diangkat sebagai Rasul.
Saydatina Fatimah dinikahi oleh Saidina Ali bin Abi Thalib anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan tahun 2 H,
Mereka menjalani kehidupan rumah tangga pada bulan Dzul Hijjah di tahun yang sama. Daripada pernikahan yang penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain, Zainab, Ummi Kultsum dan Muhsin yang meninggal di saat kecil.
Semoga Allah meredhai amalan mereka dan mengganjari kita dengan semangat perjuangan mereka.
Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah
Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.
Label:
Renungan
Isnin, 14 Mei 2018
Kenduri Arwah, Kesyukuran Dan Doa Selamat, Tidak Di Lakukan Oleh Nabi SAW, Adakah Kita Mesti Tinggalkan?
Nabi SAW tidak pernah melakukan
(At-Tarku) Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat. Baginda juga tidak
pula pernah melarang dan tidak pula mewajibkan. Bolehkah kita lakukan
perkara tersebut? Kalau dilakukan juga, adakah bid’ah sesat hukumnya
semua itu? (1) (2) (3)
Ijmak Ulamak Salaf dan Khalaf bahawa
(At-Tark) perkara yang ditinggalkan Nabi SAW bukan merupakan sumber
perundangan. Ulamak bersepakat bahawa sumber perundangan hukum itu
ialah:
- Al-Quran
- Sunnah Nabi SAW malalui perbuatan, percakapan dan takrir.
- Ijmak Ulamak
- Qias
Ulamak pula berbeza pendapat di dalam sumber-sumber berikut:
- Kata-kata para sahabat Nabi SAW
- Saddu az-zari’ah (Menutup pintu kemudaratan)
- Perbuatan penduduk Madinah
- Masolih Mursalah
- Istihsan
- Hadis dhoif dan lain-lain lagi
Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat
ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang
secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah
ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya
tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?
Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak
petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda,
tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.
Antara yang paling masyhur adalah Hadis
berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat
dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh
Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang
seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya
dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda
tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)
Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW
biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat
perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar
yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para
sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai
perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak
pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)
Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW
tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana
Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari,
seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika
Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah,
sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran
Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah
gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku
melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama
menulisnya. (6)
Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar
Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur
(tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan
dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di
dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah,
kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana
kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.
Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat
telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan
perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan
perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau
bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan
bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu
tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga
bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di
dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.
___________________________
[1] Soalan di ambil dari buku Senjata Mukmin Karangan Ust Muhidir Cetakan Ke-3 (Mesir)
[2] Rujukan utama masalah pertama ini adalah
fatwa Darul Ifta’ Al-Misriyah, Nombor Fatwa 167. Untuk maklumat lanjut,
sila rujuk http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=167#_ftn5.
[3] Tajuk ini juga pernah dijelaskan oleh
As-Syeikh Al-Allamah Saiyid Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari di dalam
risalahnya, Husnu At-Tafahhum Wa Ad-Dark Li Masalati At-Tark.
[4] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 1 hlm. 366 dan Imam Muslim jilid 4 hlm. 1910.
[5] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 2 hlm. 908 dan jilid 3 hlm. 1314.
[6] Fathul Bari, Ibnu hajar Al-Asqolani, jilid 2 hlm. 287.
Label:
panduan
Ahad, 13 Mei 2018
Bertunang Bukan ”Tiket” Untuk Berdua-Duaan
Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan.
Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu
Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan
tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri
seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi
masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada
dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita
jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan
pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi
silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam
yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu
sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia
tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar
diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah
sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas
hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat
tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah
mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen
untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti
bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk
mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu
inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi
kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan
oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini
menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan
haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras
tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan
tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek
perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zina kedua-dua mata
itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu
mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu
melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya.” (Hadis
Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan
dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan
bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan
yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang
membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah
kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana,
mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan
seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk.
Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda,
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang
ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Imam
Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang
membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada
pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling
yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar
bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang
hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja
membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan.
Kononnya, ibu bapa yang ‘sporting’ dan memberi kebebasan serta
kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan
terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan
terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai
yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan
sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini.
Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak
berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan
manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak
mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku
dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh
menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu
adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling
kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan
diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam
bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan
budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang,
jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan
segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan
hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada
pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak
meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut
perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak
milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga.
Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu
menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang
berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti
akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan
sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan
kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.
- Artikel iluvislam.com
Label:
Renungan
Sabtu, 12 Mei 2018
Bahaya Tidur Berlebihan Di Waktu Siang
1. Masalah Metabolisma
Tidur siang berlebihan menyebabkan tubuh badan tidak berfungsi berdasarkan jadual semulajadinya. Anda akan merasa selalu lapar dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Berat badan juga meningkat.
