Memang parah dilema anak luar nikah. Bebanan yang terpaksa ditanggung diri dan keturunannya kelak bukan calang-calang. Tatkala bayi-bayi comel yang lahir ke dunia disambut gembira, dia pula disambut dengan simpati & cemik dalam suasana hiba.
Mana tangis syukur ibu sambil memeluk erat dirinya? Mana gema seruan azan dilagukan ayah di cuping telinganya? Mana tawa ria saudara-mara dengan kata-kata pujian dan tahniah buatnya memenuhi sebuah dimensi alam yang baru dimasukinya? Kosong.
Ia bagaikan epilog sedih yang harus dilalui oleh bayi tersebut. Namun, dia masih belum mampu merasai itu semua. Hanya difahami oleh hati-hati yang masih punya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan. Hati ibu dan ayahnya, hanya Allah yang tahu sama ada menyesal atau langsung tak kisah!
Apabila bayi yang tidak berdosa itu makin membesar, kesedihan tetap memburu hidup. Bebanan masih tergalas dibahu. Dicaci dan dicela. Manakala satu-persatu kenyataan menyesakkan sanubari perlu dihadapi. Hingga di matanya, masa depan itu samar-samar, seolah-olah hanya mengharapkan takdir memberi sinar harapan.
Istilah Anak Tidak Sah Taraf
Menurut laporan yang dipaparkan dalam Berita Harian tahun lepas, terdapat hampir 17, 303 anak tidak sah taraf yang didaftarkan sepanjang 2009. Fenomena peningkatan kes kelahiran anak luar nikah bagai penyakit berjangkit. Semakin terjebak, semakin merebak.
Merujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004, anak yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan.
Pertama, anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol. Kedua, anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
Ketiga, anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Kita Tetap Hamba-Nya Jua
Pelbagai dugaan yang perlu ditanggung oleh anak tersebut apabila ingin melangkah ke setiap fasa seterusnya dalam kehidupan. Bahkan, mungkin bertimpa-timpa kesukaran bakal dihadapi ketika dia bakal mendirikan rumah tangga. Penerimaan manusia, sukar dijangka.
Walau bagaimanapun, sebagai sebuah masyarakat yang hidup dalam satu komuniti, jangan terlalu menanam rasa benci pada anak-anak yang sedang diberi ujian di pentas dunia ini. Tidak adil melontar batu-batu penghinaan kepada mereka sedangkan mereka itu ibarat mangsa kepada nafsu serakah yang membuta.
Anak-anak ini juga harus terus kuat menyelusuri terowong-terowong kehidupan yang gelap dan dikelilingi duri-duri tajam. Kita manusia semua adalah sama. Tidak kira bagaimana kita dilahirkan, siapa ibu bapa kita dan bagaimana perjalanan hidup kita. Destinasi syurga itulah yang perlu dijadikan inspirasi perjuangan.
Sunat Rahsiakan Status Anak Luar NikahBerpeganglah pada firman Allah, “Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa.” (al-Hujurat: 13). Biar di mata manusia engkau bagaikan sampah kerana membawa dosa ibu dan ayah, asalkan di pandangan Allah, engkau umpama permata yang semakin bersinar tiap kali dikeji dan diuji!
Dalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.
Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.
Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 164:
“Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain.”
Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu.”
Oleh itu, apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan atau pun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari. Wallahua’lam.
Credit : ILuvIslam
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Rabu, 18 Julai 2018
~Dilema Anak Luar Nikah~
Label:
Renungan
Selasa, 17 Julai 2018
6 Panduan Sebelum Menghantar Komputer Anda Reformat
1) Cari Dahulu Masalah Anda di Internet!
Kadang kala masalah anda dapat diselesaikan dalam masa 10 minit berbanding 4 jam – 6 jam diperlukan untuk reformat sepenuhnya dengan driver dan software.
2) Reformat = Bersihkan SEMUA !
Terdapat salah faham orang ramai mengenai reformat di mana reformat hanya mengelokkan kembali sistem yang telah rosak dan data tidak akan hilang. Sebenarnya, reformat akan menghilangkan semua data anda.
3) Backup Data Anda !
Ini adalah penting kerana data yang telah hilang selepas reformat amat sukar untuk didapatkan kembali. Anda boleh memindahkan ke semua data anda (gambar,dokumen, musik) ke tempat lain seperti External Hard Drive,Pendrive, atau di drive D dalam laptop itu sendiri sekiranya Windows anda di dalam C.
4) Survey Harga Reformat
Adalah lebih baik sebelum anda menghantar komputer anda reformat, anda menanyakan dahulu berapakah harga reformat. Kadang-kala ada sesetengah tempat mengenakan harga terlalu tinggi dan pelanggan terus bersetuju tanpa menanyakan dahulu harga.
5) Komunikasi
Adalah penting bagi pelanggan untuk menanyakan apa yang dilakukan oleh technician ketika reformat? Adakah driver dan basic software akan ditambah juga?
Sekiranya anda ada antivirus yang berbayar amatlah penting anda memberitahu kepada technician supaya key antivirus dapat digunakan selepas reformat.
6) Selepas Reformat
Kebiasaan technician akan memberitahu bahawa komputer anda telah diformat dan sedia untuk diambil. Beritahu kembali pada waktu bilakah anda akan mengambil komputer anda (seelok-eloknya tidak melebihi 3 hari).
Jangan biarkan komputer anda terlalu lama terbiar (2minggu,sebulan atau setahun) di kedai komputer, melainkan anda sedia mengorban komputer anda untuk menjadi spare part kepada komputer lain.
Label:
panduan
Isnin, 16 Julai 2018
Cara Memenangi Hati Bakal Mertua
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan
mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang
tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi
rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri
dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan
diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya
bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari
awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda
akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai
tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai
tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk
bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu
berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah
tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun
buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh
dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai
tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda.
Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua.
Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini
boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali
anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran
sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan
menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba
mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh
menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian
agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang
dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia
gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia
gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya.
Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai.
Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin
dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting
seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari
Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda
berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh
membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda.
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan
agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa.
Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan
sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri,
pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut.
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak
barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan
mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan
menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering,
cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani
keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah
mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan
bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika
ditakdirkan anda tiada jodoh.
Label:
panduan
Ahad, 15 Julai 2018
Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Hadith:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Label:
Renungan
Sabtu, 14 Julai 2018
Misteri Umur 40 tahun Menurut Al-Quran
Dalam salah satu artikel pernah
membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga
pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari
ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa
pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur
tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari “Jurnal perubatan
Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi
perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan
timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis
dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur
atau hujung 40-an.
Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.
Maha suci Allah! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.
Allah swt berfirman:
“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “(Surah Al-Ahqaaf: 15)
Label:
Renungan
Jumaat, 13 Julai 2018
Kehancuran Israel Pertanda Kiamat
Adakah Israel berhenti menyeksa saudara
kita disana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan
cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?
Allah Ta’ala berfirman:
“Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:” Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar “.
(Surah Al-Isra: 4)
“Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:” Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar “.
(Surah Al-Isra: 4)
Ayat diatas cukup jelas bagi kita
kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah
bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki
Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.
Yahudi zionis laknatullah…pekat hitam
dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai
hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya
diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh
mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh
kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan
mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin
telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan
kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak
dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan
duniawi yang tidak hakiki.
Al-Qur’an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:
“Dan apabila datang saat hukuman bagi
(kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di
bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka
masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya
pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang
mereka kuasai “. (Surah Al-Isra ‘: 7)
Tidak ada kekuatan di dunia ini yang
mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan
besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok
pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan.
Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan
ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik
penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun.
Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah
jelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Hampir tiba masanya tidak dibenarkan
masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan
satu dirham,” Kami bertanya dari mana larangan itu?
Rasulullah menjawab: “Dari orang-orang
asing yang melarangnya.” Kemudian berkata lagi: “Hampir tiba masanya
tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin)
walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan.” Kami bertanya: “Dari
mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. “(HR. Muslim)
Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
“Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan)
bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu
mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)”.
(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad)
Semoga Allah selalu melindungi
saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap
ujian dengan hikmah yang besar.
Kehancuran Israel bererti kiamat telah
dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi
tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum
muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di
balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai
orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi,
kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh
pohonnya Yahudi “. (HR. Ahmad)
Diterjemah dari sumber republika.co.id
Label:
Renungan,
Unit Pendidikan Islam
Khamis, 12 Julai 2018
Couple Adalah Haram?
Timbul suara-suara orang jahil yang
mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi
mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali
pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya
jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya
untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran.