Tidur siang berlebihan menyebabkan tubuh badan tidak berfungsi berdasarkan jadual semulajadinya. Anda akan merasa selalu lapar dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Berat badan juga meningkat.
2. Lesu
Tidur berlebihan menyebabkan badan kurang cergas dan minda kurang cerdas. Hal ini menyebabkan badan terasa letih dan lesu. Selain itu, sistem tubuh badan kita juga lambat untuk memulakan operasi secara normal pada waktu siang.
3. Kehilangan Masa Produktif
Waktu awal pagi adalah masa otak kita dalam keadaan segar dan merupakan masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu kerja. Apabila kehilangan masa berharga, kita terpaksa menyelesaikan sesuatu tugas sehingga lewat malam dalam keadaan terburu-buru.
Tidur berlebihan menyebabkan badan kurang cergas dan minda kurang cerdas. Hal ini menyebabkan badan terasa letih dan lesu. Selain itu, sistem tubuh badan kita juga lambat untuk memulakan operasi secara normal pada waktu siang.
3. Kehilangan Masa Produktif
Waktu awal pagi adalah masa otak kita dalam keadaan segar dan merupakan masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu kerja. Apabila kehilangan masa berharga, kita terpaksa menyelesaikan sesuatu tugas sehingga lewat malam dalam keadaan terburu-buru.
4. Disorentasi
Tidur berlebihan menyebabkan otak kita sukar untuk fokus dalam masa yang lama. Metabolisma dalam otak juga sentiasa dalam kadar yg tinggi seterusnya menyebabkan seseorang mudah merasa lapar. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat dikurangkan jika kita selalu bersukan.
Tidur berlebihan menyebabkan otak kita sukar untuk fokus dalam masa yang lama. Metabolisma dalam otak juga sentiasa dalam kadar yg tinggi seterusnya menyebabkan seseorang mudah merasa lapar. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat dikurangkan jika kita selalu bersukan.
5. Pening Kepala
Cairan serebrospinal bergerak kearah otak semasa kita tidur. Hal ini menyebabkan sakit kepala yg teruk dan menyebabkan masalah penglihatan sehingga buta.
Cairan serebrospinal bergerak kearah otak semasa kita tidur. Hal ini menyebabkan sakit kepala yg teruk dan menyebabkan masalah penglihatan sehingga buta.
Label:
Kesihatan
Jumaat, 11 Mei 2018
Rahsia Penduduk Mekah Panjang Umur

Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.
Antara kalam-kalam Allah SWT mengenai Mekah sebagai pusat bumi adalah firman yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7)
Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada itu kata ummul (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber daripada keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33)
Perkataan aqthar adalah bentuk jamak daripada perkataan qutr yang bererti diameter dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai orang Mekah, wahai orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit."
Mekah Pusat Dunia
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah seharunya dijadikan rujukan waktu dunia. Bukannya Greenwich yang sekian lama menjadi rujukan umum. (Mekah sebagai pusat bumi, Dr. Mohamad Daudah).
Suka ditegaskan akan pengakuan yang dibuat oleh Neil Armstrong bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet bumi. Sedangkan al-Quran sejak 1,400 tahun lalu telah membicarakan mengenai kota Mekah dan Kaabah adalah sebagai pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Armstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi, dia berkata: "Planet bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?"
Fakta ini telah diteliti melalui suatu penelitian ilmiah.
Radiasi Kota Mekah
Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet tetapi sayangnya 21 hari kemudian, laman sesawang tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah dan tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir).
Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berterusan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub Utara dan kutub Selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua kutub.
Hidup lebih lama
"Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi (tawaf) di Kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah."
Penelitian lainnya ialah Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di England, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).
Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga selain batu itu." (riwayat Tabarani)
Label:
Renungan
Khamis, 10 Mei 2018
Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan
Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
sumber: http://pusatjagaanyatim.blogspot.com
Label:
Kesihatan
Rabu, 9 Mei 2018
Hukum Makan Dan Minum Dengan Bekas Bersadur Emas
Bekas yang dibuat dari logam selain emas
dan perak kemudian disadurkan luarannya dengan warna keemasan (yakni
bukan disadur dengan emas, tetapi dengan bahan yang memberi warna
keemasan), ia harus digunakan kerana yang diambil perkiraan bukan warna
luarannya, tetapi bahan pembuatannya. Oleh kerana bahan pembuatannya
bukan dari emas dan perak, maka ia tidak tertakluk dengan larangan Nabi
SAW dalam hadisnya walaupun warnanya keemasan seperti emas. Di dalam
hadis, Nabi SAW hanya melarang bekas yang diperbuat dari emas dan perak
sahaja (tanpa menyebut bekas dari bahan selain keduanya). Sabda Nabi SAW
(bermaksud):
“Jangan kamu minum dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan dari keduanya kerana sesungguhnya ia untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia dan untuk kamu di akhirat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah r.a.)