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam
hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada
Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Orang yang bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)
Sumber
Label:
Renungan
Rabu, 11 Julai 2018
Buy 1 coin, Get 1 free [empowr coin]
Buy 1 coin, Get 1 free
Visit empowr’s social media accounts:
Twitter: https://twitter.com/EmpowrOfficial
Facebook: https://www.facebook.com/empowrofficial/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/3011860
YouTube: https://www.youtube.com/user/empowrcorp
Reddit: https://www.reddit.com/user/empowr_official/
Telegram: https://t.me/joinchat/HSki9RFxH1fMpy4CESIfbw
Medium: https://medium.com/@empowr_official
Discord App: https://discord.gg/YXTmpHt
BitcoinTalk: https://bitcointalk.org/index.php?topic=3170283.new#new
Twitter: https://twitter.com/EmpowrOfficial
Facebook: https://www.facebook.com/empowrofficial/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/3011860
YouTube: https://www.youtube.com/user/empowrcorp
Reddit: https://www.reddit.com/user/empowr_official/
Telegram: https://t.me/joinchat/HSki9RFxH1fMpy4CESIfbw
Medium: https://medium.com/@empowr_official
Discord App: https://discord.gg/YXTmpHt
BitcoinTalk: https://bitcointalk.org/index.php?topic=3170283.new#new
Label:
perniagaan
Tip Pandu Uji Kereta
Artikel kali ini adalah berkaitan dengan tip melakukan pandu uji kereta. Ia penting untuk mengelakkan kita daripada menyesali keputusan pembelian yang dibuat.
Khususnya untuk pemilik yang baru pertama kali merasai nikmat membeli kereta sendiri.
Ramai yang suka melakukan pandu uji.
Kesilapan yang mereka lakukan adalah tidak melakukan penyelidikan
pemanduan secara keseluruhan. Ada yang sekadar mahu cuba-cuba memandu
sahaja.
Dengan memahami cara untuk melakukan pandu uji kereta. Kita dapat meningkatkan pemahaman dan keyakinan terhadap kereta yang ingin kita beli.
Pandu Uji (Test Drive) Kereta – 5 Perkara Penting
#1 – Faktor Keselesaan
Apabila kita berada sedang memandu
kereta, uji pelbagai jenis jalan di sekitar kawasan supaya kita dapat
merasai pengalamannya sendiri. Setiap jalan menghasilkan tahap
keselesaan yang berbeza mengikut jenis kereta.
Antara jalan yang boleh dicuba untuk melakukan pandu uji kereta adalah:
- Lebuhraya.
- Kawasan dalam bandar.
- Kawasan bukit.
#2 – Peka Dengan Bunyi Kereta
Apabila sedang memandu, pasang telinga
kita untuk mendengar bunyi yang dikeluarkan daripada enjin kereta. Cara
ini boleh dilakukan dengan membuka tingkap. Ada kereta menghasilkan
bunyi yang tidak menyelesakan pemandu.
#3 – Uji Spesifikasi Dalam Kereta
Lakukan sedikit ujian terhadap aircond,
wiper, signal dan radio kereta sepanjang uji pandu dijalankan. Dalam
masa yang sama, nilai semula tahap keselesaan ruangan duduk pemandu.
#4 – Perhati Saiz dan Dimensi Kereta
Adakah saiz dan dimensi kereta itu
seperti kereta yang kita idamkan? Melihat gambar kereta dan merasai
pengalaman menaiki kereta itu sendiri adalah berbeza. Kebanyakan masa
kita akan membuat penilaian semula, selepas melihat sendiri bentuk
kereta itu.
#5 – Uji Ruang Kereta
Lihat keluasan bonetnya. Adakah ia
menepati keperluan kita? Sekiranya kita jenis yang suka melancong dengan
menaiki kereta, kita memerlukan ruangan bonet yang lebih luas.
Ruang bonet juga memainkan faktor yang penting bagi mengisi barang-barang apabila diperlukan kelak.
Label:
panduan
Selasa, 10 Julai 2018
8 Tips Mengelakkan Penangguhan
Masalah bertangguh atau dalam Bahasa
Inggerisnya ‘procastination’ merupakan satu ancaman kronik bagi ramai
umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap
bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan
dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut
akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang
mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah
semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak
fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan,
untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah
itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk
sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan
membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum
kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah
kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat
tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas
anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa
sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips
ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang
lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang
ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda
untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk
belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda
bimbang anda akan leka dengan internet.