Hadis di atas
walaupun hanya menyebutkan larangan bekas emas dan perak untuk makan
dan minum, namun dikiaskan kepadanya peralatan-peralatan yang lain yang
dibuat darinya untuk kegunaan lainnya kerana jika untuk kegunaan
terpenting manusia (iaitu makan dan minum) ia dilarang, maka kegunaan
yang kurang penting darinya lebih-lebih lagilah dilarang. Berkata Imam
an-Nawawi; “Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa diharamkan
menggunakan bekas dari emas dan perak sama ada untuk makan, minum,
bersuci atau bentuk-bentuk penggunaan yang lain, sama ada bekas itu
besar atau kecil, sama ada yang menggunakannya itu lelaki atau
perempuan” (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Termasuk yang
diharamkan ialah jam dan pen dari emas dan perak. (Syeikh Majid
al-Hamawi, ta’liq ‘ala Matn al-Ghayah wa at-Taqrib, hlm. 28).
Adapun jika ia disadurkan dengan emas sebenar, hukumnya mengikut mazhab adalah seperti berikut:
- Mazhab Hanafi – bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas.
- Mazhab Syafiie – harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie juga; jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya.
- Mazhab Hanbali – bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu.
- Mazhab Maliki; Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas.
(al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni
al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr
al-’Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).
Kesimpulanya, menurut jumhur ulamak; bekas
yang disadur dengan emas; jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat
dipisahkan lagi dari bekas, tidak haram menggunakan bekas saduran
tersebut kerana emasnya telah musnah dalam logam lain, maka dihukumkan
seperti tiada. Namun jika saduran emas itu banyak di mana ia dapat
dipisahkan dari bekas(melalui pelebutan atau sebagainya), haram
menggunakannya kerana ia masih wujud dan menggunakan bekas itu sama
sepert menggunakan bekas emas. (Fiqh al-Albisah wa az-Zinah,
‘Abdul-Wahhab Tawilah, hlm. 369).
Label:
panduan
Selasa, 8 Mei 2018
Bergerak Yang Membatalkan Solat
Tidak semua jenis pergerakan membatalkan
solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak
berkaitan dengan solat adalah cara
terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak
yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan
dengan ringkas.
Tamakninah adalah salah satu rukun dalam
solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang
berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar
berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini
berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal
ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah
yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki
yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:
فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا
Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari)
Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab
dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah
dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan
pergerakn besar menurut mazhab Syafie.
Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu
pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan
dalam mazhab seperti berikut:-
KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh
pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira
besar dan membatalkan solat.
KECIL : Setiap pergerakan yang tidak
memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk
lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua
dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan
seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira
besar.
KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
KECIL : kembali kepada penentuan adat
dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR :
juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat
ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata
beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين
Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]
Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan
jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika
tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar
memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat
solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima
oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak
membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi
tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan
solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan
begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf,
dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada
waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan
diulangi.
Label:
panduan
Isnin, 7 Mei 2018
DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA
Kata Ustaz : “Kita ini semuanya
sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama
manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT
kita semuanya sama – cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA”
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung. Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros. Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah. Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal
memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan. Ada gadis yang
mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah
dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh
sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat,
suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: ‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’
(An-Nisaa:19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun
isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau
kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula –
tidak boleh dipakai sama sekali.
‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’
(Surah An-Nahl: 125)
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan
kita sebagaimana Rasulullah s.a.w. menyampaikan kisah baginda menerima
wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan
orang-orang terdekat.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerimanasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
Label:
Renungan
Ahad, 6 Mei 2018
10 Cara Mudah Mengantikan Tenaga Yang Hilang
Apakah ertinya kerja jika tubuh kita penat dan seterusnya menjejaskan kecergasan mental serta fizikal untuk mengecapinya?
Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi.
Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.
1.Pengambilan magnesium
Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.
Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.
2. Berjalan
Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.
3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.
4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.
5. Kemarahan dan tekanan
Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.
“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.
Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.
Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.
6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”
Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.
7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.
Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.
Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.
8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.
9. Hasilkan latte
Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.
10. Fungsi tiroid dan sel darah merah
Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.
Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.
Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.
Label:
Kesihatan
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.