Label:
panduan
Isnin, 9 Julai 2018
Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi
dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa
walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi
kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah
S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula
seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi
fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa
mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas
itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study
itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun
kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi
yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia
meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam
umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan
bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang
istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran.
Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat
ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini
pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang
besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak
akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana
berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan
akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih
bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan
tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga
akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’
terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi
perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini,
sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study,
tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan
Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri
selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
“Orang yang menyahut seruan azan dengan
serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat
berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan
penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.”
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study
untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di
Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana
kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai
solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T
daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan
dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa
ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam
Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar,
tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih
berkat.
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah
praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar
semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para
sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan
perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita,
tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita
memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana
Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah
pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa
mendongak langit yang cerah di atas.
Label:
panduan
Ahad, 8 Julai 2018
Kisah Abu Yazid Al Bustami Dan Paderi Gereja Samaan
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui
oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti
kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu
tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam
gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di
dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka
menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya,
sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat
mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut
Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat
menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu.
Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya
dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu
pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab
berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.”
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua
paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui
serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa
kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU
MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu
Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk
Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan
pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah
bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh
siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak
menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya
bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya
menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita
tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam
disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada
maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu
kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir
kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.
Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.
Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.
Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.”
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.”
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.
Tongkat Nabi Musa AS.
30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.
Gunung Tursina.
32. Binatang yang paling utama.
Kuda.
Kuda.
33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.
Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting,
setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di
matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.
42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah
sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di
dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Label:
Renungan
Sabtu, 7 Julai 2018
Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik
Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat
telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas
elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita
sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat
yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang
dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh
kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif
dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan
sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan
lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,
solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah
petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini
menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana
solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih
sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Professor itu
tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu
malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita
sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan
tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan
dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri
dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.
Label:
Kesihatan
Jumaat, 6 Julai 2018
Minuman Berkabonat Punca Kegemukan?
Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di
Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan
antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi
kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam
kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan
jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman
tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.
Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan
kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen
yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan
profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan
kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air
mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula
tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit.
Label:
Kesihatan
Khamis, 5 Julai 2018
Palestin Peristiwa Akhir Zaman
Jika disebut kota suci ketiga setelah
Mekah dan Madinah, maka dalam beberapa saat akan terlintas dalam benak
kita bahawa yang dimaksudkan tiada lain kecuali Al-Quds. Benar, Al-Quds,
atau Al-Aqsa, Palestin adalah kata yang tidak asing bagi majoriti kaum
muslimin.
Al-Aqsa, atau Baitul Maqdis disebutkan
dalam banyak riwayat hadis dan atsar. Tentang keagungan dan
keutamaannya, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menyebutkan bahawa
Masjidil Aqsa adalah masjid tertua kedua di dunia. Masjidil Aqsa juga
merupakan kiblat pertama kaum muslimin. Baitul Maqdis sendiri merupakan
salah satu daripada tiga kota suci yang dianjurkan untuk diziarahi
dengan niat ibadah. Tentang keutamaan solat di Baitul Maqdis, Rasulullah
shalallahu alaihi wasallam menyebutkan bahawa ia setara dengan 500 kali
berbanding dengan masjid lain. Palestin sendiri termasuk wilayah yang
didoakan agar mendapat berkat. Dan terakhir, Rasulullah pernah
berkunjung ke Palestin dan solat di Masjidil Aqsa pada malam Isra ‘.
Secara geografi, Palestin mempunyai
kedudukan yang sangat strategik di mata dunia antarabangsa. Tanah bukit
Moria, sebuah dataran tinggi yang di atasnya berdiri Masjidil Aqsa dan
Masjid Qubbatush Shahra, yang luasnya kurang dari 4 kali padang bola
sepak, kini telah rebut lebih dari 3 juta umat manusia.
Di samping faktor geografi dan keutamaan
lain, Palestin juga menyimpan banyak misteri di akhir zaman. Negara ini
telah dikisahkan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam sebagai
negara yang paling unik. Realiti yang kita saksikan sehingga hari ini
tentang Palestin merupakan gambaran kebenaran apa yang disabdakan oleh
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Pergolakan politik dan pertikaian
serta konflik antara umat Islam dengan Yahudi sebenarnya telah
diberitakan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Ini juga
merupakan penjelasan dari nabi tentang Palestin di akhir zaman.
1. Palestin Akan Menjadi Bumi Ribath Sehingga Akhir Zaman
Mu’awiyah bin Abi Sufyan berkata, “Saya
mendengar Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda,” Akan sentiasa
ada sekelompok umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang
memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan
mampu menimpakan bahaya terhadap mereka. Demikianlah keadaannya hingga
akhirnya datang urusan Allah. “Malik bin Yakhamir menyahut: Mu’adz bin
Jabal mengatakan bahawa mereka berada di Syam.” Mu’awiyah berkata,
“Lihatlah, ini Malik menyebutkan bahawa ia telah mendengar Mu’adz bin
Jabal mengatakan bahawa kumpulan tersebut berada di Syam”
Tentang negeri Syam yang disebutkan
dalam hadis di atas, riwayat di bawah ini menjelaskan bahawa negeri Syam
yang dimaksudkan adalah Palestin. Hal itu sebagaimana yang disebutkan
dari Abu Umamah, dia berkata: Rasulullahshalallahu alaihi wasallam
bersabda, “Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas
kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi
mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali
sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang
urusan Allah. “” Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut? “Tanya
para sahabat. “Mereka berada di Baitul Maqdis dan pelataran Baitul
Maqdis.”
Maka, pelbagai soalan yang terus
menggelayuti benak setiap muslim; mengapa konflik di Palestin dan
pertikaian antara umat Islam dan Yahudi tidak kunjung usai, barangkali
bila dikesan dari sudut pandang takdir boleh dijawab dengan hadis ini.
Sungguh, negeri Palestin tidak akan pernah sepi daripada peperangan
antara kaum Muslimin dengan musuh-musuhnya. Dan, sebagaimana yang
disebutkan dalam riwayat di atas, musibah apa pun yang ditimpakan oleh
musuh-musuh Islam terhadap kaum muslimin di Palestin, hal itu tidak
memberikan mudarat kecuali sedikit musibah. Maknanya, bahawa sehebat
apapun gempuran musuh yang ditimpakan terhadap umat Islam di Palestin,
maka hal itu tidak akan pernah membuat komuniti di negeri itu lenyap.
Ada semacam jaminan bahawa umat Islam di negeri itu akan tetap wujud.
Dan jihad di negeri itu akan terus berlanjutan hingga ke akhir zaman
hingga kaum muslimin berjaya mengalahkan Dajjal.
Riwayat di atas juga boleh jadi menjadi
isyarat tentang mustahilnya bagi umat Islam untuk berhijrah meninggalkan
Palestin secara total, sedahsyat apapun serangan musuh keatas mereka.
Janji Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bahawa serangan musuh hanya
akan menimpakan sedikit musibah atas mereka menjadi bisyarah (khabar
gembira) bahawa negeri ini tidak akan pernah mampu ditawan oleh musuh.
Pasti, akan selalu ada segelintir umat yang akan berjihad untuk
mempertahankan negeri ini!
2. Palestin Akan Menjadi Bumi Hijrah di Akhir Zaman
Kisah lain yang juga menakjubkan adalah
bahawa negeri Palestin ini akan menjadi bumi hijrah akhir zaman. Hal itu
sebagaimana yang disebutkan dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata:
Saya mendengar Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda, “Akan
berlaku hijrah sesudah hijrah, maka sebaik-baik penduduk bumi adalah
orang-orang yang mendiami tempat hijrah Ibrahim, lalu yang tinggal di
muka bumi hanyalah orang-orang yang jahat. Bumi menolak mereka, Allah
menganggap mereka kotor, dan api akan mengiringi mereka bersama para
kera dan babi. “
Jika riwayat tersebut dikorelasikan
dengan hadis lain yang menceritakan perjalanan Imam Mahdi dan kaum
muslimin dalam memerangi musuh-musuhnya, maka boleh jadi nubuwat di atas
terjadi di masa Al-Mahdi. Hal itu Sebagaimana yang disebutkan dalam
sebuah riwayat, Rasulullah shalallahu alaihi wasallambersabda: “Allah
memberitahu kepada Nabi Isa dengan firman-Nya,” Tiada seorang pun yang
mampu melawannya, karena itu bawalah hamba-hamba-Ku (yang baik-baik) ke
gunung Thur. “Lalu Allah membangkitkan (mengutus) Ya’juj dan Ma’juj,
mereka akan datang dari seluruh tempat yang tinggi.
Gunung Thur, sebagaimana yang terkandung
dalam riwayat di atas merupakan sebahagian daripada negeri Syam,
walaupun ia tidak berada tepat di dalam Palestin. Tetapi kawasan
tersebut masih masuk dalam bahagian negeri hijrahnya nabi Ibrahim as.
(Syam). Wallahu A’lam.
3. Palestin Akan Menjadi Tempat Tegaknya Khilafah di Akhir Zaman
Hal itu sebagaimana yang disebutkan
dalam hadis Abdullah bin Hawalah Al-Azdi. Rasulullah shalallahu alaihi
wasallam pernah bersabda kepadanya, “Wahai Ibnu Hawalah, jika engkau
melihat kekhilafahan telah turun di bumi Al-Maqdis (Baitul Maqdis,
Palestin), maka itu petanda telah dekatnya berbagai goncangan,
kegundah-gulanaan, dan peristiwa-peristiwa besar. Bagi umat manusia,
kiamat lebih dekat kepada mereka daripada dekatnya telapak tangan kepada
kepalamu ini. “
Jika merujuk pada riwayat yang
menyebutkan penaklukkan kaum muslimin di akhir zaman, maka kemungkinan
tegaknya khilafah di bumi Baitul Maqdis itu berlaku di zaman Al-Mahdi.
Sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat, bahawa di masa Al-Mahdi
kelak Dajjal akan dikalahkan, dan tempat terbunuhnya Dajjal sendiri
berada di Bab Ludd-Palestin. Setelah terbunuhnya Dajjal di tangan Nabi
Isa as, maka kaum muslimin terus memburu Yahudi di mana mereka
bersembunyi. Setiap benda, baik pokok, batu mahupun yang lain akan
bercakap dan memberitahu di mana Yahudi yang bersembunyi. Hanya satu
jenis pokok yang akan diam dan melindungi Yahudi, iaitu pohon Gharqad,
sesungguhnya ia termasuk salah satu dari pohon Yahudi.
4. Palestin Akan Menjadi Tempat bertahannya Iman di Akhir Zaman
Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang hal ini:
Dari Salamah bin Nufail Al Kindi ia
berkata, ‘Saya duduk di sisi Nabi shalallahu alaihi wasallam, maka
seorang lelaki berkata, “Ya Rasulullah, manusia telah meninggalkan kuda
perang dan meletakkan senjata. Mereka mengatakan, “Tidak ada jihad lagi,
perang telah selesai.” Maka Rasulullah shalallahu alaihi
wasallammenghadapkan wajahnya dan besabda, “Mereka berdusta!!! Sekarang,
sekarang, perang telah tiba. Akan sentiasa ada dari umatku, umat yang
berperang di atas kebenaran. Allah menyesatkan hati-hati sebahagian
manusia dan memberi rezeki umat tersebut dari hamba-hambanya yang
tersesat (ghanimah). Begitulah sampai tegaknya kiamat, dan sampai
datangya janji Allah. Kebaikan sentiasa tertambat dalam ubun-ubun kuda
perang sampai hari kiamat. Dan Allah telah mewahyukan kepadaku bahawa
aku akan diwafatkan. Aku tidak akan kekal di dunia ini, dan kamu akan
saling menyusulku, sebahagian kamu memerangi sebahagian yang lain. Dan
kampung halaman kaum beriman adalah Syam. “
Dari Abdullah bin Amru, ia berkata:
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya saya
melihat seakan-akan tonggak Al-Kitab telah tercabut dari bawah
bantalku. Maka aku mengikuti pemergiannya dengan pandangan mataku.
Tiba-tiba muncul seberkas cahaya yang terang-benderang mengarah ke Syam.
Ketahuilah, sesungguhnya iman pada saat terjadi pelbagai fitnah berada
di Syam. “
5. Palestin Menjadi Salah Satu Tempat Berlindung Dari Dajjal
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam telah bersabda:
“Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.
Aku peringatkan kamu tentang Dajjal. Aku peringatkan kamu tentang
Dajjal. Dia menetap di bumi selama empat puluh hari. Dia boleh mencapai
setiap jengkal muka bumi kecuali empat masjid iaitu masjidil Haram,
masjidi Madinah, masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa. Dia tidak akan
samar-samar lagi bagi kalian, kerana Rabb kalian tidaklah buta mata
sebelah (sementara Dajjal buta sebelah matanya).
Label:
Renungan
Langgan:
Catatan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.